Aku helang tua?

Assalamualaikum...

Untuk berubah sesuatu yang sukar diubah, perlukah genetik dipersalahkan? Tolak tepi sudut ciptaan Allah yang sudah cukup lengkap. Yang mahu disentuh disinilah hanyalah dari sudut sifat dan perilaku. Personaliti dan jati diri. Cukupkah sekadar wajar mempersalahkan takdir atas sikap yang terbentuk dalam diri kita?

Sedang saya enak mengulit buku-buku genetik sekarang, tiba-tiba terngiang satu kata-kata yang cukup saya hafal ketika di sekolah dulu. Satu alasan yang cukup popular untuk membela diri sewaktu ditegur sesiapa. Nak tahu apa ayatnya?

"Nak buat macam mana, dah aku ditakdirkan berperangai macam ni. Nak tak nak kenalah terima.."

Ah, mudah sungguh mengatur kata kan? Tidak dinafi, saya juga pernah menggunakan ayat yang sama dahulu. Tapi sayang, ayat ini terus dibakulsampahkan bila ada rakan hadir memangkah hujah dengan ayat Quran yang cukup sinis.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu selagi mana mereka tidak mengubah nasib mereka sendiri.." (13:11)

Ya! Memang benar! Nasib takkan terubah selagi mana tiada siapa mahu merubahnya. Sedangkan peluang sudah terbuka luas , pilihan sudah ditangan. Tinggal pilih dan buat. Itu sahaja. Kalau setakat mahu melukut menanti tengok apa nak jadi, sudahnya sampai ke kucing bertanduk kita takkan dapat apa yang kita mahu. Yang bulat tetap bulat, yang pipih tetap pipih. Kekal ke sudah.

Bukan ini konsep qada' dan qadar yang kita mahu. Hanya menunggu dan terus menunggu. Salah namanya tu. Sekalipun Allah telah menentukan takdir untuk makhluknya, kita masih ada konsep doa, ikhtiar, usaha juga tawakal. Maka itu membuktikan bahawa kita masih mampu mempengaruhi masa depan kita.

Tanpa usaha-usaha ini, samalah maknanya kita berputus asa sedangkan dalam islam, di saat-saat paling getir pun masih ada satu konsep yang sangat bermakna di penghujung pengharapan iaitu tadarru' (pergantungan pada Allah sewaktu tiada langsung dah pertolongan). Contohnya waktu terhanyut sorang-sorang di tengah lautan. Dah tawakkal semua tak jadi apa, maka saat itu orang tersebut hanya mampu bertadarru'. Itu pun dah cukup sangat bermakna di sisi Allah berbanding putus asa dan terus mahu mengucapkan 'bye,bye' kepada semua jalan yang ada.

Dari konteks sikap, rasanya sangat tidak adil kalau mahu sekadar mempersalahkan takdir dan persekitaran. Andai dalam diri sendiri ada anjakan paradigma, yang diimpi pasti tercapai dengan izin Allah yang esa. Optimis itu perlu. Jangan terlalu menumpu pada masa depan yang negatif. Sekali satu pintu peluang tertutup, masih ada banyak lagi pintu-pintu baru yang bakal terbuka. Cumanya kamu perlu buka mata dan pandang sekeliling dengan sepenuhnya! Pasti ada..

Kali ini saya tertarik pada si helang. Helang yang tua tapi masih optimis pada dunia. Kata orang, bila helang tua, dia akan terbang ke puncak gunung batu dan bertapa sementara di sana. Dia bukan pencen terus. Tapi dia mengambil masa untuk kembali bertenaga. Waktu itu, dia akan mengasah kembali kuku biar tajam, dan mencabut paruh lama agar tumbuh paruh baru yang lebih kuat dan hebat. Bila semua kembali normal, baru dia turun kembali meneruskan hidup.Ish, pedih tu... Tapi hebat kan helang? Tak mudah putus asa walaupun sudah tua. Sanggup tempuh sakit untuk kembali bangkit. Hurm, saya mahu jadi helang. Kamu tak nak ke??

Akhir kalam, kita punya akal, iman dan upaya. Cantumkan semua jadi satu. Guna segala pilihan yang ada dan maksimumkan peluang yang diberi. Paling penting, cubalah untuk tidak menyalahkan mana-mana. Lebih baik semua sama membantu cari jalan yang perlu dituju. Optimis itu penting. Jadilah helang agama di saat ramai memilih untuk lebih menjadi batu yang terus kaku. Sekian~

p/s: Skemanya ayat kali ni. Maaf. Kepala pening sebab komputer diserang spyware, hidup padat disendat amanat, exam datang bertubi, si tenang entah mana dia lari.. Cobaaannnn... (doakanlah semuanya dipermudahkan..)

10 comments

cikgu jawe | November 26, 2008 at 2:39 PM

kdg2 kita suka buat alasan yg tanpa kita sedar blh gugat akidah kita. kdg2 ada unsur jabbariyyah dn qadariyyah.

tenang2 aje ainul. hadapi satu persatu. :)

ainul tu bunyi jawa. :)

Ainul Arina Madhiah | November 26, 2008 at 2:53 PM

cikgu jawe:

yer betul. itulah, mulut perlu ditapis sebelum keluarkan ayat. fikir dulu sebelum cakap, baru selamat jiwa raga kan cikgu?

terima kasih.. insyallah ^_^

erk, haha~ lawakla cikgu.. ada makna ke dalam bahasa jawa? kalau radin tu lain la... (sori radin kalau tersedak!hehe..)

silversarina | November 26, 2008 at 3:34 PM

Orang yang tak nak mengaku kelemahan diri sendiri yang selalu salahkan takdir sedangkan kita manusia , mana mungkin kita tahu takdir kita , semuanya di tangan Yang Maha Esa.

Selamat berexam , InsyaAllah lulus semua.

chmod | November 26, 2008 at 6:40 PM

wowwww!!! saya suka entry nie..sungguh!! makan dalam setiap perkataan yg awk coretkan disini..ayat yg digunakan pun
sungguh tepat..setip yang awk cakapkan semua ada betulnya...mane taknya. setiap yang kita harapkan@impikan takkan datang secara
bergolek..malah kita kena usaha sendiri. kalau tak da usaha nak ubah maka kita akan ditakuk yang lame juga... sungguh inspire entry nie..

ahmad | November 26, 2008 at 8:29 PM

yup.. berubah.. sentiasa berubah.. berubah dan berubah..

SangPelangi | November 26, 2008 at 10:41 PM

Teruja. Aku tak tahu kehidupan helang tua seperti itu. Mungkin kau duduk perhati helang tua dengan sangat teliti.

Haha. Ainul itu memang berbunyi jawa. Baru perasan. ;>

akak | November 27, 2008 at 7:42 AM

'anjakan paradigma & minda' ..perkataan yg akak selalu dengar minggu nie. Dah 2-3 org jugak yg akak jumpa asyik sebut perkataan nie..Malam nie akak baca kat blog Ainul pulak.:)

Tapi entri Ainul malam nie sangat memberi 'sesuatu' kat akak..hehe..terima kasih.

Study molek-molek..cari balik si tenang tu..tak jauh dia lari tu..kat situ-situ jugak.:D. All the best!

NaiLoFaR | November 27, 2008 at 8:51 AM

hari ini saya belajar kisah helang tua.. :)

"Tapi dia mengambil masa untuk kembali bertenaga"..teringat pulak kepada ungkapan "mari duduk sesaat untuk beriman"

all da best ya! moga ketenangan itu datang kembali.. ameen.. ^_~

Ainul Arina Madhiah | November 27, 2008 at 2:26 PM

auntie sarina:
haah.. betul tu.. Kadang-kadang kita ni pandai-pandai je bajet sendiri takdir jadi apa, sedangkan mungkin takdir sebenarnya berbeza.. Hurm, kena intabeh banyak-banyak nih..

chmod:
=) baguslah chmod. semoga kita sama-sama dapat ambil pengajaran. Sebenarnya ni lebih pada nak mengingatkan diri sendiri. Tapi macam biasa la.. Alang-alang peringat diri, peringat sekali orang kanan kiri..

ahmad:
kalau sendiri mahu, tentu boleh! kan?

Ainul Arina Madhiah | November 27, 2008 at 2:32 PM

Sang Pelangi:
haha~ Kamu buat saya terfikir mahu membela helang sebagai binatang peliharaan.. ^_^
Haish, ni sorang lagi geng cikgu jawe. Orang kedua kata nama saya jawa.. Tak pernah dengar pun sebelum ni.. Kasi sikit contoh nama jawa ala-ala macam nama saya..=p

akak:
ha, nampaknya ada isyarat untuk akak la tu... hehe~ owh, akak nampak rupanya mana tenang saya hilang. Nanti saya babab dia pulang. Mengada nih lari-lari..

Nuha:
Jom sama-sama belajar dari pakcik helang yang cool. ^_^ Aminn untuk doa kamu Nuha.. Syukran..

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images