Mayday! Mayday!

12:59 PM 11 Comments A+ a-





Iikagen ni shite yo. Tsukarechatta. Yaru koto ga takusan arisugiru. Kata ga kotte tamaranai. Sutoresu tamatteru na. Ikura yattemo kiri ga nai..

(maksud cari sendiri ya.. ni sudah skema teramat saya letak ayat..)

Saya minggu ini lebih teruk dari minggu lepas. Kepala makin pening. Bahu makin berat. Nak mengeluh, maknanya macam menampar pipi sendiri. Saya kena kuat. Tapi saya takut tak larat. Haish.. Apa nih.. Kuat Ainul!! Tak larat, sila makan vitamin. Jangan lupa lapor pada Dia selalu. Dia kan geng kita..

Malam ini saya give up. Kepala berat sangat dah. Badan mogok bila banyak benda tukar drastik minggu lepas. Minggu ni nampak gaya kena lagi buat tapi badan ni susah sangat nak terima perubahan. Pagi tadi kelas paling tak seronok saya pergi. Mengantuk teramat.. T_T Dah dua hari selang tidur tak tidur, tidur tak tidur. Bateri dah keluar asap. Pening, pening..

Mayday! Mayday! Panggilan kecemasan dari bumi! Sebelum skru saya tercabut lebih lama, baik saya hibernasi sekejap. Perlu bertapa sekejap tuntut ilmu pertahanan diri balik. Dah mula lemah-lemah mengada. Emosi, otak, badan semua sama. Tak boleh jadi nih..

Senarai menunggu itu perlu dilawan. Saya kalah? Oh, tidak! Tidak sesekali kalah sebelum berjuang. Saya boleh! Saya yakin boleh! Tapi nak cari si boleh tu, saya nak mengembara dulu. Pergi jumpa sifu. Saya takkan kalah dengan senarai menunggu sebesar A4 itu. Saya lagi best. Dia kertas tak best. Cuma ada kuasa psiko kasi orang sakit kepala saja. Saya akan lawan sampai semua kertas itu masuk tong sampah.

Bagi menguatkan diri sendiri dan orang yang terjejas sama, jom dengar lagu ini..

SUNNAH ORANG BERJUANG

Munsyid :Hijjaz

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana atau syurga..

ye..ye.. betul.. ini baru nama berjuang.. Kalau setakat kertas itu pun dah cuak, ini pula nak lawan musuh medan perang.. Ish,ish.. Takpe. Zutto Tsukette !! Biar kita tegang, janji Allah sayang. Think negg...eh.. positiff...!! Allahu yusahhilni... Allahu yusahhilni..Allahu yusahhilni.. Doakan saya.. -_-

Ada terfikir mahu menyuruh kawan menculik komputer ini. Erm, tapi tak boleh gak sebab saya duduk ceruk, lagilah terputus connection karang. wa!! Bila nak atasi penyakit internetphilic nih. Terasa macam kali ini Allah kasi cara baru mahu jauhkan internet sementara waktu. Padan muka ku..

p/s: harapnya mama dan abah tak baca entry ini.Ya Allah, sila kasi can mak ayah saya sekeluarga jalan lama-lama sikit kat Malaysia supaya tak boleh buka blog saya dan baca entry keluh-keluh ini. Nnati diaorang risau, saya pula dapat temuduga percuma dari Malaysia.....

11 comments

Write comments
chi am
AUTHOR
December 21, 2008 at 2:27 PM delete

salam chinul, selamat pagi.. sane pagi kah? :)

tape chinul take five dulu k. sit back for a while. saye doakan kemuadahan urusan dan kesempurnaan.

*budak cumil itu buat saye geram!

Reply
avatar
December 21, 2008 at 3:22 PM delete

awk kuat ainul! hadapi satu persatu dgn tenang ye. bersama doa dn pasrah pd Allah. kesusahan yg awk alami nih insyallah diberi pahala tak terjangka:)

Reply
avatar
fathiyyah
AUTHOR
December 21, 2008 at 8:03 PM delete

salam ainul.
terbalik pula keadaan awak dgn sy.sy ni lagi la teruk.tiap2 mlm tidur pkul 9 bgn dari tidur masa subuh.ish,rasa mcm tak struggle pula,dh kurang stay up kecuali hujung2 minggu.
begitu la..

sy mahu mcm dulu,berjaga bc buku smpai pagi mcm awak,tp sejak dua menjak ni sy cepat letih,jd sy tinggalkan dulu amalan stay up tu.tunggu sebulan lagi nak exm..

ainul,awak jaga diri.sy sayang awak.ingat tu

Reply
avatar
jejakalkindi
AUTHOR
December 21, 2008 at 8:17 PM delete

salam...

kita manausia..ada masa up & down nya, tapi itu semua ujian...teruskan berjuang...Ainul Boleh!

-Bro Fisol-

Reply
avatar
December 21, 2008 at 9:10 PM delete

chiam:
ye,skrg ni tengah pagi.. selamat tengahari juga! terima kasih chiam.. saya tengah cuba rileks2 nih..

p/s: kamu ngan budak memang tak dapat dipisahkan.. ^_^ bila nak pos kitaorg kad? hehe

cikgu jawe:
aminnn.. teringat atas ingatan cikgu. ^_^

fathiyyah:
ws.. bahagianya cenggitu fathy.. huhu.. takpe2. selalu boleh rileks, rileks la puas2.. nanti busy macam saya, rindu nak rileks tau..

thanks fathy. sayang awak gak! ^_^

Reply
avatar
December 21, 2008 at 9:13 PM delete

bro fisol:
ws. terima kasih bro! doakan saya.. ^_^ tetiba terasa nak join anaqi & akak2nya main pantai.. hoho..

Reply
avatar
nabilah
AUTHOR
December 22, 2008 at 1:41 AM delete

salam ainul...

cam abg fisol jugak..kalau Anaqi boleh, auntie ainul mesti boleh!!!..InsyaAllah yea...balik nanti kita boleh main2 kat pantai sambil BBQ...hehe..

-k.mai-

Reply
avatar
uwais amzar
AUTHOR
December 22, 2008 at 2:01 AM delete

chayok2x!!! kanbate!! kakak ainul..uwais kata nih...;)

take care..!! syafakillah fauran!! =)

Reply
avatar
izzahsakinah
AUTHOR
December 22, 2008 at 3:07 AM delete

go go Ainul!
lumrah lah, masa belajar, ada waktu susah dan senang.
cuma satu, jgn putus asa!

0=)

Reply
avatar
sakura
AUTHOR
December 22, 2008 at 3:49 AM delete

chayyok2!!
ya, betul tu nadiah..
dont give up k!
yakinlah dengan keupayaan kita..
ada seorang teman pernah berkata: andai kita mencuba dengan sedaya upaya, kita akan terkejut dengan hasilnya.. betul x?

Reply
avatar
December 22, 2008 at 12:42 PM delete

kak mai:
ws.. terima kasih akak. ^_^ hehe~ seronoknya nak gi BBQ.. ni tak sabar nak balik nih..=P

kak ayu:
ala, comeyynyer uwaiss.. ^_^ terima kasih yer uwais.. Ni akak suka ni.. Bila lah nk main ngan uwais nih.. mesti best.. hehe.. syukran akak!

izzahsakinah:
thanks sangat-sangat.. betul2.. saya ni kadang2 lupa sket.. terima kasih ingatkan..

Sakura:
^_^ yup! it's true.. saya mesti yakin boleh! syukran awi-awi, ya sodiqati,,

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *