Erti Sepasang Sepatu

7:48 AM 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Hari tu saya ada beritahu bukan yang saya mahu letakkan puisi senior Khairil Idham di sini? Ha, sekarang dia sudah beri kebenaran.. Inilah puisinya~

Sepatuku

Di rak kasut,
sepasang sepatu perang,
yang kubeli di Manchester,
cuti musim sejuk di Moscow.

Dari Murmansk, Kutub Utara,
melewati benua Eropah,
hingga ke Tanah Arab,
sepanjang jalan komunis,
terus ke lorong perestroika di Rusia,
kembali di bumi bertuah Malaysia,
antara sawah bendang Teluk Intan,
dan sub-urban bandar Seremban,
sepatuku sudah jauh berjalan.

Benarkah kata orang,
jauh berjalan, luas pengalaman?
apakah yang kukutip sepanjang jalan?
tumit sepatuku sudah haus,
hanya terkumpul habuk dan debu.

Dan apa pula dikumpul aku,
sepanjang perjalanan lalu?

Seremban, NS
Khairil Idham Ismail
Jumaat, Oktober 17, 2008

~Bagaimana? Mendalam kan maksudnya? Tentang perjalanan hidup yang telah kita habiskan.Apakah penuh dengan ilmu atau hanya ada debu seperti yang dikumpul sepatu. ~

Kalaulah hidup ini tidak ubah seperti sepatu, rasanya layakkah kita digelar manusia?

Ambilah puisi ini sebagai iktibar. Semoga hidup kita tidak sekadar penuh dengan bukit-bukit debu yang terkumpul sepanjang perjalanan tapi lebih kepada sesuatu yang lebih berharga dan bermakna kepada kita sebagai hamba Yang Esa.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nota: Kredit khusus buat senior Khairil! Terima kasih kerana berkongsi karya.. (^_^)Y

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

3 comments

Write comments
Abu Basyir
AUTHOR
October 27, 2008 at 4:18 PM delete

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Syabas buat Akhie Khairil Idham. Sajak yang mempunyai nilai mesej yang tinggi.Sekali lagi diucapkan tahniah serta terima kasih kepada Ukhtie yang sudi mengongsikan sajak tersebuat buat tatapan pengunjung2 blog. Seandainya kalau tidak keberatan saya minta izin kepada Ukhtie dan pengarang untuk siarkan sajak ini dalam blog saya

Reply
avatar
arryani
AUTHOR
October 27, 2008 at 11:37 PM delete

Salam Ziarah.

I likeee

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 28, 2008 at 7:10 AM delete

ab luqman:

wa'alaikumsalam..
terima kasih.. insyallah nanti saya sampaikan pada dia

arryani:

selamat datang ke blog ni.. ^_^

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *