Kita makhluk asing?

6:56 AM 11 Comments A+ a-



Pernah dengar kisah The Ugly Duckling? Ya, kisah si anak itik hodoh yang keseorangan sebab adik-adik lainnya semua cantik-cantik belaka sedang dia berbulu putih seorang diri. Anak itik yang ganjil itu jadi sangat rendah diri sebab selalu digelakkan kerana kepelikkannya. Ada siapa pernah merasa jadi anak itik ganjil tu?

Kamu manusia pelik!

Kamu manusia aneh!

Kamu lain dari yang lain!

Siapa di antara kita yang pernah dilontar kata-kata macam tu? Apa rasanya bila kita dicop sebagai orang yang aneh oleh orang di sekeliling kita? Tentu kadang-kadang kita rasa agak rendah diri kan bila diejek begitu.

Biasanya yang majoriti itu adalah yang biasa manakala minoriti pula termasuk dalam golongan yang luar biasa. Tanggapan sebegini menyebabkan ramai orang yang fobia untuk menjadi lain dari orang lain.Fobia dilihat sebagai makhluk asing selalu menjadikan kita bersikap seperti Pak Turut yang membuta tuli mengikut arus asal tidak dianggap terkeluar daripada lingkungan 'biasa'.

Salahkah menjadi orang yang luar biasa?

Saya selalu mendengar keluhan dan rintihan mereka yang takut untuk menjadi diri sendiri atas alasan tidak mahu nampak pelik. Malah, ada yang turut mengambil sikap berdiam diri bila ternampak kesalahan hanya semata-mata tiada siapa pun bersuara.

Hatta yang lebih menyedihkan ada yang mengelak untuk menjalani kehidupan ad-din yang syumul juga disebabkan tak mahu dilihat sebagai pelik.

"Aku tak nak lah pakai tudung. Nanti semua orang ingat aku alim. Sorang-sorang pula tu pakai..Malulah.."

"Isy,mana ada orang pergi sembang dengan pakcik cleaner tu. Ko ni pelik lah.."

"Eh,kau tak ada pakwe?? Biar betul kau ni.. Sekarang ni bercouple tu wajiblah.."

Aduh, tergamam jadinya mendengar kata-kata macam tu.Pernah juga saya terasa menjadi alien sebentar sewaktu membeli-belah di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Shah Alam bersama sepupu saya. Dengan berbaju kurung dan bertudung labuh bidang 60, terasa macam diperhatikan orang sekeliling pula bila mana di sekeliling kami semuanya berpakaian moden-moden belaka dengan penuh gaya yang pelbagai berbanding kami yang biasa-biasa saja. Bila dah camtu, terasa macam mood nak berjalan pun sudah hilang dek asyik kena jeling saja. Rasa macam nak balik rumah menyorok dalam almari pun ada.

Kadang-kadang bila kita mahu tepati masa, dikatanya kita skema. Kalau kita tak mahu ikut mengumpat, diejeknya kita konon bersih hati nurani. Bila kita mahu pakai tutup-tutup aurat, kononnya kita ni berfesyen kolot. Kalau kita baca quran tengah-tengah stesen bas, dikatakan kita ni sengaja menunjuk baik baca quran tengah orang-orang ramai.

Banyak lagilah kata-kata pesimis yang selalu menjadi penghalang kita daripada melakukan kebaikan. Hakikatnya dalam hati ini ada je keinginan, tapi bila nak buat tu terasa malu dan tidak yakin pula. Tambah pula dengan hadirnya kawan-kawan yang langsung tidak beri dorongan, sudahnya niat suci kita terus terlingkup tengah jalan.

Hadis Rasulullah ada menyebut, di akhir zaman nanti umat islam akan jadi seperti buih-buih di lautan. Banyak tapi tidak berguna. Sekadar terumbang-ambing dibawa arus. Itukah keadaan kita sekarang? Bila mana semua menjadi buih, kita pun mahu jadi buih. Tak mahu langsung jadi karang. Sebab apa? Sebab takut ditinggal sorang-sorang..

Kenapa kena takut? Kenapa mesti jadi pengecut? Kita ke yang salah?

Pernah tak kita fikir bahawa yang aneh itu sebenarnya unik. Yang ganjil itulah yang istimewa. Cubalah bayangkan kalau dunia ni sekadar satu warna sahaja, boringnya. -_-

Lagi satu, kalaulah semua manusia fikirannya sama, macam mana kita mahu pilih pemimpin yang boleh berubah dunia? Tak mungkin semua mereka boleh jadi pemimpin serentak bukan?

Nabi Muhammad sendiri sewaktu sedang berdakwah di awal zaman kedatangan Islam dilihat sebagai seorang manusia pelik bin ajaib yang turut dicop sebagai orang gila! Tapi sekarang kita lihatkan bahawa yang pelik itulah yang membawa kita mengenali tuhan Yang Esa. Yang Aneh itulah yang memberi kesedaran kepada manusia.

Saintis-saintis dahulu kala pun ramai terdiri daripada golongan-golongan aneh. Sangat aneh hingga mampu melahirkan pelbagai ciptaan baru untuk kita. Kalau tiada manusia-manusia aneh ini, mungkin sekarang kita masih lagi hidup di gua berlampukan sumbu dan berkenderaankan binatang biasa. Agaknya kalau begitu, berapa lama ya sejarah manusia Paleolitik menguasai dunia?

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan sebuah hadis, di mana beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:


بداء الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بداء فطوبى للغرباء


Maksudnya : Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing) , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing.

Diriwayatkan oleh Muslim dalam Kitab al-Iman: Bab: Bada al Islam Ghariba, jld. 2, ms. 354, no: 370, Ibnu Battah dalam Kitab al-Iman, jld. 1, ms. 172, no: 605 dan lain-lain.

Pada mereka yang mahu berubah dan tidak mahu setakat menjadi orang biasa, saya sarankan majulah segera! Jangan biar pintu kejayaan yang anda bakal perolehi tertutup begitu saja. Sayangnya bila Allah sudah beri hidayah, kita pula tak mahu mulakan langkah hanya semata takutkan persepsi manusia. Bangun! Buktikanlah kamu semua masih mampu berjaya dengan menjadi diri sendiri.

Yang pelik itu tak semestinya terpinggir. Malah, jangan terkejut andai yang pelik itulah darjatnya paling tinggi di sisi Allah S.W.T. Yang penting kita tahu mana yang benar dan mana yang salah. Kita diberi nikmat iman dan fikiran. Jadi, gunakanlah nikmat itu sebaiknya.

Akhir kalam, jangan mudah menyerah walaupun kamu kelihatan pelik dan aneh di sisi manusia lain. Biar kita jadi ghuraba'(asing), asal kita tahu siapa diri kita. Biar dikutuk konon baik, asal kita tahu kita mahu mengelak neraka.Lantak sajalah mulut-mulut tajam yang cuba mengoyak-ngoyakkan semangat itu melalak sendiri hingga berhenti. Yang penting,Believe in your self! ^_^

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nota : Motto baru ---> DARE TO BE DIFFERENT !

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

11 comments

Write comments
mahasiswa
AUTHOR
November 2, 2008 at 12:19 PM delete

salam.
Islam dulu bertapak di Mekah dalam keadaan asing dan dipandang pelik,
Kini begitu juga keadaannya.
Moga kita tergolong dalam golongn yang tak malu mjadi pelik demi Islam.

Reply
avatar
November 2, 2008 at 12:23 PM delete

naqeb:

wa'alaikumsalam.. yup,betul2! islam macam dah kembali menjadi ghuraba'... amin.. harapnya semua kita begitu..

Reply
avatar
November 2, 2008 at 5:16 PM delete

wah! *angkat tangan setuju lompat2

Reply
avatar
Thelast_girl
AUTHOR
November 2, 2008 at 8:46 PM delete

Wah MotiVaci Yang BaguS niE waT Para RemAjA Muslimah YAng pAda Malu pKe Jilbab Gara2 TakuT keTingGalan Mode...
TermasyUk dirikuw...
hehE...^_^

Reply
avatar
umaralfateh
AUTHOR
November 2, 2008 at 9:15 PM delete

buih lautan vs buih sabun. better jadi buih sabun sebab boleh bantu hilangkan kotoran. :)

-------

dulu masa mula2 sampai rusia, ramai rakan2 gelar saya pelik, sehingga kini saya masih tidak tahu apa yang pelik..

tapi kini sudah semakin hilang gelaran itu..memang dulu terkadang macam nak ikut arus, tapi bebanan ilmu tidak mengizinkan..

--------

sebutir mutiara itu selalunya berada di kawasan yang keadaan permukaannya bergelora..sukar untuk dapatkannya melainkan orang yang berusaha betul-betul untuk dapatkannya.. disebalik kesukaran dapat itulah tersembunyi suatu yang bernilai.

jagalah diri kamu baik-baik, kamu mutiara yang tak ternilai.

moga Allah pelihara diri kamu, ditabahkan hati kamu menghadapi dunia ini, dan diberikan kamu jodoh sebaik-sebaik insan kepada kamu.

Reply
avatar
A.i.m.i
AUTHOR
November 3, 2008 at 1:39 AM delete

jangan takut buat baik. tak payah risau kata2 orang. kita tahu siapa kita. sudah memadai :) biarkan org lain. doakan semuanya mendapat hidayah daripadaNya.

Reply
avatar
November 3, 2008 at 2:55 AM delete

critical thinker:

ya, sesuai sangatla utk orang yang suka fikir kritikal-kritikal macam kamu... =)

thelastgirl:
jangan takut-takut dah ea.. kitaorang mengalu-alukan pada semua untuk join the jilbab club..nnti dah ramai2 join, bleh lah buat trademark siapa tak pakai jilbab lagilah kolot... =P amin...

umaralfateh:
sangat tepat.. tapi itulah, masalahnya sekarang ramai yang tak tahu macam tu jadi ramai lah yang suka yang tak betul tu... baguslah ada yang menghalang dari kita terikut yang salah, maknanya Allah masih sayangkan kita.. lastly, amin for the doa...

a.i.m.i:
binggo! betul tuh.. insyallah, moga semua jadi macam tu.. amin..

Reply
avatar
PrinCeSS
AUTHOR
November 3, 2008 at 4:06 AM delete

dare to be different..
dare to be urselves..

sejak 1st day maya sampai cni, macam2 dugaan yang menguji keimanan..
dgn soalan2 org ramai,knp pakai macam ni..ade yang kutuk.ade yang pandang serong,.
tapi slalu pujuk diri sendiri..Allah sentiasa bersama kita

walaupun kadang2 rasa diri dah kuat untuk menjadi 'lain' dari org lain, tapi kadang2 jiwa dihantui nafsu.termakan dgn bisikan syaitan..

Ya Allah, tetapkanlah iman kami..dan berikanlah kami kekkuatan menghadapi dunia ini

Reply
avatar
November 3, 2008 at 5:14 AM delete

princess:

nak tau? ainul selalu gak terfikir pasal maya kat sana. dah la bertiga je melayu.. mesti susah gila kan? tapi insyallah, ainul tau maya mesti kuat punyalah.. see, dah masuk tahun keberapa dah ni.. tahniah2!

amin atas doa2 tu.. harapnya maya, ainul dan sesapa lagi yang menghadapi situasi yang sama akan kuat untuk jadi diri sendiri. ^_^

Reply
avatar
PENDEKAR
AUTHOR
November 5, 2008 at 3:46 PM delete

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

begitulah sunnatullah yang berulang2.....tapi menjadi pelik adakalanya menarik...heh

Reply
avatar
November 6, 2008 at 3:44 AM delete

pendekar:

wa'alaikumsalam... ya,memang macam tu.. tapi yang sedar pelik itu menarik je tahu hakikat kemenarikan dia.. yang tak sedar takkan tahu.. ^_^

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *