Doa Seorang Teman

Salam




Malam ini saya berteman suara merdu yang mengalun zikir taubat. Tenang betul rasanya. Lepas habis selesai buat segala laporan makmal dan kes biro, saya merayau sekejap. Jam dah pukul 12. Nampaknya esok baru boleh belajar Pharma. Erm, malam ni terdampar di lama di depan satu kisah. Ini ceritanya..

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sebuah kapal karam di tengah laut kerana dipukul badai dan ombak hebat. Hanya dua orang lelaki yang berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang.Mereka tak tahu apa yang harus dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat untuk membahagikan pulau kecil itu menjadi dua wilayah. Dan mereka tinggal sendiri sendiri berseberangan di dua sisi pulau tersebut.

Doa pertama mereka panjatkan, lelaki A pohon agar diturunkan makanan. Esoknya,lelaki A melihat sebuah pohon penuh dengan buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki B tetap kosong. Seminggu kemudian,lelaki A yang ke satu merasa kesepian dan memutuskan untuk berdoa agar diberikan seorang isteri.Esoknya ada kapal yang karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang berenang dan terdampar di sisi tempat lelaki A itu tinggal.

Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki B tetap saja tidak ada apa-apa. Segera saja, lelaki ke satu ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban saja,semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki B tetap saja tidak mendapatkan apa-apa. Akhirnya, lelaki ke satu ini berdoa meminta kapal agar dia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu.

Pagi harinya mereka menemukan sebuah kapal tertambat disisi pantainya. Segera saja lelaki A tersebut dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap untuk berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan untuk meninggalkan lelaki B yang
tinggal di sisi lain pulau.Menurutnya, memang lelaki kedua itu tidak layak menerima barkah tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan. Begitu kapal siap berangkat,lelaki A ini mendengar suara dari langit menggema,

"Hai, mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?"

"Barkahku hanyalah milikku sendiri, kerana hanya doa akulah yang dikabulkan. Doa lelaki temanku itu tak satupun dikabulkan.Maka, ia tak layak mendapatkan apa-apa,"jawabnya.

"Kau salah ! " suara itu membentak tinggi

"Tahukah kau bahwa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan, semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa. "

"Katakan padaku " tanya lelaki A itu.

"Doa macam apa yang ia panjatkan sehingga saya harus merasa berhutang atas semua ini padanya? "

" Ia berdoa agar semua doamu dikabulkan! "

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Logik atau tidak bukan persoalan. Tapi saya tersentuh dengan keluhuran jiwa lelaki B yang mementingkan sahabatnya sendiri berbanding diri. Seketika tadi juga terbayang kisah sahabat rasulullah yang lebih rela mati dari membiarkan rakan yang nazak kehausan.

Aduh, hebatnya tahap ithar mereka. Pernah juga dulu saya mempertikaikan kenapa orang Ansar sangat menghargai orang Muhajirin hingga sanggup menawarkan rumah, isteri dan harta mereka sendiri. Rupanya mereka sangat menggilai janji Allah pada mereka yang ithar hingga sanggup berkorban demi sahabat di dunia demi kasih Allah di akhirat. Terasa indah manisnya ukhwah bila sudah sampai ke tahap itu. Tanpa harap balasan kawan, tapi lebih kepada dambaan kasih tuhan.

Saya? Entahlah. Ada kala bila tak kena masa, saya terlepas pandang juga keperluan mereka. Tapi nanti bila dah lama mulalah rasa tak sedap hati semacam. Terbayang-bayang macam manalah kalau diri sendiri pula jadi begitu. Pasti sedih dan barulah terasa "teruknya aku.." Bila lah mampu se ithar itu?

Benar kalau dikata nak menolong pun jangan sampai diri sendiri terbiar. Tapi rasanya kita sendiri boleh menimbang waktu mana boleh membantu, dan waktu mana kita tak mampu. Tapi dalam pada tidak mampu, kan baik kalau kita tolong juga dia cari orang yang boleh gantikan bantuan kita. Setidak-tidaknya kita ada juga saham walau secuit.

Kawan, sahabat dan teman semua bawa maksud yang sama walaupun kadang kehadiran mereka berbeza makna. Tapi tanpa teman, hidup takkan penuh warna. Teman yang pelbagai seakan mencalit pelbagai rona dalam dunia kita.

Kadang terfikir sudahkan aku selesaikan segala hak pada mereka? Seboleh daya, tak mahu sedikit pun menyakiti mereka walau secuit. Malah kadang hati lebih bahagia lihat mereka gembira bersama. Moga ukhwah ini kekal hingga ke syurga. Paling saya takut, bila di sana nanti ada yang mendakwa saya kerana tidak menjadi kawan yang baik pada mereka. Sudahnya, neraka menanti penuh tawa.. Tak nakkk!

Pernah sekali saya menyuarakan pendapat buruk yang disokong syaitan tentang kawan dan peperiksaan. Tapi ada seorang itu datang membetulkan diri. Katanya "buat apa kita mengharap ada rakan yang lebih rendah dari kita. Kan lebih baik kalau kita berjaya bersama? Siapa doakan keburukan kawan, malaikat doakan yang sama untuk dirinya.." Ouchh, terkena terus ke dalam lubuk hati.Hish, tengok tu.. Gara-gara takut tertinggal, terlepas pula harapan menjatuhkan orang. Ampunkan diri ini, kawan..

Di sini, saya ikhlas sesungguh hati mengharapkan segala kemaafan dari mereka yang mengenali saya andai saya pernah menngecilkan hati sesiapa. Tegurlah kalau ada yang perlu diperbetulkan. Saya nak jadi macam lelaki B.Atau mungkin lebih baik. Maka itu,saya lebih senang mengungkap "Moga doa kita sama dimakbulkan Allah selalu."... Kawan, terima kasih atas warna yang telah tercurahkan pada kanvas hidup saya. Saya sayang dan saya hargai semuanya. Doakan saya punya peluang untuk lebih menyayangi kamu daripada diri saya sendiri. Aminn...

p/s:

Khas buat warga JUST batch MEP7 - " Moga doa kita untuk graduasi bersama tahun 2012 akan terlaksana. Kuatkan gemgaman tangan sesama kita agar tiada yang tersungkur terus dari perjuangan ini.."

12 comments

chmod | December 14, 2008 at 6:38 PM

sebenarnyakan untuk mendapat seorang kawan yang seperti Lelaki B amatla susah tapi untuk kehilangannya amat la senang dan mudah...

Ainul Arina Madhiah | December 15, 2008 at 4:21 AM

chmod:

haah... kalau kita tak perasan siapa sekeliling kita, senang sangat nak kehilangan orang2 macam nih..

NaiLoFaR | December 15, 2008 at 6:43 AM

wah, terharunya ainul!!
tp susah kan nk jd camtu?
but, boleh usaha, kan??
rindu kt kawan2 la..
hehe :p

Anonymous | December 15, 2008 at 7:38 AM

salam singgah..
blogger yg baru nak drop komen..
biarpun dah lama jd tetamu teratak kamu ni..ni kira dah kali kedua kisah kita (entry) sama.. lagi pulak hari yg sama.. dan lagi... gambar pulak ble same..(we're besfriend)
cene tuh...hmm.. tu pasal tegerak nak drop komen ni..cuma entry hari ni pasal kes pujuk memujuk lah..

huu panjang lak komen ni..maaf2..

Ainul Arina Madhiah | December 15, 2008 at 9:14 AM

nuha:
^_^
betul nuha.. susah sangat.. asyik gagal gak kadang2.. insyallah, kita usaha sama2 yer.. ainul pun rindu kawan2 gak.. tapi dah buat plan.. bulan lapan ni balik time raya, nak pulun gi jumpa semua orang lah! yeye..

anonymous:
ahlin.. owh, yeke? tapi ni siapa ye? pekenal la diri..tak nak kasi link pada saya jugak ke? boleh saya gi jenguk2 teratak kamu gak.. ^_^
saya tak kisah nak mengomen banyak mana pun.. datamg tinggal jejak lagi saya suka.. jemput la ziarah lagi ya.. salam kenal~

shinja | December 16, 2008 at 4:31 AM

Salam Alaik,
"Susah senang kita bersama", itu adalah kawan sejati. Susah & senang. Dua entiti yang berbeza serta memberi konotasi yang berbeza juga. Antara susah dan senang, ramai yang memilih untuk senang.Kerana senang akan memberi keselesaan bukan sahaja dari aspek fizikal malahan juga mental. Senang akan membuat kehidupan lebih bermakna. Tapi bagaimana pula kita ingin mencari kawan yang suka duka, susah senang tetap bersama? Bukan mudah bukan?

Anonymous | December 16, 2008 at 5:26 AM

huhu..segan lah sye..penulisan kamu matang sangat..kamu pandai nak kupas satu2 isu tu..biarpun topic xlah berat tapi kamu adalah pengolah yg baik..credit for u...
saya cuma conteng2 ja blog...segan lak..maaf ya..xble nak kasik tahu kamu..oh ye...kamu tak kenal saya pon..sy pon sama..cuma terjumpa blog kamu masa google2 ja..
tapi ble ja kan kalau saya jadik pembaca setia..hihikk..

Ainul Arina Madhiah | December 16, 2008 at 6:25 AM

shinja:
betul.. tapi kawan waktu susah lebih bermakna dalam hidup sebab waktu tu baru keikhlasan dalam persahabatan teruji.. ^_^

btw, selamat pulang dr haji.. moga beroleh haji mabrur..

anonymous:
plak dah.. belum cuba belum tahu tauu.. ^_^ tapi, takpelah.. terpulang pada kamu. ainul tak kisah.. =P nnti dah ready, kasitau la kalau sudi kasi baca yer.. pembaca setia? oho, sila-sila... sangat dialu-alukan.. tapi blog saya ni biasa-biasa jer.. hehe..

tapikan, bleh kasi saya satu nama utk panggil kamu? takkan anon je kot.. at least, setiap kali kamu datang, bleh saya tahu yang datang tu kamu..

Anonymous | December 16, 2008 at 8:48 AM

boleh ja panggil saya az..sy bkn yer nak berahsia tp..ya bila dah ready..sy link kan awak ya..

Ainul Arina Madhiah | December 16, 2008 at 9:05 AM

az:
yes bos! roger and out.. ^_^

CriticalThinker | December 16, 2008 at 1:49 PM

selamat maju jaya buat batch MEP7.

Ainul Arina Madhiah | December 16, 2008 at 3:30 PM

criticalthinker:
thanks chiam!

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images