Soalan Paling Popular Sepanjang Jadi Junior

1:58 PM 21 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Sekarang sudah pukul 11 lebih. Kepala sudah tepu berisi nama-nama ubat yang pelbagai jenis. Ubat keluarga -lol, keluarga -mine, keluarga -phan semua berlumba-luma nak masuk duduk dalam kepala nih. Jadi sakit kepala pula saya. Ubat yang sepatutnya menyembuhkan hypertension macam dah tukar jadi stimulate hypertension pulak. Aduh...

So, malam ni sementara kasi otak relax sekejap, saya nak list senarai soalan yang saya dapat sepanjang jadi sanfurah tahun lepas. (Gara-gara tengok junior kena temramah dengan orang arab, terkenang pula kenangan kita sendiri.. ^_^)

1. Kamu ni Islam ke? ----> soalan yang agak pelik jugalah. Siap pakai tudung, baju aurat, jubah punya litup ni pun boleh tanya ke soalan tu?? Hurm, nampaknya pemakaian di sini tak menunjukkan sifat sangat mungkin. Tambah-tambah, di sini keterbukaannya agaklah terbuka. Pakaian kalah orang eropah up to date nya. Memang saya selalu konfius siapa yag islam siapa yang tidak. Baju? Ah, takleh masuk list pembezaan. Tudung? Kadang-kadang sahaja. Buktinya, saya pernah nampak perempuan arab bertudung tapi pakai salib. Apakah?? Pening2!!

2. Kamu baca quran dan solat guna bahasa apa? ---> Mungkin gara-gara sekularisme Turki, kami yang negara bukan arab pun diingatnya menggunakan cara yang sama. Solat dalam bahasa Melayu, Baca quran dalam bahasa melayu.. Hurm.. Maka, mulalah saya membuka kisah sejak zaman kecil-kecil duduk kami WAJIB baca quran dan solat dalam bahasa Arab. Oh ya, kalau nak tahu tak semua arab percayakan kata-kata kita tau! Buktinya saya sendiri pernah disuruh baca Surah Al-fatihah kalau betulllah saya boleh baca quran dalam Arab.. Siap tasmik satu geng lagi pada saya sorang. kecut perut juga waktu tu.. ^_^

3. Kenapa tak belajar di Malaysia? Malaysia tak baguskah? Tak ada universiti ke? ---> Erm, ni macam ayat nak pelekeh kitaorang nih. Sabar jelah kena dengan budak-budak arab macam ni. Kami bersusah payah datang sini kutip ilmu, boleh pula diaorang pandang rendah macam tu. Nasib baik tak keluar cerita beza taraf hidup Malaysia-Jordan. Tak baik pula merendahkan mereka. Maka bila ditanya, saya lebih suka menggunakan sudut sejarah untuk menjawab. Kisahkan saja bagaimana ulama zaman dulu sanggup berhijrah semata-mata hanya sepotong hadis. Kemudian ceritakan kelebihan kita yang terpaksa bersusah-payah di luar negara. Kalau mahu lebih tajam, kata sajalah kami mahu keluar cari pengalaman dan tidak hanya duduk diam sambil menyombong diri bahawa kami yang terbaik. Insyallah, mesti budak-budak tu terdiam sendiri. Hehehe.. Oh ya, untuk bahagian ni sila pastikan anda fasih bahasa arab untuk balas balik ayat-ayat diaorang yer..

4. Malaysia tu di mana ye? ----> Oh tidak. Soalan ni semestinya datang daripada orang-orang yang jarang bergaul di universiti. Kalau bahagian ni, jawapan saya senang saja. Bijanib Indonesia - Sebelah Indonesia. Confirm semua tahu. Sebabnya di sini kebanyakan pembantu rumah adalah warga indonesia. So, kalau cakap Indonesia pasti semua tahu! Takpelah tumpang populariti kejap, nanti dah ramai rakyat kita, ramailah yang tahu..

5. Muaddal kamu macam mana di Malaysia? ---> Hehe, ni soalan cepu emas. Sebabnya mereka sangat mengkagumi siapa saja yang dapat masuk kuliah Tibb di sini. Bayangkan saja ya untuk pelajar tempatan, muaddal paling minima untuk diterima masuk ke kuliah ini hanyalah 97.5%. Tinggi kan?? Tapi di Malaysia kita pakai sistem berapa A. Maka, saya akan kasi penerangan panjang lebar macam mana beza beza sistem di Malaysia JOrdan. Semestinya antara jawapan yang turut terselit ialah di sini semua pelajar Malaysia kebanyakannya mendapat straight A. Maka, mereka adalah calon-calon terpilih. Alhamdulillah, syukur pada Allah sebab tempatkan kami di sini. Saingan tersangatlah sengit. JUST memang antara universiti yang mantap dari sudut kualiti di timur tengah.

6. Kamu bayar sendiri ke ke sini? ----> Ni kadangkala boleh jadi soalan perangkap nih. Sebabnya ada dikalangan mereka yang sengaja nak tahu kita ni kaya ke tak. So, penyelesaiannya saya lebih suka mengaku saya tak ada duit. Semua ditanggung kerajaan. Diaorang tahu je mata wang Malaysia memang rendah dari Jordan. So, siapa yang datang dengan duit sendiri tu memang agak berada lah jugak. Saya tak menipu pasal diri sendiri ye pasal ni.Memang tak mampu kalau nak harap duit mak ayah sahaja. kesian family saya karang..

7. Tak sedihkan duduk jauh-jauh? ---> Soalan paling cepat dapat reaksi refleks dari badan. Siapa tak sedih? Umur baru 18 dah kena duduk jauh-jauh. Kalau setakat KL-Johor, bolehlah rembat bas balik kalau homesick sangat. Ini sampai 9 jam naik kapalterbang, apa kes nak balik selalu? Duit pun entah ada entah tidak. Maka, dengan senyuman tabah, saya menjawab "Aku terpaksa dalam redha.." T_T

8.Kamu kuliah apa? ---> Ha!! Ni soalan yang paling best. Asal kita jawab je " Kuliah Tibb Basyari/ Tibb Asnan" mesti diaorang kasi respond yang sangatlah mengejutkan. Seolah-olah sangat ajaib dapat masuk kuliah tu. Lepas tu, apa lagi, berbakul-bakul pujian diberi sampai kita pun tak larat nak dengar. Yang ni macam best sikit la terutama kalau sebelum ni asyik kena pelekeh je. Waktu ni je lah self-esteem tu cam naik sikit-sikit. Hehe.. Biasalah, budak barulah kan. Nak melawan tak berani. Sudahnya bila kena pelekeh, diam aja... Huhu

Bila kenang-kenang balik time awal-awal datang tu, lawak pun ada gaklah. Mana taknya, nama je belajar arab sejak tadika sampai SPM, siap ada persediaan kat INTEC lagi tapi sekali datang JOrdan lingkup juga! Terkial-kial nak catch-up orang Jordan cakap apa. Tambah kalau dapat jumpa makcik-pakcik Arab badwi ke yang cakap sangatlah 'ammi dan laju macam bullet train, memang kerja kami nganga je la.. Lepas tu sengih!! Hehe, sori makcik, tak paham!

Pernah ada seorang kawan Arab ni sangat semangat nak kenal dengan kita tapi tak reti cakap Eglish. Nak biar karang, kesian pula. Last-last kita pun terkial-kial lah cakap arab sedaya upaya boleh. kalau payah sangat buat isyarat tangan je atau lukis atas kertas. Hahaha.. memang macam ayam ngan itik cakap. Sangatlah kontra! Tapi rasa puas gak la, at least dapat bergaul dengan diaorang.

Kami di sini sangat terdedah dengan arab. Bezanya di Mesir,kami kena campur kelas dengan arab. Waktu first year, selalu je kelas saya dalam dewan yang menempatkan 100 arab dan tiga melayu. Hua, ajnabinya saya!! Waktu dalam makmal pun selalu sangat jadi warga melayu tunggal. Ada gaklah kawan baru datang. Tapi awal-awal cam nak menangis. Lama-lama dah 'adii... Biarlah.. Best juga, sebab saya dapat buat geng arab dalam tu. ^_^ Diorang caring jugalah pada warga melayu yang kena tinggal sorang-sorang macam saya. Huhu..

Sekarang dah masuk tahun dua. Masih lagi dapat jadi warga makmal melayu yang seciput. 3 lawan 20+. Dalam makmal Microb pula kali ni. Nampaknya kenalah buat muka confident lebih macam selalu. Kalau instructor bantai cakap arab, buat la sikit muka seposen sedih kerut-kerut tak paham, nanti dia translate la balik.. Hahaha.. Itu cara kita belajar guna body language..Peluang terbuka lebih banyak ni untuk praktis arab. Semangat!!

Oklah, pening sudah hilang. Ngantuk dah datang. Got to go! Jumpa lagi!!

21 comments

Write comments
October 17, 2008 at 3:43 PM delete

baguslah entry ni.. bolah recall term2 arab semula yg kini kian pupus dari minda ni.. :|

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 17, 2008 at 10:59 PM delete

criticalthinker:

eh, ini reader blog ks kan? slamat datang..(^^,)Y

Reply
avatar
frenzy
AUTHOR
October 18, 2008 at 7:24 AM delete

dey, ade lg 1 soalan ni.
cepu emas punya!

enti mutajawwijeh?
nga nga.

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 18, 2008 at 8:22 AM delete

frenzy:
eh. haah la.. lupa plak.. tapi saya tak pernah dapat lagi soalan tu sebabnya saya malas pakai cincin.. hanya yang bercincin je selalu dapat soalan tu.. hehehe

Reply
avatar
frenzy
AUTHOR
October 18, 2008 at 10:36 AM delete

dey, pkai cincin xsmstinyer mutajawwijeh eh.
oh tolonglah faham.
yg xmutajawwijeh pn leh pkai ape.
[xpuas hati]

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 18, 2008 at 11:50 AM delete

frenzy:

eleh, taknak ngaku plak dia.. itu tanggapan belah kita.. belah diaorang lain.. :P siapa pakai cincin maknanya sudah diikat.. hoho...

Reply
avatar
yellowrose
AUTHOR
October 20, 2008 at 7:07 PM delete

ainul..nape xtranslate soklan2 tuh dlm arab terus?kui3..

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 21, 2008 at 7:34 AM delete

kak asma:

alamak... lupa da akak.. hehe.. takpe2.. karang kita buat.. sapa nak amik silibus soalan-soalan ni dalam arab, bolehlah buzz saya.. huhu.. poyo jer...

Reply
avatar
SangPelangi
AUTHOR
October 23, 2008 at 2:40 AM delete

Jawapan yang bernas belaka.
Tapi, kalau mereka tahu kita kaya, akan diapakannya? Diminta belanja? Hehe..

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 23, 2008 at 6:24 AM delete

sangpelangi:

minta belanja?? kalau sekali dua tak apa, kalau tiap-tiap hari maafla yer.. ^_^

Reply
avatar
Abu Basyir
AUTHOR
October 24, 2008 at 11:06 AM delete

Yang seronoknya seorang pensyarah Markaz Lughoh yang mendapat tawaran kerja di Brunei boleh tanya " Dari Jakarta nak ke Bandar Sri Begawan boleh tak gunakan jalan darat tak. Nampak sangat betapa ceteknya pengetahuan.

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 24, 2008 at 11:33 AM delete

abu basyir:

ya rabbana.. ada ke patut sampai macam tu skali.. diaorang ni rasanya patut belajar subjek geografi kot.. hehe..

Reply
avatar
umaralfateh
AUTHOR
October 25, 2008 at 1:08 AM delete

erm..menarik cerita2 ni..

di tempat saya, jika diberitahu malaysia,
"Malaysia tu dimana?...afrika?"

huhu...selalu jawab, kamu tahu thailand?..

dan majoriti orang sini tahu dimana thailand..

malaysia adalah dibawah thailand..hampeh betul orang sini...

tapi, kalau bersama muslim di sini, hampir semuanya tahu dimana malaysia. Sangat baik hati dan sangat peramah, berbeza dengan orang2 rusia sendiri.

bahasa arab sudah lama ditinggalkan, hanya quran jadi peneman agar tidak hilang bahasa itu..entah bila boleh praktis..

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 25, 2008 at 1:19 AM delete

umaralfateh:

ya..ya.. kita kena lebih mempromosi negara malaysia pada orang luar mungkin..

itulah sifat sebenar islam yang patut ditunjuk muslim.Permah dan baik di antaranya.. ^_^

insyallah, bahasa arab takkan hilang terus.. Kita selalu praktis dalam quran, doa, solat dan banyak lagi.. Kalau mahu lebih upgrade, balik nnti boleh ikut kelas agama belajar kitab..

Reply
avatar
Abu Basyir
AUTHOR
October 25, 2008 at 3:45 AM delete

Kalau maklumat tentang Malaysia mereka tak tahu kita boleh maafkan tapi yang peliknya maklumat tentang tempat merekapun mereka kurang arif. Masa mula mula datang duku, puaslah kena jadi macam bola.Katakanlah kita nak pergi Masjid Hussain.Tanya si "A" dia kata " jalan terus kemudian ..... (padahal tempat yang kita tanya tu dia tahu pun tak ) Bila tak jumpa kita tanya si "B" maka si "B" halakan kita ke tempat yang dia sendiri tak tahu.Penyudahnya kami ambil teksi minta hantarkan kami balik ke tempat penginapan kami di Abu Nusair Aduh seksanya.. itu pengalaman pertama nantikan pengalaman seterusnya saya di Jordan.

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 25, 2008 at 4:02 AM delete

abu luqman:

haha.. itu memang saya tak leh nak nafi. mereka tu sangat aib kalau nak jawab 'saya tidak tahu'. sudahnya, kemana-kemana pula kita dihantar..

Reply
avatar
Abu Basyir
AUTHOR
October 25, 2008 at 8:54 AM delete

Pada satu ketika saya bercadang nak insihab(buang) semua madah kerana nak balik ke m'sia. Untuk selamatkan duit subjek yang kita dah bayar tu kenalah melalui beberapa proses. Masa tu bulan puasa.. bayangkanlah turun naik tangga. Bila sampai je ke pejabat berkenaan, pegai di sana berkata "anta khoto'" awak silap awak kena pegi sini dan sini dulu padahal sebelum kita pergi kepada dia pegawai yang sebelum ini arahkan kita kesana. Ayoyo! Mana satu mau pakai maa. Bayangkan pada bulan puasa, urusan macam nipun banyak masalah

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 25, 2008 at 9:02 AM delete

abu luqman:

betul2.. saya pernah juga kena situasi macam tu. habis kena pusing satu jamiah.. Kalau kecik takpe juga, ini dahla jauh, kena tawaf semua tempat yang dia suruh pegi. Last-last rupanya kena kena patah balik. Memang sangat panas hati.. Cumanya saya malas gaduh dengan arab. So, diam saja.. ^_^

Reply
avatar
Abu Basyir
AUTHOR
October 25, 2008 at 10:25 AM delete

Saya tak peduli ,arab tak arab saya lawan juga. Pernah sekali saya bawa adik adik baru ke Irbid kerana ada satu perjumpaan dengan pelajar M'sia di sana. Hari tu saya ambil cuti Tak pegi Jami'ah. Di Mujamma' Abdali biasalah, nak naik bas kena beratur dulu dan pada jangkaan saya lepas tiga trip dapatlah saya dan kawan kawan naik. Rupenya tidak Di sof depan ada orang potong Q. Patutle 4-5 bas yang datang orangnya tak luak-luak lagi. Saya apa lagi. tak boleh jadi nih. Rebut punya rebut saya lepas naik tapi tali beg saya putus & saya dapati adik 2 tadi takda kat bawah-dah beredar dari situ. Kebetulan masa itu saya bawa beberapa botol air minuman apa lagi saya baling semua botol air tadi dan singgahlah atas kepala syabab syabab arab yang berebut tadi di tangga. Lepas tu saya turun dari bas-dah nak gaduh besar tapi dihalang oleh orang ramai. Sayapun berkata "Kalau aku bukan Islam tengok etika kamu macam ni dah tentu aku sampai hari qiamatpun takkan masuk islam".
Tersentak dgn kata kata itu barulah ada orang yang nak offer tempat duduk tapi dah terlambat.Saya pun beredar cari adik adik tadi.Memanglah niat taknak gaduh tapi kalau tak ajar dengan cara begini makin naik lemaklah dorang. Mentang mentanglah kita bukan orang arab Apa diorang ingat diorang boleh berbuat sesuka hati jee.

Untuk cerita seterusnya nantikan episod akan datang. ....

Reply
avatar
Abu Basyir
AUTHOR
October 26, 2008 at 5:32 AM delete

Pertanyaan menenai islam tu dah memang soalan lazim orang arab. disebabkan mereka berjubah, mereka meragui orang selain dari mereka itu islam. Pada mereka, arab itu islam- islam itu untuk arab sehinggakan seorang yang terang terang arab kristian mendakwa bahawa dirinya islam. Kata katanya tentang islam begitu menakjubkan.Akhir sekali saya bacakan ayat dalam surah taha ayat 47 سلامُ عَمى من اتبع الهدى
maka terdiam orang tersebut dan terus berlalu

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 26, 2008 at 10:37 PM delete

abu luqman:

abu luqman ni gaya sebijik macam ustaz saya.. katanya apa jua keadaan, kebenaran perlu ditegakkan.. hurm, kena intabeh tu~

wah, banyak pengalaman nih. rasanya abu luqman kena buat ruangan pengalamn di blog abu luqman juga lah. kalau cerita di sini, asyik saya saja yang tahu... kongsi ramai2 baru best! ^_^

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *