Sistem JUST

9:34 PM 18 Comments A+ a-

Assalamualaikum...

Hari ni hari Jumaat. Minggu ni kami tiada exam. Macam pelik pula rasanya. Dah biasa exam setiap minggu, bila sekali tiada rasa boring ya amat la pula. Nak baca buku malas. =P

Hurm, rasanya hari ni saya nak cerita sikit lah pasal suasana pembelajaran di university saya. Nama universiti saya Jordan University of Science and Technology atau nama pendeknya J.U.S.T. Kalau dalam bahasa arab pula, namanya Jamiah 'Ulum wal Teknolojia Urdun.

Sistem di jordan ni lain sangat dari sistem di Mesir. Jadi ada baiknya lah kalau siapa yang nak memilih antara Jordan dan Mesir tu tau dahulu beza sistem dia macam mana sebabnya memang sangat-sangat berbeza. Dengan negara lain, saya tak pasti la pula. Nanti siapa-siapa yang dah baca tu, bolehlah kasi komen yer cerita tempat korang macam mana.

Saya cerita kali ni setakat yang saya tahu saja tau. Saya baru tahun dua. Yang klinikal-klinikal tu saya tak berapa arif sangat macam mana.

Okay, pertama-tamanya di universiti saya ni langsung tiada benda bernama assigment. Jadi setiap hari, korang datang universiti dengar kuliah pastu balik. Tu je kerja dia. Takde assigmnet, takde tutorial. Memang macam sangat-sangat rileks. Kalau tak pandai urus masa sendiri, leka je memanjang maknanya korang tempah kubur la jugak sebab sini exam berterusan. Ha.. itulah pengganti kepada assigment dan tutorial yang takde tu.

Exam di sini selalunya hari sabtu dan ahad. Kadang-kadang terkeluar gak ke hari isnin dan selasa. Bila exam ikut sukati pensyarah. Ada yang kena berderet tapi selalunya kalau pandai pujuk doktor, insyallah lah boleh dapat exam selang seminggu. Kebiasaannya akan seminggu sesubjek la.

Pernah tau ada yang bising pada saya bila dia ym saya, saya asyik cakap saya tengah study sebab minggu ni exam. Setiap minggu dia buzz, mesti tu yang saya cakap. So, maybe dia ingat saya bohong dia kot. Hehe.. Saya tak bohong tau! Ni real punya.. Pulak tu, selalu sangat first exam habis terus sambung second exam. Jadi mana ada minggu free antara dua tu. Tapi kali ni kami bernasib baiklah sebab dapat cuti seminggu. So, enjoy!!! Hikhik...

So, bila kita cantum mingu-minggu exam 1st dengan 2nd jadilah tempohnya dalam sebulan dua macam tu. Panjang kan? Sambil exam tu pula ada kuliah lagi. Jadi kenalah sambil revise sambil dapat baru. Dulu mula-mula tension juga. Tapi lama-lama dah biasa. Sistem ni latih kita jadi sentiasa bersedia. Macam nak jadi doktorlah. Kena alert selalu kan? So, siapa yang nak rasa belajar lama-lama hujung-hujung nanti baru exam, pergilah ke Mesir. Jordan dia sambil belajar smabil exam ya... ^_^

Lepas tu, sistem exam sini tiada bertulis dan tak de essay. Semua ABC jer! Sistem objektif. Jangan ingat senang objektif je. Sangat tricky tau. Salah tembak, markah terbang. Kalau waktu tahun satu, soalan purata satu subjek 30 soalan. Kecuali fizik, 15 soalan je. Masa kalau 30 soalan tu 40 minit. Lagi pendek soalan, lagi pendeklah masa. ^_^ Naik tahun dua ni dah banyak sikit. Kata senior nanti mungkin cecah 100 soalan per subjek. Huhu... Time klinikal nanti baru ada essay ngan oral.

Faham-faham la soalan objektif ni. Kadang-kadang semua jawapan betul tapi dia nak yang palingggggggg betul. Memang orang Jordan, dia dah biasa bersistem objektif saja sejak sekolah rendah. Jadi dioarang memang hebatla dalam soalan-soalan jenis ni. Kita yang Malaysia ni macam kureng sikit sebab kita kan banyak jenis soalan time SPM dulu. Ada objektif, subjektif, essay. Jadi macam penguasaan kurang kot. Kalau siapa terer, memang no hal lah!..

Kemudian, kami jarang ambil exam pakai kertas. Semuanya online dalam komputer. Rasanya ni macam pernah cerita dulu~ So, penggunaan kertas di Jordan ni memang sangat ciput. Pen pun kitaorang jarang beli kecuali kalau yang rajin buat nota lah.. Save budget. Hahaha....

Eh lupa satu benda, kat sini korang takkan boleh check jawapan untuk exam kecuali kalau Doktor tu baik nak kasi. So, cara kitaorang, sorang hafal la dalam dua tiga soalan pastu balik rumah kita gabung semua orang. Ye la, mana nak larat hafal semua soalan. Banyak tu. Tapi kalau langsung tak hafal, kita langsung boleh check tak tahu mana betul mana salah.

Dulu pernahla jumpa sorang doktor tu nak mintak jawapan, pastu dia kata "This is the price you have to pay here. You cannot get the scheme answer. You have to find by yourself in the book.." Wa!!! T_T Sungguh tak spoon-feeding langsung! Jadi, kadang-kadang macam tak puas hati gak la kalau kita bajet-bajet betul banyak sekali kuar markah gila sikit. Nak check pula tak boleh, macam mana? Jawapan dia: redha je la...

Lagi satu kan, kat sini korang akan dilatih belajar terima kejutan tau. Macam mana? Ha... Setiap kali habis jawab exam, pop! Markah terus keluar on the spot!!! Berdebar oo setiap kali nak tekan butang Proceed. Takut tengok markah tambah-tambah kalau subjek-subjek killer tu. Tapi lama-lama dah biasa. So, takde dah la kena gelombang heart attack sangat lagi bila dah naik tahun dua ni. Hanya time final je yang markah direserve dulu. Tu pun markah kita check nanti kat rumah dalam web JUST. Itulah cara terima kejutan kat sini. Kiranya berlatih la untuk jadi doktor yang hidup penuh kejutan nanti. Hehe...

Walaupun di JUST ni budak-budak Melayu dah makin ramai dalam 300+, tapi masih gak macam sikit. Sebabnya kelas pun campur dengan budak arab kan, jadi still muka Melayu macam minoriti lagi la. Tapi kalau sudah sebatch sekarang masuk sampai 90+, rasanya lagi lima enam tahun maunya komuniti Melayu jadi ramai gila kat sini...

Hurm, setakat tu dulu kot. Nak ke tafaquh ni. Nnati ada lagi saya cerita ya. Salam~

18 comments

Write comments
chmod
AUTHOR
November 13, 2008 at 11:27 PM delete

salam....
waaaaa....bestnya cara exam dia..suka giler saya kat style exam cam tu...tak payah tunggu2 untuk tahu result..sekali click dah nampak markah...sebenarnya setiap cara exam dia ada pro and con dia..terpulang pada kita cam ne nak menghadapinya..cam awk cakap kalau lalai dan main2, maka sendiri mahu ingat la ye...hehehe..awk guna system computerize untuk duduk exam...that y la awk semua tak sgt guna paper..satu je tak berapa best ialah dia tak bg tengok soalan n jawpn lepas exam..tp klu dapat hack system exam JUST mesti best..kekekeek.*nerd*

Reply
avatar
November 14, 2008 at 12:31 AM delete

di sini sepanjang pelajaran by course dulu.. assignment pula yang sangat banyak dari mula sem sampai la nak final.. still ade jugak assignment nak kena submit.. tapi takde test. tapi kalau kat mesia, test ade assignment pon ade.. wawawa! itu pasallah student malaysia terer2 kan!

Reply
avatar
Fatehah
AUTHOR
November 14, 2008 at 6:51 AM delete

owh cmtu ke..
kmi kt sni cm rse gne integrated sistem..cm ade pbl n assingnment..
kmi cm x cmpo ngn arb..coz sistem deme yg traditional nyer..pape pon mtlamt nyer tetap satukan..yeah..!! go for it..!!

Reply
avatar
nur laila
AUTHOR
November 14, 2008 at 7:28 AM delete

huhu lain sgt kn sistem.
kt utp ni lbh kurg je kot cm ipta lain.
blaja2. ujung sem br ada final.
btw the period ada la test quiz n assgmnt. tp suma pn x bole buat main2. coursework je dh cover half. so mmg kna sll update studi la. klu jnis studi last menet tu. coursework kna pndai2 score.
rsanya pointer aku 1st sem ni cm hancur sket. not totally adapt. nxt sem insya Allah.. sama2 doakan =)

Reply
avatar
November 14, 2008 at 7:41 AM delete

chmod:
wa'alaikumsalam... memang betul.. cara mana-mana pun ada pro kontra gak.. ikut nasib la kan? =) hack sistem JUST? wuish, best gak kalau bleh.. huahuahua..*kejam...

critcalthinker:
twit! itu master punya style kan?
betul..betul.. pandai student malaysia nih... ^_^

tehah:
haah, camni la.. arab punya traditional mcm mana? macam kami ke?

Reply
avatar
November 14, 2008 at 8:05 AM delete

laila:
akhirnya muncul gak kak kecik sorang nih.. welcome laila.. hehe...
owh, camtu rupanya.. aku smpat mrasa 3 bulan je la kt intec dulu.. huhu..
takpe weh, ko boleh buat! improve lagi.. chaiyok! ^_^.. cayang laila... !

Reply
avatar
Fathiyyah
AUTHOR
November 14, 2008 at 9:04 AM delete

ainul,best la sistem korg kat sana..mmg la mula2 sakit sket bila every week kena axam,tp lama2 ok la kaan?
tak mcm kitorg ni ha,exam pon dua kali setahun(mid year ngn final)..mana laa kitorg tak relas sepanjang tahun..huhu tapi yg sakitnya time final..
n plus,kitorg ada essay and oral sejak first year lagi..
org kata,sistem mesir ni sistem lama..memang betul pon
uhuuu,fathy cm nak tulis entry ttg sistem cairo jugak laaa..ni ainul punya penangan la nii..hihi

Reply
avatar
November 14, 2008 at 9:45 AM delete

fathiyyah:
haha~ yezza!! boleh tahanla. itu yang ainul cakap lama-lama jadi tegal dah.. hehe... Tapikan trully said kitaorg sungguh jeles ngan kerileksan budak mesir tau~ jeles tak terkira.. huhu... kalau la dapat serileks korang, sah-sah kitaorang honeymoon ya amat.. hikhik.. silalah fathy, kita saling berbalas entry.. =p

Reply
avatar
Cieri
AUTHOR
November 14, 2008 at 1:33 PM delete

hee~
salam perkenalan~
xpernah dengar cerita from budak pmpuan yang buat medic kat JUST.kalo dentistry kenal la.n guys yang buat medic kat JUST.hurm~

Reply
avatar
November 14, 2008 at 10:05 PM delete

cieri:

salam kenal kembali.. ^_^ ya ke? kalau mcm tu, skrg dah kenal la yer bdk medic prmpuan di just.. (66,)Y... cieri ni siapa ya? nk bukak profile tak boleh... pekenal la diri.. ^_^

Reply
avatar
November 15, 2008 at 5:27 AM delete

salam ainul. menarik jgk ye kat sana. tp langsung takde oral n subjektif ye utk preclinical? oh. teruja tau ni. ada beberapa benda yg sama n ada yg tak sama. tp bab yg tak spoon feeding tu sama la amat. ks tak penah share cerita psl exam2 sume ni. sbb leceh benor nak terangkan. ks ni kan pemalas. hehe

Reply
avatar
November 15, 2008 at 5:29 AM delete

eh lupa. ks baru je berhajat nak support sorg adik ks nnti ke JUST. tp tak tau la dia nak ke idak. hehe. tp ks rasa ks kena biar choices wide open for the time being. n sebenarnya, medic di msia wayyyyy better than in other countries. praktikal n bahasa faktor yg penting sbnarnya. tapi dh rezeki kita kan dicampakkan Allah duduk di luar. ada la tu yg Dia nak kita pelajari. bukan setakat medic. tp tentang kehidupan n menghidupkan =)

Reply
avatar
November 15, 2008 at 6:44 AM delete

ks:
wa'alaikumsalam ks.. haah, semua tu hanya tu klinikal je.. mcm rileks kan? huhu.. eleh, pemalas sangat la ks tu.. mcm orang tak tau cara dia study.. seram sejuk baca.. *bila la nk rajin cm ks* =p
ks nak suruh adi datang sini ke? hehe, meh2.. suruh dia dtg jer kalau dia nak, kami senior yang baik menanti dgn tangan yang terbuka..*uhuk2* =) betul2, actually hebat je fakulti medik di malaysia.. tapi dah nasib kita ke sini, ada lah hikmahnya tu.. at least nnti balik boleh share2 untuk kebaikan rakyat malaysia jugak.. kankankan?

Reply
avatar
ks yg insom teruk malam ni
AUTHOR
November 15, 2008 at 3:19 PM delete

cik adik, ks jangka ks terbangun pukul 3 lbih, alih2 ni pukul 2 lebih dh terbangung dh. *nak nanges* ks nak hantar adam sebenarnya. tp adam tgh 50-50 nak amik sains atau yg lain lps pmr ni. ni semua ks punya sbb jgk. ks kata ke dia yg sains bukanlah penentu segalanya. so, dia pun cenderung ke arah graphic n animation jgk. dia sgt gempak bab2 ni. tp dia pun hebat jgk dlm study. adi bukan sains. tgk la nnti, kot ada rezeki, tercampak la adam kt sana. hehe. n tgk la jgk. klu ada masa, ks buat review sistem kt sini plak. ada yg relax mcm kamu n ada yg lg memenatkan. tp overall, hampir2 jgk la. yg plg best, takde assignment ;) hoyeah~

Reply
avatar
Abu Basyir
AUTHOR
November 15, 2008 at 8:00 PM delete

السـَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ
Asalnya saya ingin belajar ke Mesir tapi tak tahulah entah macammana kapalterbang tu singgah kat Amman lak. hehehe. Tujuan utama saya ke Jordan adalah semata mata ingin memperbaiki bahasa arab saya sebelum pergi ke Mesir. Dek kerana sistem disini lebih teraturlah telah membuatkan saya menukar fikiran. Memang benar apa yang Ukhtie katakan itu tapi kat kuliah Syariah University of Jordan, peksanya macam biasa je -subjektif dan menggunakan kertas

Reply
avatar
November 16, 2008 at 6:10 AM delete

ks:
la.. kesiannya.. ni mesti duk ngadap komputer sorang-sorang malam semalam.. owh, adam rupanya.. uish, asal adik2 ks semua kaki grafik? hebat tu.. gabung2 bleh buat syarikat adik bradik.. hehe.. kita wait and see je lah ks kemana adam pilih nnti.. (^_^)Y kat rusia mcm ni gak yer? uni mana tu? tau dek asyraf adik ainul tu mesti sakan dia nk ke sana..

abu luqman:
wa'alaikumsalam... owh, memang.. kat sini JUST saja lain. Yarmouk, Mu'tah dan Mafraq sama saja sistem exam nyer.. Dan tepat sekali Jordan lebih teratur dari Mesir. Tapi saya tabik jugalah pada orang yang berjaya survive di mesir.. Mesti sangat terer hidup dalam life yang havoc macam tu..

Reply
avatar
Fatehah
AUTHOR
November 16, 2008 at 12:06 PM delete

yg traditional tu means satu year ada 1 sem...blaja sub plak cm lain la skit..blja cm anat, histo ngn biochemy n sub ape lg tah k..klu cm kte 1 year ada 2 sem..sub yg traditional spttnyer blaja taon 3 mi blaja cm picrob ngn patho..aimi kt cairo ngn kite kt alex sistem len..die yg satu sem nyer..

Reply
avatar
November 17, 2008 at 8:03 AM delete

fatehah:
owh... macam tu rupanya... tapi alex punya sistem cam kitaorang gka kan?

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *