Rahmat Hujan

Salam

Rasanya hari ni satu-satunya hari yang hujan turun dari pagi sampai petang di Jordan sepanjang tahun ni setakat ini. Dalam pukul 7.15 pagi waktu saya mahu bertolak keluar ke kelas pun dah basah habis semua jalan-jalan di area Irbid ni. Ingatkan hujan waktu pagi sahaja rupanya berlanjutan sampai ke petang.

Alhamdulillah, rasa bahagia sangat bila hujan turun. Saya suka sejuk! Lagipun bila dah turun hujan ni, maknanya dah masuk musim sejuk. Aha~ Erti kata lain, tak lama lagi benda yang saya tungu-tunggu akan turun. Tak sabarnya~

Cumanya tadi saya silap tafsir yang hujan turun setakat tengahari saja. Jadi, sweater saya tinggalkan sajalah di rumah. Sudahnya petang tadi dalam pukul 5 habis saya kebasahan ditimpa hujan waktu pulang ke rumah. Nasib baiklah tadi pakai jubah arab yang memang khas untuk musim sejuk. Kurang sikitlah tempiasnya. Kalaulah saya pakai baju kurung sahaja tadi mahunya menggigil-gigil saya basah kuyup. Pengajarannya, lepas ni sila semak laporan kaji cuaca sebelum keluar rumah dan bawa sweater siap-siap! ^_^

Owh ya, selain dari cuaca sejuk, ada banyak lagi benda yang buat saya bahagia di sini bila hujan turun. Yang paling utama, seua orang pakai makin tutup aurat! Hehe.. Itu yang seronok tengok tu. Dah tiada yang seksi-seksi dan singkat-singkat lagi. Kalau ada pun setakat sekerat dua yang kebal suhu. Haha~ Sedap sikit mata tengok. Syabab pun bolehlah kurangkan tertengok yang tak sepatutnya tengok. Kankankan?

Yang uniknya saya terperasan di sini, bila datang sahaja musim hujan mesti akan keluar balik fesyen jubah ala-ala mantel ahli sihir. Boleh kata semua orang akan pakai begitu waktu ini. Agaknya sebab senang kot, tak payahla nak berpayung sangat. Lawa juga gayanya. Agak-agak kalau bawa balik gaya ini ke Malaysia, boleh jadi trend tak sebab kat Malaysia macam tak pernah ada.. (^^,)

Ha! Sebut pasal payung ni, saya nak cerita sikit kedudukan payung di Jordan. Payung hanya valid waktu musim sejuk sahaja tau. Kalau luar musim sejuk, korang takkan boleh kedai yang jual payung walau sebesar supermarket pun kedai tu. Kalau kita nak cuba-cuba pakai payung waktu musim panas macam kat Malaysia, nampak gayanya memang tempah tiket nak kena gelak atau tenung dengan orang-orang Arab la jawabnya.

Mereka di sini memang tak pernah guna payung untuk waktu panas. Mungkin juga sebab mereka dah biasa berpanas macam ni sejak kecil barangkali. Jadi sudah tegal tanpa perlu jadi puteri lilin.

Waktu musim hujan juga selalunya jalan-jalan di Jordan ni akan banjir. Tak adalah sampai banjir besar macam di Malaysia cumanya jalan-jalan di sini akan bertakung air. Kalau salah masa, kadang-kadang bila berjalan di bahu jalan, kita siap boleh kena simbah dengan air jalanan kalau kereta lalu. Di sini longkang memang susah nak jumpa. Entahlah. Nak kata sistem canggih longkang bawah tanah, macamnya tak pernah jumpa lagi. Tapi itulah, mungkin sebab hujan semusim sahaja maka banjir sekali-sekala pun tak mengapa kot.

Owh ya, bagi sesetengah orang musim hujan ni macam musim dapat banyak barang baru. Nak kena beli baju sejuk, kasut hujan, sarung tangan, stokin, mafla dan macam-macam lagi. Yang dah ada, tak perlulah membazir. Junior mesti antara yang paling semangat nak mencuba benda baru musim ini. Yalah, kan peluang pertama kali jumpa musim sejuk.. Mesti keterujaannya sangat ketara macam saya dulu. Hehe..

Ingatan awal-awal : Jangan beli belebih-lebihan sampai membazir ya!

Apa-apa pun, seronok sangat bila hujan turun. Rasa macam dapat penghawa dingin percuma pula. Rasa nikmat sangat bila sebelumnya dah kena penangan bahang musim panas yang kering kontang tu. Tambahan, sangat rindu hujan yang selalu bertandang di Malaysia. Di sini hanya boleh jumpa hujan hanya ketika bulan 10 hingga bulan 2 sahaja. Lepas tu, tak boleh jumpa dah~ T_T

Owh ya, terlupa pula nak pesan sesuatu. Musim hujan-hujan begini kan sedap cuacanya? Tenga-tengah cuaca macam ini lah paling sesuai nak tingkatkan amal ibadah. Nak puasa contohnya. Tak dapat perit sangat macam dulu. Sejuk sahaja semedang. Waktu siang pun dah makin pendek. Apa lagi, jomlah kita mula puasa ganti/sunat ramai-ramai waktu-waktu begini.

Cumanya kalau nk berwudhuk kot yang sengsara sikit. Aura-aura menjadi seperti seekor kambing mesti dah terasa. (*_*) --> Air perlu dijauhi sejauh-jauhnya!~ Huhu, tak apa lah.. Kena berjihad nak beribadah kan? Lagipun, sakhonah (pemanas air di bilik air) kan ada.. Apa susahhh.. Nanti dapat air panas pun jadi nikmat juga. Tak cukup sakhonah, sobah (pemanas yang pakai tong gas dapur) pun boleh bantu.. ^_^

Ha~ Banyaknya nikmat Allah waktu musim hujan ini kan? Sayang sangat pada Allah Yang Hebat itu.. Semoga nikmat yang Allah beri ini kita dapat guna sebaiknya. Jangan hibernasi sahaja di bawah Hiram 10 kilo tu. Nanti terus jadi Assabul Kahfi pulak!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nota: Tercari-cari masa nak main hujan~ Eh, kena tangguh dulu! Nanti demam pula waktu nak exam.. (-_-)---> Next exam: Pharmacology ---> Semangat! Fokus 2X!!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

7 comments

Abu Basyir | October 28, 2008 at 3:43 PM

Cerita ukhtie benar benar membangkitkan kembali nostalgia saya. Rindu sangat kat Jordan rasa nak gi juga hari ini.Nak cerita kat sini takut tak muat nanti. Oklah saya akan buka blogspot baru khas mengenai Jordan yang diberi nama "ibnuwalid.blogspot.com". Sekarang ni saya belum tulis apa apa lagi. Harap sabar menunggu.

Ainul Arina | October 29, 2008 at 1:56 AM

abu luqman:

silakan2.. ^_^ nnti boleh saya berkunjung ke sana baca pengalaman orang lama..

frenzy | October 29, 2008 at 1:59 AM

pergh!
rmh ko msti dh sejuk gile kan.

oh ye.
hr tu ms hujan renyai2, aku pkai payung!
hua hua.
first time beb pkai payung kat cni.
tp ade gak r org arb gelakkan.
huh, ape ko ssh.
bukan aku sangkut payung tu kat kepale ko pon.


uuu.
mr snow.
i'm waiting for u.

PrinCeSS | October 29, 2008 at 6:37 AM

kat korea ni pun dah mula sejuk.
tapi still boleh pakai jacket autumn..x pakai jaket winter lagi..

teringat dulu kat jordan..pernah menangis x tahan sejuk time ambik wudhuk..tapi rindu suasana winter di Jordan..waa saya rindu jordan!

Ainul Arina | October 29, 2008 at 10:34 AM

arina:

memang sangat sejuk kat rumah ni.. meh la test tido sini.. mesti malam karang gagau2 cari hiram.. ^_^
haha... itulah sbb napa aku taknak pakai payung.. malas jadi bahan tontonan umum.. arina, aku pun tgh tunggu nk dating ngan mr snow nih.. tak sabarnyer...

maya:
ala~siannya.. tapi memang la.. rasa kalau bleh tu nak tayamum je.. huhu.. tak cuti ke winter ni maya? klu cuti, meh la dtg sini..^_^

ABU LUQMAN | October 29, 2008 at 11:38 AM

Tatapan musim sejuk, untuk panaskan tubuh yang menggigil tu jom pekena Syai ma'a Syawarma kat ibnuwalid.blogspot.com. Hubuz wal humus wal falafil ma'a zeit zaitun maujud hunak ( Jom kita pekena teh dan Syawarma / kebab )Di sana ada juga disediakan Roti dan kacang kuda serta falafil dicampurkan sedikit minyak zaitun)

Ainul Arina | October 29, 2008 at 12:17 PM

abu luqman:

wahwah... banyaknya makanan... habisla lepas ni ramai serbu.. ^_^

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images