Saya suka Cerita Klasik

11:44 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum (intro sikit panjang.. bahan utama ada di akhir kisah!)

Semalam seharian saya tidak pulang ke rumah sebab sibuk menguruskan pelbagai urusan di luar. Keluar rumah pukul 7.15 pagi sewaktu ramai penghuni Irbid masih berdengkur di katil dan kembali semula ke rumah pada pukul 8.00 malam selepas habis menziarah rumah Hanan di Mujamma' Sheikh Khalil.

Sedari pagi, masa penuh terisi dengan pelaksaan pelbagai kerja yang tiada kena mengena dengan raya. T_T Letihnya... Teringinnya mahu berpulas-pulasan di kala cuti.

Tapi rasanya Allah sudah terlebih dahulu atur rancangan agar kita berjoli mengutip pahala sepanjang hari ni (ayat pujuk hati je lebih..). Dari mesyuarat sambung ke talk bersama pelajar hinggalah ke open house. Ops, Open House Hanan sahaja masuk kategori raya... ^^

Pendek cerita, sebab insaf cuti tinggal sehari maka saya paksa diri bukak buku walau semuka.. Gasaklah tak tidur malam pun. Janji buka buku sekejap, buat nota semuka.

Sudahlah sepanjang malam telefon tak berenggang dari telinga. Kena call situ, kena call sana.. Nasiblah jadi biro 'on call' sentiasa macam kata Kak Tehah.. Fuh, sabar Ainul..! Allah dekat tuhh....

So, demi melaksanakan misi kita hari ni, tepat pukul 11 saya bersila di atas lantai bilik dan punggah semua keperluan nak membuat nota. Owh, terlupa pula. Air milo secawan dan sebotol kuih raya turut di letak di sisi. Semangat study membara-bara pula..

Tapi tak sampai sejam, rasa macam tulisan saya dah ala-ala tulisan jepun pula. Kertas putih sodah nampak garis-garis yang tergaris sebab tersengguk. Aduh, krisis ngantuk sebab sunyi lagi...

Maka, saya bukak laptop dan terus bukak cerita korea komedi yang baru saya ambil dari Kak Tini. Hah, terang benderang sikit mata nih. Walaupun kelajuan tulis nota berkurang sekali ganda. Hehehe. Mana taknya, tulis nota sikit, tengok movie sket. Tulis nota sket, tengok movie sket..

Movie korea yang saya tengok tu tajukknya Hello!. Lawak juga la. Cumanya saya tertarik melihat peribadi princess yang diceritakan di dalam cerita itu. Dibawakan oleh pelakon Lee Da Hee kalau tak silap.

Aduh, penuh sifat islamik perwatakannya. Cuma kureng tidak bertudung saja. Bayangkan dia sangat anti membuka aurat. Katanya adat puteri korea, wanita belum kawin tak boleh tunjuk aurat seperti dada, betis, lengan kepada lelaki asing. Pakaiannya pula litup, labuh dan longgar.

Malahan, kalau nak jumpa tetamu lelaki, mereka dipisahkan oleh sehelai tabir. Tak cukup dengan tu, cakap kena sopan-santun. Tak leh tinggi suara. Wahwahwah..!!! Terharu pula rasanya. Itu semuanya ciri Islam sebagai Addin kita?

Malangnya, dia adabnya kadang-kadang lingkup juga bila berdepan krisis terutama berkaitan wang. Ah, itu tolak tepi dulu.. saya hanya mahu bicara tentang adab dan pakaiannya sahaja..

Apa pernah kita terfikir cerita-cerita dahulu kala semuanya berpakaian sopan dan molek. Tak kisahlah cina, india, melayu, korea, jepun hatta eropah sana pun dahulu pakaiannya sangat labuh dan menutup yang perlu ditutup..

Tapi sekarang, aduh la hai.. Nampak habis macam-macam. Tinggal tolak atas bawah semua dah trang tang tang depan mata. Apa miskin sangatkah masyarakat dunia kita kini?

Rasanya baju ala-ala puteri semua negara zaman dulu-dulu lagi comel dan bagus sebab penuh ciri islamik padanya ( baju sahaja ya.. tudung lain cerita..). Melayu dengan baju kurungnya (bukan kebaya!), india dengan sarinya(exception pada perut yang terdedah), cina dengan samfoo nya, jepun dengan kimononya, korea dengan korean dressnya, eropah pula dengan gaun kembang ala-ala tudung saji itu (zaman dulu, dada dan leher orang eropah tutup tau.. yang buka-buka tu mula lambat sket..)

Ayu sungguh tengok mereka. Takdelah seksa mata melihat yang tak perlu dilihat. Nak tengok movie pun rileks ja. Contoh macam cerita Jewels In The Palace(korea), Princess Hour(China), Oshin(Jepun) dan lain-lain lagilah... Semuanya tak payah tayang lebih-lebih. Ekspressi muka dah cukup. Barulah pelakon sejati!! Nak lepak tengok lepas tension pun sedap je.. Tak menambah tension pun..

Sebab itu saya suka tengok cerita yang tentang zaman lama-lama. Selain jalan cerita, pakaian pun tak over. Entah apa seronoknya kasi semua orang tengok badan sendiri. Dah hilang malukah mereka? Haish.. Na'uzubillahi min zalik..! Alangkah bagus jika zaman perubahan pakaian boleh diterbalikkan...

Juga sangat tak suka pada yang melabel itulah busana muslimah tika mana ketatnya macam sarung nangka, tudung sekadar menutup rambut sedang lehernya terkeluar ke mana.Warnanya pula terang-benderang gilang gemilang macam tak ingat dunia. Hanya mengharap pada kepanjangan kain separas paha dan tudung di kepala semata-semata

Contoh terdekat : Jubah-jubah di Irbid yang dipakai sendat-sendat. Kenapa perlu ada alur tubuh sedang jubah itu dicipta untuk tidak menampakkan susuk wanita. Aduhlah dunia.. Kalau di negara islam jadi begini, apatah lagi di luar sana.. T_T

p/s: jarum yahudi makin berbisa nampaknya. Islam yang dahulu dianaktiri kini kembali mendominasi setelah diubah dan dimodenkan agar mengikut kehendak mereka.. Tak ubah macam gagak yang melekatkan bulu merak pada dirinya. Yang jelik tetap jelik!! !
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *