Kenapa dengan Ubat?

4:44 PM 15 Comments A+ a-

Assalamualaikum




Memandangkan hari Sabtu ini saya ada exam Pharmacology, dah tentukan seminggu masa yang ada sejak Ahad lepas diperuntukkan untuk menelaah subjek ini sahaja. Pharmacology ini subjeknya macam agak sukar sedikit berbanding subjek yang lain sebabnya banyak nama ubat yang perlu dihafal. Sudahlah nama semua dalam bahasa Greek belaka, nak tak nak benda paling senang ialah hafal je semua tu.

Oh ya sebab sekarang tengah menelaah subjek ubat-ubat ni, tiba-tiba terfikir pula untuk berkongsi sedikit info tentang ubatan. Atau lebih spesifik lagi, saya nak menjawab sendiri soalan-soalan lapuk saya waktu kecil-kecil dulu tentang ubat. Baru tahun ni banyak tahu jawapannya. Dulu nak tanya doktor macam takut, ha sekarang sudah terpampang depan mata. ^_^

1. Kenapa ubat kena makan lepas sudah makan benda lain?

---> Sebabnya waktu lepas makan, perut kita akan penuh dengan makanan untuk dicerna. Jadi peratus ubat tu nak di cerna awal-awal oleh badan agak kurang sikit berbanding kalau kita makan ubat waktu perut kosong. Dalam erti kata lain, ubat tu tahanlah lama sikit daalam badan kita

2. Kenapa ubat banyak ada kaspul dan bentuk tablet?

----> Kapsul: dicipta untuk halang ubat tercerna awal-awal juga. Sebab sesetengah ubat kena dihantar ke tempat lain. Disebabkan kita makan ikut mulut, dia terpaksa lalu perut. Di perut tu banyak enzim-enzim yang mencerna apa yang kita makan. Kalau ubat tu dicerna awal sangat, nanti tak sempat nak sampai ke organ yang sakit.Kiranya bila kita makan ubat dalam bentuk kapsul, perut akan hakis kapsul dulu. Bila kapsul hilang, baru ubat tu dicerna pula. Sebab tu kalau makan ubat tanpa kapsul, kesannya tak sehebat makan ubat berkapsul.

----> Tablet: Tablet pun lebih kurang sama saja. Cumanya tablet ni fungsinya untuk tahan tekanan. Di perut tu banyak sangat faktor-faktor pencernaan macam yang saya kasitau tadi. So, bila tablet yang keras tu kita telan, perut nak cerna pun slow sebab tablet kan keras. So, sempatlah ubat tu sampai pada tempat sakit sbeelum habis kena cerna di perut

3. Kenapa ada ubat kena masuk ikut dubur?

---> Sebabnya di dubur tu ada banyak salur darah juga. Dubur ni jalan kita masukkan ubat untuk pesakit-pesakit yang tak boleh telan ubat ikut mulut. Contohnya pesakit kanak-kanak yang susah telan ubat atau pesakit yang muntah. Di dubur atau rectal tu,ada tiga bahagian salur darah utama. Bahagian paling hujung salur darahnya terus ke sistem peredaran darah utama berbanding bahagian yang tengah dan yang paling dalam sebab bahagian-bahagian tu dia menuju ke sistem peredaran darah yang melibatkan hati (hati ialah tempat utama proses metabolisma badan berlaku). Bila kita masukkan ubat ikut dubur, dia boleh mengelak dari dicerna oleh hati sekaligus peratus keberkesanan ubat tu makin tinggi.

4. Tak de ke ubat yang makan sejenis je pastu sembuh semua penyakit?

---> Hoho, itu memang tak pernah jumpa lagi di seluruh dunia. Sebabnya ubat ni dia spesifik. Satu jenis ubat selalu bertindak untuk beberapa kesan sahaja. Tak ada lagi ubat yang boleh rawat semua penyakit serentak sebab kadang-kadang kalau ubat tu pulihkan satu bahagian, dia mungkin akan beri kesan pada bahagian lain.

5. Macam mana ubat sakit kepala boleh sembuhkan kepala yang sakit?

---> Di otak kita ada BBB( blood brain barrier) yang halang kemasukan bahan-bahan asing ke dalam sistem perjalanan darah otak sebab otak ni sangat sensitif. Tapi ada beberapa jenis ubat je yang boleh lepasi halangan ni iaitu ubat yang bersifat lipophilic(sukakan lemak). Ubat jenis ini boleh meresap masuk ke dalam sel halangan itu untuk masuk ke otak sebabnya dinding sel halangan itu diperbuat dari lemak juga. Sebab itu hanya ubat sakit kepala je boleh sembuhkan sakit kepala.

6. Kenapa bila kita makan ubat, sakit tu hilang bukan on the spot lepas makan ubat?

---> Sebabnya ubat tu kena lalu banyak jalan dulu. Highway utama ubat tu masuk dalam badan kita tentulah ikut perjalanan darah. Tambah-tambah salur darah dalam badan kita ni banyak sangat. Jadi perjalanan dia agak lamalah sebelum sampai ke destinasi utama. Tambah-tambah juga kalau ubat yang makan ikut mulut tu. Jalannya lagi lama. Kena lalu perut dulu lepas tu lalu hati pastu latu usus, barulah dapat diserap masuk highway darah.Sebab tu sesetengah ubat, sakitnya hilang lambat sikit.

7. Kenapa kita kena cucuk?

---> Sebab cucuk atau sainstifiknya IntraVenous Injection adalah jalan paling singkat untuk ubat sampai ke tempat yang kita sakit. Bila doktor cucuk terus ubat, ubat tak perlu lalu highway dia jauh-jauh. Sekelip mata je sampai ke tempat yang kita sakit dan boleh sembuhkan sakit itu insyallah. Sebab itu kadang-kadang, siapa mahu cepat sembuh dia kenalah terima injection dari doktor. Bukan doktor tu sengaja-sengaja nak cucuk-cucuk kita tau!

8. Kenapa ubat kena makan banyak kali?

---> Sebab ubat yang kita makan tu nanti dia akan dibuang balik oleh badan. Sebab tu kita kena makan banyak-banyak kali supaya kesan dia pada badan akan kekal sama hinggalah sakit kita sembuh. Tapi tak boleh makan lebih-lebih sangat, nanti jadi racun pula. Pendek kata kena ikut apa yang doktor cakap. Bila, banyak mana, dan sampai bila kena makan semua kena dengar betul-betul kalau nak baik cepat-cepat.

9. Kenapa ubat asma takde yang jenis ubat makan?

---> Sebab highway untuk ubat makan lagi jauh dari highway untuk ubat sedut. Ubat sedut bila kita sedut terus sampai ke peparu. Nanti peparu tu akan dikembangkan supaya tak sempit dan menganggu pernafasan, sekaligus bantu orang yang kena asma untuk pulih balik. Kalau guna highway cara ubat makan, lambat nak sampai. Kalau lewat, orang yang asma tu boleh mati. Sebab tu kita pakai jalan yang paling cepat!

10. Kenapa ubat semua kecil-kecil?

---> Sebab tukang buat ubat sudah kira takat mana ubat tu diperlukan. Setiap berat ubat tu adalah berat optimum untuk pesakit. Percaya atau tidak, kadang-kadang walaupun kita terlebih sedikit saja ubat yang kita makan, silap gaya kita boleh mati sebab keracunan. Sebab itu nak makan ubat tak boleh sebarangan. Bahaya!

11. Kenapa ubat banyak pahit?

---> Yang ni saya tak jumpa jawapan lagi. Tak masuk silibus la pula.. Hehehe.. ^_^

Ha~ Inilah jawapan untuk setiap soalan yang saya suka tanya waktu kecil-kecil dulu. Rasanya ramai orang suka tanya soalan yang sama ini juga. Dulu sangat pemalas makan ubat. Suka sangat tanya macam-macam pasal ubat sebab saja nak kasi lambat makan ubat. Alahai.. Dah nama pun pemikiran kanak-kanak dulu kan, banyak sahaja benda nak soal orang. Kadang-kadang mak ayah pun pening nak terang pasal ni.

Maka, sekarang saya sudah kongsi silibus jawapannya. Nanti pada sesiapa yang ada adik atau anak atau sesiapa saja yang bertanya pasal ubat ni, bolehlah guna jawapan saya tadi untuk menjawab persoalan mereka ya. (^^,)Y

Kalau nak tahu, semua yang saya terang tadi hanyalah bab pertama dalam subjek Pharmocology. Banyak kan nak dihafal? Tapi bab satu agak simple. Setakat konsep apa itu ubat dan fungsi serta perjalanan umum sahaja. Yang susahnya bila sudah masuk bab setiap jenis ubat. Setiap satu ada kesan, fungsi dan kumpulan masing-masing. Itu yang sedang kami pulun hafal sekarang. Doakanlah ya! Moga-moga kami di sini lulus exam Pharma dengan cemerlang. Nanti bolehlah kami berkhidmat sebagai doktor yang mahir beri ubat dengan betul.. ^_^ Ameen...

15 comments

Write comments
chmod
AUTHOR
October 29, 2008 at 7:07 PM delete

salam....
hohohoho.....memang cool penjelasan..like da way u describe..thank for da shring...

Reply
avatar
ABU LUQMAN
AUTHOR
October 29, 2008 at 9:40 PM delete

Dr Ainul
Assalamualaikum,
Satu info yang bagus dan bermaklumat.
Saya doakan semoga Ukhtie berjaya dalam imtihan nanti. Nak tanya sikit, saya ada penyakit dari dulu bermacam macam ubat dah cuba - tak kiralah ubat kampung ke, ubat spital ke,ubat herba ke hinggalah ke habbatul sauda- tapi sakit tu tak sembuh sembuh lagi hingga la ni. Nama penyakit tu - kalau tak salah saya namanya penyakit malas ..hehehe.

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 29, 2008 at 10:03 PM delete

chmod:
ws.. sama-sama.. ^_^

abu luqman:
ws.. syukran abu luqman.. erm, penyakit mlas? owh klu yg ni, ubatnya tak payah makan ubat, tapi kna buat somthing yg kasi diri pmalas itu sdar.. ^_^

Reply
avatar
cikgu jawe
AUTHOR
October 30, 2008 at 5:32 AM delete

waaahhh! teruja le baca n3 nih. dpt ilmu baru. hehe. rasa mcm ambik medic le pula. hihi

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 30, 2008 at 5:56 AM delete

cikgu jawe:

hehe.. sila-sila cikgu... nanti boleh praktis kat anak-anak kalau diaorang malas makan ubat.. ^_^ jadi doktor di rumah sendiri..

Reply
avatar
NaiLoFaR
AUTHOR
October 31, 2008 at 6:00 AM delete

salam perkenalan..

wa..teruja saya membaca entri ini..
kenapa?kerana sy berada di bidang farmasi dan mesti mengetahui the fate of ubat itu setelah masuk ke dalam badan..hehe.. :p
best kan belaja kalau kita faham?..=)

ainul nak exam ya? all da best!!

Reply
avatar
only.me.
AUTHOR
October 31, 2008 at 6:25 AM delete

kenapa ubat bayak pahit?
sebab yang pahit itulah yang memberi kesan yang paling baik..betul x?

Reply
avatar
bermacam-ubat
AUTHOR
October 31, 2008 at 6:27 AM delete

ubat penyakit malas?
paksa diri suruh rajin!! hehe :P

Reply
avatar
October 31, 2008 at 6:32 AM delete

nailofar:

salam kenal kembali.. ^_^
wah, ada orang farmasi rupanya disini.. mesti hebat kamu hafal ubat-ubat tu kan? huhu, pharma sangat mencabar.. tabik spring pada para farmasist yang berjaya hafal semua nama ubat tu... memang best belajar kalau faham, tapi lebih best bila semua dapat hafal.. (chaiyok!!)
terima kasih ya nuha.. slmat berjaya juga utk kamu..

only.me:
betul3!! pahit tulah yang selalunya mujarab. mungkin kalau tak pahit karang ramai pula suka makan ubat, nanti overdose pula.. =P

bermacam-ubat:
ya, tepat sekali! binggo! malas ubatnya paksa je... dah lama-lama karang rajin la dia.. kan?

Reply
avatar
~~`akma
AUTHOR
October 31, 2008 at 6:58 AM delete

obat..ohhh..obat..knape la ade ubat...structure nye memeningkan...adoiiii...
tgh pening...huhu..
nyway..salam kenal..
kwn bg link blog nh..

Reply
avatar
October 31, 2008 at 7:28 AM delete

akma:

ini mesti kawannya nuha tadi kan? bidang farmasi juga ke? salam kenal.. ^_^ ubat punya memeningkan itulah yang membaiknya.. ~mode bodek encik ubat.. moga2 esok soalan2 ubat semua boleh dijawab.. ameen.. =P hehe

Reply
avatar
akak
AUTHOR
October 31, 2008 at 9:52 AM delete

ruangan Q&A yang simple dan menarik. Ubat pun ade highway & jalan biasa jugak nak lalu yek..:)

Reply
avatar
October 31, 2008 at 11:47 AM delete

akak:

^_^ yup! kalau tak mcm mana dia nak masuk badan kita.. dahla kompleks, belit-belit pula jalannya. Maha Suci Allah yang Maha Bijaksana cipta semua ni.. =)

Reply
avatar
toRA@7
AUTHOR
December 25, 2008 at 12:06 AM delete

hihi..mmg mnarik...menarik kn bdg perubatan???
mcm2..kite boley tau...
ubat pahit bcoz of the chemical properties of d ingredients...
xnk tnye pulaak nape ubat ade mcm2 bntok n colour???hehe...sumenye ade sebabnye.....

Reply
avatar
March 27, 2009 at 9:55 AM delete

kak tora:
boleh tak kalau nak jawab sebab kasi orang tertarik nak makan? hehehe...

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *