Ask, Search And Knock



ASK....Then you will be given,
SEARCH.....Then you will find,
KNOCK.... Then it will open.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apa yang kalian fikir???
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dulu saya pernah jadi orang yang takut tak bertempat. Takut sangat-sangat. Takut nak tanya. Takut nak kasi cadangan. Takut nak itu. Takut nak ini. Semuanya serba takut. Kenapa saya takut? Saya takut orang fikir saya begini. Saya takut orang fikir saya begitu. Kadang-kadang takut sebab takut orang tu marah.

Jadi kadang-kadang saya suka main pas-pas pada orang. Lepas tu suatu hari tu saya ada pas sesuatu pada seseorang untuk diberitahu pada sorang cikgu ni. Sebab saya takut nanti cikgu tu tak terima cadangan dan permintaan saya. Kawan saya tu pun pergi la beritahu cikgu tu. Kemudian dia balik pada saya dengan bawa suatu hadiah. Tapi dia kata itu hadiah dia dan bukan hadiah saya sebab dia yang pergi minta. Dengan muka selamba dia kata "siapa minta, dia la yang dapat".

Saya terdiam. Saya nak juga. Tapi saya tak berani minta. Cikgu tu siap pesan pada kawan saya untuk hebah-hebah "siapa yang minta sendiri, dia sendiri dapat". Okay, itu memang dah tutup jalan biasa saya. Nak tak nak, saya terpaksa minta sendiri pada cikgu tu. Takutnya bukan kepalang. Takut kena marah dan takut tak dapat.

Tak mula apa-apa lagi, cikgu dah tanya nak apa dengan nada yang serius yang amat. Habis terbang segala sisa-sisa berani saya. Bila saya minta, cikgu diam. Saya rasa gelisah. Cikgu ni tak nak kasi saya ke? Hurm..tak nak la tu. Takpelah, bukan rezeki saya.Baru nak keluar, cikgu panggil balik.

Cikgu tanya 'kenapa saya tak suka guna diri sendiri?' Eh, mana cikgu tahu? Owh, rupanya cikgu suka perhati anak murid dia. Habislah saya kena menjawab.. Tapi saya banyak diam sahaja. Kata cikgu orang yang begini nanti hidupnya susah. Asyik bergantung sahaja.

Cikgu kata lagi Allah kasi tulang empat kerat dan akal upaya untuk buat kerja diri sendiri secara sendiri. Kalau susah sangat baru mintak tolong orang. Kenapa mesti takut dan malu? Sikap saya ni macam setakat duduk senang lenang sambil tunggu mukjizat datang. Tak pernah dalam sejarah kita duduk senyap-senyap, panggil saja semua datang. Dunia Harry Potter tu lain cerita la.

Kita kena usaha. Kita kena cuba. Kita kena ikhtiar. Tiada benda tiada penyelesaian. Semuanya ada cuma kena cari mana. Kalau gagal lepas usaha, itu maknanya masih ada yang boleh diperbaiki. Tapi kalau gagal tanpa usaha, itu memang jodoh namanya.

Saya diam saja dengar cikgu cakap. ~Baik cikgu~ Saya jawab lepas tu saya pergi. Saya sempat dengar cikgu kata cikgu doakan saya berjaya ubah perangai saya. Mata saya bergenang. Agaknya cikgu tahu kot susah sangat saya nak ubah cara saya ni. Saya memang penakut.

Balik rumah, saya fikir balik sendiri sorang-sorang. Saya cuba hadam semua makna tersurat tersirat yang cikgu kasi. Pastu, saya terfikir agaknya saya ni menyusahkan orang kot. Tapi nak buat macam mana? Memang saya dah macam ni...

Tiba-tiba kan saya terpandang satu kertas depan saya. Di kertas tu ada tulis ayat Quran yang berbunyi " Allah takkan ubah nasib satu kaum melainkan mereka sendiri ubah nasib mereka"

Buk! Adoi! kenapa terasa macam kepala saya kena baling batu bila baca ayat tu? Macam nak perli saya je. Baiklah, saya ngaku saya saja cari alasan sebab saya tak mahu berubah. Saya yang malas nak ubah diri saya.Huhu...

Baiklah, Saya tak mahu lagi jadi malu dan takut! Saya tak mahu lagi jadi segan. Saya mahu cuba sedaya upaya. Saya mahu cari jalan saya sendiri. Saya mahu rasa puas atas apa yang saya buat. Terima kasih sebab tegur saya~

Cikgu kata usaha tu banyak. Cari itu usaha, minta juga usaha, ketuk pintu juga usaha. Kalau tak usaha ketuk pintu, mana orang dalam tahu orang luar nak masuk jumpa. Banyak benda boleh jadi usaha. Tapi semua mula dari diri kita juga. Maka, silalah berusaha~

Itu zaman dulu-dulu. Sekarang saya tak macam tu dah. Kadang-kadang saja! Tapi saya akan tetap berusaha! (^_^)y Oh ya, lupa... Kalau kalian dah berusaha sedaya boleh, jangan lupa juga usaha untuk Yang Esa. Dia itu Hebat~ Insyallah, dia mesti kasi kalau kalian minta. Rapat-rapatlah dengan Dia. Jangan segan-segan. Dia sayang semua.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota ringkas:

Dengan penuh pengharapan, saya pohon kalian semua doakanlah sorang kakak senior saya di sini.. Sekarang dia tengah sakit teruk di hospital. Saya sayang dia. Kami semua sayang dia. Tolonglah doakan untuk dia. Minta dia cepat sembuh dan kuat lawan penyakit dia. Mana tahu ada dikalangan anda yang doanya lebih makbul dari saya.. Doakanlah dia ya. Selamat kakak dari sebarang bahaya Ya Allah... Amin ya rabbal 'alamin...

6 comments

chmod | November 12, 2008 at 4:45 AM

salam...
usaha tangga kejayaan..tanpa usaha takkan dapat apa2. event nak minum air pun kita kena usaha. bangun dan ambik air and lastly baru dapat minum..semuanya usaha.. didoakan supaya kakak senior awk cepat2 sembuh.. insyaallah...

CritiCalThinKer | November 12, 2008 at 5:05 AM

betul tu chmod.. saya setuju.. *doa untuk kemudahan dia dan kamu

Fathiyyah | November 12, 2008 at 6:00 AM

ainul,sy kenal kak huda tu..die ex kisas bukan?
baru tahu kak huda sakit..tolong updet kan keadaan kak huda yaa..

Ainul Arina Madhiah | November 12, 2008 at 6:22 AM

chmod:
wa'alaikumsalam... tak tau nk cakap apa~ betul lah semua tu~ terima kasih atas doa

criticalthinker:
thanks juga atas doa kamu~

fathiyyah:
yup, mmg dia ex kisas pun.. insyallah, nnti apa2 hal kalau sempat ainul kasitau

Sarah Mohd Shukor | November 12, 2008 at 9:28 AM

ainul, terima kasih ye kongsikan ni. ks ada belajar sesuatu. erm, boleh dipraktikkan utk mendapatkan seseorg tak? hehe. tak mintak, tak dpt la org tu. tak cari, tak jumpa la seseorg tu. n kalau tak diketuk pintu hatinya, tak terbukalah ia kan. hihi. lari sorok muka la. btw, ks suka entry ni.

erm. ks kenal nabilah huda. sampaikan salam ks pd dia.

Ainul Arina Madhiah | November 12, 2008 at 9:45 AM

ks:

erk, ke situ pulak dia... hehe, lawaklah ks nih! =P tapikan ks, rasanya cam boleh kot.. haha~ nak lari sorok muka gak... (y_0)Y

kasih diterima, dear! hehe.. idea timbul bila tngok citer jepun. tu atas tu dia punya film trademark la.. so, sy pun nak berterima kasihla pada pengarah filem tu sebab buat filem macam tu. arigato pengarah-sama..!

insyallah~

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images