Fractured Brotherhood

3:01 PM 8 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Pernah dengar tajuk di atas? Itu datangnya dari mulut seorang pakar psikitiari saat membicarakan tentang ukhwah. Boleh nampakkan unsur-unsur medikal di dalamnya? Hehe..

Sekadar mahu berkongsi tentang gejala 'fractured brotherhood' di dalam masyarakat kita. Fractured Brotherhood maknanya keretakan dalam ukhwah. Keretakan itu pula berbeza dengan kehancuran dalam ukhwah. Apa bezanya? Kalau retak, masih boleh dipulihkan. Kalau hancur pula, tak ada harapanlah nak baik pulih semula.

Fractured brotherhood ini sangat normal dalam kehidupan kita. Tambah-tambah pada mereka yang sudah lama menjalinkan ukhwah bersama-sama. Paling kurang, kadang-kadang mesti ada 'hair-lined fracture' dalam ukhwah mereka. (oh ya, hair-lined fracture itu adalah satu keretakan halus pada tulang yang sangat susah bagi doktor-doktor untuk detect kecuali yang benar-benar teliti..)

Ada banyak faktor terjadinya fractured brotherhood. Paling utama ialah faktor sikap dan sifat. Apa sikap utama yang boleh menyebabnya ukhuwah itu retak? Secara saintifiknya ada tiga:

1. Paranoid Personality Trait
--> Paranoid itu maknanya macam takut dan cepat buruk sangka. Kata doktor, perangai jenis ini baik pada kadar yang sangat sedikit. Kebaikannya, orang itu akan mudah berjaga-jaga dalam sesuatu hal.Maka, kita perlu ada juga. Tetapi trait ini akan jadi masalah bila ia menjadi disorder. Disoder itu satu keadaan bila mana ia mampu merosakkan keamanan masyarakat. Kalau belum boleh jadi perosak, ia belum dikira disorder.Disorder disahkan bila orang jenis ini paranoidnya terlampau overdose. Sentiasa suuz-zon sahaja dengan sesiapa walaupun hakikatnya orang itu baik dan tiada apa-apa.

2. Anti-sosial
---> Masyarakat selalu salah anggap penyakit ini. Anti-sosial berbeza ya dengan asosial. Kalau orang itu berperangai seperti kera sumbang, itu bukan anti sosial. Itu namanya ASOSIAL. Anti-sosial ini orangnya jenis trouble-maker. Ciri-ciri orang anti-sosial ada tiga:
1. Suka langgar hukum peraturan tanpa segan silu
2. Langsung tak rasa bersalah bila buat salah
3. Tidak dapat eblajar melalui hukuman a.k.a tidak makan saman
Orang berpenyakit ini sangat-sangat bahaya! Kerana mereka mampu melanggar keamanan masyarakat sekeliling. Paling serius kalau pesakit ini cuba mengambil kesempatan pada semua benda di sekelilingnya untuk tujuan diri sendiri.

3. Amrad Al-Qalbiyah (Penyakit-penyakit hati)
----> Merangkumi segala jenis penyakit hati yang lain. Contoh takbur, dengki,pentingkan diri dan lain-lain. Yang kumpulan ini yang paling merbahaya berbanding yang lain-lain. Kesaannya sangat besar kerana pesakit ini biasanya mampu mengkucar-kacirkan masyarakat dan menyebabkan suasana jadi lintang-pukang. Sangat buruk kalau seorang daie ada penyakit ini kerana ia menyebabkan konsep imej ijtima'iyah+ rabbani dalam sesuatu dakwah dicemari dan disalah anggap.

Maka, seharusnya kita elakkan diri kita daripada terkena penyakit-penyakit ini. Ini adalah penerangan secara saintifik dari sudut psikitaric ya! Disahkan dengan penuh yakin oleh pakar psikitaric itu sendiri.

Oh ya, macam mana nk selesaikan masalah fractured brotherhood?

Kata beliau : Sila jadi berani bermuhasabah face to face! Kalau tidak pun, mintalah pada yang lebih rapat dengan si dia untuk berbincang dengannya. Jangn dibiar ukhwah terus fractured hingga damage kecai-kecai.. Yang hanyut, segeralah ditarik..

Info ini sangat menarik bila agama dan sains disatukan. Terasa sangat ketara logiknya kan? Itulah baiknya bila seorang profesional mampu bicara tentang agama. Senang nak fahamkan mereka yang perlu bantuan penerangan logik akal. Tapi yang penting, wahyu mesti kena kekal petunjuk nombor satu!

Tertungu-tunggu pula penerangan dari bidang lain.. Apa pula ya rasanya bila penerangan sebegini diaplikasi dalam bidang lain dengan menggunakan perkataan-perkataan khusus mereka? ^_^

Eh, jangan lupa pada isi utama. Harap kita semua dapat ambil iktibar dari info ringkas ini.. Binalah ukhwah biar kukuh hingga ke akhirat sana.. Elakkanlah berlakunya fractured brotherhood dan paling penting jangan sampai ia mengalami necrosis ( keadaan bila mana sel mati secara berjemaah disebabkan penyakit).. ^_^

8 comments

Write comments
October 24, 2008 at 8:30 PM delete

sains dengan agama mesti satu.. tapi bila baca entri ini.. otakbukanbio ini kena baca ulang2..

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 24, 2008 at 10:54 PM delete

CriticalThinker:

Hehe.. Maafla ye CrittcalThinker.... Saya tak reti nak translate guna bahasa engineering.. ^_^ Otak ini bila masuk bahagian fizik2, jadi slow sket...

Reply
avatar
yellowrose
AUTHOR
October 24, 2008 at 11:55 PM delete

heheh..bagos tros updet..

ainul...penyakit hati tuh amrad qlbiyyah..bukan amrar..rasenyela..

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 25, 2008 at 12:02 AM delete

kak asma:

owh yeke? hehe.. thanks betulkan.. hehe.. besalah, terlari fokus skjap smalam...

Reply
avatar
frenzy
AUTHOR
October 25, 2008 at 3:32 AM delete

pergh Dr. Ainul.

weyh, ape kate gune perkataan infarction instead of necrosis.
ala2 myocardial infarction gitu.
heh heh.

Ainul blogger yg berjaye.
geee.

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 25, 2008 at 4:33 AM delete

arina:

infarction? erm, cadangan yg agak bagus.. nanti kita buat utk post seterusnya ya?

p/s: baru terperasan. kenapa bila asal dekat exam, kita selalu cakap macam ni ha? gara-gara penangan anxiety disorder ke?

Reply
avatar
mahasiswa
AUTHOR
October 26, 2008 at 3:23 PM delete

salam. post yang menarik.
ukhuwah juga tu ibarat jalinan dalam DNA.Complementary with the other. Kalau ade problem, boleh menyebabkan mutation. so, perlu di repair, tahap mana nak repair nilailah pada kerosakan, direct,excision, mismatch or recombitional repair.

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 26, 2008 at 10:32 PM delete

naqeb:

wah, pengaplikasian yang sangat mantap! betul3x! ^_^ semangat kegentikan yang ketara.. hehe...

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *