Lawatan virus

Assalamualaikum

Tiga hari lepas, saya ada buat status mahu menjadi Alice In Wonderland gara-gara ingin bertemu dengan penghuni dunia Microbiology. Sudahnya tak sangka pula hajat saya menjadi. Bukan saya yang mengecil seperti Alice tapi virus pula yang datang buat serangan.

Bermula dari pagi Jumaat lepas, saya mula terasa tak sedap badan badan dan tak lalu makan. Ingatkan biasa-biasa saja jadi saya biarkan. Tengahari itu pula saya pergi belajar bersama-sama Mahera di rumah dia. Sambil belajar kami makan la sikit-sikit apa yang patut.

Lepas zuhur, tiba-tiba perut saya sakit semacam. Ingatkan sakit biasa sekali pergi tandas, habis semua saya keluarkan. Muntah sakan saya hari jumaat tu. Kalau tak silap, saya muntah dekat 5 kali dari lepas zuhur sampailah ke waktu isya'. Tak cukup muntah, kena pula diarrhea lagi. Jadi trauma pula nak makan. Memang semua yang saya makan semua keluar balik. Macam takde yang tertinggal satu pun.

Jadi saya ambil keputusan tak mahu makan dah. Minum air sahaja. Tapi malam tu kerja muntah air sahaja. Siksanya Ya Allah. Tak suka betul kalau muntah! Dah la kat rumah orang, banyak kali pula. Nasib baik boleh timing bila nak pergi toilet.

Saya ingatkan saya demam tapi badan tak panas pun. Kawan-kawan pun pelik. Ramai pula yang suspek keracunan makanan tapi rasanya apa yang saya makan semua Mahera makan sama. Entahlah. Pening juga fikir.Lagipun, kepala waktu tu dah terhuyung-hayang dah. Nak balik rumah sendiri memang tak berani lah sebab kena berjalan jauh atau naik teksi. Naya kang pengsan sorang diri. So, saya tidur sahajalah kat rumah Mahera.

Esoknya kami ada exam Microb. Macam nak nangis saja jawab exam dalam keadaan kepala pusing-pusing macam tu. Memang tawakkal sungguh-sungguh pada Allah la nak jadi apa. Janji saya dah try jawab sehabis baik. Alhamdulillah, bila selesai markah yang saya dapat boleh tahan. Jadi, takdelah sedih sangat.

Habis exam, terus saya dan housemate pergi ke klinik. Rupanya di sana, doktor kata saya kena viral infection. Itu yang sampai cirit dan demam. Tekanan darah saya juga jadi rendah sebab dehydration.Lagipun saya tak isi badan langsung dengan sebarang makanan selama 3 hari. Kecut perut takut muntah. Yang peliknya boleh pula tak rasa lapar. Hehehe...

Cumanya ubat antiviral memang tak ada. So, rawatannya cuma bed rest la. T_T Maka, selama dua tiga hari saya berkurung bawah hiram bina kehidupan di alam lain sebab di alam realiti ni dah jadi pening-pening lalat. Baru la waktu tu sedar betapa nikmatnya waktu sihat pada manusia.

Alhamdulillah, hari ni dah sembuh! Syukran pada yang mendoakan. Nasib baik sembuh hari ni. Ada lagi sehari mahu exam biostat pula. Even terlewat sedikit, tak apalah. Yakin boleh! Huhu.. Doakan saya ya... Saya kena review overspeed hari ni supaya dapat tangkap balik semua untuk esok. Nampak gaya, macam ada yang kena stay up saja malam ni. Nak buat macam mana kan? Tu pun kira oklah sihat hari ni. Kalau tak sihat lagi, mahu ke exam biostat ni pun saya masih rasa macam dunia menari-nari je.. So, syukurlah...

5 comments

NaiLoFaR | November 10, 2008 at 9:15 AM

ha'ah, btol tu..virus mmg xde antiviral..antibiotik untuk jangkitan bakteria je kan? hehe :p

..terasa indah ni'mat sihat andai sihat itu ditarik untuk seketika..

btw: ade mase lagi tu nak studi!! all da best ya..
sy ada 2 paper lagi.. :)

Ainul Arina Madhiah | November 10, 2008 at 9:22 AM

nailofar:

yup, betul tu. antibody untuk bakteria sahaja. mempraktikkan apa yang baru dipelajari. hehe... syukran nuha. doakan saya ya! good luck untuk kamu juga!

Sarah Mohd Shukor | November 11, 2008 at 7:41 AM

ainul, ingat tak virus apa yg boleh buat food poisoning atau yg boleh cause bowel syndrome? hehe. sonang ajo. rotavirus (group A) dan hepatitis A n E. tp hepatitis takkan menyebabkan vomiting n diarrhea yg teruk. so, surely it's rotavirus. hihi. ni tips ni. utk hep A n E, klu sekali dh kena, akn ada life-long immunity develop dlm badan. infact, klu kena hep A or E, kita mmg tak bagi pun antiviral drug mcm acyclovir tu sbb dlm kes hep A or E, takde chronic course pun. hanya acute je. so, treatment adlh symptomatic je. lain la klu hep B (chronic course) n hep C (acute course). mmg kena bg antiviral sbb nak elak drpd progression ke form yg lebih teruk mcm cirrhosis n later on hepatocellaular carcinoma. mcm dlm kes kamu ni, rotavirus(almost 100% confirmed), kita tak bg pun antiviral sume ni sbb rotavirus punya immunity bukannya life-long. ada possibility akan berulang. maklum je la. thats why treatment mcm kes kamu ni hanya symptomatic aje. contohnya ORS. so, takde la badan kamu dehydrated lepas diarrhea yg teruk tu. harap dh ok dh. hehe.

ups. ks mcm ajar microb plak kt sini. ampun chinul ;)

NaiLoFaR | November 11, 2008 at 10:18 AM

ooo..gitu ek ks?
dapat ilmu nih..hehe ;}

Ainul Arina Madhiah | November 12, 2008 at 2:08 AM

ks:
ooo.. macam tu ya? okay-okay.. pasni mesti ingat.. terima kasih ks! takpe je nak ngajar microb kat sini, boleh la buat alasan belajar microb sambil memblog.. hikhik =P

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images