Melayan Anak

Assalamualaikum

Sepanjang tiga empat hari, entah kenapa saya selalu sahaja ternampak adegan-adegan ibu arab yang kelihatan agak kasar dalam melayan anaknya. Mungkin sahaja sebab saya adalah dari kalangan bangsa melayu yang terkenal dengan sopan-santun dan kelembutannya, melihat seorang ibu berkasar dengan anaknya kelihatan agak canggung di mata saya.

Bukannya pelik melihat benda-benda seumpama itu di sini, tapi memandangkan asyik terperhati benda yang sama setiap hari, jadi terfikir pula. Patutlah orang arab agak kasar, rupanya sejak kecil memang kena layan macam tu. Patut jadi begitu..

Mulanya hari tu, saya tengah berjalan pulang ke rumah. Di pertengahan jalan, terserempak dengan seorang ibu muda yang sedang membuka pintu rumahnya. Baru pulang barangkali. Di sisinya, ada seorang anak kecil yang comel sangat. Budak tu tiba-tiba meluru ke tengah jalan raya.

Nasib baik tak ada kereta lalu lalang. Risau juga saya. Tapi yang lebih mengejutkan, ibu muda yang terkejut tu tiba-tiba berlari mendapatkan si anak lantas terus menampar belakang kepala si anak dengan kuat sambil menjerit. Erk, ingatkan nak peluk budak tu. Rupanya lain pula yang jadi. Terus si anak meraung dan menangis.

Erm, mungkin ibu itu terkejut. Tapi bagi saya, tak perlulah sampai ala-ala melempang kepala budak tu sekuat itu. Kita yang tengok pun terkejut. Ganas betul.. Tak tahan tengok gelagat mereka, terus saya berjalan pulang ke rumah.

Esoknya pula, ketika saya sedang dalam perjalanan ke Hijazi, ternampak pula adegan ibu yang lain. Kali ini si ibu sedang menarik anaknya keluar dari kereta. Gayanya budak tu mungkin sebaya budak semalam. Dalam lingkungan usia setahun dua.Mungkin juga tiga tahun.

Si ibu menarik anaknya dengan hanya mengangkat sebelah tangan anak dan menariknya keluar. Tergantung-gantung budak tu jadinya. Aduh, kita yang melihat ni pula jadi seriau. Patah la riuk budak tu karang makcik oii...

Kes yang kedua memang selalu sangat saya nampak. Dah biasa. Tapi itulah, saya masih rasa kecut bila nampak si ibu yang begitu. Mereka tampak yakin dengan cara mereka tu. Mungkin budaya mereka begitu.

Ah, beruntung rasanya saya ber'ibu'kan ibu yang lemah-lembut. Rasanya ramai juga orang melayu yang begitu. Ibu-ibu melayu banyaknya lemah-lembut dan berhati-hati kala melayan anak. Bukan nak kata ibu arab tidak penyayang, tapi mungkin cara mereka kurang lembut sedikit dari cara kita.

Apa-apa pun harapnya si kecil tadi sudah terbiasa dalam menerima cara ibu mereka. Pada yang tak biasa, mungkin menyakitkan.. Kesimpulannya, insyallah itu takkan jadi cara saya dewasa kelak. Haha, sudah berfikiran jauh gitu..

p/s : Opss,saya sudah mula masuk mode rindu mama. Mama, tak sabarnya nak menunggu September kembali. Terasa mahu pulang lagi ke Malaysia dan bermesra dengan mama yang lembut dan best. Sayang mama!

====================================================================================

Nota satu:

Fatrah exam sudah tiba minggu depan..

21 oktober: Pathology
26 Oktober: Genetic
1 November: Pharmacology
11 November: Biostatic
11 November: Microbiology

Ganbatte pada diri sendiri! Semoga perjuangan tahun ini akan lebih bermakna dari tahun lepas. Doakan saya ya..!

=================================================================================

Nota dua:

Esok ada Sambutan Raya PERMAI di Dewan Al-Kindi, Universiti Yarmouk, Jordan. Mari ramai-ramai meriahkan majlis. Bukan senang nak bersama ramai-ramai begini. Insyallah, banyak aktiviti yang bakal dibuat.

Justeru, saya nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir batin sekali lagi buat semua warga PERMAI di Irbid.. ^_^

2 comments

frenzy | October 10, 2008 at 9:05 PM

arab mmg gns.
huhu.

Ainul, jd lah mak yg baik ek nnti.
ehem.
ops, sakit tekak lah puler.

SELAMAT HARI RAYA juge.

-arina-

Ainul Arina | October 10, 2008 at 9:33 PM

arina:

haha.. saranan yang baik.. insyallah akan diingat.. :P

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images