Kata Ganti Diri

Assalamualaikum

Tadi saya pergi ke pasar mujamma' selepas pulang dari kelas. Mahu beli barangan rumah yang sudah habis. Tengah-tengah khusyuk jalan-jalan usyar sayur mana yang berkenan tetiba ternampak sorang pakcik ni tengah melambai-lambai memanggil seseorang.

Pakcik: Ya dukturah.. ya dukturah.. ta'al2x!! syu biddik? bandurah? filfil? malful? kullu rokhis..(wahai doktor.. wahai doktor.. sini2x!! kau nak apa? tomato? cili? kobis? semua murah..)

Eh, gaya macam pandang pada saya. Tapi dia panggil gelaran doktor. Saya toleh kiri kanan. Dia cakap dengan saya ke dengan siapa? Tapi bila toleh-toleh memang saya sorang sahaja di situ. Sahlah, dia cakap dengan saya!

Saya: Erm, tehki ma'i? (erm, kau cakap dengan aku ke?)
Pakcik: Na'am ya dukturah.. Ta'al2x! ( ye la wahai doktor.. sini2x!!)

Sebenarnya saya tertanya-tanya gak tadi doktor manalah yang pakcik tu panggil. Rupanya saya sendiri. Jarang orang panggil saya doktor. Selalunya di sini mereka akan panggil kami sebagai sobaya(anak dara), banat(anak perempuan), sodiq(kawan) atau ustazah..Jarang sangatlah guna doktor tu. Yelah graduate pun belum.Mana berani pakai nama pangkal tu.

Tersenyum jugalah tadi. Terasa macam dihargai pula kena panggil sebagai doktor. Hehe.

Saya dulu selalu ada masalah dengan kata panggilan. Kadang-kadang tu sebelum panggil orang-orang yang saya tak kenal, terfikir-fikir gak nak panggil apa. cik? Kakak? Makcik? Pakcik? Abang? Adik? Encik? Last-last kalau tak tahu sangat, tak payah tegur terus lah senang. Terus blah pergi tempat lain.

Tapi di sini rasanya masalah tu selesai. Kat sini apa-apa pun kitaorang panggil mereka dengan kata ganti nama 'Mu'allim'. Mu'allim tu bukannya bermaksud guru sahaja tau! Mu'allim maknanya orang yang mengetahui. Boleh pakai pada semua orang tak kiralah dia kerja apa sekali pun. Guru ke pekedai ke pakcik sapu jalan ke pemandu teksi ke semua boleh.. Kalau yang perempuan, kita panggil je la Mu'allimah. Kan senang??

Lagipun ia kira menghormati mereka lah sebabnya panggil tu menunjukkan kita menganggap mereka lebih mengetahui sesuatu daripada kita. Kira upgrade la sikit tanda hormat tu. Takdelah risau kalau-kalau kita terkecikkan hati orang dengan kata panggilan yang tak sesuai.

Lepas ni rasa macam nak cuba cari satu perkataan yang boleh pakai untuk semua golongan kat Malaysia lah. Senang sikit nak guna nanti. Agaknya apa yang boleh mengganti perkataan mu'allim tu ya? Kalau panggil 'orang yang mengetahui', macam panjang sangat.. Hurmm.... Siapa ada idea, bolehlah share... ^_^

4 comments

Abu Basyir | October 21, 2008 at 9:06 PM

saya amat tertarik dengan kisah yang dipaparkan. Saya adalah bekas penuntut University off Jordan tahun 1992-1997, tentunya masih segar dalam ingatan kenangan seperti itu Sila hubungi saya jika ada info info terkini jordan Sejak pulang ke tanah air, saya langsung terputus maklumat.

Ainul Arina | October 22, 2008 at 4:24 AM

abu basyir:

ahlin ya abu basyir... ni kiranya super senior lah di jordan nih ya.. insyallah, ada masa saya cerita latest new di jordan.. ^_^ rajin-rajinlah singgah sini untuk dengar kisah urdun..

Abu Basyir | October 23, 2008 at 7:39 PM

Ya lah pasal gantinama pada orang2 Malaysia ni agak susah sikit. Tak kena gaya kena hamun. Macam ainul saya panggilkan Ukhtie boleh tak. Abu Basyir adalah nama dalam blog sempena mengambil nama anak kedua saya- Nu'man Basyir. Adapun anak ana yang pertama adalah Luqmanulhakim yang dilahirkan pada 21hb.Mac 1997 di Amman, Jordan iaitu sehari selepas hari sambutan kelahiran AlMalik Hassan adik kepada AlMalik Hussain. Jadi gelaran saya yang sebenarnya adalah Abu Luqman @ Abi Man. Nak panggil mana mana pun ana tak kisah. Ok selamat bercuti .

Ainul Arina | October 24, 2008 at 11:31 AM

abu basyir:

owh, boleh je nk panggil saya mcm tu. owh, sebab itu sy confius yang mana satu abu luqman atau abu basyir.. sama saja rupanya.. ^_^ sy panggil abu luqman lah.. lebih betul caranya kan?

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images