Mabruk Amira~


Salam

Malam semalam saya baru dapat berita dari mama yang adik saya nombor tiga, Amira Amalina dapat anugerah Tokoh Pelajar di sekolah yang sedang dia belajar sekarang iaitu Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat

Mabruk Mira!! Tahniah.. Generasi terakhir penerus kecemerlangan anak perempuan keluarga Mohd Noor di SKPTM. Lepas ni dah habis dah adik perempuan kat situ. Tinggal yang lelaki pula.

Yang pastinya kalau ada dikalangan kami yang berjaya dalam sesuatu terutamanya akademik, mama dan abah mesti ada beri ganjaran istimewa pada kami. Yang lain-lain pun bolehlah tumpang sekaki sama. Wah, sakanlah mereka! Ruginya saya dah tercampak ke sini. Ini yang terasa nak buat claim balik Malaysia nanti ni.. =P

Ini lagi seorang budak yang dah habis zaman sekolah rendah. Lepas ni rasanya kampung tu akan jadi lebih kosong la kot sebab Amira ni memang bercita-cita nak ke sekolah berasrama. Kesian Aiman. Nasiblah dia sebab takde sepupu sama baya kat situ. Sudahnya sepupu tak sebaya semua dah sekolah lain-lain. ^_^

Hari Khamis ni keputusan UPSR akan keluar. Mesti Amira ni tegah berdebar-debar tunggu keputusan ujian besar dia yang pertama. Kak Ina doakan supaya Mira dan kawan-kawan semua dapat 5A yer. Amin... (Doakan sama ya semua!)

8 comments

chmod | November 11, 2008 at 6:12 AM

salam...
insyallah adik pempuan awk akan dapat excellent result..dont worry...kata tokoh pelajar kan... :)

Sarah Mohd Shukor | November 11, 2008 at 7:27 AM

wah. tahniah utk mira! ha. suruh aiman tu geng dgn aiman ks la lepas ni. huhu.

*tgk mira pegang benda alah tu, teringat kenangan 11 thn sudah... ;)

Ainul Arina Madhiah | November 11, 2008 at 7:48 AM

cmod:

ws. thanks chmod! amin.... ^_^

ks:
terima kasih.. aiman ks yang mana satu ek? bongsu gak ke? nanti kena usyar balik ni.. lupa la plak.. hehe.. ainul pun sama gak! teringat zaman dulu-dulu. orang pun pernah gengggam benda alah yang sama tu cma lain sket kategori.. =) *wink*

c's radin | November 11, 2008 at 12:43 PM

Mabroookk alaiha.. alaik aidhon.. adik yang hebat melihat contoh kakak yang hebat sebenarnye.. *sangat menghargai para kakak walau pun nakal dengan mereka*

ABU LUQMAN | November 11, 2008 at 12:58 PM

Tahniah buat Ukhtie,adik adik dan orang tua di atas berita baik ini.Kalau begitu boleh tak saya nak jadikan Ukhtie dan adik adik ukhtie sebagai perangsang kepada 2 orang anak saya iaitu Luqmanulhakim ( 11 tahun - tahun depan ambil UPSR & PSRA ) dan Nu'man Basyir (8 tahun)

CritiCalThinKer | November 11, 2008 at 1:25 PM

wah! tahniah2! insyaAllah beliau akan mendapat keputusan yang cemerlang.. *selalu tersalah faham antara mabruk, mabrur, n makbul

Fathiyyah | November 11, 2008 at 9:34 PM

waah..kagum sy tgk adik beradik awak ni ainul..apa pun,pasti adik2 awak ni jadikan ainul sbg idola nombor satu!!

mabruk amira!!

5A dlm tangan..ameen...

Ainul Arina Madhiah | November 12, 2008 at 2:27 AM

c's radin:

syukran ya ukht~ (^_^)Y *terharu*

abu luqman:

terima kasih abu luqman. boleh jer tapi kami ni biasa-biasa sahaja..=)

Criticalthinker:

terimakasih~ amin...
chiam, mabruk tu maknanya tahniah. mabrur tu diterima makbul tu pulak dilaksana. lebih kurang cm tu la..

fathiyyah:

hish.. takdelah.. saya ni biasa-biasa je.. diaorg tu bukan jadikan saya idola nombor satu tapi orang nombor satu kena potong.. hehe... terima kasih ya~ amin..

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images