Tahniah..Tahniah...

4:39 AM 5 Comments A+ a-

Salam

Kali ni entry saya semata-mata nak ucap tahniah pada beberapa orang yang penting dalam hidup saya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pertama:

Amira Amalina Binti Mohd Noor



Tahniah Mira sebab dapat 5A. Sori kak Ina lambat wish kat sini. Hehe, konon busy la sangat.. Takdelah, kak Ina terlupa je haritu.. Maaf banyak-banyak yer.. Memandangkan aritu kak Ina dah janji nak kasi hadiah istimewa dari JOrdan, nampaknya kena lah tunggu dulu sekejap sebelum hadiah sampai. Sebabnya nak pergi cari tu macam susah sikit. Sekarang tengah sibuk examla dik.. Nanti siap, kak ina kasi yer..

Seronok la tu sekarang.. Rileks je dia. Jangan malas-malas kat rumah ok! Tolong mama mana yang patut. Nanti kamu dah duduk asrama, dah takde siapa nak tolong mama. Huhu..

Once again, tahniah!! I'm proud of you, dear.. ^_^

p/s: Thanks pada yang mendoakan hari tu..


Kedua:

Aiman Farhan Najmi Bin Mohd Noor



Ha.. Ini adik bongsu saya. Tak pernah masuk cerita lagi dalam blog ni sampai dia merajuk kecil hati. Haha~ Kesiannya dia nih ya.. (^_^)Y Oklah, kali ni kak Ina nak masukkan Aiman juga dalam entry kali ni. Senyummm~ =P

Kali ni kak Ina nak ucap tahniah kat Aiman sebab berjaya jadi wakil Doktor Muda negeri Pulau Pinang ke peringkat Kebangsaan. Wahwah!! Kecil-kecil lagi tunjuk bakat nampak ni.. Nak ikut jejak kakak kesayangan ke? Hehe.. Hebat lah Aiman!! Kak Ina, Asyarf dengan Mira pun kalah la macam ni. Kecil-kecil lagi orang dah iktiraf Doktor Muda.. Tahniahh!!

Tak cukup dengan gaya doktornya, Aiman ni sebenarnya berbakat seni. Kalau dulu yang abangnya wakil nyanyian, si adik ni pula wakil tarian. Baru-baru ni dapat johan daerah lagi. Negeri dapat no 3 ya? Oklah tu.. Tahniah buat kali kedua..

Tengok, kamu ni kalau buat kerja sungguh-sungguh, belajar sungguh-sungguh boleh je jadi lebih hebat dari kitaorang yang lain. Tapi itulah, kerja asyik nak main jer. Macam mana mak abah tak bising? Kalau Aiman belajar sungguh-sungguh, Kak Ina yakin kamu mesti boleh jadi lagi hebat dari sekarang.

Lagi satu pesan kak Ina, jangan baran sangat dik oii.Banyak-banyak sabar sikit.Kalau budak nakal ajak gaduh,janganlah disahut.Silat dan taekwando yang kamu belajar tu untuk pertahan diri je tau. Jangan guna lebih-lebih.Bahaya! (Ish, dia ni pantang betul dengan orang yang dia nampak buat salah..)

Dia ni baik cuma nakal je lebih. Tapi saya tahu je dia selalu nak buat baik cuma kadang-kadang tu dia batal nak buat sebab kitaorang suka kacau. Haha~ Seronok kacau budak nih. Sebab dia suka merajuk. Hehe.. Harapnya kamu belajar sabar banyak-banyak yer Aiman. Orang paling kuat ialah orang yang penyabar tau! (^_^)Y Kalau kamu nak jadi kuat, jadi orang yang penyabar dulu yer..

Apa-apa pun tahniah lagi sekali kat Aiman. Macam ni la baru best.. Kalau tak asyik terperap dengan PSP dia jer. (^_^)Y Belajar rajin-rajin tau! Nanti kalau dapat penuhkan syarat pertandingan yang kita buat dulu, kak Ina kasi hadiah istimewa dari JOrdan. Hehe... Aiman kan baikkk.... =P

Haha~ Ni lah adik beradik saya.. Waktu sekolah rendah, yang perempuan lebih ke bidang cakap-cakap, yang lelakinya pula ke bidang seni. Tapi saya masuk dua-dua. Kira up sikit dari yang adik-adik. Hoho, nak gak kasi diri sendiri menang. Poyo je kakak nih!
Nak banding sekolah menengah rasanya tak boleh lagi sebab sepasang beradik tu tak masuk medan lagi. Nanti dah masuk medan, baru boleh banding yer? =P

Ketiga:

Makcik Syimah

Tahniah sebab makcik dah dapat berita kedatangan bakal baby baru! Dah 1 bulan 4 minggu kan? Nina pun dah besar. Dah 3 tahun lebih. Seronoklah dia nak dapat adik baru. Dah tak sunyi dah jadi si tunggal. ^_^

Campur makcik, maknanya dah ada dua baby bakal datang la ke family kita kan? Ei, tak sabarnya nak balik jumpa semua..

Hopefully makcik jaga diri dan baby baik-baik ya. Jangan buat kerja berat-berat sangat. Makcik kena rehat banyak. Jangan letih-letih. Takut badan jadi tak kuat macam dulu. Insyallah kheir.. Semoga makcik dan baby dilindungi Allah selalu.. Aminn..

Keempat:
Kak Asma Khalid

Tahniah gak sebab disahkan hamil 2 bulan..! Kak Asma ni pelajar pertama JUST yang dah berkahwin di Irbid. Sebelum-sebelum di Irbid yang dah berkahwin hanya isteri ustaz-ustaz yang postgrad je la. Pelajar undergrad belum lagi. Kak Asma dan suaminya perintis. Hehe.. Sekarang dah ada tiga pasangan dah berkahwin.

Bila kak Asma mengandung, seIrbid jadi riuh. Wah, seronoknya nak dapat anak saudara kat sini. Tak sabar tunggu baby Kak Asma lahir. Baby JUST pertama. (^_^)Y

Apa-apa pun, tahniah ya Kak Asma dan Senior Aiman atas berita ni. Jaga diri baik-baik juga tau. Tengah-tengah klinikal ni, sibuk-sibuk juga tapi kesihatan jangan lupa.. Semoga anak yang bakal lahir akan jadi anak yang soleh dan solehah macam ibu ayahnya.

Kelima:

Semua warga Irbid

Tahniah sebab anda berjaya membantu meringankan beban Kak Nabila dengan memberi sumbangan sepanjang kutipan derma kebajikan dibuat. Untuk pengetahuan semua, PERMAI dan beberapa BKAN yang lain berjaya mendapatkan hasil kutipan derma sebanyak lebih kurang JD4200+.

Kami pihak PERMAI mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang sudi menghulurkan bantuan dan kerjasama sepanjang kutipan diadakan. Insyallah, walaupun tak banyak sangat yang kita mampu tolong buat setakat ini, ia dah cukup memadai dengan kemampuan yang kita ada. Syukran Jazilan Katheeran. Hanya doa yang mampu kami hulurkan agar kalian yang membantu sentiasa di bawah naungan Allah selalu. Aminn...

Jadi, buat masa sekarang kita sama-samalah berdoa kak Nabilah Huda cepat sembuh dan boleh kembali bersama kita untuk belajar di sini semula(^^,). Insyallahh..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Seronoknya dengar berita-berita gembira sana-sini. Tadi pun puas hati sangat sebab dapat ym dengan mama dan amira di Malaysia. Hati seronok tak sedih-sedih dah~
Jadi semangat pula nak belajar. Oh ya, esok saya exam Lab genetik. Doakan ya!

Lagi sekali, tahniah semua!!! Saya anda korang.. (^_^)Y

5 comments

Write comments
ABU LUQMAN
AUTHOR
November 21, 2008 at 10:35 PM delete

السـَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ

>> 1)
saya amat terharu sekali di atas komitmen sahabat-sahabat dalam membantu Ukhtie Nabila Huda.Semoga Allah akan memberkati usaha kalian

>> 2)
Tahniah buat Ukhtie, adik Amira, Adik Aiman serta nama nama yang Ukhtie sebut.

>> 3)
Ingin tahu- berapa umur adik Ukhtie yang bongsu tu(Aiman Farhan Najmi)

>> 4)
Pembetulan ... Aiman Farhan Najmi bin Mohd Noot(Mohd Noor)- bukan apa insan prihatin hehehe

Reply
avatar
November 21, 2008 at 10:54 PM delete

abu luqman:

wa'alaikumsalam..

1) amin...
2) =)
3) umur aiman sekarang 10 tahun. Tahun depan dia naik darjah 5.
4) eh,eh.. saya tak terperasan.. terima kasih ya..

Reply
avatar
mawaddah
AUTHOR
November 22, 2008 at 3:22 AM delete

cayang awk jugeeee...

ye, permai mmg besttttt....

Reply
avatar
November 22, 2008 at 9:26 AM delete

tahniah utk semua yg disebutkn terutamanya Amira! alhamdulillah. 5A dia ye. oh. kan betul firasat ks hari tu. Aiman ks pun 10 thn jgk. pun nak masuk drjh 5. Aiman ks pun bertaekwando n pandai menari jgk. tp dia takde la dpt masuk program doktor muda semua tu sbb rpivate school. private school kan terkecuali drpd program2 mcm ni. rugi sikit la kan.

again, tahniah utk semua!

Reply
avatar
November 22, 2008 at 2:10 PM delete

kak syafiqah:
hehe.. akak santun, sangat hijauuu blog anda.. terasa makin bersantun masuk situ.. kehkeh...

Ks:
alhamdulillah.. haha~ Ks memang hebat bab teka-meneka nih. Kebanyakannya semua mengena yer.. Ada six sense ke apa ye kak? =P Eh, sama yer aiman kita? Owh, bleh jadi geng nih.. Mesti dia suka dapat kawan yang lebih kurang macam dia. Dia kan sekarang sorang2 di kampung tu bila balik sekolah.. Hehe..~

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *