Budak arab yang memeningkan...

9:32 PM 13 Comments A+ a-

Salam..

Semalam entah kenapa saya asyik kena tembak ngan orang-orang arab. Takdir telah menentukan ke? Huhu.. Nasib baiklah semalam kurang berperasaan jadi hangatnya tak terasa. Tapi kadang-kadang terfikir juga kenapalah diaorang ni suka menghilangkan mood saya?

Peristiwa satu - Jam 7.15 pagi - Lokasi: Tempat pejalan kaki di J.U.S.T

Pagi semalam saya ke jamiah seorang diri. Mood pagi tu agak rosak sedikit sebab banyak barang hilang dan tertinggal di rumah. Sudahnya saya selesa jalan sorang -sorang daripada bermasam muka dari jalan dengan ramai orang.

Dalam perjalanan, ada sekumpulan budak lelaki arab berjalan belakang saya. Tetiba-tiba ada seorang tu buat bunyi macam tengah berkungfu. Wacha!!! Lepas tu dia sebut-sebut "Shanghai.Shanghai!! Ya sinni(Cina).." sambil gelak ramai-ramai. Tak cukup sinni, siap diaorang panggil saya Ali Baba lagi..

Saya toleh kiri-kanan. Ah, sudah.. Saya sorang je budak melayu kat situ waktu tu. Sah-sah diaorang mengutuk saya. Mamat ni memang nak kena tau! Orang tengah bengang dia simbah minyak pula. Tapi bila saya terperasan dia ada geng, ermmm takpelah.. Let the gone by by gone.. T_T

Sabar je lah kena kutuk-kutuk macam tu. Dah la tempat jalan kaki tu jauh. Sepanjang jalan kena kutuk. Terima kasih la yer sebab kasi saya pahala selama 10 minit. Mentang-mentang saya takde kawan time tu.. Grr.. Yang bengang nya, sebab kejadian berlaku di UNIVERSITI! Selalu kalau kena kacau kat tepi jalan, bolehlah bajet mereka tu kutu-kutu jalan. Ini bila budak universiti yang buat kerja, memang dalam hati ni " Macam mana la budak ni boleh lepas masuk universiti?? " Budak first year kot nih.. Sangat teruja nampak bangsa asing. Haishhh!!!

Peristiwa Dua - Jam 5.00 malam - Lokasi tepi jalan time tunggu teksi

Budak-budak kecik tengah main-main sebelah saya dan kawan. Tiba-tiba diaorang jerit " Sinni..Sinni!!! " Aduh, kena lagi.. Kami dengan baiknya menegur "Ya habibti, aib alaik..Ihna musy Sinni.. Ihna Malizie ( Sayang, kau ni memalukan.. Kami bukan cina.. Kami Malaysia).. Pastu diaorang tanya" Winn Malazie? (Malaysia tu kat mana?)" Ehm, ni malas layan ni. Perhatian kepada kerajaan JOrdan, boleh tak buat kelas geografi untuk rakyat kamu???

Pastu ingatkan budak tu dah ok. Sekali ada sorang tanya "Syusmik? (Apa nama kau?) So, dengan baik hati saya jawab "Arina" Tetiba boleh plak diaorang buat ayat " Arina Crazy. Arina Donkey.." Ya rabbi!!! Sakitnya hati! Ni penyalahgunaan bahasa Inggeris ni. Okay, kesabaran di tahap kritikal. Nasib baik coster dah datang. Sebelum ada yang kena katok, baik blah dulu...

Pastu tetiba terfikir, isy kalaulah tadi saya cakap nama saya Aisyah ke Khadijah ke, mesti budak-budak tu tak berapa ngejek sangat sebab nama tu nama besar dalam masyarakat arab.. Hurm, takpelah.. Tu buat backup next time.. Budak kecik, korang bernasib baik sebab akak sabar hari ni tau!! Penat je orang melayan dengan senyuman kat budak-budak nih..

Peristiwa tiga- Jalan 7 malam - Waktu nak pergi rumah senior

Saya dan Umi tengah berjalan ke rumah senior sebab ada hal. Tengah-tengah jalan tiba-tiba ada dua tiga budak kecik lelaki tengah main-main tengok kami. Lepas tu, diaorang bising " Yallah, 'atini mouse!! Sur'ah! Quickly! (Weih, amikkan aku tikus. Cepat..)" Saya dah pandang Umi. Ei, ni mengacah ke apa nih? Dah la cakap rojak. Macam sengaja nak kasitau kami jer..

Kami terus jalan bajet tak takut. Tapi terperasan je yang langkah dah melaju. Alamak, kalau betul budak tu ambil tikus, nayalah saya... Dalam banyak-banyak benda, kenapa la tikus gak dia nak kasi. Kasila katak ke ular ke lipas ke cicak ke , saya tak heran.. Tapi kalau tikus ngan cacing, aiii memang saya phobia!! Wa!!!

Ingatkan dah jauh tu, budak-budak tu lepaskan kami. Rupanya dia kejar.. Pastu dia tunjuk kami seekor tikus besar hitam yang dia tangkap. Yuck!!! Nasib baik saya tak sempat tengok, sebab saya berjalan belah kanan. Umi yang kat sebelah kiri la yang kena tunjuk. Sebab terkejut punya pasal, habis kami termarah budak tu "Haram alaik!!!" Nama je marah tapi suara perlahan je... Huhu

Sebenarnya dalam termarah tu, terketar jugak.. Tapi lepas tu lega gakla sebab budak tu terdiam bila kami marah dia, pastu dia blah. Cumanya dia masih gelak-gelak ngan kawan-kawan dia. Isy, kurang asam punya budak!

Siap! Maka, hari ni catat rekod tiga kali kena kacau. Wah, tensen!tensen!! Spoil mood betul la... Pangkah kang budak-budak arab baru tahu.. Dah la kena kacau tak habis-habis semalam, bila cerita kat orang, kena marah pula sebab saya tahan je kena kacau. Eh, bukan marah tapi tegur.. Maka kalau saya tak tahan, saya nak buat apa? Nak katok budak-budak tu? Buang masa je la.... Baik saya cepat-cepat pergi dan buat kerja yang saya suka. Sekurang-kurangnya takde lah dalam hati ni kerja marah-marah je. Naik darah tinggi karang siapa susah??

Tiba-tiba teringat kat sorang pakcik kat balad dulu.. Kalau kami kena kacau depan dia, memang si pengacau tu cari nahas la.. Depan kami juga pakcik tu jerkah diaorang. Tak kiralah remaja arab ke budak kecik arab ke semua kena...Haha... Pakcik Hero, saya rindu kamu!! Meh la tolong basuh budak-budak ni. Tak ada kesedaran sivik langsung! Hai la budak, asal la tak matured sangat... X_X

Nampaknya kali ni saya terconteng blog ni dengan suasana geram yang merimaskan lagi. Maaf kalau yang membaca sakit hati juga. Sesungguhla semua ini adalah adat di tempat orang. Jadi janganlah risau. Kami sakit hati kejap je. Esok lusa dah okay balik.. Hehe.. Sekian terima kasih..

p/s: Lupa pula nak cakap kenapa kami marah dipanggil sinni dan ali baba. Sebenarnya itu gelaran untuk pekerja-pekerja tak senonoh yang buat kegiatan tak bermoral kat sini. Kebanyakkannya ramai cina. Jadi bila kita pun dipanggil macam tu, faham-faham la yer apa maksudnya. Sangat pelik kenapa budak-budak pun macam pandai bab-bab nih.. Diaorang dah didedahkan ke perkara ni sejak kecil? Astagfirullah... Minta-mintak dijauhkan umat islam dari perkara macam tu..

13 comments

Write comments
November 20, 2008 at 10:57 PM delete

saya rasa muka chinul ni chinese look kot.. apa kata anda?

Reply
avatar
November 20, 2008 at 11:05 PM delete

criticalthinker:

haha~ teori yang sangat salah! Muka saya pure melayu la... takde muka cina langsung..

Sebenarnya di jordan ni, cina terkenal dengan trade mark pekerja tak kerja tak senonoh.. Faham-faham la yer kerja apa.. Jadi, yang muka-muka asia semua kena ejek sebagai cina. Maknanya lebih kurang mereka anggap kita sama macam pekerja cina yang macam tu la..

lagi satu, selain dari gelaran sinni, ada lagi satu gelaran utk pekerjaan tu iaitu Ali Baba.. Same meaning.. So, sebab tu bila kita kena ejek macam tu, cepat sangat marah.. Sebab terasa maruah direndahkan.. ada faham?

Reply
avatar
November 21, 2008 at 12:49 AM delete

ya allah!.. kesian awak ainul. adat bertandang negara org kena mengalah. tp sesekali nk kena juga jerkah sikit2.

kalimat "haram" tu mmg power utk org arab. dlm buas tu tau takut juga neraka diaorg tuh. hehe

dulu masa aku umrah, kalau ada peniaga cuba2 nk tipu, aku sebut je 'haram'. kelam kabut dia.. hihi

Reply
avatar
November 21, 2008 at 2:49 AM delete

oo camtu cerite nyer.. sorii salah faham.. :|

Reply
avatar
November 21, 2008 at 3:11 AM delete

cikgu jawa:
itulah cikgu. pening saya dengan budak-budak nih.. Nak melawan kang cam buang masa je layan budak-budak nih. Sudahnya buat dono je la.. Huhu.. Memang perkataan tu cam berguna sket, dia selalunya ingat kita tak tahu. Tapi bila kita tunjuk kita tahu, barulah diaorang tak brani kacau..=)

Criticalthinker:
takpe2... silap saya gak sebab lupa nak terang.. =)

Reply
avatar
chmod
AUTHOR
November 21, 2008 at 4:55 AM delete

alamak!!! sungguh meleset tanggapan saya terhadap org arab nie..bukan ke awk pakai tudung?takkan dia org tak tahu awk pun org islam?huh!! betol lain kali awk bg name awk aishah ke khadijah ke..heheh..

Reply
avatar
November 21, 2008 at 5:37 AM delete

chmod:
eh, eh chmod.. tak semua la orang arab macam tu. sesetengah je yang perangai teruk. Yang lain okay jer.. ^_^ Memang saya bertudung tapi entahlah. Diaorang ni saja je kot nak mengusik. Tak paham juga saya....

Reply
avatar
frenzy
AUTHOR
November 21, 2008 at 6:15 AM delete

elo!
wah, boleh thn gak ko ni klu bengang ek.
haha.
jgn mare ha.

ceit.
muke melayu dgn muke sinni pn tareti beze ke?
huh.
sabau je.

Reply
avatar
November 21, 2008 at 8:35 AM delete

arina:

kira okla tu aku tak marah kat luar. Paling-paling bebel dalam hati jer. Aliaa dengar pun dia lagi hot lebih dari aku tau. Siap nak mencari lagi mamat mana yang kurang asam tu.. Haha~ Sayang alia!!
Arina, agaknya itula ko kena ajar diaorang beza muka cina dan melayu.. tak reti lagi tu..

Reply
avatar
ABU LUQMAN
AUTHOR
November 23, 2008 at 6:38 AM delete

السـَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ

Sedih juga membaca kisah yang Ukhtie alami- apa nak di kato- kitani kan Ghuraba' (oarang yang asing ). Entah macam mana mereka boleh label orang2 selain arab dgn kalimah "Sinni" Pada saya mereka tidak bermaksud mengejek @ menghina kerana saya berkawan ramai kawan arab saya tahu intonasi suara mereka samada mengejek ataupun sebaliknya. Kalimah Sinni lebih popular dikalangan mereka mungkin kerana ada hadith menyebut supaya menuntut ilmu sampai kat cina kot

Reply
avatar
matadore
AUTHOR
November 30, 2008 at 6:08 PM delete

hehe
hari yg pnuh dgaan
"Allah mmberi kite dugaan utk mnjdkn kte org yg lbh hebt"

=D

Reply
avatar
saifuddin
AUTHOR
December 6, 2008 at 9:38 PM delete

1. Sebagai seorang bakal dukturah, sila-silalah belajar skil memekakkan telinga.

2. Pepatah arab la kot, manusia itu memusuhi perkara yang dijahilinya. Dorang tidak didedahkan dengan dunia luar, atau peribahasanya katak di bawah balang, so tak leh la nak marah-marah. Malaysia pun tak tau, apatah lagi nak ihtiram.

3. Wakaka padan muka...

Reply
avatar
December 7, 2008 at 1:57 PM delete

abu luqman:
abu luqman, saya tak bermaksud nak suuz-zon pada mereka. Tapi memang itu hakikatnya sekarang. Saya juga tahu beza pandangan dan ketawa mengejek atau sekadar berkata-kata. Kalau tak percaya, datanglah sini dan lihat sendiri..

farah:
insyallah. moga-moga kata-kata kamu tu betul..

senior saifudin:
1. Dah praktis dah. Kalau takde skill memekak telinga tu,dah lama diaorang jadi syawarma..

2. Tau.. tapi kadang-kadang sabar tu ada time dia nipis, ada time dia tebal. Hari ni dia nipis terlampau kalah bawang. Makanya, jdilah begini

3.ada orang nak kena baling senduk nih!

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *