Irbid wilayah wanita sahaja ke?



" Eh, nak tanya boleh? Irbid ni wilayah untuk wanita sahaja ke? " tanya sorang kawan selepas singgah di blog saya dan melihat gambar-gambar raya yang saya pamerkan.

Terdiam sebentar juga saya melihat kata-kata kawan saya dalam ym tu. Tiba-tiba terbayang juga pertanyaan dari keluarga dan sanak saudara saya sewaktu mereka melihat-lihat koleksi photo sepanjang setahun tinggal di irbid.

" Ina, gambar budak lelaki langsung takde ke? "

" Kak Ina, asal semua gambar perempuan je? "

" Arina, gambar budak lelaki mana? Nak tengok juga muka budak-budak jordan kat sana."

Eh, baru saya terperasan yang memang saya tak ada langsung walau sekeping gambar student-student JUST yang lelaki dalam simpanan saya. Erm, nak jawab macam mana ek?

Last-last saya sengih je lah. Nak buat macam mana. Memang saya tak ada langsung gambar bersama mereka atau gambar mereka sahaja. Tup-tup ada pula yang bertanya..

" eh, ko anti lelaki ek? "

" korang memang tak kawan ke lelaki ngan perempuan kat sana? "

Pulak dah... Ada ke? Muka saya muka anti lelaki ke kak?? Tergaru-garu kepala juga saya nak terangkan pada mereka situasi di Irbid ni macam mana. Yelah, suasana sini dan sana lain. Takut tak sampai maksud karang, ada pula yang salah faham.

Sebenarnya bukan saya langsung anti kaum bernama adam. Mereka tetap penting dalam hidup nih. Kalau tak buat apa Allah cipta mereka, ye tak? Tak bolehlah cakap kita tak suka pihak sana. Saya neutral sahaja!

Di Irbid ni, biah nya agak terkawal. Pergaulan antara lelaki dan perempuan sangat terjaga. Alhamdulillah, memang saya suka suasana ni. Kami masih boleh bergaul tapi pergaulan mestilah berdasarkan urusan semata-mata.

Saya akui memang saya tak rapat langsung dengan mana-mana lelaki kecualilah keluarga dan sanak-saudara saya sahaja. Sebab itu, dalam koleksi foto saya, sangat susah nak nampak gambar kawan lelaki. Nak bergaul pun mengikut masa dan suasana, inikan pula nak bergambar bersama. Itu bukan cara saya.

Lainlah kalau kami bergambar juga atas urusan seperti gambar kelas, gambar persatuan dan gambar-gambar aktiviti yang melibatkan lelaki dan perempuan. Itu pun sekarang sangat susah nak jumpa sebabnya banyak aktiviti kami diasingkan. Aha, lagi saya suka! Sebabnya saya bebas sikit kalau ada perempuan je.

Saya berkawan je dengan semua. Tetapi macam yang saya kata, semuanya bergantung pada keadaan. Berlainan jantina antara faktor cara saya berkawan juga berlainan. Bergantung pada keadaan. Kalau ada yang bertanya sesuatu, saya masih boleh buka mulut dan menjawab. Saya bersikap profesional.

Seperti yang kita tahu, Islam membenarkan ikhtilat bergantung kepada syarat. Yang saya ingat adalah kerana pendidikan, perubatan, dan jual-beli. Ada lagi rasanya tapi saya lupa. Ah, nanti saya semak yang sebetulnya dan saya akan postkan di sini tentang tatacara ikhtilat yang dibenarkan.

Saya hanya berpegang pada syariat bahawa hubungan lelaki dan perempuan ada batasan. Mungkin sebab itu, saya kurang rapat dengan kawan-kawan lelaki. Saya masih ada kawan cumanya pergaulan kami perlu dibataskan. Kawan lelaki dan perempuan lain caranya.

Mungkin juga kerana agak trauma sebab di sekolah dulu selalu sangat kena gosip dengan budak-budak lelaki. Kenapa entah? Nak kata lawa, ramai lagi yang comel-comel di sana. Agaknya sebab dulu asyik kena suruh buat kerja dengan mereka yang berkenaan, lama-lama jadi bahan perhatian orang pula.

Di sekolah rendah dan menengah sama sahaja. Pernah juga saya menangis sebab tak tahan. Malunya Ya Allah.... Tak dapat nak digambar dengan kata-kata.. Rasa macam rendah sangat maruah bila nama dicanang begitu rupa. Mungkin itu juga sebab kenapa saya kurang rapat dengan lelaki. Takut semua tu jadi lagi.

Usah risau. Saya masih boleh terima kehadiran kaum adam di sekeliling saya. Bila dewasa nanti, skop pergaulan saya akan jadi lebih meluas kepada masyarakat. Sudah pasti akan ada ramai kaum adam di sekeliling saya. Mungkin kawan sekerja, pesakit, kenalan dan ramai lagi.

Tapi itulah, saya jenis yang agak menjaga perhubungan. Bila ada urusan, saya masih boleh berhubungan. Kalau tak ada urusan, saya lebih suka mendiamkan diri. Kalau orang tak sapa, buat apa saya nak bermesra. Tiada istilah untuk takut pada lelaki. Malu mungkin ya. Tapi yang selebihnya, saya hanya berjaga-jaga.

Sepupu-sepapat belah ayah saya kebanyakannya perempuan, kalau belah mak pula kebanyakannya lelaki. Kami semua rapat-rapat belaka. Kecil besar semua sekepala. Jadi tak bolehlah nak kata saya tak reti bergaul dengan golongan berlainan jantina. Saya ada cara saya. Maka, itulah saya sekarang..

Tak kisahlah orang nak kata apa pada saya. Janji saya tahu apa yang saya buat baik untuk diri saya. Setiap orang ada pandangan masing-masing. Terpulanglah.. ^_^

===================================================================================

p/s: Jauhi diri dari gerakan feminisme...! Hehe, promote2x!!

9 comments

PrinCeSS | October 6, 2008 at 3:59 AM

bes kan kalau de aktiviti2 tuk pompuan je..kite bebas nak buat ape
seronok rasenye dapat hidup dlm suasana cam jordan tu..yela, dapat elak maksiat, fitnah dll..

Ainul Arina | October 6, 2008 at 2:22 PM

princess:

betul2!! hehe.... seronok gak kalau ada aktiviti perempuan jer.. alhamdulillah la kat sini terjaga sket.. kat korea macam mana? mesti susahkan? dah la uni maya dua tiga je budak malaysia.. sabar la ek!

saifuddin | October 6, 2008 at 4:49 PM

tak mengapa menjadi feminist atau female chauvinist, asalkan beraliran kanan.

izzahibrahim | October 6, 2008 at 7:55 PM

wah3...
tak sangka la arina..kte pun ditanya soalan2 mcm tu jugak..hehe~
pening kepala nak jawab...mcm2 org ckp kan...haihh..

tapi xper..selagi kte tak salah dan berada pd jln yg betul nak risau ape kan...=p

myfisol | October 6, 2008 at 11:05 PM

salam aidifitri,

sebelum tu bro dah kembali berblog kat blogspot semula..rindu pula dengan blog bro tu...

bagusnya kalau kita semua tahu tentang batasan pergaulan lelaki & perempuan..pasti sejahtera dunia ini..

tapi bro selalu komen kat blog ainul ni ok ke?..nampak gayanya lepas ni kena ajak k.mai sekali-sekala singgah sini..:)

Ainul Arina | October 7, 2008 at 4:34 AM

saifuddin:

beraliran kanan? maknanya yang ebraliran kiri tu macam SIS tu ke?

izzah:

aiwah!!! betul sangat-sangat tu.. nak buat macam mana, orang ada pandangan masing-masing, so pada yang tak faham, kita la kena fahamkan. ^_^

bro fisol:

welcome back bro..! yup, itulah masalah sekarang. ramai tak tahu batas antara lelaki perempuan, so makin banyak masalah yang timbul.. ish5!! uiks, kenapa tanya macam tu? hehe.. nope, saya tak kisah pun. ajak je la kak mai ke mari.. boleh ainul kenal dia sama.. ^_^

Fatehah | October 8, 2008 at 11:38 PM

bgos lah mcm tu..
kt tempat aku ni ya rabbi pergaulan bebas..bukan senior x larang, tp diri sendiri x nk ikut..
bnyk kali ak terserempak ngn pelajar msia yg keluar berduaan..
bi'ah kmi x serupa cm kt cairo..
mgkin sbb yg dtg kesini sbb dihantr dan bukannyer ats pilihan msg2..
mostly dak2 mrsm yg hampir sume xde basic arb..

ak pk klu boleh dan selagi mmpu ak xmo mintak pertolongan boys..ceihh ayat..haha..nak berdikari weyh..haha

PrinCeSS | October 9, 2008 at 4:46 PM

kat cni terpaksala bergaul ngan semua..sbb majority student kat department lelaki..maybe 80% kot..huhu
tapi dela batas die kan..^^
rindu lak nak g party pompuan je cam jordan.bukan main rancak minah2 arab menari..bes2

Ainul Arina | October 9, 2008 at 10:23 PM

fatehah:

erm,susah jugalah kalau dah macam tu.. kena stat tarbiyah dari awal.. insyallah allah permudahkan.. chaiyok!!!

princess:

girl's party in jordan? aigoo, sgt pening la kalau join... bisingnya, dancingnyer..kang dapat culture shock plak.. hehe... diaorang lagi hebat...

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images