Teguran dan Kritikan

Assalamualaikum

"Macam mana ye nak rasa orang tegur tu sebab sayang pada kita? Aku selalu rasa orang yang tegur aku tu macam tak suka kat aku jer.." luah seorang teman.
"Apa kata kalau kita cuba fikir yang dia tegur kita sebab tak nak kita kena kutuk dengan orang lain?" balas saya cuba memberi cadangan.
"Tapi kadang-kadang apa yang dia tegur tu macam susah aku nak terima." rungutnya lagi.
"Kenapa? Dia cakap benda yang salah ke?" tanya saya.
"Erm, kadang-kadang tu ada je yang betul. Tapi entahlah.. Susahla aku nak terima.."rungutnya lai. Saya terdiam sendiri.

Saya sendiri selalu saja melalui fasa dikritik dan ditegur.Tak ditegur terasa macam tiada siapa yang hiraukan saya.Terbiar dalam dunia sendiri yang mana mungkin saya perasan sudah cukup baik untuk diri saya. Tak diperbaiki dan tidak diubah mana yang perlu.Di takuk lama saja.

Saya ingat lagi rasanya saya mula belajar menerima teguran sewaktu saya di tingkatan satu. Waktu itu, saya sangat terkenal dengan gelaran Si Skema. Sangat mengikut kata guru dan peraturan sampai kadang-kadang menyisihkan keperluan keadaan. Teruk kan? Sampaikan saya cukup terkenal di kalangan mereka yang sebelumnya langsung tak kenal saya.

Aduh, sedih tak usah cakaplah. Sampaikan ada yang terkutuk saya di depan saya sendiri gara-gara kenal nama tak kenal muka. Waktu tu saya memang rasa teruk sangat. Mandom tak terkira. Rasa diri ni macam dibenci semua dan disisihkan.

Tapi lama-lama saya terfikir sendiri. Kalau saya betul, takkan semua orang fikir benda yang sama. Maknanya memang betullah saya ada silap. Mungkin apa yang diaorang cakap tu betul juga. Mungkin saya perlu berubah. Ini mungkin masa saya menjadi lebih baik dari sebelumnya. Saya tak mahu orang memandang saya dengan cara yang begitu.

Nak tahu apa saya buat? Saya cuba memberanikan diri menemuramah kawan-kawan yang biasa-biasa rapatnya dengan saya supaya mereka terangkan pendapat mereka tentang saya. Kalau ada yang takut-takut, saya suruh saja mereka tuliskan dalam kertas. Bila kumpul-kumpul, memang adalah yang memeritkan sikit tapi semuanya saya cuba telan walaupun pahit.

Kalau saya rasa macam ada ayat-ayat yang menjatuhkan saya, saya tulis banyak-banyak dalam kertas yang mereka itu tegur untuk kebaikan saya. Mereka nak saya jadi lebih baik. Mereka sayang saya. Mereka tak mahu saya kena kutuk lagi. Lepas tu, saya lekat dalam loker dan pandang setiap hari. Saya juga tulis saya kena ubah persepsi orang pada saya.

Alhamdulillah, dalam setahun lebih saya bekerja keras melakukan koreksi diri, saya rasa saya lebih baik dari sebelumnya. Saya dapat ubah sedikit sebanyak perangai saya yang kureng itu kepada perangai yang lebih baik. Malahan, saya rasa dengan mendengar banyak pendapat orang, saya dapat melihat diri saya sendiri dari sudut yang berbeza.

Tapi alhamdulillah, bila saya buat sesi temuramah orang begitu, secara tak langsung saya lebih banyak kenal ramai orang dan banyak dapat input yang penting untuk diri saya. Ada juga yang siap kasi laporan pada saya setiap bulan tentang perkembangan perangai saya. Seronok pula dengar komen mereka yang prihatin tu. Lama-lama selalu dengar yang pedas-pedas, saya jadi tegal. Dah tak terlampau menusuk malah saya rasa lebih bersemangat kalau benar apa yang mereka tegur tu.

Yang lebih menyeronokkan saya bila saya dapat masuk dengan semua golongan pelajar di sekolah waktu tu. Di sekolah biasalah kan, ada yang golongan sufi, golongan ulat buku, ada yang golongan sporty, ada juga yang golongan gila-gila yang penuh idea nakal. Kalau dulu, saya hanya boleh sembang-sembang dengan yang sekepala dengan saya, sekarang komunikasi saya lebih luas. Lebih menyeluruh dan lebih berwarna-warni. Seronok rupanya bila berkawan dengan orang yang gayanya pelbagai. Ada yang serius, kepala gila, kelakar dalam sinis, dan macam-macam lagilah..

Malahan bila kami saling berbincang, ramai pula yang mula menjadikan saya tempat luahan mereka. Tak kisahlah luahan sedih ke, geram ke, gembira ke. Semua campur. Waktu tu, saya dah cukup gembira sebab saya dapat rasa saya mula dapat kepercayaan mereka. Maknanya saya sudah ambil teguran itu dan gunakan untuk kebaikan saya juga selain dari membantu mereka menghilangkan si skema yang menyampahkan dulu. =P

Sampai sekarang, saya jadi lebih flexible dengan semua jenis orang. Dari pengalaman lepas, saya belajar untuk memahami dan difahami. Semua gara-gara kritikan dan teguran yang saya dapat. Rasanya kalau dulu saya buat tak endah pada teguran tu, mungkin saya masih kekal sebagai si skema yang perasan bagus. Haha~ Bila fikir balik, terasa sayangnya saya pada mereka yang menjadi pelapor saya dulu. Kalau bukan sebab korang, saya mungkin bukan saya sekarang. Terima kasih ya!

Saya percaya dengan kata-kata "What you gives, you get back" (^^,)Y Bagi saya, setiap manusia ada satu sudut kebaikan masing-masing, dan mereka melihat dengan cara yang berbeza. Kadang-kadang unik dan boleh kita pakai sama.

Sebab itu,janganlah mudah melatah kalau ada yang menegur kita. Mereka menegur mungkin bersebab. Selidik dulu sebab apa. Kalau benar, ambillah sebagai pengajaran. Kalau tidak, barulah diabaikan.

Bagi saya, saya lebih suka menerima teguran secara face to face. Bukan di khalayak ramai. Saya kurang suka diaibkan dan insyallah saya akan cuba sedaya upaya juga untuk tidak mengaibkan orang di khalayak ramai.Juga saya lebih senang menerima teguran berbentuk cadangan seperti "awak lebih baik buat macam sekian sekian sebab yang awak buat sekarang ni sekian sekian..." Kalau yang menegur itu ayatnya terlampau pedas, saya lebih selesa kalau ia diucap oleh kawan yang sudah selalu main laser-laser dengan saya. Janganlah yang baru kenal, terus tuju begitu. Yang itu, saya masih dalam usaha menerima. Hehe..

Kadang-kadang bila ditegur, saya lebih suka mendiamkan diri dan mendengar.Kalau ada yang perlu diterangkan, saya akan diterangkan. Tapi kalau sudah didepan ribuan mata, memang saya boleh tercatuk macam tunggul dengan muka yang tebal bagai tembok sambil memikir langsir mana yang boleh saya ambil untuk menyorokkan muka yang malu ini. Tambah kalau kena tembak bertalu-talu. Lagilah saya terasa macam nak lari.

Terpulanglah bagaimana cara kita terima teguran tapi itulah. Pesan saya jangan sampai tercuit dek teguran sampai jadi balas-balas main laser dan masam-masam muka. Kita kan hidup bermasyarakat. Kalau susah nak terima juga, saya cadangakn kita bincang dengan kawan baik kita. Kawan yang boleh terangkan pada kita situasi sebenarnya supaya kita lebih mudah terima teguran itu. Insyallah, kheir...

p/s: Kalau ada yang nampak saya buat silap, tegurlah saya. Jangan biar saya mandi dosa selalu ya.. (^_^)

18 comments

fathiyyah | November 22, 2008 at 8:06 PM

salam ainul..
dulu,zaman kite muda2,kite sgt nakal dan suka gaduh2 ngn budak laki tau,cikgu disiplin pon dah berapa kali ntah jumpa(padahal kite nk prefect)..huhu..
diorg selalu je tegur kite baik ckp di depan mahupun di belakang..tp kite buat tak hirau je.sampai la kite dicampakkan sorg2 kat kelantan..baru la rasa 'padannya muka akuu..!'..

hurmm,dulu kite susah sgt nak terima teguran org.tp bila sering dicampak untuk bercampur sendiri dgn masyarakat,baru la kite sedar yang kite ni di mana,perlu pandai jaga diri..

nk tahu,dlm rumah kite skrg ada 6 org kan..dalam kalangan kami,boleh aje sesiapa nk tegur..masing2 ada caa bagaimana nk tegur kwn kita dan kami semua boleh terima..
contohnya,radin kan..dia akan tegur depan-depan kalau pakaian siapa2 yang mcm tak sesuai pegi kelas(kecik/jarang dsb)..dan kami akan cepat2 tukar terus..
bukan hanya menjaga batas2 syariat,juga dpt menjaga hati kawan kan..hihi..
sbb tu la kami selalu je cr radin utk dijadikan sbg penasihat soal bab-bab pemakaian.sebab die sangat-sangat ambil berat pasal tu..

huhu..
sy setuju dgn awak.kawan-kawan tegur kita sebab mereka sayang sangat kita.tak percaya?
sila la pecaya sebab sy dah merasa perasaan tu..

ok,sekian dahulu
panjangnyaaa kite tulis..
huhu..
salam

cik ati | November 23, 2008 at 6:25 AM

Salam Cik Mata yang cantik.. ;)

Oh! Kritikan adakalanya membina dan adakalanya bakal membunuh seseorang.. Semuanya bergantung kepada individu tersebut untuk mengolah kebolehterimaan sesuatu kritikan tersebutkan?

Apapun, saya rasa kamu adalah seorang yang positif.. Bagush! :)

Ainul Arina Madhiah | November 23, 2008 at 6:32 AM

fathiyyah:

ws... baguslah radin ada, at least biar kena tgur di rumah dr kena tegur di luar.. kankan? saya percaya sangat dengan kata-kata kamu tu sbb saya pun dah merasa. Hehe... ^_^

p/s: tak kiah pun nak tulis panjang-panjang.. nak bebel lagi pun tak pe. haha~

Ainul Arina Madhiah | November 23, 2008 at 6:40 AM

cik ati:

ws cik ati.. selamat datang ke rumah saya.. hehe.. yezza, betul la cik ati cakap tu.. semua bergantung pada kita. kalau kita mampu telan, maka ok la nntinya kan?

terima kasih cik ati.. cik ati pun optimish jugak orangnya.. saya pun tau dr tulisan cik ati gak.. selamber tapi bermakna.. i like!! =P

ABU LUQMAN | November 23, 2008 at 6:49 AM

السـَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ
Sesempurnanya kita pasti ada kekurangan yang perlu diperbaiki.Untuk memperbaiki kekurangan ini mestilah dengan teguran dan kita hendaklah berlapang dada. Sedangkan Rasulullah seorang nabipun Allah tegur.Ingat tak kisah dalam surah 'Abasa (Allah tegur nabi kerana bermasam muka apabila seorang buta datang kepadanya utk bertanyakan tentang islam. Itu nabi, apatah lagi kita yang serba serbi kureng.

nabilah | November 23, 2008 at 7:25 PM

salam perkenalan ainul,

best blog ni, penuh cerita menarik..patutlah a.fisol jenguk2 sini..

tak salah menegur kan, nasihat tu kan..asalkan teguran membina dan bukan berniat jahat...

selamat belajar...

-k.mai-

lochoe | November 23, 2008 at 9:45 PM

even i think u r a lot younger than me, but seriously its good writing.. very nice.. and make me hooking back my past..anyway, actually i also have this problem before, walaupun langkah penyelesaiannya berbeza, tetapi keputusan akhirnya sama, i can terlibat dalam mana2 golongan of people..

good artikel , i like..

Shazwani Adnan | November 24, 2008 at 10:54 AM

salam

Ainul, salam singgah. Tak tahu sebelum ini kita pernah tinggal komen ke tak kat sini.

Apa yang kawan nak cakap, biasalah kalau orang tegur kita tak dapat terima. Kawan pun selalu je kena tegur, kadang2 dapat terima, kadang idak. Tapi kalau kawan rasa kawan tak dapat terima masa tu, kawan diamkan aje. Balik rumah kawan fikir balik. Lepas tu, baru kawan sedar yang sebenarnya diorang tu sayang kat kawan ni, sebab diorang habaq kat kawan.

Apa pun, kita hidup ni, bukan semuanya sempurna. Kalau Ainul sedar kawan buat silap, Ainul tegoq je kawan ni. Kawan tak kisah.. =)

Ainul Arina Madhiah | November 24, 2008 at 11:03 AM

abu luqman:
ya..ya saya ingat dah.. terima kasih ingatkan.. ^_^

kak mai:
aha~ selamat datang kak mai! selamat kenal-kenal.. hihi, sebelum ni kenal bro fisol je.. pasni boleh la kenal sefamili terus.. ^_^ terima kasih, doakan saya yer kak mai..

lochoe:
thanks for dropping by bro.. Harapnya sama-sama lah dapat ambil pengajaran mana yang dapat.. lagipun, sharing is caring and i do care for everyone.. ^_^

kak wani:
ws.. pernah la akak.. kan akak ada comment psal baby dan kak asma haslan tu.. samalah kita. ainul pun kenkadang gitu gak.. kita kasi cool dulu baru boleh pikir panjang, ye dak? sama la ainul. Tegur-tegur ler sama yer kalo ada nampak ada yang terkureng-kureng sikit tuh.. ^_^

Чикгу Жаве the CJ | November 24, 2008 at 2:47 PM

aku juga chinul.. hehe

kalau aku buat salah kt blog tu, terover ke.. sila le tegur2 ye. sepak tempeleng pun takpe.. hehe

- cikgu jawe

silversarina | November 24, 2008 at 3:49 PM

Orang tua nak tegur orang muda mudah , tapi caranya kena betul, sebenarnya kalau seseorang tu tegur memang bermakna yang dia benar2 sayangkan kita .

SangPelangi | November 25, 2008 at 5:18 AM

Perkh dia punya panjang, sampai sempat aku habiskan satu cawan Milo. Haha. (gurau saja)

Pertama, memang kita susah nak terima teguran, lebih-lebih lagi kalau di hadapan sesiapa. Aku lebih senang dengan bertegur secara empat mata (berdepan tapi bukan di khalayak). Ia lebih terkesan. Macam kamu cakap, face-to-face. Sangat bersetuju.

Kedua, kritikan yang beserta cadangan pembaik pulihan. Juga sangaaaat bersetuju.

akak | November 25, 2008 at 8:25 AM

untuk menerima teguran memang sesuatu yg susah. Terasa kagum kalau mereka mampu 'bertenang' apabila dikritik. Tambah kagum bila 'diserang' masih mampu mendiamkan diri utk tidak terus memanaskan suasana. Sama-samalah kita berpesan-pesan utk terus berada di jalan-Nya. Tegur-tegur akak jugak kalau pandangan akak ade salah & kurangnya..kat dalam nie pun masih banyak benda nak diperbaiki.

Ainul Arina Madhiah | November 25, 2008 at 12:04 PM

cikgu jawa:
uish, cikgu.. jangan disuruh sepak tempeleng tuh.. kalau terrbuat kang?? haha~ gurau jer.. saya kan budak baik.. =P

auntie sarina:
betul kata auntie.. Tapi lebih mudah yang tua tegur si muda. Kalau si muda tegur si tua, lagi susah kalau gayanya silap. kan?

SangPelangi:
haha~ mug kamu kecik sangat kot..

memang ramai lebih suka gaya macam tu. Sebabnya tidaklah nanti terasa maluu sangat kena depan-depan.. Lagipun siapa yang suka malu kan?? Macam nak jadi kasawari je nanti bila dah malu..

akak:
saya pun macam tu. Teringin mahu jadi orang yang sentiasa cool dan tenang walaupun kena tembak tubi-tubi dengan mulut orang.. insyallah, akak pun tegur2 samalah ya..

p/s: akak, blog akak yang mana satu ya? saya tak terjumpa lagi nih..

akak | November 26, 2008 at 7:36 AM

Ainul..akak takde blog. Tak reti nak berblog..hehe.Ketinggalan keretapi sket nie. Itu kerjenya menempel je kat blog orang. Best gak..:) lagi pun akak ni, bab menulis karangan nie..hancur..:p

Ainul Arina Madhiah | November 26, 2008 at 9:21 AM

akak:
la.. yeke? kalau macam tu, saya kena tunggu akak datang sini je la kalau nak sembang pun.. hehe~ takpelah, rajin-rajinla jenguk ye akak.. boleh kenal jauh lagi.. ^_^

akak | November 26, 2008 at 9:47 AM

boleh2..akak bab menjenguk ni rajin bebenor..cuma kadang² malas nak komen. Takpela..banyak cara lg kita nak kenal..email ke..chat ke..kalau tak sibuk la..taknak kacau para bakal doktor study..:) Itu priority sekarang kan..betul tak?

Ainul Arina Madhiah | November 26, 2008 at 10:20 AM

alahai akak, kalau setakat balas-balas email tu takdenya nak menganggu sangat pun. Lagi mengurangkan tensen study adalah kalau boleh sembang2.. hehe.. itu sebabnya saya berblog. Sebab macam tak best asyik benda yang sama jer.. hehe.. kalau akak nak, email2 lah saya bila2... tong email tu terbukak 24 hours utk sesiapa. hehe

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images