Tebing Bukit Itu

2:32 PM 26 Comments A+ a-

Salam

Waktu ke Amman tadi, saya teruja sangat sebab nanti balik boleh jumpa tempat istimewa saya di tengah perjalanan pulang.Baru jumpa tempat tu beberapa minggu lepas.Tempat yang sangat saya damba sebagai tempat tenang kalau bengang atau sedih-sedih.

Saya tak tahu nama lembah bukit tu tapi jalan raya yang kita lalu betul-betul di puncak lereng bukit yang agak tinggi dan di bawahnya ada satu lembah yang sangat-sangat cantik. Ada rumah, padang, kebun, dan macam-macam lagi benda yang menjadikan seolah-seolah lembah tu sebuah medan geometri yang sangat lawa. Sungguh, saya jarang jumpa tempat macam tu. Dah la di tebing bukit tu memang disediakan bangku-bangku duduk. Saya memang sangat-sangat nak melepak di situ.



Waktu pertama kali saya jumpa tempat tu adalah waktu matahari terbenam. Subhanallah. Cantik tak terkata. Terasa macam nak cakap kat pakcik bas tu suruh berhentikan saya kat situ sekejap. Tapi kalau buat sungguh kang, siapa pula nak angkut saya balik tengah-tengah bukit macam tu. Dah la takde penempatan kat kawasan tu. Huhu, naya kang..

Malam tadi, kawasan tu macam penuh kunang-kunang. Penuh lampu. Cantik sangat tengah-tengah malam tengok bawah bukit ada lampu. Terasa macam kat kuala lumpur pun ada tapi takdelah sesesak itu. Hati yang sedih pun boleh berhenti kejap sedih bila nampak kawasan tu. Sangat tenteram. Nanti nak buat rumah kat tebing tu boleh? =P

Di Jordan, tiada sangat taman-taman lawa macam di Belanda, Malaysia, UK dan tempat-tempat lain yang penuh bunga-bunga dan pokok. Jadinya saya memang tiada tempat tuju kalau nak datang cari tenang. Dah lama-lama ni baru perasan saya jadi suka berada di puncak bukit yang di bawahnya lembah yang sangat dalam dan luas. Rasa tenang sangat kalau berada kat tempat macam tu. Kalau boleh, lagi hujung tebing saya boleh duduk, lagi saya suka. Berdiri tak boleh, kang gayat. Duduk takpe.

Di Malaysia dulu, saya tak berapa suka tebing-tebing nih. Tambah-tambah kalau dekat laluan macam nak ke Genting tu. Ya Allah, seram ya amat. Kalau naik bas balik Ipoh pun, berbakul-bakul doa saya panjatkan supaya selama pergi selamat pulang sepanjang lalu tepi-tepi curam tu. Pokok-pokok yang banyak kat bawah-bawah tu buat saya terfikir macam-macam benda buruk kalau saya jatuh. Agaknya ni gara-gara filem Lurah Dendam tu gak kot. Hee, seramm..

Tapi di Jordan, saya berubah. Tempat paling menenangkan ialah di tebing bukit. Contoh tempat yang saya paling suka pergi ialah tebing bukit tengah jalan ke Amman, tebing bukit jabal(Bukit) Siyagha atau nama Inggerisnya Mount Nebo, dan tebing bukit di Ajlun.



Pendek kata, saya suka segala jenis tebing bukit asal lembah di bawahnya tak penuh pokok macam kat Malaysia dan tak terlampau takde apa macam padang pasir. Saya mesti berada di atas dan bukan di paras yang sama dengan lembah.Paling best kalau boleh duduk lunjur kaki kat tebing tu. Pernah je nak try cuba, tapi pastu kena fire dengan kawan-kawan sebab buat kerja gila. Hehe..

Kenapa saya suka tebing bukit dan perhati lembahnya? Sebabnya bila perasaan tengah kucar-kacir, lembah yang luas tu mengingatkan saya pada rahmat Allah yang sangat luas. Dari puncak tu, saya boleh tengok segalanya dari semua sudut yang mungkin orang bawah tak boleh tengok. Bila nampak kawasan seluas itu dari atas, saya rasa sangat tenang dan bebas. Dah tak rasa sempit bila kena masalah. Sebab tu saya suka tebing bukit yang mendamaikan!

Tapi saya tak boleh pergi selalu sebab semua tempat yang saya suka kat sini semua jauh-jauh. Nak ke Amman pun ambil masa dua jam. Erm, saya cadang nak buat sebulan sekali la trip ke Amman. Kalau pun tak dapat turun tempat istimewa saya tu, dapat tengok dari bas pun jadilah. Asalkan bila tengok, saya jadi kembali tenang dan bebas dari masalah. Seronoknya bila rasa lapang dalam keadaan sempit. Terasa diri ini masih disayangi Allah. ^_^ Alhamdulillah..

26 comments

Write comments
cikgu jawe
AUTHOR
November 27, 2008 at 4:25 PM delete

cantik kan pemandangan tebing tu. rasa damai jek. kalau dekat dgn rumah aku, dh lama aku berdiri kt sana dn jerit kuat2.. hehe

Reply
avatar
NaiLoFaR
AUTHOR
November 27, 2008 at 6:53 PM delete

wah, suka2!
indahnya alam ciptaan Tuhan..

Reply
avatar
yellowrose
AUTHOR
November 27, 2008 at 9:10 PM delete

ainul.same la ..akk pon kempunan nk g lepak2 tepi tasik ke..garden ke..tepi sungai ke..sob sob..sume xde kt irbid..bosan..ade tp jauh la kan..tepi bukit jln ke amman tuh plg cantik yg hijau2 tuh..g sewa kete la drive lepak katsane..kui3

Reply
avatar
fathiyyah
AUTHOR
November 27, 2008 at 10:50 PM delete

salam ainul.awak sukakan tebing ya,saya pula suka sgt laut dan jerit2 pada laut..huhu

teringat masa panjat sinai awal tahun lalu.seronok sgt sbb kita guna jalan yang Nabi Musa A.s pernah lalu..dan kita sama2 rasa kepenatan Nabi Musa panjat Sinai utk berjumpa dgn Allah..
Subhanallah ainul,tak tergamba perasaan kagum dgn ciptaanNya masa tu.lagi2 di malam hari,kami terlentang kepenatan,kesejukan masa daki gunung tu.tgk langit,bintang2 bertaburan dan rasa nak petik je bintang-bintang tu

subhanallah..

ainul,gamba tebing ni chantek laa.sy sukaaa sgt

Reply
avatar
November 28, 2008 at 1:42 AM delete

cikgu jawe:
hehe, betul2 cikgu.. tapi kalau saya nak jerit, saya kena sorang-sorang dulu.. karang orang ingat saya gila plak..

nuha:
=) kat malaysia banyak tempat lagi best.. hua, rindula...

kak asma:
la, sama spesis rupanya.. hehe.. akak, apa lagi. jom kita buat trip lepak atas bukit tu sesama.. teringinn la... hehe.. akak layan blues kat tepi kiri, saya layan bllues tepi kanan. hehe.. tebing bukit ku sayangg..

fathiyyah:
ws.
saya suka laut gak tapi irbid takde laut da~ so, hanya tebing boleh menenangkan jiwa kat sini. hehe.. betul tau, kat mount nebo tu terbayang-bayang macam mana nabi musa mengembara nak ke palestin. Dah la tinggi, curam, jauh.. huhu, insaf2.. =) cantik kan? sebab tu saya sukasama..

Reply
avatar
akak
AUTHOR
November 28, 2008 at 7:48 AM delete

tenangnya bila tengok tempat tu. Ni mula nak berangan nie..hehe. Akak suka sangat tempat yg tenang mcm tu..teramat suka!..tapi tak pernah dpt pergi. Buat koleksi je la gambar² mcm tu dlm bilik...hehe..jadi la..pengubat jiwa.:p

Reply
avatar
akak
AUTHOR
November 28, 2008 at 7:52 AM delete

lupa nak bagitau..kat sini la si tenang Ainul sembunyi semalam..hehe.. pandai tuan dia cari..jumpa pun. Semoga tenang sentiasa..

Reply
avatar
November 28, 2008 at 8:03 AM delete

akak:
hehe, ala akak.. akak sekarang study ke kerja? kalau akak free, pergi je la tempat-tempat macam tu. bestt...
=P terima kasih yer akak tolong jumpakan balik.. saya lupa sangat semalam cik tenang tu gi nyorok mana.. situ rupanyaa..

Reply
avatar
ibnuziyad_12
AUTHOR
November 28, 2008 at 9:41 AM delete

Emm...Bumi Allah ni dah makin tua...

Reply
avatar
k.h
AUTHOR
November 28, 2008 at 11:26 AM delete

kenapa kita rasa tenang bila tgk nature?

sbb kita adalah energy.
nature jg adalah energy.
vibration mengalirkan energy dr satu entity ke entity lain..

nature= positive energy
bila kita berada dlm positive energy, we will be affected too~

cuba tgk hutan bangunan-bangunan di bandar2 besar...(negative energy)
rasa tenang tak?

Reply
avatar
November 28, 2008 at 12:31 PM delete

ibnuziyad_12:
ya, fakta yang tepat tu..

k.h:
kak husna ye nih?
syukran kasi info baru.. ala-ala aura la ni ya? ainul tak suka sempit celah2 bangunan.. peningg..

Reply
avatar
princess
AUTHOR
November 28, 2008 at 12:50 PM delete

cinul!!! x nmpk pn tmpt tu td..

cinul rndu aku ea..heheheh.. bahagie nye inul rndu aku..hehe..

Reply
avatar
November 28, 2008 at 1:09 PM delete

huda:

ni mesti tido tadi nih kat teksi. isy2.. dia kena jaga sepanjang jalan baru jumpa. Lawa tau huda~ Takpe2, lain kali ko datang aku tunjuk tempat tu.. ^_^ Haha~ poyola kakak sorang nih.. Weh, tadi aku pikir2, kalao tak jadi gi turkey, aku berangkat ke mesir je lah.. so, sila tunggu dan lihat okeh! (^_^)

Reply
avatar
shinja
AUTHOR
November 28, 2008 at 1:49 PM delete

klo di Mu'tah pula de satu tempat yang namanya taman kerang. Cantik juga. Ianya berhampiran dengan perkampungan Iraq namanya. Tebing bukit yag cantik, indah pemandangannya. SubhanAllah..kalau musim bunga lagi indah.Cantik sangat tau. Dari sudut situ, kita boleh lihat sebahagian side laut mati & kalau waktu maghrb kan, ha kita leh lihat cahaya lampu sebuah bandar Israel diseberang laut tu. Matahari terbenam tau. Isyh tak tau nak cite kn cmne, hanya saudara ifwat je leh cite kn cmne keindahannya.

Reply
avatar
akak
AUTHOR
November 28, 2008 at 5:45 PM delete

akak dah kerja dah. Tapi nak ambil cuti tu agak terhad..bila kita dah cuti, org lain pulak tak free. Gi sorang² ni tak best..mati kutu dibuatnya..hehe. Nanti nak mintak Ainul la temankan..nak gi kat tebing tu..boleh tak?

Reply
avatar
ABU LUQMAN
AUTHOR
November 28, 2008 at 10:04 PM delete

Salam sejahtera
Dari info yang diberi bukan setakat memberitahu sahaja malah ianya mengingatkan serta mendekatkan diri saya kat Jordan. Saya rasa saya tak lagi berada kat M'sia. Gambar bukit yang pertama tu memang cantik dan menggamit perasaan saya semasa lalu kat kawasan tu.

Reply
avatar
November 28, 2008 at 11:51 PM delete

shinja:
owh, ada ek tempat macam tu? napa saya tak pernah tahu pun sebelum nih. huhu.. apa-apa pun, thanks kasitahu yer.. nanti kalau saya gi jalan2 mu'tah bolehlah pergi sana.. hehe.. uiks, napa saudara ifwat leh bleh cerita? dia selalu pergi ye?

akak:
owh, bolehhhh... tapi kalau cenggitu kena tunggu saya cuti la akak. university saya ni faham-faham la, exam semedang haha~ jom2 kita gi tebing bukit sesama nnti..

(woa, ramainyer nak join.. ni best nih! buat perkemahan terus la.. haha~)

abu luqman:
^_^ mesti abu luqman rindu nak datang jordan kan? gambar yang first tu bukan kat amman. Itu gambar mount nebo. saya tak berkesempatan lagi amik gambar yang kat amman tu.. tapi lebih kurang je kot..

Reply
avatar
Nini Marini
AUTHOR
November 28, 2008 at 11:58 PM delete

ainul!!!

kite ni sama la syg.akak baru je lalui mcm ainul rasa,ingat tak masa akak tulis entry pasal bawa diri tuh,akak g satu tempat ni,ya Allah...terasa mcm Allah nak pujuk hati akak dgn alam ciptaan Dia.akak excited sorang2 dalam tren tu.kalau boleh pun akak nak mintak tren tu berhenti,tapi sgtlah merepek akak ni.kalau bus logik jugak kan?

nak g tempat2 cmtu eh? meh2 sini datang france. akak bawakkan nanti.=)

Eh tapi ni bukan ajak2 ayam eh.kalauu nak dtg france,sila bgtau akak tau!!

Reply
avatar
November 29, 2008 at 12:05 AM delete

haha~ betul2.. kalau tren berhenti karang, orang ingat takde letrik. hikhik..

banyak ek tempat macam ni kat france? wa, bestnyer!! nak2!! hehe, akak dah ajak ni yang saya excited nih.. ^_^ haha~ sayanggg akak!!! =P

tengoklah nnti, kalau saya ada sempat n ad rezeki, saya buat plan ke sana. sebelum ni ada je nak ke sana, tapi sana takde kawan so susah sket.. ni akak dah ada ni yang rasa nak loncat-loncat nih.. =P insyallah karang bile2 saya kasitau yer..

Reply
avatar
SangPelangi
AUTHOR
November 29, 2008 at 12:53 AM delete

Cantiknya pemandangan berbukit-bukit. Aku ada juga bukit di sini, tapi kena berbasikal jauh. Ah meletihkan.
Aku juga suka bersendiri, tapi tak tau mana tempat boleh pergi.

Reply
avatar
November 29, 2008 at 1:32 AM delete

SangPelangi:
eh, bukan ke Jepun banyak tempat menarik dan indah-indah? Kalau la berada di sana, sah-sah tebing bukit ini bakal berganti dengan taman sakura yang cantik tu. Eh, saya ada terbaca di novel tentang satu tasik di jepun. Nama apa saya lupa. Pergilah sana. Mungkin nanti boleh sendiri berteman angsa.. ^_^

Reply
avatar
arina
AUTHOR
November 29, 2008 at 5:08 AM delete

ko jgn bwk aku g tebing tinggi Ainul.
kang aku terjun kang.

Reply
avatar
November 29, 2008 at 10:38 AM delete

arina:
haha~ ni aku ada idea nak culik sapa nih bawak gi tebing karang.. huahuahua* gelak kejam*

criticalthinker:
^_^ kan dah cakapp...

Reply
avatar
November 29, 2008 at 12:41 PM delete

السـَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ

Pemandangan yang saya lihat dulu tu saya tak sempat nak tangkap.Jadi saya tak dapat nak buat perbandingan. Namun begitu dari info yang ukhtie berikan dah cukup mengingatkan saya nostalgia kat Jordan- tentang pemandangan yang saya lihat dulu. Apa taknya setiap kali ulang alik Amman-Irbid pasti akan melalui tempat tersebut

Reply
avatar
November 29, 2008 at 12:47 PM delete

abu luqman:

wa'alaikumsalam..
memang pun.. takkan terlepas tempat tu kalau setiap kali ulang alik Amman-Irbid.. Tapi agaknya mesti berubah sikit zaman dulu dan sekarang. Ntah, saya pun tak tahu.. ^_^

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *