Hospital Saya Bersaudara

6:49 AM 12 Comments A+ a-



Salam

Petang tadi cadangnya mahu ulangkaji sekejap. Tapi tiba-tiba ramai pula yang mem'buzz' di YM. Kalau setakat kawan-kawan, kadang-kadang saya beritahu saja saya sibuk. Tapi ini semuanya keluarga. Tak sampai hati pula. Lagipun, saya memang rindu nak bersembang dengan mereka. Nak tunggu semua lapang, punyalah susah. Jadinya, takpelah.. Saya burn kejap petang ni. Ganti malam nanti. ^_^

Kali ni saya jadi kalut nak berYM sebab bukan sorang dua nak bersembang, tapi sampai 5 komputer sekali. Yang tak tahannya, siap serumah bukak dua komputer sekali. Alasanya, senang nak nyampuk. Hehe.. Apa-apa je lah diaorang ni. Puas juga la kali ni dapat bersembang dengan keluarga semua. Tambahan, keluarga maklong di Perlis pun sama-sama berYM tadi. Sebab banyak sangat, akhirnya guna conferens sajalah. Penghubung tiga penjuru Jordan-Perak-Perlis. Macam alumni keluarga Tok Kotat(nama glamer tok wan saya di kampung tuh) betul... =P

Tajuk utama yang paling saya suka kali ini ialah mesyuarat penubuhan hospital keluarga. Kononnya ala-ala syarikat adik-beradik.Tiba-tiba sahaja tertimbul idea ni bila adik sepupu, Syafiee semangat beritahu dapat tawaran SPA jadi jurupulih carakerja. Owh, bertambah lagi bakal ahli dunia perubatan keluarga kami.

Disebabkan sepupu belah ayah semuanya masih ditahap tak lepas umur 23 tahun, maka kami macam teruja pula nak tengok masing-masing jadi apa bila besar nanti. Setakat ni daripada 21 cucu tok wan, campur dengan 4 sepupu ayah yang sebaya kami, dah ada seorang dalam bidang perubatan, seorang dalam bidang farmasi, seorang bidang kejururawatan dan yang terbaru seorang di bidang juru pulih. Lagi dua dalam bidang elektrik. Dan sorang dalam bidang mekatronik dan robotik. Yang lain semua tak lepas SPM lagi.

Jadi secara majoritinya banyak di dunia perubatan. Jadi, mak long secara tiba-tiba terfikir entah-entah kami nanti kerja bawah bumbung hospital yang sama. Haha.. Mungkin juga. "Entah-entah nanti buat hospital sendiri kot, okay gak. Akak jadi bos.Arina ngan semua orang kerja bawah akak. Hehehe.." kata kakak sepupu seorang itu, Kak Tora. Fuh, tinggi sungguh cita-cita dia nih..

Tambah seronok tadi bila kami mula senaraikan cita-cita ahli keluarga yang lain.Ada yang nak jadi doktor pakar, doktor haiwan, doktor gigi, ustazah, cikgu, akauntan, polis, pakar komputer, peguam dan macam-macam lagi.Lepas tu mula lah terfikir macam mana nak masukkan bidang-bidang lain ini dalam satu bumbung hospital.Lama juga 'bermesyuarat' macam mana nak kumpulkan semua orang. Akhirnya terbinalah rangka hospital impian kami dengan menempatkan semua sepupu kerja di situ. Tak payah bidang perubatan, bidang-bidang lain pun ada kerja dalam hospital kami ni. Tak tertinggal walau seorang.

Haha~ Alangkah bahagianya kalau impian ni jadi realiti. Sebabnya kami semua sangat rapat. Sekepala masing-masing. Sebabnya yang paling tua baru berumur 22. Yang paling muda pula umurnya 3 tahun. Jadi masih semua di tahap bukan golongan dewasa. Itu yang kami jadi rapat. Mesti seronok kerja ramai-ramai lepas tu boleh keluar sesama. Tak ada duit, boleh suruh sedara lain belanja dengan tak malunyer... Hehehe..

Lain betul rasa bila dah besar berkumpul ramai-ramai. Dulu kecil-kecil, berkumpul waktu main tarik upih,tuju selipar dan lawan duit raya siapa paling banyak. Dah besar ni, berkumpul merancang masa depan pula. Ada juga siap dah nak ada anak sorang seorang sekarang. Wahwah... kami sangat sudah nak dewasa! ^_^ (budak kecik sila ketepikan yer.. =P)

Teringat ada sekali dulu waktu filem Gemerlapan tengah popular, kami beramai-ramai melakonkan babak-babak menarik dalam cerita tu balik. Pemilihan watak guna cara "wan to som" je. Saya dapat watak kawan baik kepada heroin a.k.a mak ngah sedara saya. Memang sangat lawak bila teringat balik. Tambah-tambah pada babak-babak yang sangat menggelikan hati contohnya macam lawan perli-perli dan pekena satu sama lain. Macam-mana babak tambahan yang keluar.. Kami gelak tak henti-henti sambil berlakon waktu tu. (^_^)Y

Haih, rindu betul nak berkumpul balik sekarang. Dulu saya seorang saja tercampak jauh. Cemburu bukan main kalau tengok gambar mereka beramai-ramai pergi ke mana-mana. Sekarang saya sudah ada geng di UK sana. Selamat masuk korum sepupu tak balik raya ya, Abang Hanafi!! Jemput rasa suka duka di perantauan. Satgi jom pakat hantaq gambaq kat kampung na...

Tak sabar nak menunggu bulan lapan tahun ni. Waktu cuti balik Malaysia jatuh pada waktu raya aidilfitri. Alhamdulillah.. Maknanya ada peluang la nak buat perkumpulan sepupu ini semula. Seronoknyaa.. Tunggu Ina balik na kakak, abang, adik sekelian..


NOta satu : Selamat hari jadi pada Uwais yang comel di Amman.. ^_^

NOta dua : Tahniah pada adik sebab dapat SPA tu.. Alhamdulillah makbul doa hangpa..

Nota tiga : Tahniah juga pada Amira sayang sebab dapat ke Sekolah Sri Puteri. Lepas ni duduk asrama la mira yea.. Be a good girl!

12 comments

Write comments
uwais amzar
AUTHOR
December 24, 2008 at 8:33 AM delete

uwais amzar: alahai... bahagianya... bestnya...uwais pn rindu kt malaysia walaupun br 3 bln lps blk jmp sume family ummi abi... thanks k.ainul yg cute... doakan yg terbaik buat uwais..=)

Reply
avatar
toRA@7
AUTHOR
December 24, 2008 at 9:10 AM delete

haaaiisy..sempat kamu mncoretkn nye ye???...blog2 jugak stadi jgn d lupekn yee...hehe @_@

hmm...pmbetolan sket..umor akak baru 21 ye syg..pndai2 hg tmbah lg 1thn...hoho

well...quite nice entry...n it sounds funny too..mcm fantasi pnye story...laalalaala....

pape pon...i also wish it will become true someday...aamiien..
pada-Mu kami b'serah....("O")

boley laa ajak ramai2 lg kn???fuuh..bnyk gak laaa hospital akak nnT..bcoz akak nk wat keje same ngn anip jugak...it is so call bestfrenz hospital..hihi..n yet i'm still the big boss...hehe

oklaaaa...xlarat komen dh..katil dh memanggil2...

LBNL...ol d besh!!!keep up the gud work yaaa my dear....illaliqa' ma'ssalamah~~**

Reply
avatar
December 24, 2008 at 9:45 AM delete

uwais:
kita sama rupanya ye uwais.. huhu.. takpe.. kita belajar kasi habis, pastu nanti balik yer.. uwais lagi best sebab ada abi ngan umi. hehe.. sama2 uwais comel.. aminn..

kak tora:
sambil ym sambil tulis.. standard la akak..=P

eh, 21 ye.. takpe.. lagi beberapa hari naik lah akak jd 22. sila lah jangan rasa anda muda ye.. kitaorang takpe.. haha~

wah, farmasist berjaya la akak nanti. ngan kitaorg lagi, ngan anip lagi.. senang2 suruh je la anip tu jadi family kita, pastu boleh combine hospital.. opsss.. *nak mangkuk muntah ke?* hehe

saya pun nak aminkan juga. Kita tunggu lagi 20 tahun tengok jadi ke idak.. *lamanyaaa...*

okeh, sis! studi takkan ina lupa.. ^_^ jangan risau.. mintak doakan ina je selalu.. ok? ha, terima kasih ler sbb jadi rujukan ketensenan ina pada subjek2 kita yang sama.. =P all the best too.. selamat jadi farmasist berjaya..

p\s: tengok-tengokkan mira kat sana sama ye akak! ada apa-apa sila buat laporan terus ke jordan.. hehe..

Reply
avatar
toRA@7
AUTHOR
December 24, 2008 at 10:56 AM delete

weyh...jgn sgka diriku telah tido..hehe

mlm ni mlm bc blog kot..tumpang2 ade ms..abeh sume blog kwn2 akak bace...almaklum laaa,nk ade sndiri punye xmmpu..bile d kenangkn xdenye tenet kt kolej...
hasrat tu t'kubor jelaaa...huhu

lg bape ari nk msk 22??mn de..lmbt lg yee..lg 9bln..lame tuuuu...hehe

soh anip jd family kite???hiyeeergh...xpayah laaa..huuuhuuu
kamuu nk ke die dlm family kite???akak cm xnk je...ahaaaks2..~**bagoslaa sediakn mgkok..tp rsnye xcukop...

jgn risau..akak doakn..same2 laaa b'doa yee..aaamiin..n thanx 2..

yelaaa nnT akak tgk2 kn..tompang2 dh msk skola akak..bley laa g visit skolaa skali...hehe

Reply
avatar
izzahsakinah
AUTHOR
December 24, 2008 at 4:48 PM delete

Ainul, saya terfikirkan nak tubuhkan wisma perubatan dan kesihatan dengan gabungan alumni sekolah. Hehe. Terlintas masa sembang-sembang dengan dua tiga orang kawan sekolah hari tu =p

Reply
avatar
c's radin
AUTHOR
December 25, 2008 at 2:25 AM delete

im dropping by.. keifik?

fuuhh.. we got diff background ek.. my siblings produk bidang engineering n accountancy(cmtu2..) n sepupu sepapat pun kategori2 sme gak.. cme ad sorg pk cik doc.. n anak2 die amk medik.. yg sepupu len, xdaa... nih break tradition gak.. fuuuhhh.. doakan moga diistiqamahkan..

ps budak2 mara mmg, pk kje sendiri je.. blk2.. 3 yrs compulsory service dulu =P

Reply
avatar
PrinCeSS
AUTHOR
December 25, 2008 at 2:33 AM delete

seronok kan kalau same2 dpt kumpul..memang x lekang gusi dibuatnye

wah siap ber'mesyuarat' nak bina hospital keluarga..hope jadi kenyataan..boleh2 singgah2 ke sana bile2 sakit nanti..:)

Reply
avatar
December 25, 2008 at 3:29 AM delete

Dengar pesan Kak Tora tu. Blog, blog jugak. Study jangan dilupakan. KS nak tambah skit lagi. Berangan, berangan jugak. Studi jangan dilupakan. Hehe. Sat lagi yang diimpi entah ke mana, yang diharap tak tercapai2. Tapi kamu budak bijak. Beres punya la.

Tahniah utk Amira.

Reply
avatar
December 25, 2008 at 9:07 AM delete

kak tora:
hehehe.. akak ngan budak tu direct teman tapi mesra je... kunun.. =P
takpe2, akak buat entry mengomen blog2 kitaorg je la.. ^_^ tapikan bukan akak selalu online ym ke? guna handset ek?
*sila blajar terer2, nnt balik ina rujuk akak je la kalau nk tanya psal ubat* ^_^

izzahsakinah:
wa.. sama la ye? dulu skolah mana ek?

radin:
alhamdulillah, meneihah.. takpe radin, feel great to be different! allahu yusahil alaik!

biasalah.. kelegaan tak terikat 10 tahun.. lama tuuu.. heheheh

Reply
avatar
December 25, 2008 at 9:19 AM delete

maya:
memang pun.. tambah-tambah semua idea masing2 lain-lain tapi sama gila. lagilah huru-hara jadinya.. hehe
amin... insyallah, kalau jadi terbina, mesti ainul ajak kamu datang punyalahh.. =P

ks:
hehe... yes bos!! insyallah, apa-apa pun, study takkan lupa punyalah.. doakan ainul tau! amin atas kata-kata ks tu... ^_^
terima kasih!

Reply
avatar
jejakalkindi
AUTHOR
December 25, 2008 at 9:02 PM delete

salam,

impian yang bagus tu, jadi lepas ni kami sekeluraga tak yah pergi hospital lain, hospital ainul kan ada..

Reply
avatar
December 27, 2008 at 7:16 AM delete

bro fisol:
ws..
^_^ insyaallah.. aminn.. boleh2...

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *