Tamsil Sekuntum Sakura



Sakura~

Indah kan bunga ini? Kalau bagi orang lain bunga mawar jadi pujaan hati, bagi saya pula Sakura adalah ratu di taman sanubari. Saya cukup tertarik dengan kelembutan yang ada pada pohon sakura. Nampak begitu cantik dan mendamaikan. Terbayang-bayang alangkah indahnya kalau boleh melancong ke Jepun ketika musim bunga untuk berada di bawah pohon sakura. Sayang di Jepun tiada bidang perubatan yang diakui negara, kalau tidak mesti sudah lama saya memilih ke sana.. (ops, Ainul... Sila bersyukur!)

Alhamdulillah, di Jordan saya berkesempatan akhirnya bertemu pohon sakura. Walaupun bukan bertemu dengannya di Jepun seperti yang diimpi, sekurang-kurangnya saya masih boleh berjumpa dengan pohon impian ini di waktu bunganya rimbun subur di dahan. Subhanallah, cantiknya tak terkira!

Mula tertarik dengan bunga ini saat saya mula menguliti cerita-cerita jepun yang mana latarnya banyak berkisar di bawah pohon sakura. Bila sakura bersemi, adatnya masyarakat Jepun akan meraikan upacara “Hanami” dengan datang berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan di bawah rimbunan bunga sakura yang berterbangan. Satu tradisi yang cukup menarik untuk di adaptasi. (cumanya jangan diadaptasi sama dengan minuman sake yang memabukkan itu!) Terasa seakan sakura membawa kepada pengukuhan ukhwah yang sangat erat! Teringinnya saya merasa suasana berada di taman sakura. Disini pohon sakura hanya tumbuh sebatang dua di jalanan dan di tepi-tepi rumah.Bagaimana mahu berkelah di bawahnya sedang bila sakura gugur habis semua terbang ke tempat lain.. ^_^


Uniknya sakura kerana ia punya falsafah tersendiri bagi masyarakat jepun. Yang paling terkenal adalah sakura jenis Somei Yoshino yang indah bertaburan warna lembut. Bunga ini menjadi tamsil pada kemurnian dan kesederhanaan hidup.

Malah ia juga turut dikagumi kerana umurnya yang singkat. Mengapa? Kerana sakura hidup dengan menjelma sebagai bunga yang paling indah sewaktu hidupnya. Seakan mahu memberitahu pada manusia 'Jadilah yang terbaik di saat kamu punya masa'.. Sakura luruh bukan di saat sudah tua atau layu. Luruhnya adalah waktu ia masih cantik dan indah menjadikan alam turun dihiasi panorama yang sangat mengasyikkan. Macam terngiang-ngiang pula suara sakura 'Erti hidup ini adalah untuk memberi walaupun di saat kita hampir mati'. Sakura yang gugur tidak hanya gugur untuk mati tapi turut mencantikkan dunia kita. Satu pengajaran yang indah kan?

Wah, nampaknya minat saya pada sakura makin membuak jadinya. Kalau dulu Sakura jadi inspirasi saya mendalami khazanah Jepun, kini Sakura makin besar fungsinya..Bunga indah ini bukan lagi sekadar penyejuk mata tapi turut hadir sebagai satu kalam Allah buat saya teladani. Malah bila saya melihat pepohon sakura, pasti akan turun ilham yang menjengah minda.. Betapa indahnya jadi sakura.. Lihatlah betapa saya mula berfalsafah bila sakura menjelma di depan mata.. ^_^ Kawaiii...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nota: オハイオ、アッラー!あなたのパスにしてください..メインガイド

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

11 comments

CritiCalThinKer | October 29, 2008 at 3:51 PM

ala kak.. tamsil tu ape? kawai?

Ainul Arina | October 29, 2008 at 4:21 PM

crtical thinker:

tamsil tu maknanya 'perumpamaan'. ini bahasa melayu la..
kawaii tu pulak maknanya comelnyerr ---> mrujuk pada sakura.. ^_^

CritiCalThinKer | October 29, 2008 at 5:30 PM

tamsil sakura denagan diri ini.. amat seswaaaii.. kawaii!

btol x penggunaan nyer tuh? AHAHAHA

Ainul Arina | October 29, 2008 at 5:36 PM

erk, boleh la kot.. ya, saya perlu jadi macam sakura! ^_^

ABU LUQMAN | October 29, 2008 at 9:54 PM

Oh begitu , kawai dalam bahasa mealaysia bermaksud comel. Dalam bahasa arab lah dipanggil "jamil" adapun dalam bahasa Burma LAK ianya disebut "SYUNDOR". DAN JANGAN LUPA mengunjungi IBNUWALID BLOGSPOT.COM hari ini juga

Ainul Arina | October 29, 2008 at 10:01 PM

abu luqman:

insyallahh... ^_^

Sarah Mohd Shukor | October 30, 2008 at 1:15 PM

salam ainul.

fuh. tak sangka ye kat sana ada sakura. ks belajar sesuatu drpd entri ni =)

Sarah Mohd Shukor | October 30, 2008 at 1:16 PM

lg 1, selama ni ks ingat kawai tu mcm 'sakan'. hoho. salah paham rupanya ye =p

Ainul Arina | October 31, 2008 at 2:21 AM

ks:

wa'laikumsalam...
ha,itulah.. ainul pun tak sangka sebenarnya di sini ada sakura (cherry blossom)... ambillah mana2 yg baik disini ks.. mmg utk dikongsi-kongsi pun =) sakan? owh, hehe.. takpe2, skrg dah tahu dah kira oraitla kan.. (^_^)Y

akak | October 31, 2008 at 9:39 AM

menarik sungguh apa yang ade di sebalik 'sakura' nie. Seindah bunganya. Teringin jugak nak tengok bunga sakura nie tambah best lagi kalau boleh duduk berehat kat bawah pokok dia.. Mimpi je la nampaknya..tak sampainye ke Jepun tu. :(

Ainul Arina Madhiah | October 31, 2008 at 11:46 AM

akak:

ala akak, janganlah ngaku kalah dulu.. impian tu biar dipasang, manalah tahu tiba-tiba dapat rezeki pegi sana.. dapatlah nnti jumpa bunga sakura.. ^_^ ameen....

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images