Hati Penuh Wardah

Salam

Malam ni makin terasa pula kesejukannya. Rakan-rakan serumah semua sudah berbungkus sweater, selimut, stokin, sarung tangan dan juga mafla walaupun hanya di rumah. Nasiblah dapat duduk kawasan cepat sejuk. Belum musim sejuk pun kami sudah mengigil-gigil. Waktu-waktu begini memang meja study akan sentiasa dijauhkan. Sejuklah! Baik study atas lantai saja.

Sebenarnya saya sekadar mahu berkongsi kisah semalam. Ada konspirasi mahu memberi kejutan pada saya tapi sayangnya saya sudah hidu awal-awal. Hehe.. Maaflah, terkantoi pula kamu semua ya. Tak apa, yang penting saya masih terharu pada rancangan majlis hari hari mengejut itu.

Saya pula telah menghancurkan beberapa rancangan mereka malam itu. Sudahlah langsung tidak pulang ke rumah sepanjang petang, terdatang pula ke tempat yang dijanji lebih awal dari tukang bawa kek. Nasib baik saya cuma angkut sorang sahaja datang teman. Kalaulah saya bawa serombongan teman, macam manalah huru-haranya karang. Itulah, nak buat kejutan sekali mereka yang dikejutkan. Hehehe.... Ini mesti gara-gara mahu membalas kembali komplot WakenaBeb 17 Oktober lalu yang kami ramai-ramai atur untuk seorang ahli bayt saya juga! Tapi tak menjadi sangatlah korang. (^^,)Y

Semalam menjadi antara hari paling seronok saya dalam bulan Oktober ini. Dari pagi saya tidak putus-putus mendapat rezeki yang berlimpah-ruah. Alhamdulillah dalam peperiksaan saya kali ni rezeki saya lebih dari sebelumnya. Waktu pulang pula, saya sempat menelefon keluarga dan berjalan-jalan membeli barang dan window shopping di sekitar Syari' Jamiah. Ramai pula yang membelanja saya hari ni. Waktu bertandang ke rumah baru Ameerah, Iman dan Kak Khalilah pula saya disiap dijamu buka puasa dan diajak tidur semalam di situ sambil buat aktiviti rutin kami. Sekali pada malamnya pula tiba-tiba ada orang aturkan kejutan majlis hari tadi. Mana tidak berbunga-bunga hati sepanjang semalam.. ^_^

Sepanjang malam saya dan Ameerah tengok cerita Jepun sambil buka cerita masing-masing. Esoknya sambung dengan Iman pula. Balik rumah pula bila buka komputer banyak benda yang saya tunggu-tunggu dah saya dapat. Alhamdulillah.. Hurm, sakan saya meraikan diri sendiri semalam. Lepas ni saya kena usaha lebih giat lagi. Kalau berjaya lagi melaksanakan rancangan pada diri sendiri, bolehlah saya kasi hadiah lagi pada diri sendiri.

Sebenarnya saya dalam usaha melatih diri lebih berdisplin sekarang. Sebab itu bila semalam ada di antara rancangan saya yang berjaya, saya beri upah pada diri. Macam seronok pula rasanya. Tak adalah terbeban sangat. Tapi saya masih kena ada orang tolong ingatkan. Adalah seorang itu yang saya lantik jadi konsultan saya. Kalau saya tak ikut rancangan kami, maka terpaksalah saya dengar bebelannya sepanjang hari. Memang berkesan lah cara dia. Kalau saya tak nak kena bebel, saya kena buat rancangan itu. Kalau berjaya, dapat hadiah!

Apa-apa pun, terima kasihlah pada yang memberi sumbangan secara lansung dan tidak langsung pada kegembiraan saya semalam! Sayang korang!!

Oklah, mahu teruskan usaha lagi sekarang nih.. Doakan saya dan rakan-rakan sukses ya!

3 comments

Abu Basyir | October 27, 2008 at 4:26 PM

Kalau begitu dah tiba masanya duduk depan sobah (pemanas bilik). Siingat saya musim nilah yang paling "sengsara sedikit" kalau nak mandi ke atau ambil wuduk ke.. Rasanya nak tercabut telinga bila ambil wuduk. Tapi yang seronoknya musim ni buah buah limau banyak kot kat suq. Kalau makan oren Abu Surrah tu ingat2lah kat saya di M'sia ni. huhuhu

Jesse Mendez | October 27, 2008 at 8:08 PM

very nice soooo I would like to invite you to visit and become friendly with me at my art blog.

I hope you will come by and enjoy the variety of labels, and music videos and experiences as lived here in San Diego.

Great and hope to hear from you soon... see ya

Ainul Arina | October 28, 2008 at 7:11 AM

abu luqman:

betul3x!!
lepas ni kitaorang kerja kumpul vitamin c lah jawabnya.. ^_^ musim ni memang agak sengsara jugak kot.. suhu turun, bil naik, duit turun, macam-macam.. tapi semua derita hilang bila salji turun.. hehe...

jesse:

i would be my pleasure to do that.. thanks for visiting me jesse. ^_^

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images