Bila dunia makin senyap

11:28 AM 13 Comments A+ a-

Salam~


Dah tiga empat hari hidup saya kucar-kacir. Hari ni saya dah tak tahan dah. Peningnya hidup dalam keadaan tak dapat menganggar kekuatan suara nih. Macam earphone rosak pun ada. (Sabarlah wahai peminjam badan...)

Ingatkan dah cakap kuat, rupanya orang lain dengar perlahan sangat. Bila kita cuba kuatkan suara supaya semua dengar, tiba-tiba terlebih bajet pula. Jadi tersangat kuat sampai orang yang bercakap tertanya-tanya kenapa saya cakap macam nak heboh kasitau satu dunia. Lagi parah bila ada yang tersalah anggap saya tengah marah sebab volume suara sangat kuat. Aduhh.. Maaflah kawan-kawan..

Semuanya bermula tiga hari lepas sebenarnya. Bila saya bangun saja dari tidur, tiba-tiba saya terperasan saya macam tak berapa dengar di sebelah telinga kiri. Lebih kurang macam ada sesuatu yang menutup ruang pendengaran di situ.

Saya anggap biasa saja mula-mula sebab dah biasa kena dari sekolah dulu. Ingatkan sehari dua boleh baik. Lagipun, kadang-kadang kalau kita tarik-tarik sikit telinga ke, nguap-nguap ke nanti dia 'terbuka' la balik. Rupanya kali ni dia tak nak buka-buka dah. Terus tertutup macam tu je. Ish, apa kena telinga nih?

Disebabkan minggu ni saya sangat sibuk jadi saya biarkan saja dulu. Baik la kot nanti. Masuk hari ni dah tiga hari. Sepanjang tiga hari ni lah, banyak sangat benda yang jadi gara-gara saya tak dapat mendengar dengan baik.

Selalunya saya jenis tak tahan dengar orang-orang arab yang suka bercakap kuat-kuat, pasang lagu kuat-kuat macam dunia ni diaorang punya. Tension juga kadang-kadang. Dalam kelas yang sunyi tu, saya cukup mudah tangkap bisikan orang-orang kat belakang waktu doktor tengah berkuliah. Memang saya anti dengan golongan bising-bising tak kena tempat ni.

Tapi dua tiga menjak ni, saya jadi macam tak berapa hirau sangat dengan diaorang sebab saya terasa bising diaorang tak macam bising selalu. Kali ni bisingnya lebih perlahan. Tentulah saya suka! Kawan saya pun pelik sebab selalunya saya join dia merungut pasal golongan bising ni tapi minggu ni saya diam macam tak kisah je. Eh, ada hikmah juga ya pendengaran dikurangkan? =P

Ada juga yang cakap minggu saya saya macam berubah jadi ayu. Bercakap dengan mulut yang gigi yang terkatup dan suara yang sangatlah perlahan. Haha~ Ini mesti gara-gara gigi braces saya kena letak getah pengikat antara gigi atas dan bawah,jadinya saya tak boleh buka mulut luas-luas. Yang suara perlahan tu pula sebab saya kurang dengar dengan baik. Saya ingat saya dah cakap kuat, rupanya masih di peringkat sangat perlahan.

Lama-lama bila dah ramai sangat membebel campur dengan saya sendiri tak selesa sebab tak dapat dengar dengan baik dan takut terbuat nada yang terluar biasa dari selalu, saya buat keputusan nak ke markas sihhi. Rupa-rupanya saya didiagnose telinga kena fungal infection. Alamakkk.. Bermicrob lagi.. T_T

Doktor cakap mungkin sebab air dalam telinga lepas mandi tak kering kot.. Agaknya lah.. Ala... Nak baik pun kata doktor tak amik masa singkat sangat. Kena bertahan juga ni hidup dalam keadaan kurang upaya sikit.

Macam-macam perasaan pula saya terasa bila kena infection ni. Seronok sebab keliling saya sedikit sunyi dari selalu jadinya saya dah tak marah-marah sangat kalau ada yang terlampau bising. (^^,)Y Tapi risau juga kalau saya terkuat sangat suara atau terperlahan sangat suara pada orang-orang yang tak sepatutnya. Aduh, bahaya tu.. Tambah-tambah kalau waktu lecture, lagilah saya kena tambah baik penumpuan sebab telinga dah kurang berfungsi. (-_-)"

Tapi ma'alisy la.. Redha je.. Fungal tu nak hidup dalam telinga gak sebab panas serana kat luar ni dia tak leh hidup dek kerana terlampau sejuk! (apa punya alasan nih??) Tapi harap maaf ya, encik fungus! Anda zalim kerana berada pada tempat yang tidak sepatutnya, jadi siap sedia untuk perang dengan saya! (#_#)T Siaplah, ubat dah beli nih.. Tak sabar nak baik macam normal.. huhu.

Erm.. sebenarnya saya nak cakap awal-awal di sini, pada sesiapa yang saya ada ternaik suara dua tiga hari ni dan bakal ternaik suara di masa akan datang selagi telinga ini bermasalah, maaffff tau! Tak sengaja! Jangan dinilai pada suara sebab ia bergantung pada telinga yang mendengar,tapi nilailah pada riak muka saya bila tengah bercakap. Muka seposen tak kan sesuai bila bersama suara macam gunung berapi meletup (pelik la..). Jadi, minta ampun halal makan minum semua.. Maafkanlah kawan korang yang kurang upaya sekejap ini. Saya tengah diuji... (!_!)

Pada yang belum kena kombinasi suara dan muka yang tidak sesuai dari saya, nanti harap korang sendiri faham la ya. Saya tak berniat mahu marah-marah atau malas melayan ke bercakap ke apa-apa ke. Saya tiada sebarang masalah sakit tekak cuma sakit telinga sahaja yang saya ada. Ini semua cobaann... Harapnya mengertilah ya.. Kalau saya tersilap guna volume, sila lah tegur-tegur dengan cool nya. Jangan disimpan-simpan dalam hati, nanti bernanah microb pula hati korang semua.. =P Hehe..

Sekian, itu je lah laporan dan harapan tulus ikhlas dari penulis blog yang sedang mengadaptasi kehidupan kurang pendengaran ni. Mode Insaf Seketika sedang berjalan. Maka, bersyukurlah kamu sebelum nikmat yang Allah berikan pada kamu ditarik walau hanya seketika...

p/s: doakan saya cepat sembuh dan cepat habis kerja! Mahu berehat tapi tak sempat..

13 comments

Write comments
December 27, 2008 at 1:01 PM delete

Masya Allah. Macam2 la pulak ye. Jangan sampai jadi otitis media sudah la. Jenuh nak layan complication nya nanti. Semoga cepat elok telinganya ye.

Reply
avatar
December 27, 2008 at 1:15 PM delete

ks:
cobaannn... T_T
otitis media? apakah itu? nanti saya surf internet tengok ye.. mintak jauh la dari sebarang complication yang bukan-bukan.. aminnnn...

Reply
avatar
December 27, 2008 at 3:34 PM delete

Otitis media- ada cecair kat middle ear. Betul ckp KS, nanti jenuh pulak. Allahumma yashfiik.

Reply
avatar
December 27, 2008 at 8:46 PM delete

izzahsakinah:
owhh._^ terima kasih kasitau... aminn jugak utk doa tu.

Reply
avatar
cikgu jawe
AUTHOR
December 27, 2008 at 9:13 PM delete

aku kdg2 jd mcm tu gak. tetiba je tinge jd penuh dn berdengung. bercakap pun suara jd mcm pekak.. rupanya air sumbat. rasanya ikan sepat blh hidup kalau air betakung dlm tuh. haha!

jenuh le juga nk baik. kdg2 seminggu. sgt x selesa.

Reply
avatar
jejakalkindi
AUTHOR
December 27, 2008 at 9:24 PM delete

salam..

perasan juga ainul cakap kuat2 kebelakangan ni..hehe..

semoga cepat sembuh..

Reply
avatar
December 28, 2008 at 5:43 AM delete

cikgu jawe:
erk, saya takdelah sampai bertakung bleh buat akuarium.. huhu.. hiperbola sungguh cikgu nih.. =P

bro fisol:
ws.. uiks, dengar sampai sana ke? wahwahh.. kuatnya! =P syukran.. terima kasih.. aminnn

kak ayu:
ini ibu ke anak nih? hehe... syukran akak..

Reply
avatar
umaralfateh
AUTHOR
December 28, 2008 at 5:48 AM delete

semoga cepat sembuh..
kutiplah kebaikan dalam berdoa ketika sakit ini. :)

Reply
avatar
December 28, 2008 at 6:33 AM delete

umaralfateh:
syukran + insyallah.. ^_^

Reply
avatar
sakura
AUTHOR
December 28, 2008 at 8:52 AM delete

hoho.
baru je nak menjawab tentang otitis media tuh, tapi nadiah dah tolong jawabkan. :p

ainul, take care ya!
makan ubat tu. moga cepat sihat.
kasi pengajaran pada fungus tuh, jangan usik telinga lagih. kwang3 =)

btw, ainul dapat ubat ape? (*_*)

Reply
avatar
December 28, 2008 at 9:48 AM delete

ainul, kami sekeluarga..dah tertulis...huhu ;)

Reply
avatar
December 30, 2008 at 2:40 PM delete

sakura:
hehe.. trima kasih yer...

kak ayu & family:
oooo.. yeke . hehe

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *