Mari sama-sama buat Korban!


Assalamualaikum

Terpanggil untuk berkongsi sesuatu apabila saya mendapat mesej YM dari PERMAI mengenai tempahan korban. Nampaknya Aidil Aidha dah semakin menghampiri. Tak lama lagi kita akan kembali merayakan suatu hari bersejarah dalam kalendar Islam iaitu Hari Raya Korban.

Apa kata kalau kita ramai-ramai jadikan Hari Raya Aidiladha kali ni lebih meriah dengan ramai-ramai kita buat korban sama-sama pada yang mampu? Tak mahal mana sangat saya rasa sekarang sebabnya duit biasiswa pun dah naik kan? Kalau dulu kita dapat JD250, sekarang ni dah dapat JD478. Tempahan korban tu pula paling mahal pun setakat JD215 untuk satu bahagian unta. Kalau satu bahagian daging baru JD130, kalau seekor kambing pula setakat JD150. Kalau buat korban paling murah pun masih ada lagi JD348 sebulan.

Lagipun banyak kelebihan kalau kita buat korban ni.

FADHILAT IBADAH QURBAN

Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:

1. Menambah amal kebajikan.


Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

2. Sebagai penebus dosa

Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:

Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

3. Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."(Hadis riwayat Thabrani)

4. Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:


Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."(Hadith riwayat Tirmidzi)

5. Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya.


Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".

(dipetik dari laman web Info Ibadah Haji Dan Korban)

Eh, lupa pula nak letak dalil pensyariatannya.

1. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :

Maksudnya : "Maka kerjkanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".

2. Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :

Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".

3. Sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)

Maka sahabat sekelian, jomlah ramai-ramai kita sama-sama buat ibadah korban ni. Ini antara jalan untuk kita tunjukkan rasa syukur sebab perjuangan kita nak naikkan biasiswa selama ni berjaya. Bila lagi kan? Luak sikit sahaja pun. Tak ke mana. Nanti bulan depan dia tambah lagi.. ^_^ Jom kita sama-sama PERMAIkan diri masing-masing..

8 comments

CritiCalThinKer | November 12, 2008 at 10:49 AM

bersedekahlah bila mampu..

Ainul Arina Madhiah | November 12, 2008 at 11:54 AM

criticalthinker:
betul-betul... janngan jadi haji bakhil ya semua...

crack creaker | November 12, 2008 at 7:05 PM
This comment has been removed by the author.
crack creaker | November 12, 2008 at 7:05 PM
This comment has been removed by the author.
chmod | November 12, 2008 at 7:07 PM

salam...
harta yang kita perolehi datangnya dari allah dan harus digunakan kejalan allah supaya harta yang diperolehi itu ada keberkatan...abg saya setiap tahun korban..buat masa nie saya hanya mampu menumbangkan lembu itu sahaja...bila tiba masanya nak buat korban dengan duit titik peluh sendiri..insyaallah...

Ainul Arina Madhiah | November 12, 2008 at 8:26 PM

chmod:
ws.. insyaallah, didoakan nnti kmu punya rzeki yg lbih spya dpt berkorban..=)

myfisol | November 13, 2008 at 11:44 PM

salam,

terimakasih kerana berkongsi maklumat berkaitan fadhilat korban..

bro tahun lepas dah buat korban..plan tahun ni nak buat akikah pula untuk Anaqi..sayang auntie ainul xde kat sini, kalau tak boleh datang kenduri..

Ainul Arina Madhiah | November 14, 2008 at 7:09 AM

bro fisol:

ws. sama-sama... oh, anaqi aqiqah ek tahun ni.. tahniah, tahniah... takpelah.. simpan tahun-tahun depan.. nanti bila ada kenduri birthday ke kenduri anaqi kawin nanti ke auntie ainul datang.. hehe.. jauhnyerr..

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images