Oh impian yang terkurung, saya sudah kembali ni !!

11:18 AM 32 Comments A+ a-

Salam

(amaran awal: Kali ini sangat-sangat panjang sebab ia sangat-sangat penting)

Pernah tak rasa suatu keadaan bila kita ada satu benda berharga yang kita sayyyyangggg sangat-sangat yang kita simpan dalam satu peti cantik yang boleh dikunci sebab benda tu terlalu berharga. Tiap-tiap hari kita buka peti dan tengok benda tu sebab benda tu saja yang boleh kembalikan semangat dan kegembiraan kita dalam apa jua keadaan.

Tapi suatu hari, kunci peti tu hilang dan kita langsung dah tak boleh buka lagi untuk tengok benda yang kita sayang. Sedih sangat rasanya. Hari yang kita lalui pun kita cuba jadi kuat sendiri tanpa perlu bantuan benda tu untuk jadi gembira sebab dia terkunci. Hari-hari kita doa kunci tu kembali walaupun lama sangat kita tunggu nak jumpa kunci tu.

HInggalah suatu saat tika kita dah hilang harapan nak jumpa kunci, tiba-tiba kita jumpa kunci balik! Kita cepat-cepat lari pergi peti dan buka ia dengan penuh suatu rasa yang sangat-sangat tak dapat nak gambar dengan kata-kata. Perasaan yang sangat bergelodak tak sabar! Dan bila kita buka, TADA!!!!! kita dah jumpa balik barang yang kita sayang, yang kita lama tak jumpa dan kita rindu sangat sampai kita rasa macam nak nangis balik bila jumpa dia.. Ya Allah… Terima kasih! Terima kasihhh…! Saya sangat seronok! Saya sangat teruja! Saya sangat gembira!!

Ini malam sejarah saya. Malam sejarah yang buat saya rasa sangat teruja yang teramat. Terima kasih Allah sebab hantar Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ke mari! Terima kasih Dr Sheikh sebab ketemukan saya kembali dengan impian saya! Saya rasa sangat-sangat bersemangat. Semangat yang dah lama saya tak rasa, tak pegang dan lama hilang..

Tak sangka malam yang saya sangka hanya malam biasa yang sedikit luar biasa dengan kehadiran angkawasan negara ni rupanya beri seribu rahmat pada diri saya. Rahmat yang saya sangat tunggu-tunggu. Rahmat berperasaan sangat bersemangat. Semangat yang sangat hebat! Malam ini, saya seperti diberi kunci untuk buka kembali peti yang mengurung impian saya, semangat saya. Saya macam didorong-dorong untuk kembali ke impian saya yang lama. Yang dah lama saya tinggal, saya ketepikan sebab saya tak rasa saya mampu kecapi. Tapi malam ni, saya dapat rasa impian itu dah kembali dalam pelukan saya. Saya peluk erat-erat, saya dakap kuat-kuat dan saya bisik pada dia “Kita takkan berpisah lagi. Saya pasti!” Ah, bahagianyaaaa…

Terasa sayang saya tak merekod setiap kata Dr tadi. Kata-kata dia penuh erti. Penuh semangat sampai saya dan kawan-kawan ramai tergerak sama. Jangan terkejut. Malam ini saya lihat ramai mula buka mata baru. Semua bersinar-sinar macam kartun. Penuh harapan, penuh impian. Sebab boleh dapat balik semangat baru. Percaya atau tidak ramai kita yang hilang separuh semangat kerana ada impian yang tersekat di tengah jalan. Tapi malam ini, semua macam dah jumpa jalan untuk kembali tarik impian lama. Sukanya!!!!

Dr. Sheikh Muszaphar Shukor mungkin bukan sesiapa bagi saya. Tapi malam ni, saya terasa dia macam doctor yang Allah kirim pada kami untuk kembalikan jiwa saya. Setiap kata yang Allah ilhamkan pada dia semacam menjawab semua rungutan dan keluhan saya. Memang kena sebijik-sebijik. Apa yang saya cari dua tiga hari ini macam semua dah terbentang depan mata tadi. Terima kasih Allah! Terima kasih Dr!

Terus terang saya cakap, datangnya Dr Sheikh malam ni tak sia-sia. Saya, kawan-kawan saya ramai yang dapat semangat, ramai yang dapat iktibar. Dr Sheikh, awak hebat! Malah saya sangat hormat dia bila dia cerita semua yang dia lalui untuk sampai ke tahap itu. Bukan senang nak ke angkasa! Malah bukan senang bila ramai yang cuba menjatuhkan bila kembali ke bumi. Dia boleh buat dan dia berjaya buktikan. Saya hormat dia sebagai ‘penyampai kuasa Allah’ kepada kami malam ini. Malah, saya lebih cinta Allah kerana hantar Dr ke sini malam ini. Alhamdulillah, subhanallah, allahu akbar!

“Your mental will decide what your body should do. Conquer your mind, then you’ll conquer your body. After that, I’m sure you’ll conquer your destiny!”
Suka sangat dengan frasa ini! Banyak lagi sebenarnya kata-kata dia yang bermakna. Nanti saya ingat, saya tulis ya! Oh, ada lagi satu!

“ Saya selalu fikir kenapa saya dicipta. Takkan semata hidup,ibadah biasa, belajar,kerja,kawin, dapat anak, kemudian mati. Mesti ada sesuatu yang lebih besar tujuannya. Saya rasa kosong! Dan saya dapati kekosongan saya terisi bila saya memandang bumi di depan mata saya. I was born for the space! Itu jawapannya. Saya terasa paling hampir dengan tuhan bila saya lihat kekuasaannya dari luar bumi. It was truly a magical feeling! Dan dalam hati saya, saya berazam saya akan bantu kembalikan kekuasaan Islam menerusi bidang angkasa. Itu takdir yang saya cari selama ini. ”

Syukur, masih terselit impian yang satu itu tika dia di puncak kejayaan. Malah kami terasa seakan kami diberi khutbah oleh seorang yang bukan ustaz. Khutbah agama oleh seorang angkawasan yang sangat suka menceritakan tentang Islam dan keindahannya melalui bidang angkasa. Solat, wuduk, quran yang dibawa curi-curi tanpa pihak Russia tahu, kesedaran untuk latih kanak-kanak tentang angkasa dan impian untuk bawa perhimpunan angkasawan ke Malaysia dan kembalikan kembali dunia angkasa ke tangan islam semuanya membuatkan saya rasa naïf pada diri sendiri.Kenapa saya tak punya kesedaran dan keinginan sebesar tu? Terima kasih Dr. Saya doakan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor akan capai semua impian Dr.!

Ada lagi satu kata-kata dia yang saya suka:

“Hidup perlu variasi. Jangan terkepung dengan satu bidang sahaja. Life your life the fullest. That is what I do. Saya dah jadi pakar tulang, saya dah jadi angkawasan, saya dah masuk modeling selama beberapa tahun dan next, saya dalam plan mahu belajar jadi pilot insyaallah dalam beberapa tahun lagi.I even feel that sleeping is wasting time. Banyak kerja yang boleh buat waktu tu. Tapi sebagai doctor, saya kena juga cakap “you have to sleep at least 6 hours a day and get enough rest..” Tapi saya still tidur juga. Menjadi doctor, saya hanya dapat tidur 3 jam sehari. Dah biasa. Tapi the point is banyak impian saya, saya dah realisasikan. So, kamu juga kena cuba gapai semua impian kamu..“

Haha.. Ya, bergantung pada diri masing-masing. Janganlah sampai menyiksa diri pula. Masing-masing tahu badan masing-masing. Terpulanglah pada kita macam mana nak bentuk diri sendiri. Menjadi doctor tak bermakna kita dah hilang peluang buat pekerjaan lain. Rahmat tuhan luas. Tingga kita cari dan buat. Hidup kena kuat! Dan itu juga jawapan yang saya cari selama dua tiga hari ni bila saya berperang dengan emosi yang kucar-kacir sejak dua tiga minggu ini. Hah, puasnya dapat jawapan!!!

Banyak benda lagi saya nak cerita. Banyak lagi yang saya nak kongsi mala mini. Tapi macam dah panjang sangat la pula. Dah lupa-lupa balik sikit. Itu yang hari ini saya nak tulis semua perasaan saya. Saya tak mahu lagi perasaan ni hilang. Saya dah jumpa balik impian lama saya. Dan saya akan pastikan impian tu takkan terlepas lagi dari genggaman saya. Saya harap bila saya kongsi ni, ada di antara kalian yang mampu dapat manfaat sama.

Mungkin ada yang kurang suka pada Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Tapi nasihat saya, jangan lihat dirinya kalau kita tak suka dia. Lihatlah pada impiannya, lihatlah pada caranya dan lihatlah pada kata-katanya. Dia dah banyak berjasa pada saya walaupun sekadar setakat malam ini. Dia pemberi kunci yang Allah kirimkan pada saya. Tambah-tambah, saya dah lama dahagakan ceramah motivasi sebegini. Agaknya itu yang buat saya jadi over-semangat hari ini. Macam orang yang sangat-sangat kehausan dan tiba-tiba diberi air se-tong yang sangat diimpi depan mata. Syukur Ya Allah.

Jadi untuk membalas jasa Dr malam ini, mungkin saya yang tak seberapa ini hanya mampu menukil beberapa permintaan tulus dari hati orang yang diberi budi, kepada semua mereka yang kurang sukakan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Pada yang pernah kenal dia secara dekat, kalau dia ada silap, maafkanlah kesilapan dia. Dia juga manusia. Mungkin dia tak perasan ada benda yang dia tak sepatutnya lakukan. Tapi pada mereka yang hanya kenal dari jauh, janganlah berprasangka buruk dahulu sebelum kenal dia dek tulisan-tulisan yang menghentam selama ini. Dengar dulu penjelasan dia baru timbang dia macam mana. Selepas itu, terpulanglah..

Syukur, malam ini antara malam bahagia saya. Bahagia sebab saya dah jumpa balik impian-impian yang membahagiakan saya dulu. Saya dah jadi makin semangat. Harapnya lepas ini, kalau saya lemah balik, entry ini boleh jadi antara benda-benda yang kembalikan semangat saya. Serius cakap, malam ini semangat saya naik tahap petala tertinggi. Tank full ! Saya dah tolak tepi semua benda yang saya sakit kepala, sakit hati dan sakit jiwa. Saya sangat kuat mala mini. Saya yakin saya boleh Berjaya! Itu yang mata saya nampak malam ini. Moga yang membaca boleh rasa dan boleh lihat juga apa yang saya lihat.. ^_^ Yang baik, kita kongsi dan yang buruk kita ketepi..

Nota satu: Maaf, gambar tak dapat saya kepilkan. Kali ni jiwa saya membuak-buak nak bercerita dan berkongsi rasa. Jadi gambar di lain lah ya. Erm.. maaf juga sebab panjang sangat.. Ini bukti semangat saya sudah terkeluar langkauan biasa. ^_^ Saya sangat suka hati!

Nota dua: Pada semua yang memberi semangat, terima kasih! Doa kalian makbul hari ni! Saya terharu sangat-sangat pada yang mendoakan. Moga Allah beri yang lebih baik kepada kalian. ^_^

NOta tiga: Sebab tangki semangat saya sudah penuh, maka mulai saat ini, saya mahu tukar diri. TUkar kepada yang lebih baik, lebih kuat dan lebih hebat. Saya tak mahu dicipta hanya sebagai peramai golongan hamba Allah. Tapi saya mahu jadi hamba yang punya keistimewaan tersendiri. Saya mahu itu! Dan untuk itu, saya akan gapai semua impian saya selama ini termasuk yang saya baru jumpa balik tadi.. I will! Y(^_^)Y

Nota empat: Yeay!! Saya suda ceria!! Kawan-kawan, esok kita tengok ya! Saya akan hilangkan muka lesu, penat dan macam sakit ni. Saya tak mahu jadi ketam. Saya nak jadi makhluk yang luarnya sangat passionate and positive tapi di dalam diri yang macam lembut itu, saya mahu jadi sekuat benda yang kuat. Kata Dr Sheikh tadi, "bila nak masuk bumi terasa ada pressure macam gajah hempap dada. Nak tak hendak kita kena kuat dan kena lalui. Itu latihan kami. Bukan mustahil cuma kena tahu cara.." Yes doc!!

nota lima: Tahniah pada semua krew second batch akhawat yang jadi tukang masak bidan terjun untuk makanan VIP kali ni. Dengarnya semua VIP puji habis makanan VIP tu. Paling salute tentulah pada tukang masak utama, Kak Husna.. Dengarnya siap dapat compliment face to face lagi dari VIP. Cayalah semua!! Y(^_^)Y Sudah ku kata yang maklumat itu pasti berguna punyalah.. Hehe.. Kredit pada sorang adik di arab saudi yang bercerita tentang dia!

Nota lima: Buat abah yang selalu mengintai dari jauh, ina dah jumpa apa yang abah cakap suruh cari.. This feeling is really great! Love u! (*p/s: tak taulah 'ini' ke yang abah kunun nak 'hantar' tu.. Tapi kalau yer, you are sooooo the best father in the world! hehehe... hantar la lagi banyak kali.. =P)

32 comments

Write comments
husna zahran
AUTHOR
December 22, 2008 at 12:35 PM delete

makin suka bc blog ainul..teruskn impianmu..mungkin akk tak terasa sgt sbb msuk lmbt..kuar awl..tp bila bc blog awk ni..dpt jgk input yg Dr. tu bg..btw..kedit utk ainul jgk sbb bg link tu..oh..tak sabar tunggu mesia pg..

Reply
avatar
December 22, 2008 at 12:46 PM delete

kak husna:
owh, ketua chef dah datang!! hehe.. tahniah2! ^_^ takpela akak, kita share sesama.. tadi akak share resepi, malam ni ainul kasi share apa yang ainul dengar plak.. sharing is caring - motto baru kita - =P

Reply
avatar
arina
AUTHOR
December 22, 2008 at 1:33 PM delete

woho!
baguslah ko dh dpt semangat ko smule.
chaiyok!

tgk status ko, dh agak akan kuar entry br mlm ni.
terus aku dtg.
eheh.

tp, nmpknyer, terpkse lah cancel niat nk jd angkasawan.
nk kne habiskan lari berkilometer-kilometer dlm ms 20 minit.
mane larat.
nk kne tahan pijakan seekor anak gajah.
nk kne duduk 3 jam, in fetal position, xgerak2.
huhu.
xtahan. xtahan.
nk kne pusing dlm centrifuge!
huhu.
terus aku igt platelet2, DNA, dan segale isi dlm darah yg di-centrifuge dlm lab gen.

salute Dr. Muzaffar!

tahniah buat tukang msk.
boleh buat menantu.
hua hua.

ps : Qisti rekod sume yg Dr. Muzaffar ckp. ape tunggu lagi Ainul?

Reply
avatar
en_me
AUTHOR
December 22, 2008 at 2:51 PM delete

kasih ibu membawa kesyurga, kasih abah takdok tolok bandingnya.. kannns

Reply
avatar
PrinCeSS
AUTHOR
December 22, 2008 at 5:30 PM delete

alhamdulillah x sia2 dr.angkasawan dtg..TERUSKAN IMPIAN!

besnye kalau dpt dengar sama..^^

Reply
avatar
syphoon
AUTHOR
December 22, 2008 at 7:18 PM delete

rakaman boleh didapati nanti daripada PERMAI ye..

Reply
avatar
chi am
AUTHOR
December 23, 2008 at 12:57 AM delete

waaahh.. sangat seronok tahu kawan2 sedang bahagia.. moga selalu!

Reply
avatar
December 23, 2008 at 2:34 AM delete

arina:
haha.. arina memang terer teka.. =P
ala arina, ko memang ada cita-cita jadi angkasawati ke? huaa.. tak best la weh ngaku kalah awal2. testing pun belum... cuba la try dulu.. mana la tahu tetiba ko suka plak yang pusing2 kerusi macam dr sheikh tu suka... hehe..

terima kasih-terima kasih (wakil sekelian tukang masak).. boleh2.. sila lah siapa nak isi borang..(hoho, habisla aku kena luku kat periuk2 kat irbid ni karangg.. T_T)

qisti rakam semua? wahh. bagus2.. nanti aku testing sapa punya rakaman lagi best, pastu aku amik yer.. ^_^

en_me:
betul..betul..betull. ^_^

Reply
avatar
December 23, 2008 at 2:42 AM delete

maya:
salam maya! lamanyer tak datang sini.. sakan berholiday yerr.. ^_^
tu la.. seronok sangat ada orang datang kasi motivasi. at least, bersemangat la sket. Tambah-tambah dapat dengar sendiri pengalaman dia pergi angkasa.. Teringinnya nak pergi gak.. Doa-doa la mana tau kot2 dia gi sana.. bleh kasi ceramah kat maya n the gang plak.. hehe...
(p/s: kami ada rakaman. nak?)

senior syafiq ali:
wohooo.. timbalan presiden pun baca ke blog nih? hehe.. terima kasih datang kasitau.. nanti saya cop satu ye.

Reply
avatar
December 23, 2008 at 2:45 AM delete

chi am:
hehe.. terima kasih untuk doa kamu gak! aminn... moga bahagia2 selalu juga..

Reply
avatar
LAila
AUTHOR
December 23, 2008 at 3:59 AM delete

ainul.
klu ada rakaman tu send2 kt aku sama ye =)
.n nk tngok gmba jgk. heheh

Reply
avatar
December 23, 2008 at 4:07 AM delete

laila:
baik kak!! ^_^ kalau tak dan kasi, aku KIV next year time balik ekk..

Reply
avatar
husna zahran
AUTHOR
December 23, 2008 at 4:12 AM delete

ainul..ada satu periuk nk melayang ni..hehe..

Reply
avatar
sakura
AUTHOR
December 23, 2008 at 4:53 AM delete

sy mahu rakamannya jgk, boleh?? hehe :)

Reply
avatar
N a b i L
AUTHOR
December 23, 2008 at 5:08 AM delete

One question.R u a Dr Syeikh Muzaphar's fanclub member? =p

Reply
avatar
saifuddin
AUTHOR
December 23, 2008 at 5:31 AM delete

Kalau angkasa dapat dicapai
Maka saktilah hamba

LOL

Reply
avatar
cik santun..
AUTHOR
December 23, 2008 at 6:19 AM delete

ainul... best bace... nk g angkasa gk, tp kne tk mkn 3hr 3mlm.. berfikir sejenak, huhu...

Reply
avatar
December 23, 2008 at 7:10 AM delete

kak ainul..ha..kan ada hikmahnya tu setiap apa yg Allah bagi... dh jumpa semula apa yg di'perlukan' (^-^)

tahniahhhh!!!mabruk!!!

wah..k.husna, blh geng dgn ummi amzar...heh..

Reply
avatar
December 23, 2008 at 7:44 AM delete

kak husna:

lariiiii...!!!!

sakura:

kalau boleh, boleh je saya kasi.. ^_^

nabil:

fan club?? oh tidakk.. saya bukan jenis manusia kipas susah mati punya peminat.. saya suka kata-kata dan pengalaman dia saja.. ^_^ yang bagus diambil buat teladan.. tu je..

Reply
avatar
December 23, 2008 at 7:48 AM delete

senior saifudin:
itu zaman laksamana sunan punya kata-kata da... sudah tidak sakti siapa yang berjaya menyentuh angkasa di zaman ini. =P

kak piqah:

go.. go.. kak piqah go!! ainul menyokong dari belakang.. (^_^)Y

amzar:

happy birthday uwais amzar yang comel! hehe.. kak husna memang terer dari duluu, amacam kak husna? nak join ke jadi 'geng' kak ayu? *sambil lindung kepala takut ada periuk melayang lagi..* hehe.. gurau22.. =P kak ayu terer masak gak ek??

Reply
avatar
akak
AUTHOR
December 23, 2008 at 8:20 AM delete

cerianya dia hari nie..tank penuh ek..Isikan utk tank akak sekali. Akak punya dah negatif nie..Seronok tengok ainul happy macam nie..baca apa yg ditulis pun macam..wah..semangatnye..alhamdulillah. Semoga hari² macam nie terus bersama ngan Ainul..

Reply
avatar
husna zahran
AUTHOR
December 23, 2008 at 8:23 AM delete

wah2 budak bertuah ni edit entry dia...

Reply
avatar
Nurlaila
AUTHOR
December 23, 2008 at 11:44 AM delete

salam. kenapa awk panggil Laila tu kak? hehe, dia bukan batch awk kat Gopeng ke? ni baru kak laila datang :D

anyway, nice entry. semalam xdpt dtg..huhu. beria ajk ahli byte pergi..last2 diorg je yg pergi sbb diri sdri dah exhausted.

Reply
avatar
Nurlaila
AUTHOR
December 23, 2008 at 12:03 PM delete

Nak tengok ainul yg baru esok. hihi :D

Moga awak terus semangat & ceria.

Semoga semangat & keceriaan awk memberi semangat & keceriaan juga kpd org2 di sekeliling awak.

Didoakan semua orang kuat semangat, diberi petunjuk & dilindungi Allah sentiasa. Ameen.

Reply
avatar
December 23, 2008 at 8:27 PM delete

akak:
^_^
nah, saya kasi sket saya punya isi tank kat akak.. akak ceria-ceria selalu tau! kena dengar gak kot ni rasanya.. hehe.. terima kasih akak.. ^_^

kak husna:
wuuu, adakah kak husna mahu membaling periuk lagi pada saya?? *ketakutan*

kak laila:
hehe.. saje je kak laila.. laila saarani itu suke memerasankan dirinya kakak kecik dan saya adik besor.. takpelah, best gak buli 'kakak' tu.. haha~
insyallah.. moga kita sama2 diberi semangat dan ceria-ceria selalu.. erm, hari ni hujan la akak.. tak tau la bleh ceria sangat ke idak sebab sejukkk...=p

Reply
avatar
fathiyyah
AUTHOR
December 23, 2008 at 10:00 PM delete

ainul,seronoknyaa bila tahu awak sudah kembali ceria..
yeay!!


lega

huhu

Reply
avatar
fathiyyah
AUTHOR
December 23, 2008 at 10:11 PM delete

ainul,skrg jam 8 pagi.sy baru plan nk tido lepas ni sbb semlm sy sempat tido 4 jam je.smlm pun 4 jam..tp bila bc balik nasihat Dr sheikh tu(tidur 3 jam),sy tak jadi la nk tido..hihi

betul la,mcm2 benda boleh buat dr tido..
sy pun nk amik sikit smgt awak..mari study sungguh2 ainul!

Reply
avatar
December 24, 2008 at 6:48 AM delete

fathiyyah;
^_^ terima kasih fathy.. eh, jangan la sampai tak tidor terus... rehat kena jaga gak.. jom2 study. saya exam sabtu nih..

Reply
avatar
atiqah_irbed
AUTHOR
December 24, 2008 at 7:16 AM delete

ainul..
hebat entry ni
best sgt kan mlm tu..tgk la ko duduk dgn sape kan.
dr ptg memasak-masak
pujian utk pembantu tukang msk juga
tukang kupas bawang,cili halia goreng ayam,tumis sambal..jgn dilupekan (kan kak husna?)
plg penting, tukang msk nasi nie
nasi x jd tak sedap..hehe


dr.sheikh nasihatkan tidur 8 jam
kalau dapat cut half pun kire ok la kan..that needs mental strength!
dream big
dreams are possible

Reply
avatar
December 24, 2008 at 8:06 AM delete

uwais amzar: k.ainul, ummi ckp...ummi tak terer tp msh bljr..cume ummi kata kak husna blh geng sbb suka memasak..Y(^_^)

Reply
avatar
December 24, 2008 at 8:24 AM delete

tiqah:
uiks, dari manakah tiqah berinternet?? hehe.. bukan ke rumah ainul port anda? =P

yela..yela.. siapa lagi di sebelah ainul kalau bukan tiqah yang memaksa saya jadi pemberi kertas JKKPMK tu.. haha~ gurau2 yer.. haah, tahniah juga kepada pembantu2 tukang masak yang penat lelah membantu kak husna kita.. Kalau korang masak tak sedap, takkan jadi jugak masakan yang sedap tu. kan tiqah kan? ^_^

yes bos!! dream must be big!!

uwais comel:
owh... macam tu.. seronokla uwais yer umi suka masak macam-macam untuk uwais.. ^_^ mesti sedap kan umi masak, uwais?

Reply
avatar
PrinCeSS
AUTHOR
December 25, 2008 at 2:34 AM delete

de rakaman ke?? nak2~!

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *