Dunia Baru

Salam ~

Dengan terbitnya fajar pada hari ini, maka tahun 2008 sudah pun jadi lipatan sejarah dalam hidup saya. Mentari yang datang kali ini seakan bawa tanda bahawa ada sinar baru yang Allah berikan kepada seluruh umat-Nya. Tahun 2008 sudah pergi dan tahun 2009 mula bermula.

Kalau diteliti azam saya yang lepas, rasanya macam banyak yang tidak terlaksana. Entahlah, mungkin perancangan saya tidak sistematik lantas Allah beri yang lebih baik dari yang saya susun. Alhamdulillah, setakat ini saya bersyukur dengan apa yang terjadi pada diri saya sendiri.

Tapi itu bukan makna saya terus duduk selesa, insyaallah di tahun baru ini saya mahu lebih kuat berusaha mencapai target yang saya sasarkan. Tahun ini secara tidak rasminya saya telah menginjak ke umur 20-an. Sangat pelik pula rasanya! Angka itu seakan membawa tanda bahawa hidup makin berat dan saya perlu jadi makin kuat. Harapnya saya mampu terus berjuang, aminn..

Sepanjang tahun 2008, banyak yang saya belajar daripada pengalaman yang saya kutip. Pahit, manis, tawar, masam semuanya ada. Cukup perencah serba-serbi. Mahu tak mahu, saya puas bertemu masalah kehidupan dan saya seronok belajar menjadi seorang manusia. Semangat yang naik turun itu memang ada tapi syukur saya banyak terima bantuan dari pasukan tuhan. Kalau tiada mereka, wallahualam apa akan jadi.

Saya tidak mahu memandang sejarah yang lepas sebagai bebanan. Insyallah, segala yang dah lepas ini saya akan jadikan sebagai medium timbang tara saya di masa akan datang. Moga dengan apa yang pernah saya lalui sepanjang 19 tahun hidup yang lepas mampu beri saya petunjuk untuk melalui kehidupan akan datang.

Sebagai manusia yang banyak tanggungjawab, saya mengimpikan tahun ini pelaksanaan amanah oleh diri saya lebih bagus dari sebelumnya. Saya mahu menjadi hamba tuhan yang lebih taat, anak yang lebih membanggakan, pelajar yang lebih berjaya dan manusia yang lebih bagus. Banyak lagi target spesifik yang sudah saya senaraikan tapi tak perlu lah ditulis di sini, nanti tak cukup ruang jadinya. Moga semua tercapai nanti!

Bersempena dengan tahun baru ini, saya juga nak menyusun jari memohon ampun dan maaf pada sesiapa yang mengenali saya kalau selama ini saya ada terkasar bahasa atau buat sebarang salah. Saya masih budak mentah yang perlu selalu men-introspeksi-kan diri. Marilah kita sama-sama bermusahabah dan sama memulakan hidup yang lebih baik selepas ini. (^_^)Y Selamat Tahun Baru !!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dari blog ini saya kenal pelbagai manusia. Ada yang begitu dan ada yang begini. Yang pasti dari sini saya peroleh ramai kawan-kawan yang baik dan seronok dibuat teman. Dari mereka saya belajar banyak benda dan dari mereka saya berpeluang meluaskan ukhwah ke merata dunia. Terima kasih ya sebab jadi kawan dan pengunjung teratak saya. ^_^

Tapi baru-baru ini saya nampak ramai yang berdepan dengan masalah. Ada yang kuat dan ada yang makin lemah. Tapi saya pasti mereka semua berada di situasi yang serupa. Kebanyakannya masalah yang sama iaitu berdepan dengan golongan manusia yang susah mahu menerima keadaan diri mereka. Terasa mereka macam dipaksa dan terpaksa menjadi manusia lain semata-mata untuk memuaskan hati orang lain.

Saya mungkin belum terkena tapi saya dapat rasakan ia bukan calang-calang perkara. Yang belum kuat mungkin akan terus tenggelam tapi saya bangga ramai dari kawan-kawan saya yang tidak takut untuk berdepan dengan masalah ini. Tak kiralah apa cara mereka menyelesaikannya tapi cukuplah mereka tahu apa yang perlu mereka lakukan untuk diri mereka diri.

Cuma sedikit doa titipan saya, moga-moga kawan-kawan saya ini terus kuat dan gagah menempuh ujian mereka. Ini bukan bala tapi ini petunjuk buat kalian. Suka saya memetik kata-kata kegemaran saya dari filem Ayat-ayat Cinta saat watak utamanya dilanda masalah yang sangat tidak dapat dihadapi:

"Sabarlah! Tika ini Allah sedang berbicara dengannya tentang sabar dan ikhlas."

Kawan-kawan yang berkaitan,saya mungkin bukan teman kalian yang rapat.Tapi ikhlas dari hati saya, saya mengharapkan hanya kebaikan untuk kalian. Semoga semua yang kalian lalui akan jadi penguat diri di masa depan dan pendekat kita kepada Yang Esa. Insyallah, saya yakin kalian adalah manusia terpilih untuk dugaan begini. Ingat tau, Allah takkan uji kita kalau kita tak layak di mata Dia menanggung semua ni.

Harapnya, tahun baru yang mendatang ni juga bawa keceriaan baru untuk kawan-kawan semua. Yang baik kita sama ambil sebagai teladan dan yang buruk itu kita jadikan simpanan. Jangan cepat mengaku kalah! Jadilah diri sendiri dan kuatkan iman. Moga kalian dipermudahkan jalan oleh tuhan. ^_^

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Semalam dapat email bagus dari seorang penghuni Irbid. Katanya kita terlampau menumpu pada kejadian Palestin hingga lupa terus pada saudara seagama yang turut diperlakukan sedemikian di Bosnia, Kashmir, Filipina, Pattani, Thailand dan banyak tempat lagi. Agaknya kalau di tanya pada orang arab di sini, entah mereka tahu atau tidak derita di balik Asia sana. Jangankan arab, entah-entah kita pun sama. Adoi, menusuk terus ke jantungku!!

Hurm, nak tak nak memang apa yang dia cakap tu betul. Saya sendiri tak tahu sangat dengan saudara yang lebih dekat. Agaknya sebab keganasan Israel di sudah termaktub lama jadi ia lebih beri kesan pada manusia sejagat mungkin.

Tapi tak nak lah yang tempat lain lagi teruk dikerjakan oleh spesis-spesis Israel walau berbeza bangsa dan negara. Itu namanya yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Pandangla seketika juga pada saudara kita di tempat sana. Biar semua dapat hak sama rata. Didoakan sama kesejahteraan dan keselamatan mereka. Itu hak mereka sebagai saudara kita.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sekarang tengah pertandingan debat. Sebagai skuad khas debat yang menggubal akta debat, terasa tertarik-tarik sama untuk bercakap dan berdebat tapi apakan daya, siapa suruh pencen awal? Huhu..

Tajuk debat kali ini sangat power. Kepada senior yang buat tajuk debat, ketahuilah ramai yang memuji tajuk anda sangat ke-mahasiswa-an. Mabruk! Sekurang-kurangnya ada usaha untuk sama menenyeh para mahasiswa Irbid supaya mengetahui isu-isu semasa yang berat dan perlu diambil perhatian. Pada peserta, janganlah kecewa kerana bebanan tajuk yer. Setakat ini korang dah cukup bagus menyampaikan fakta. Selaku skuad khas debat, saya bangga dengan anda. Chewahhh.. hehe.. =P

Selamat tengok debat semua! Mari-mari sama penuhkan dewan persidangan! Kita sama dengar dan sama timbang fakta hujah mana yang lebih rasional untuk kita buat keputusan. ^_^

6 comments

DAMAI | December 31, 2008 at 11:36 PM

salam ziarah...

semoga tahun baru ini menjanjikan keredhaan Allah buat kita ^^

KaaMyL KamPungGirL | January 1, 2009 at 12:20 AM

1) terima kasih sebab ingatkan kitorang psl saudara2 kita dekat lain..
Afghanistan..Iraq..Chechnya..Thailand.. dan banyak lagi.. harap kita sume tak lupa untuk doakan mereka sama =(

2) dari dulu tak pandai nak berdebat. tapi sangat inspired bila tengok orang berdebat! nanti kongsi sama la isi debat yg mampu 'menenyeh' mahasiswa Irbid tu ya.. ;)

akak | January 1, 2009 at 7:32 AM

Semoga apa yg dah terjadi akhir² ni, walau apa jua masalahnya... dapat kita ambil sebagai panduan bagi perjalanan kita di masa hadapan agar kita lebih tabah..Insya Allah. Kita kena kuat utk diri kita sendiri..kan?

umaralfateh | January 1, 2009 at 1:22 PM

sekarang ini rasanya kamu sudah memanjangkan artikel-artikel kamu..

dulu pendek dan padat..

kini, berbunga berjela dan padat.

hehheege..

sekadar ambil satu kata-kata hikmah

''manusia yang terbaik adalah, hari ini lebih baik dari semalam, juga esok lebih baik dari hari ini''

= manusia terbaik adalah manusia yang setiap hari dia berubah ke arah lebih baik. :)

Ainul Arina Madhiah | January 1, 2009 at 1:34 PM

DAMAI:

alayki salam DAMAI.. amin atas doa kamu.. salam tahun baru juga. ^_^

Kamel:

^_^
insyallah.. kalau berkesempatan nanti saya kongsikan yer..

akak:

betul, betul betull.. kalau sendiri tak kuat, susah kita nak kedepan kan akak?

Ainul Arina Madhiah | January 1, 2009 at 1:37 PM

umaralfateh:

adeh.. betul ke? hehe.. agaknya sebab jarang update, jadi sekali dah update dia masuk combo punya entry.. hehe... tak elok ya berjela-jela? hurm, kena diubah ni nampaknya.. terima kasih kasitau.. nanti saya ringkaskan balik.. kesian pula pada orang yang terlajak masa baca entry-entry berjela nih.. =P

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images