Azan Dalam Taman

Salam..

Tadi petang, saya pergi Syu-un Tolabah (tempat surat-menyurat universiti) untuk ambil isbat tolib (macam surat perakuan pelajar) bagi urusan tajdid iqamah (memperbaharui IC Jordan). Iqamah ni kena perbaharui setiap tahun. Bukan setakat ajnabi sahaja, warganegara pun kena perbaharui setiap tahun. Tetiba sayang Malaysia sebab tak menyusahkan orang nak perbaharui IC tiap-tiap tahun.. =)

Yang saya nak timbulkan di sini ialah tentang azan yang saya dengar tadi. Di universiti, masjidnya ada satu je. Kadang-kadang bangunan yang terlampau jauh, memang tak dengar la azan. Waktu saya datang tadi dah nak masuk waktu zuhur. Bangunan ini jauh juga dari masjid.

Nak ke tempat tu, kami lalu taman dalam bangunan Handasah (kejuruteraan). Tiba-tiba tengah lalu tu, terdengar bunyi azan yang sangat jelas dan dekat. Eh, azan mana nih? Tercari-cari juga lah.. Manalah tahu kot-kot bunyi telefon bimbit orang arab ke..

Rupa-rupanya tak jauh dari kami tu, ada sorang lelaki Arab tengah berdiri atas bangku batu taman dan sedang azan. Owh, ada bilal rupanya di sini. Umurnya mungkin dalam sekitar 20-an. Keliling dia ramai orang arab berkumpul. Lepas habis azan, diaorang berdoa ramai-ramai. Kawan-kawan dia barangkali.

Saya dan rakan-rakan macam teruja sikit tengok dia azan. Yelah, jarangkan orang azan sekuat mungkin tengah-tengah taman? Selalunya kalau masuk waktu tapi tak dengar azan pun, orang solat je terus kat mana-mana. Rupanya masih ada yang prihatin dengan benda ni.

Tadi ikut hati nak ambil je gambar bilal tadi. Tadi tak sempat sebab azan dah habis. Huhu.. Nak ambil dekat-dekat, saya segan. So, saya ambil gambar tempat kejadian je la yer.. (^_^)Y



Tiba-tiba terfikir, agak-agak di Malaysia ada tak orang yang sukacita nak azan kuat-kuat di taman yang tiada masjid? Ish, kat Jordan pun baru pertama kali ni nampak. Apatah lagi di Malaysia. Tapi kalau ada, alangkah bersyukurnya...

4 comments

Sarah Mohd Shukor | November 19, 2008 at 2:15 PM

menariknya sapa yg memulakan tu. moga2 dia jd pembuka jln utk azan2 yg seterusnya.

wkt sekolah rendah dulu, klu kena buat karangan bahasa arab (ks kan islamic private school), mesti ada ayat camni: usrati kabiratun. ismu abi Mohd Shukor wa ummi ismuha Noor Azimah. abi muhandisun wa ummi mu'allimatun.

huhu. tipikal betul. bila baca kamu tulis handasah kat dlm entri ni, terimbau dulu =)

Ainul Arina Madhiah | November 19, 2008 at 7:56 PM

ks:

amin... haha.. tu ayat zaman sekolah dulu-dulu.. tapi still je pakai sekarang cuma sekarang dah banyak perkataan arab yang dipendek sependek yang boleh.. vocab pun banyak dah tukar.. hehe, bahasa pasar la katakan..

Abu Basyir | November 20, 2008 at 10:43 AM

السـَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ
Bagi masyarakat Jordan azan di tempat lapang seperti ini adalah perkara biasa. Cuma kita je yang rasa janggal.

Ainul Arina Madhiah | November 20, 2008 at 8:59 PM

abu luqman:
wa'alaikumsalam.. betul juga.. tapi yang azan ni saya baru pertama kali jumpa.=)

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images