Tamparan Kasih Guru

Salam...

Tiga minggu lepas, kami punya lecturer Genetik sudah bertukar. Kalau dulu kami di ajar Dr. Nusier, kali ni tempatnya diganti dengan Dr. Suhaila pula. Orang bijak dan fasih berbahasa Inggeris. Telah menjadi antara doktor yang paling disukai budak-budak Melayu kerana Inggerisnya yang sangat terang dan senang faham. Ada kisah tentang dia yang ingin saya kongsi bersama

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kisah Satu : TANGGUNGJAWAB


Kawan saya Nabilah pergi berjumpa dengan Dr Suhaila di luar kelas sebab nak minta penerangan lebih tentang satu konsep genetik. Habis belajar, dia ambil kesempatan mahu beramah mesra sekejap dengan Dr Suhaila.

Nabilah: Dr, kenapa kamu ambil bidang genetik?

Dr Suhaila: Sebab bidang ini adalah bidang yang berkembang dan umat perlukan seseorang yang boleh meletakkan satu sempadan kepada bidang ini supaya ia tidak disalahgunakan oleh orang yang bertanggungjawab. Dan saya mahu jadi antara orang yang membantu umat Islam.

Urgh, terdiam kawan... Jawapan paling bertanggungjawab pernah dia dengar bila diasak dengan perkataan 'Kenapa'. Terus dia terfikir, berapa ramai di anatara kita yang berfikiran sedemikian ya?

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kisah Dua : KEYAKINAN

Kami sedang di ajar tentang extron dan intron iaitu satu konsep dimana terdapat DNA-DNA tidak berguna yang akan dibuang apabila jalinan DNA diperiksa. Sedang khusyuk kami mendengar penerangan tentang konsep ini, tetiba Dr Suhaila terdiam seketika. Kemudian dia bersuara lagi.

Dr Suhaila: Ini satu penipuan. Sebenarnya semua yang Allah ciptakan ada fungsinya. Saya langsung tidak percaya bahawa DNA yang kononnya tiada guna ini langsung tidak ada fungsi. Kalau tak, mengapa Allah ciptakan dia? Baiklah, saya hendak kamu semua ambil fakta ini sekadar untuk skema jawapan buku dan bukannya satu kebenaran.

Owh, selagi lagi kami terdiam. Benar, mustahil juga setiap yang Allah cipta tiada fungsi. Mungkin kebenaran masih terselindung dari pengetahuan kita. Wallahualam...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kisah Tiga: HORMATI GURU

Baru-baru ini kami ada peperiksaan di waktu kelas, maka ada sesetengah di antara kami yang tidak hadir kelas Dr Suhaila. Esoknya..

Dr Suhaila: Siapa yang tidak hadir kelmarin adalah orang yang biadap. Biadap pada saya dan biadap pada ilmu. Sepatutnya kamu beritahu dulu saya bahawa kamu tidak dapat datang ke kelas kerana ada peperiksaan. Kalau tak dapat jumpa, lekat saja kertas kecil di muka pintu bilik saya. Saya boleh consider keadaan kamu. Tak sepatutnya kamu biar guru yang ajar kamu tertunggu-tunggu kamu. Saya tidak pernah buat sikap sedemikian pada guru saya sepanjang saya hidup. Itu sikap yang biadap!

Terdiam semua orang tak kira melayu, arab atau bangsa lainnya. Ya, saya kira memang itu sesuatu yang benar. Pasti Dr Suhaila sangat marah semalam. Teringat pula Dr Yahya yang mengajar saya kimia tahun lepas. Sewaktu kami pelajar Malaysia tidak dapat hadir ke kelasnya, kami sepakat selit nota bawah pintu macam cerita P.Ramlee sebab Dr tiada waktu itu. Sudahnya, esok Dr canang habis di kelas bahawa dia sangat menghargai cara kami kerana dia terasa bahawa dirinya sangat dititikberatkan ketika itu. Salah kami juga kelmarin, mungkin tergesa-gesa barangkali sampai lupa beritahu Dr Suhaila.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kesimpulannya, masuk kelas Dr Suhaila ini selalu sangat terasa ditampar-tampar pada hakikat sebuah kehidupan. Ya, kami selalu sahaja lalai dan leka. Nampaknya Dr Suhaila berusaha sedaya upaya untuk menjadikan dirinya muslim sebenar.

Aneh kerana Dr ini tidak bertudung. Dulu saya cuma diamkan. Tapi bila saya bersembang dengan Miss Yasmin iaitu instruktor Makmal Microb saya merangkap kakak kepada Dr Suhaila, baru saya sedar keluarga mereka ini semangat islamnya kuat cuma mereka punya sedikit masalah pada tudung. Masalah apa saya sendiri tidak tahu. Cumanya Miss Yasmin minta kami doakan mereka supaya dipermudahkan jalan dan dapat selesaikan masalah peribadi itu supaya mereka dapat bertudung. Hakikatnya mereka mahu bertudung tapi ada benda yang menghalang mereka pada perkara tersebut.

Sebagai murid, terharu bila guru minta kita doakan mereka. Terbalik ini! Tapi tak mengapalah. Saya doakan guru-guru saya ini sentiasa dibawah naungan rahmat Allah selalu. Ya Allah, ampunkanlah dosa guru-guruku.Bukakanlah pintu hati kami dan permudahkanlah jalan kami supaya kami dapat bersama-sama di dalam syurga-Mu kelak. Amin...

p/s: masih banyak pensyarah-pensyarah unik di Universiti ini. Kesemua mereka unik pada personaliti yang berbeza. Nanti saya kisahkan mereka di entry yang lain...

18 comments

ABU LUQMAN | October 30, 2008 at 8:28 AM

السلام عليكم

Di dalam AlQur'an Allah telah berfirman
ربنا ما خلقت هذا باطلا
" wahai tuhan kami tidak engkau jadikan semua ini sia sia " Jadi setiap apa yang Allah jadikan ada kegunaannya.
Adapun masalah doa, Nabi pernah berdoa " Ya Allah bukakanlah pintu hati dua Umar - yang dimaksudkan disini Umar AlKhattab dan Umar b Hisyam ( abu Jahal yang mana kedua duanya ketika itu dalam kekufuran. Akhirnya Allah membuka pintu hati Umar AlKhattab utk terima islam. mesej 1) boleh doakan org kafir agar masuk islam. 2)Nabi sendiri mendoakan orang yang lebih tua darinya yg seterusnya menjadi bapa mentua Baginda

Eric. | October 30, 2008 at 12:28 PM

speechless~

kagum.

may Allah bless them, amen.

umaralfateh | October 30, 2008 at 12:29 PM

terkesan di atas cerita begini.

sungguh, kamu punya seni yang orang lain tiada.

Teruskan menulis, moga Allah berikan kekuatan pada diri kamu menghadapi ujian, dan sentiasa menaungi kamu sehingga kamu kembali padaNya.

Ainul Arina | October 30, 2008 at 1:11 PM

abu luqman:

ya, betul2.. baru saya teringat kisah dua umar tu.. syukran...^_^

eric:

ameen... ^_^


umaralfateh:

terinspirasi juga dari entry terbaru kamu tu.. ^_^ teladan dalam kisah senang menarik hati bukan?

CritiCalThinKer | October 31, 2008 at 1:28 AM

chinul, ejaan kamu itu salah.. DAN bukan DNA.. ahaha..

Ainul Arina | October 31, 2008 at 2:11 AM

critical thinker:

ha?? apekah? tak pham la..
erk, mna kamu tau nma 'chinul' tu?

cikgu jawe | October 31, 2008 at 6:47 AM

waaa.. terkedu aku dgn ceita awk. moga2 mrk diberi hidayah dn kekuatan utk menutup aurat. :)

Ainul Arina Madhiah Bt Mohd Noor | October 31, 2008 at 7:35 AM

cikgu jawe:

saya sendiri pun terkedu gak jumpa dengan mereka... amin atas doa dari cikgu.. ^_^

Ibnurashidi | October 31, 2008 at 1:58 PM

salam ziarah ukhuwahfillah..

semoga Allah memberkati mu..

mungkin boleh exchange link?

Hilal Asyraf | October 31, 2008 at 2:03 PM

macam dr. thowalbeh saya...

Ainul Arina Madhiah | October 31, 2008 at 2:41 PM

ibnurasyid:

ahlin.. moga allah berkati kamu juga.. boleh jer.. sila..

hilal:
yup, saya dah baca entry dr thowalbeh tu.. memang lebih kurang. dua-dua membukakan mata kita..

CritiCalThinKer | October 31, 2008 at 4:32 PM

chinul.. chinul.. chinul.. ihihi bestnya panggil chinul..

Ainul Arina Madhiah | October 31, 2008 at 8:54 PM

critical thinker:

eii, ni mesti kamu ada terbaca comment sorang kawan saya haritu... adeh,*malu..* CT, shhh! =P

arina | November 1, 2008 at 8:59 AM

pergh.
asal aku mcm xdgr bbrp ayat yg Dr ckp ek.
huhu.
msti aku tgh berangan ni.
adeh.

semoge die dpt jayekan ape yg die niatkan.
amin. amin.

Ainul Arina Madhiah | November 2, 2008 at 7:49 AM

arina:

itulah... lain kali sila jangan berangan dalam kelas.. =P hehe..
amin juga...

nusaybah | November 9, 2008 at 9:11 AM

semua orang punya peluang yang sama utk merebut 'berkat' cikgu... Ya allah, berkatilah guru2 kami...

Anonymous | July 22, 2011 at 10:34 AM

Just keep making good posts.

Anonymous | January 7, 2012 at 6:50 PM

I suggest you to put facebook likes button.

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images