Palestin : Dekat tapi Jauh



MAAFKAN AKU

Apa aku kah sahabat kejam?
Dengar, fikir lalu mendiam
Waktu engkau meluah pilu
Kenang keluarga berhujan peluru.

Maafkan aku teman.
Jasadku tertahan erat
tangan terpasung kaki terikat,
Kadang aku turut sakit
Sama rasa derita luka.
Namun sayang aku tiada daya
Langsung lumpuh tak mampu mara.

Kawan,
hatiku masih belum mati,
cuma terkurung di sangkar realiti.
Tunggu detik datang kudrat
Moga aku diberi kuat
Sama berjuang sama menentang
kerana kita saudara
aku mahu sama bahagia.

2.30 p.m
musolla an-nisa' kulliah Tibb
Jamiah 'ulum wal tekno,Jordan

Semalam dapat berita Gaza di bedil hebat. Atas alasan Hamas menyerang tentera Israel, lalu orang awam Palestin menjadi mangsa serangan balas oleh tentera Israel yang perasan bijak itu. Sangatlah tak adil !!! Strategi bijak mana yang diguna pakai tu tak tahu lah.. Nak kata tak pandai, ramai je hebat. Tapi sangat tak bertamadun! Alasan paling tak waras pernah saya baca ialah Palestinian patut diserang sebab tak mahu berkongsi negara dengan Israel.. Masya Allahh.. Sangat hampeh!

Awal pagi tadi bila sampai ke Jamiah, saya sempat berjumpa seorang rakan warga Palestin. Kami bertukar berita. Sungguh! Saya tak tahan sebak tengok muka dia yang macam nak menangis. Mana tak nya, keluarga dia semua kat sana. Risau bukan kepalang dia memikirkan keselamatan mereka. Saya pun dah nak termenangis sama tadi. Tapi terfikir pula, kalau dua menangis siapa nak pujuk dia nanti. Jadi, tahan Ainulll, tahan. Kawan tengah lemah, kita kena kuat dulu nak pujuk dia..

Lepas tu pula, saya menyibuk sekejap pada kawan-kawan yang tengah bersembang dengan warga Palestin juga. Yang kali ni orangnya sedikit kuat. Tapi masih riak muka dia macam nak menangis seperti yang tadi. Dia beritahu kami lepas kelas nanti ada perarakan. Menentang tindakan Israel. Dari kuliah Handasah ke Kuliah Tibb. Insyallah sahabat! Dia berharap sangat kami turut serta. Tapi awal-awal lagi saya tahu memang saya tak dapat pergi sebab waktu tu takut bertembung waktu lab.

Tengahari tadi, waktu tengah makan di cafe nampak mereka semua tengah but persiapan nak buat perhimpunan. Tunggu juga sebab nak tengok dan dengar sama. Alang-alang dah siap yang di sini. Tapi tunggu punya tunggu tak siap-siap. Tak pelah takde rezeki.

Habis perjumpaan dengan pensyarah, di surau kawan-kawan heboh cerita pasal perhimpunan tadi. Siap ada yang merakam. Subhanallah, kita yang mendengar jadi naik semangat. Takbir, doa dan laungan masing-masing bergema. Sayangnya tak sempat ikut serta tengok tadi. Dapat tengok dalam video pun jadilah. Ramai yang turun padang. Masing-masing meluah kemarahan dan berdoa untuk kesejahteraan keluarga tersayang terutama yang berasal dari sana sendiri. Bendera Israel dibakar dan macam-macam lagi. Tapi masih di bawah suasana aman dari keganasan. Hanya demonstrasi.

Di cafe juga tadi, ada kawan yang beritahu jiran kami di sakan dulu, Wafa' sudah kembali bertugas jadi doktor di Palestin. Entah apa beritanya sekarang. Terputus terus. Harapnya dia terselamat dari segala serangan Israel tu. Amin ya rabbal 'alamin..

Di sini ikatan kami terasa lebih dekat. Mungkin sebab jarak yang terlampau hampir. Kami sendiri melihat sedihnya orang Palestin di sini. Keluarga yang jauh, berita yang terputus. Tinggi sungguh kebergantungan mereka pada Allah. Kalau saya di tempat mereka, entahlah.. Tak tahu nak cakap apa.. T_T

Saya bangga dengan cepatnya tindakan mereka. Semalam kena serang, hari ni terus bersuara. Cepat dan pantas. Walaupun sekadar berdemonstrasi, sekurangnya masih ada hati yang mengerti dan merasai derita saudara di sini. Setidak-tidaknya saya turut terpalit rasa yang sama. Kalau dulu jauh dan tidak hirau siapa yang kena, sekarang pedih lebih ketara kerana yang diserang itu keluarga kawan-kawan kita. Mahu tak mahu, cubit peha kiri, yang kanan turut terasa.

Malu sungguh pada diri sendiri. Dah dekat, tapi tiada apa yang mampu diberi. Pujukan, janji-janji? Itu semua dah basi! Saya sendiri buntu. Ya Allah, janganlah sampai aku didakwa di akhirat kelak kerana membiarkan mereka tanpa sebarang usaha. Nak lebih-lebih, memang langsung tak boleh. Harapnya setakat kudrat hari ini, saya hanya mampu mendengar luahan mereka, berdoa untuk mereka dan memberitahu semua tentang kami di sini. Oh ya, Tabung Amal Palestin masih ada! Mari-mari, jom sama menyumbang selagi mana yang mampu!

Tahun ini ditutup dengan berita sedih dari jiran negara permukiman sendiri. Esok sudah tahun baru. Harapnya ada sinar yang bakal menjengah buat mereka. Allah itu adil. Saya yakin janji-Nya takkan sia-sia. Palestin pasti akan kembali menjadi milik Islam. Doakanlah saudara-saudara kita di sini. Mereka perlukan bantuan kita. Bantulah selagi mana yang mampu, kawan-kawan. Kalian pasti akan terasa bila melihat dengan mata sendiri bagaimana susahnya mereka menempuh ujian ini. Jangan matikan roh ukhwah kita hanya atas nama perbezaan negara dan bangsa. Kita Islam semua saudara..

"Allahummansuril Islama wal muslimin fi kulli makan, fi kulli zaman, fiddin, fiddunia wal akhirah.."

11 comments

chmod | December 28, 2008 at 7:12 AM

Merekalah mujahid yg dinanti.
Yg menjd inti adalah perjuangan hakiki..
Menegakkan daulah Islami...
mewarisi keringat nabi.....

akak | December 28, 2008 at 8:10 AM

Kita bersaudara..tapi hanya mampu melihat..tanpa sebarang pertolongan yg mampu utk dihulurkan..Malunya ya Allah..

Sama-samalah kita berdoa semoga mereka terus diberi kekuatan utk berjuang..

sakura | December 28, 2008 at 8:57 AM

teringat lagu have you heard, by zain bhikha~~

fathiyyah | December 28, 2008 at 9:06 AM

Ainul,pagi td kan,lepas je solat subuh,terus berderu-deru ym org hanta kat saya ttg Palestin.
Istighfar banyak2 je masa tu tau ainul..Terkejut badak pun ada.makin menjadi-jadi Zionis semua tu

sama la kami kat sini..Jordan,Mesir,Lebanon dan Arab Saudi.Semua bersempadan dgn Palestin.tp itu la,kita ni belum boleh buat apa-apa lagi..

Ainul,jom janji..kita belajar betul-betul,berjaya dalam bidang kita dan suatu hari nnt kita pasti boleh sumbangkan sesuatu untuk Palestin.Nanti,ada la sesuatu yang kita boleh jawab dalam mahkamah Allah nnt kan ainul..Janji ya ainul!

Ameen

p.s:tadi ada perhimpunan juga di ibu kota Cairo.jauh la dr tempat sy.ada orang yg cerita.Penuh sangat dgn polis yang berjaga..
hurmmm..

untukmu palestin

Uwais Amzar's Family | December 28, 2008 at 9:58 AM

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar!!!! lindungilah mereka ya Allah, berikanlah mereka kekuatan menghadapi tentangan pihak Yahudi laknatullah!!! di Sweileh pun malam td ada buat Muzaharah... berderau rasa di dada...sedih pilu... namun ku mampu berdoa kesejahteraan mereka disana...

cik santun.. | December 28, 2008 at 10:36 AM

ainul.. kat jamiah kite pn ade perarakan td...

Ainul Arina Madhiah | December 28, 2008 at 3:06 PM

chmod:
ya.. tapi kita juga boleh jadi.. cuma perlu kehendak dan usaha sendri je.. ^_^

akak:
amin ya rabbal 'alamin...

sakura:
sedih.... T_T

Ainul Arina Madhiah | December 28, 2008 at 3:11 PM

fathiyyah:
jom fathy! kita sama-sama gabung tenaga menuju kejayaan.. chaiyok2! moga niat kita ni dipermudahkan allah selalu... amin..

kak ayu:
sama la di sini.. sedih tengok semua yang jadi nih.. nak tolong tapiii.. -_-

kak piqah:
owh, sudah dikongsi tadi kan? naik bulu roma tengok.. kalaulah dioarng boleh segarang ni di luar..

jejakalkindi | December 28, 2008 at 9:04 PM

salam..

bro pun ikut jugak berita tersebut, kat layar TV & bahan bercetak...

cuma mampu berdoa setakat ini, sebagai tanda simpati...moga2 mereka sentiasa dibawah lindungan Allah..

sesungguhnya permula tahun baru hijrah yang pedih buat mereka...

Sarah Mohd Shukor | December 31, 2008 at 11:47 AM

Salam Ainul.

Percaya atau tak, KS menangis baca entri ni. Kamu juga beruntung, sebab dapat melihat dgn mata kepala sendiri keadaan saudara kita yang berada bersama kamu di sana. Kamu dapat belajar secara direct apa yang sedang Allah bicarakan dengan kamu.

Entri ni sangat menyentuh hati KS.

Ainul Arina Madhiah | December 31, 2008 at 10:11 PM

bro fisol:
ws bro.. itulah.. kesian tngok diaorang. Insyallah moga doa yang kita pohon dimakbulkan allah... at least kita buat apa yang termampu..
Kat sini pun sekarang, imam-imam masjid tu dah mula baca qunut nazilah kat setiap kali solat.. Ada yang sampai nangis-nangis.. kita dengar pun nangis sama..

ks:
ws ks. Kalau ditanya pada semua student malaysia kat sini, kebanyakannya terasa diri sangat teruk sebab mampu tengok je. Baru la nampak apa yang selama ni orang cakapkan. Memang betul pun, kalau kita nampak dengan mata kepala sendiri, baru bleh rasa lebih feel nya.. Harapnya kami lihat bukan sekadar hanya sipi-sipi.. Aminn

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images