James Bond Irbid

Salam

Tadi tengahari saya pergi Amman untuk wida'(ucap selamat jalan) Kak Nabilah yang nak balik Malaysia untuk rawatan lanjut. Mula-mula rancang nak sampai rumah waktu petang. Sekali rupanya terlajak sampai ke malam pula.Pukul 6 malam baru sampai rumah.

Dari Mujamma' Amman Jadid, saya dan Maisarah naik teksi berdua untuk balik ke rumah. Pakcik teksi tu ramah semacam je dengan kami. Tapi saya malas sikit nak layan sebab tengah sakit gigi. Kerja asyik mengangguk mengiya je dengar apa yang dia cakap.

Tiba-tiba dia buka cerita tentang tangan dia yang nak di bedah, anak dia yang melecur bila dia tahu kami pelajar perubatan di JUST. Maisarah dah toleh-toleh saya. Ish, ni nampaknya kita silap naik teksi nih. Pakcik ni dah mula buat gaya menipu nih.

Kami bukan nak berburuk sangka dengan pakcik tu. Tapi kalau minggu depan nak bedah tangan, hari ni masih bawa teksi macam sihat walafiat apa kenanya? Lagipun tangan dia elok je.

Bila kami diam, dia mulalah memuji-muji orang Malaysia ni baik, kaya dan suka tolong orang. Pastu dia kata yang dia suka orang Malaysia sebab orang Malaysia suka solat, beragama islam dan suka bersedekah. Ha... dia masuk jarum dahh...

Lepas tu, seperti yang kami jangka memang dia dah mula minta sedekah pada kami. Dia siap cakap sedekahlah pada aku. Aku nak duit. Kau orang Islam, kena kasi aku duit. Bila kita tak layan, dia panggil-panggil suruh dengar. Siap mengugut guna nama Allah lagi. Ni yang tak suka ni. Memaksa-makasa orang pula pakcik nih! Kami buat-buat tak dengar. Siap dua-dua pasang MP3 kuat-kuat kasi ala-ala macam pekak sikit.

Paikcik tu tak sudah-sudah suruh kami bersedekah dari Mujamma' Amman Jadid sampailah ke Masjid Taal. Siap ingatkan lagi "kau sedekah tau!!" Gaya macam kalau tak ikut apa dia cakap, siaplah dia angkut tempat lain. Eii, psyco lah pakcik ni.. Tak suka!! Tapikan tadi dia ada cakap " eh, aku ingat korang ni budak tahun satu.." Owh, ni mesti nak kenakan kami nih.. Sorilah pakcik, kami dah pernah kena dulu. So, pisang takkan berbuah dulu kali yer! Waktu tu memang kami terus bincang dua orang dalam bahasa melayu, nak buat apa kat pakcik nih.. Takkan nak ikut cakap dia..

Sebenarnya dulu dah pernah je jadi macam ni. Memang ada sesetengah pakcik teksi suka ambil kesempatan teruatama pada pelajar baru macam kami dulu. Dulu tak apalah sebab dah terkena. Habis terbang 5JD sebab pakcik tu tak nak kasi duit lebih. Dia kata ni sedekah kami untuk dia. Amboi.. Orang kasi sedinar, dia ambil semua pula. Melampau tu..

Kali ni, kita dah siap-sedia. Pesan sorang senior dulu, kalau jadi macam tu buat-buat tak faham je. So, kita pun buat la macam tu. Kami berhenti jauh sikit dari rumah. Kasi duit sedinar terus blah. Pakcik tu panggil-panggil lagi minta lebih. Tapi kami buat-buat tak dengar je. Nak kasi ayat quran tegur pakcik ni macam blur la pula malam ni. Sakit gigi punya pasal, saya tak ingat apa dah. Ingat nak balik je.

Bila kami keluar, kami plan nak jalan tempat lain kejap kasi pakcik tu pergi dulu. Takut-takut nanti dia ikut ke rumah. Tapi bila dah jalan 5 minit, kami patah balik ikut jalan asal.

Tiba-tiba, aik??? Kenapa pakcik tu punya teksi ada lagi? Menunggu kami ke? Memang sah sangat itu teksi dia.. Alamak, kami memang dah kecut perut. Tunggu lagi 3 minit pun, tak jalan je pakcik ni.. Ish..So, takpelah. Kitaorang pun guna la jalan jauh sikit. Pusing simpang sebelah untuk ke rumah. Takut kalau jalan tepi teksi dia, nanti dia panggil minta sedekah lagi.

Tengah-tengah kami jalan menuju ke rumah tu kan, tetiba-tiba nampak teksi tu nak jalan depan kami. Alamak, bertembung la pula. Sebenarnya awal-awal kami tak pasti itu teksi yang sama atau tak. Tapi jalan rumah kami jarang teksi lalu kecuali kalau dia lalu ikut jalan yang pakcik teksi tadi berhenti. Usyar dari jauh memang nampak muka pakcik tu. Sah, dia pakcik teksi psyco... Eh, kena selamatkan diri nih..!

Maisarah dan saya memang dah takut gila. Tak kisahlah orang nak kata kami ni penakut lebih. Daripada kena paksa macam dalam teksi tadi, baik kami lari jauhkan diri, ye tak?? Kami terfikir karang kalau jalan terus masuk rumah, nanti dia nampak rumah kami. Dah la teksi tu jalan slow-slow macam tunggu orang. Kitaorang tak tahu nak buat apa dah waktu tu. Tetiba nampak kereta jiran yang diparking kat depan rumah dia. Pastu terfikir, nak nyorok dalam rumah jiran ke nak nyorok belakang kereta je??

Bila teksi tu dah mendekat, kami tak sempat pergi mana dah. So, terus menyorok tepi kereta tu. Mula-mula menyorok bahagian depan, pastu bila teksi lalu, meyorok bahagian tepi. Bila teksi tu dah lepas, kami menyorok ke belakang kereta pula. Ya rabbi, memang takut gila. Terasa macam main aci nyorok je dari penjahat. Dah la dua orang pulak tu menyorok belakang satu kereta.

Boleh bayang tak macam mana rasa nak mengelak dari jumpa orang yang kita takut sangat?? Macam tu la yang kami rasa! Kami stay still kat belakang kereta tu sampailah teksi psyco tu pusing masuk simpang lain. Bila dia dah hilang, apa lagi, teruslah kami buka langkah seribu lari masuk rumah cepat-cepat. Haish... apa kes jumpa orang pelik malam ni. Nasib baik ada geng lari. Kalau sorang-sorang, maunya saya panggil muraqib datang tolong. T_T. Gila apa kena kejar dengan pakcik teksi psyco..

Tiba-tiba terasa jadi trauma naik teksi. Nak lapor pada siapa ye? Selalu kalau ada kes apa-apa jadi, orang lapor pada saya. Ni dah saya pulak kena, saya kena melapor pada diri sendiri la kot.. Huhu.. Takuttt.. Semalam ada akhawat kena kacau gak, hari ni diri sendiri pula yang kena. Haish!!!

Pada Pakcik Teksi yang psyco,anda bernasib baik sebab saya tertinggal pepper spray kat rumah. Udahnya saya lari je.. Kalau saya bawa benda tu, siaplah pakcik kalau nak over-over dengan kitaorang! Ada yang masuk KAUH( King Abdullah University Hospital) terlebih awal karang.. T_T (ish, mcm la pakcik tu baca entry ni...)

Malam ni batal semua rancangan nak ke program PERMAI. Sori yer Fathiyah. Penat satu hal. Takut pun satu hal juga. Minta maaf banyak-banyak. Malam ni nak cool down dulu. Debar jadi James Bond main aci nyorok ngan pakcik teksi tak hilang lagi. Nanti hilang, kita join yer.. =P Ok, selamat malam. Doakan kami selamat-selamat selalu...

24 comments

Fathiyyah | November 17, 2008 at 10:15 AM

ish seram sejuk sy dibuatnya baca blog awak ni ainul..sy nak bg tips..takyah la bawa lada hitam ke garam ke gula ke...ainul bawa la perfume..pastu kalau jadi lagi,ainul spray je kat mata pak cik teksi tu..bukan saja membuatkan mata die terkebil2 dan menjerit2,malah mewangikan teksi die juga..
haha..org Malaysia kan baik.hihi

hati-hati ya ainul..take care...

p/s: pemberi komen pertama kali ni..hihi

Ainul Arina Madhiah | November 17, 2008 at 10:46 AM

fathiyah:
pertamanya tahniah jadiorang pertama.. hehe... perfume tadi memang ada je tapi terlupa plak nak amik.. ye tak ye gak ek? kan kita baik, maka bolehlah tolong wangikan sama teksi pakcik tu selain dari mencederakan dia.. huahuahua..*mode kejam*

Sarah Mohd Shukor | November 17, 2008 at 12:07 PM

Salam Ainul.

oh. lepas ks sihat dr sakit gigi, kamu plak ye yg sakit. sepanjang penceritaan kamu dlm entri kali ni, ks dapat bayangkan segalanya. sampaikan babak2 nyorok2 belakang kereta jiran tu pun ks dpt bayangkn. sbb ks penah lalui benda yg sama!! tp bukan di moscow tp wkt di egypt nun! kt moscow ni diorg tak kacau anak dara org rupa gini. diorg respect anak dara org. smpaikan ks tak rasa takut langsung ke mana2 sorg diri even mlm pn. tp wkt di egypt, dgn org islam sendiri, jd plak hal mcm ni. ks harap, kamu n kawan2 lebih hati2 kalau naik teksi. jgn ramah mesra sgt dgn driver2 ni. diorg ni ada je helah nak cucuk jarum n ugut2 kan. ks yakin kamu lebih faham situasinya mcm mana.

erk. ataupun lain kali kamu ngaku je kamu dr bangladesh atau afrika yg mmg miskin. huhuhu. klu dlm kes mcm tu, agaknya pepper spray mahupun perfume wangi mcm mana pun dh tak diperlukan dh. huhu =)

Ainul Arina Madhiah | November 17, 2008 at 12:21 PM

ks:
owh, ks sakit gigi gak ek? ainul sakit sebab doktor baru pasang getah baru.. ngee, ngilu ar dia tarik..

owh, ks pernah jadi james bond jugak la ni yer..=P ketaq kan ks waktu tu? selalu main dalam mimpi je. skali kena betul, ambil rasa... huhu.. ainul ngan kawan tak beramah mesra pun tadi. paham2 la tengah sakit gigi. sakit nak ngamuk je lebih.. tapi diam je la.. Pakcik tu stat dulu.. insyallah, pasni lebih berpengalaman.. huhu

ks, kot ye pun nak tipu kasilah yang ada rupa sikit.Sini ramai orang somalia la.Rupa dah la jauh beza. Semua kenal. Kalau nak ngaku indonesia ke thailand ke ha bolehlah... Ini nak ngaku yang jauh-jauh, payah sket la. Muka orang kan melayu tulen.. Takde mix2 hindustan atau afrika la..

Sarah Mohd Shukor | November 17, 2008 at 12:33 PM

hoho. kalu gitu, kamu kata la dr indonesia, yg mak bapaknya keje di msia jd pembantu rumah n buat bangunan. ada la rupa jgk kan =D ngeehee~

Ainul Arina Madhiah | November 17, 2008 at 12:37 PM

hurm.. tak pernah try test lagi.. nantilah ainul cuba.. hikhik.. kang dah keluar result, ainul kasitau apa respond pakcik teksi tu yer.. tapikan ada satu benda kena ubahla kalau nak nyamar jadi orang indonesia --> kena pakai tudung bu arini. Takpun tudung solehah.. stok tak bawakla pula.. isy.. =P

CritiCalThinKer | November 17, 2008 at 2:52 PM

bu arini, tolong nabilah.. hihii.. seb baik la chinul.. tak sopan betol pakcik taxi tuh.. kalu am, kepit je bawah ketiak, pastu sauk bawah dagu die, pastu buat stunner kat rusuk dia.. pastu.. dah2, sabar am sabar! heheh

en_me | November 17, 2008 at 4:46 PM

teksi psycho teww.. salammmz

chmod | November 17, 2008 at 5:33 PM

salam....
hewww!!!memang cam bond 007..saya baca enrty awk cam sy baca buku thrill n psycho...heheh..lain kali karate je..dush!!abis cerita..atau jerit cam kena histeria..for sure lari..nasib baik dua org..klu tak..mesti cik ainul jadi incredible hulk..hehehe

Ainul Arina Madhiah | November 17, 2008 at 8:29 PM

criticalthinker:
betul2.. meh belasah sket pakcik teksi tu chiam..hehe.. orang mana berani, dia besar.. tu yang lari jer.. aaaaa....

en_me:
pakcik tu perlukan rawatan klinik sakit jiwa kot.. huhu.. salam kenal en_me ^_^

chmod:
ws..karate? erm, kalau dah badan besar macam pak arab, baik saya lari dulu.. takmau la caru nahas.. hehe...

cikgu jawe | November 17, 2008 at 9:09 PM

takut dn seram baca cerita awk ni. tp mmg le kalau dh perangai arab. asal ada kesempatan jek, takkan dilepaskan. lagi2 dgn org pompuan malaysia.

pernah gak terdengar ada jamaah pompuan umrah/haji malaysia yg dibawa lari dgn teksi. tp tak tau le betul ke tak..

bawa spray pun ok gak kot. tp jgn sembur waktu dia bawa teksi. nanti dgn awk sekali masuk spital. huhu

adengan nyorok balik kete mcm selalu tgk kt tv. hehe

take care! :)

Ainul Arina Madhiah | November 18, 2008 at 4:36 AM

cikgu jawe:
tapi tak semua macam tu cikgu.. ada yang ok tapi ntahla semalam terjumpa yang tak ok pula.. hehe.. uih, saya tak pasti pula itu jadi kat mana.. kat sini macam tak pernah dengar jer.. eh2, betul gak cakap cikgu ek. maknanya saya kena sembur dari luar l a kot.. =P terima kasih cikgu! ^_^

Anonymous | November 18, 2008 at 5:33 AM

kami penah kena gk....pakcik tu ckp anak dia nk operate mata la ape la... siap mintak JD20 lg... naseb baik kami x lurus bendul...

Ainul Arina Madhiah | November 18, 2008 at 5:42 AM

anon:
owh, pernah kena gak yer? izz kata ada sorang pakcik tu memang terkenal ngan taktik dia yang macam tu. Hurm, kena cari balik ni.. Nanti orang lain pun kena sama. Siapa yang nanti terkena, amikla nombor plat teksi dia.. huhu.. eh twit.. anon ni siapa ek?

Sarah Mohd Shukor | November 18, 2008 at 6:21 AM

Ainul, tudung gitu dh takde masalah. boleh ditempah secara online. huhuhu =) delivery straight to irbid gitu.

Ainul Arina Madhiah | November 18, 2008 at 6:27 AM

ahaks~ ks, orang tak pernah beli membeli secara online lagi.. =P tapikan segan la nak pakai tudung tu kat sini. Dulu pernah test sekali pergi masjid guna tudung tu, sekali budak junior langsung tak tegur salam walaupun kawan2 ainul sebelah diaorang salam.. aiyer, kecik hati tau.. tapi tau je yang diaorang konpius saya ni senior ke bukan.. hahaha...

ABU LUQMAN | November 18, 2008 at 3:22 PM

Sekarang ni pergi mana mana pun tak selamat.Teringat saya kisah Ummu Habibah (anak Abu Sufian) selamat sampai ke Madinah dari Mekah berjalan seorang diri saje tanpa ada apa apa gangguan malah ada seorang lelaki mengikutinya dari jauh bagi memastikan keselamatan Ummu Habibah. Tapi sekarang, jangan ke Madinah, di Mekahpun kalau naik teksi biarlah ada orang lelaki yang masuk dulu - kalau tidak kena bawak lari ke Padang Arafah. Di sana mangsa akan diperkosa dan dibunuh. So, kena hati2, Jalan jangan sorang sorang
Jordan dan Arab Saudi bukannya jauh- perkara yang sama mungkin akan berlaku di Jordan (bukannya saya doa minta berlaku- kalau boleh minta ianya tidak berlaku)

NaiLoFaR | November 19, 2008 at 6:57 AM

alhamdulilah, selamat..

saya boleh imagine keadaan tu daripada teknik penceritaan awak.. takuut la..hai, macam macam la orang ni,kan?

hurmm..duk negeri orang kena pandai jaga diri..teringat plak kat adik2 sy yang berada nun jauh di negeri piramid tu..risau gak..huhu~

ni, boleh gak try baca surah yaasiin ayat 9 tu banyak2..

anyway,take care ya!!

Ainul Arina Madhiah | November 19, 2008 at 8:36 AM

abu luqman:

ish, sampai macam tu sekali ke?
Na'uzubillah la daripada jadi macam tu di kat sini..

nailofar:

=) insyallah.. terima kasih kongsi petua.. ^_^

ibnasad | November 19, 2008 at 11:34 AM

Salam.

Dahsyat, dahsyat. Sebelum ni pernah kena tipu dengan taxi driver, tapi belum pernah jumpa yang psycho. Lebih berhati-hati lain kali, semoga selamat. Amin.

Ainul Arina Madhiah | November 19, 2008 at 1:43 PM

ibnuasad:

ws.. terima kasih atas ingatan... ^_^ amin juga utk doa kamu..

Abu Basyir | November 20, 2008 at 11:01 AM

السـَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ

Saya ada baca entry dari sweileh tentang penderitaan Nabila yang mengidap penyakit leukimia. Kasihan sungguh, semoga Allah memberikannya kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi ujian ini. Sama samalah kita berdoa semoga Allah menyembuhkannya.

Ainul Arina Madhiah | November 20, 2008 at 8:59 PM

abu luqman:
wa'alaikumsalam... aminn.. semoga kak nabilah dirahmati allah selalu..

matadore | November 30, 2008 at 6:14 PM

salam.
hehe
best x jd james bond?
:P

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images