Alim,Thiqah dan Wara'

Salam

Saya pernah cerita kan pasal sheikhah Hiba, guru Quran saya? Kali ni saya nak cerita pula pasal kegemarannya yang suka masukkan sama cerita-cerita tentang sains dan teknologi sambil dia mengajar Quran. Sheikhah sebenarnya punya ijazah dalam bidang Kejuruteraan Bioteknologi dari JUST.Oleh sebab sheikhah lebih suka kami berbahasa Arab,kadang-kadang kisahnya juga dalam bahasa arab. Dahulu waktu mula-mula dengar kisah saintis-saintis dunia dalam arab, saya selalu jadi bingung sekejap. Antara yang saya selalu keliru ialah "Sejak bila pula Albert Eistein jadi ulama'?" Pelik kan?

Tapi rupa-rupanya lama-lama barulah saya tahu bahawa yang sheikhah maksudkan ialah saintis. Atau dalam erti kata lain, saintis-saintis dalam bahasa arabnya ialah ulama'. Haha.. Sangat lawak bila saya teringat balik betapa saya dulu secara seriusnya fikir adakah saintis-saintis semua tu memeluk islam dan menjadi ulama' macam ulama'-ulama' lain. Haishh...

Pengajarannya sekarang, saya kena fikir semua perkataan arab secara maksud bahasa dan bukan maksud secara konsep. Ikut situasi la juga. Kalau yang biasanya kita dengar ulama itu adalah seorang hebat ilmu agama, takkan yang bukan islam pun boleh kita kata dia hebat ilmu islam.. Erm, faham ke apa yang saya nak cakap ni? ^_^ Jadinya, lain kali tak perlu lah keliru-keliru lagi kenapa saintis digelar ulama'.

Saya jadi teringat semua ni semula bila tadi terdengar rungutan seorang hamba allah yang tak suka digelar alim. Alahaii, sayangnya orang tu.. Dia lupa agaknya apa makna alim. Ni mesti terbawa-bawa lagi dengan konsep alim dari malaysia.

Kalau di Malaysia, rasanya orang yang digelar alim tu adalah orang yang jalannya tunduk sentiasa, tak bising-bising, tak bergaul dengan jantina lain dan sebagainya. Betul tak? Padahal sebenarnya, alim itu maknanya "orang yang mengetahui ilmu". Boleh kata jugalah orang yang bersifat alim seperti yang dikategorikan di Malaysia itu mungkin dari sudut mengetahui hukum Allah.

Tapi kalau di sini, bila dikata Albert Eistein itu 'alim ulama, maka adakah dia juga termasuk dalam golongan orang yang alim seperti konsep alim di Malaysia? Mestilah salah sama sekali kan?

Jadi saya tertanya-tanya juga, kenapa ramai orang tak suka digelar alim? Kan baik bila kita dikata sebagai "orang yang mengetahui".. Daripada kita marah-marah sebab terasa diperli alim, baik kita senyum tenang sambil bisik pada hati dengan rasa syukur bila orang angkat darjat kita sebagai orang yang mengetahui. Alhamdulillah. Maha suci Allah yang memberikan setiap nikmat..

Ada lagi sesetengah perkataan yang orang kita suka sangat guna tanpa tahu maksud. Contoh lain ialah thiqah. Ni pun kes yang sama macam alim. Thiqah dari sudut yang selalu kita pandang adalah golongan orang yang ciri-cirinya sama macam konsep alim yang kita buat. Sebenarnya thiqah itu maknanya "orang yang dipercayai". Maka, kalaulah kita kata kawan baik kita, guru-guru kita dan keluarga kita adalah orang yang kita percaya, maka mereka itu semuanya adalah adalah orang yang thiqah bagi kita. Kerana itu, kita gelar para mufti sebagai thiqah sebab kita percayakan mereka untuk beri kita fatwa dalam hukum Allah.

Kalau tadi alim dan thiqah dah kita terang, sekarang tengok pula maksud warak. Warak dari sudut bahasanya bermaksud bermaksud menahan diri. Atas sebab itu, kalau seseorang itu digelar warak, selalunya disebabkan kita nampak dia selalu menahan diri dari melakukan sesuatu yang dilarang Allah.
http://www.blogger.com/img/blank.gif
insert italic tags
Sebenarnya, tujuan utama saya kongsi ni sebab nak terang pada mereka yang kurang suka digelar warak, alim dan thiqah kerana takut dipencilkan bahawa sebenarnya mereka patut suka dengan gelaran itu. Tambah-tambah, setiap perkataan itu doa. Tak kisahlah apa maksud sebenar perkataan itu pun,kalau maknanya ia menggelarkan kita sebagai seorang yang ada sesuatu yang menghampirkan diri dengan Allah, maka apa perlu dirisau? Kan bagus maknanya tu.. - Habis sesi teguran pada diri dan rakan -

Maka, janganlah nanti terkejut bila anda dengar orang panggil anda "wahai orang alim". Sebabnya alim itu maknanya mengetahui. Macam di sini pun saya panggil pakcik teksi sebagai "muallim". Selalunya di Malaysia, muallim tu guru kan? Tapi sebenarnya kalau ikut konsep lebih luas, sesiapa sahaja boleh jadi muallim kalau dia lebih tahu sesuatu lebih baik dari kita. Sebab saya tak tahu bawa teksi, maka pakcik teksi adalah muallim kepada saya untuk pergi ke sesuatu tempat. Macam yang pernah saya cerita dulu di sini.

Doktor, cikgu, jurutera, pakar ilmu agama, pakar komputer, dan sesiapa sahaja yang berilmu boleh dikira alim ulama' kepada masyarakatnya. Tanpa mereka yang alim ini, masyarakat takkan mampu berdiri dan menunjukkan kehebatan umat islam kepada dunia. Sebab itu, kita perlu menjadikan diri kita sebagai orang yang berilmu sebab orang berilmu banyak kelebihannya. -sekian-

9 comments

CriticalThinker | December 18, 2008 at 7:27 AM

sahabat, apa khabar?

Ainul Arina Madhiah | December 18, 2008 at 8:27 AM

uncle, saya sihat.. uncle macam mana? hehehe~ sihat jasad? sihat iman? moga sahabat saya nih sihat selalu.. ^_^

UST. JUHARI NOOR @ ABU LUQMAN | December 18, 2008 at 11:27 AM

السـَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ

Masalahnya di Malaysia , kalimah alim tidak lagi membawa maksud yang mengetahui- cth " Alahai tunjuk alim lak budak ni " seolah2 membawa maksud tunjuk baik @ warak konon. Itu pandangan saya, bagaimana dgn pendapat sahabat2 yang lain- rasa rasa betul tak apa yang saya katakan ini.

Ainul Arina Madhiah | December 19, 2008 at 5:31 AM

abu luqman:
wa'alaikumsalam.. itulah, saya pun pelik kadang2..

saifuddin | December 21, 2008 at 4:50 AM

Berbicara tentang istilah, kita pastinya tidak lari dari perbincangan dari sudut epistemologi dan ontologi sesuatu istilah. Perlu diingat bahawa bahasa Melayu telah berinteraksi dengan pelbagai bahasa lain selama 500 tahun dan telah melalui banyak perubahan terutama dari segi perbendaharaan katanya.

Justeru, kalimah alim dalam bahasa Melayu tidak boleh disamakan dengan kalimah alim dalam bahasa Arab. Peminjaman istilah tidak semestinya dituruti dengan peminjaman maksud istilah. Boleh jadi maksud sesuatu istilah yang dipinjam berbeza bergantung kepada uruf masyarakat setempat.

Samseng di Kelantan berbeza dengan samseng di Selangor.

wakaka...

Ainul Arina Madhiah | December 21, 2008 at 6:26 AM

senior saifudin:
bila saintis mula berkata.. fuh.. tak terjangkau ilmu saya.. hehe

owh.. gitu ek.. means saya silap la nih.. ooo.. terima kasih bagitau.. tapikan samseng kelantan tu amende maknanya?

saifuddin | December 22, 2008 at 2:03 AM

Tiada siapa-siapa yang betul atau silap. Cuma yang ada hanyalah perbezaan dari cara pandang.

Samseng kelantan tu tanyalah sendiri orang kelantan. LOL. Saya terfikir contoh tu pasal teringat isu Allah samseng dulu.

Takpela bagi contoh lain pulak. Butuh di Indonesia bermakna perlu tapi butuh di Malaysia bermakna punggung. Biarpun bahasa dari rumpun yang sama tapi maknanya jauh berbeza.

inSan leMoh sEgalo2nyo | April 21, 2010 at 10:09 PM

samseng di kelantan same jr ngan samseng di selangor..

maksud allah itu samseng adalah allah itu samseng keatas orng yang samseng..

allah itu pencipta segala perbuatan maka pulang kepadanya lah segala perbuatn. ade maksud yang bersifat lembut ade maksud bersifat bersifat tegas dan kasar.

tetapi ade jgk sifat mustahil bagi allah. sebagaimana buta.. bisu.. tidur..

tujuan sifat yang lembut agar manusia merasakan dekat dengan allah dan berharap kepadanya. tujuan bersifat keras agar manusia takut untuk buat maksiat kepadanya..

perkataan tu jadi isu sbb ramai org yang tak tahu...kasar sikit jahil la..huhu

masyitah | February 7, 2011 at 12:18 PM

trima kasih sgt...ngh mencari ilmu tentang mksud thiqah ni..alhamdulillah,,byk pulak ilmu yg sy hirup...syukur..syukrann!!

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget