Cerita Raya

Assalamualaikum..

NOTA RAYA PERTAMA:

Semangat bangun pagi-pagi buta lagi sebab takut kena solat kat luar masjid macam ramai yang kena tahun lepas. Kononnya merancang nak ke masjid Jamiah Yarmouk tapi sebab kelewatan menunggu orang dan hujan pula yang tetiba turun di pagi hari, saya terpaksa melangkah solat di masjid Taal sahaja. Takpelah, walaupun hanya sesuku sahaja akhawat malaysia di situ sebab ramai berkumpul kat Masjid Jamiah Yarmouk tapi dapat jugalah solat raya dengan sempurna dalam masjid.Istimewanya pagi ni, saya terserempak dengan sohibul-bayt(tuan rumah) saya dalam perjalanan ke masjid. Maka, kami sama-sama jalan dan solat sebelah-menyebelah macam ibu dan anak. Wa!!! rindu mama kat Malaysia... Dah la Ummu Faisal tu pun kitaorang panggil mama.Dia dah macam mak sendiri di Jordan ni. ^_^ Di masjid, saya jadi antara orang melayu terawal datang. Macam malu sendiri pula sebab orang arab semua baju warna hitam koko belaka. Sekali kita masuk, berwarna-warna habis surau tu. Nasib baik lepas tu ramai budak Melayu join sekali. Takde lah segan sangat. Hehe...

Lepas solat, saya terus ke Masjid Jamiah Yarmouk. Waktu habis solat raya ni selalunya waktu pelajar-pelajar melayu bersalaman sesama sendiri sebab waktu ni memang semua berkumpul ramai-ramai. Tahun ni kuantiti pelajar melayu dah meningkat sikit sebab dekat 100 orang baru datang ganti 10 student lama yang dah grad. Makin sesak jadinya.Tapi takpe je, meriah... (^^,) Lepas raya, kami terus serbu sakan 12 yang buat open house raya pertama. Sakan 12 maknanya ada 12 rumah dalam satu bangunan. Semuanya melayu. Memang semput juga lah.. Tapi takpe, setahun sekali je pun. Makanan paling femes tahun ni soto. Kenapa ntah.. Sebab baru balik malaysia kot, habis bahan yang banyak tu semua tetiba ada kat Jordan. Hehehe... Tahun ni, semua makanan asasi raya ada. Lodeh,nasi impit,lontong,rendang tok,soto,mee dan lain-lain semua ada. Memang sangat sedap tapi saya cuma makan beberapa suap serumah sebab banyak sangat rumah ada.Perut tak cukup. ^_^ Selalunya kami share sepinggan dua tiga orang. Hurm, mengeratkan ukhwah la kan..

Habis pusing satu sakan, kami bergerak ke hijazi pula. Saya jalan dengan Adilah, Fathiyah dan dua junior baru. Habis juga la memusing ke rumah senior-senior Yarmouk. Terasa macam kanak-kanak pun ada. Jalan ramai-ramai dengan kengkawan pergi beraya. Cumanya beza kami tak dapat duit raya lah.. Kalau ikut penat, memang tak terkira. Tapi mengenang janji dan mengerat ukhwah, paksa gak kaki berjalan. Bila lagi nak pergi rumah akak-akak ni kalau tak waktu-waktu begini kan? ada sesetengah rumah senior menjadi port R&R.. Thanks ya akhawati.. Uhibbuki fillah...

Jalan-jalan ziarah raya habis tepat azan maghrib.Tolak campur sudah dekat 17 rumah kami berziarah.Destinasi terakhir di Bayt Tasneem. Terkocoh-kocoh saya pulang. Waktu malam di Hari raya sangat merbahaya. Ramai arab badwi dan arab-arab kampung keluar ke jalan-jalan raya bersama keldai-keldai mereka. Kegiatan utama selain jalan-jalan cuci mata adalah mengacau orang. Kawan sendiri sudah kena ganggu di pagi hari waktu sedang berjalan secara berkumpulan. Entahlah, sedikit pening dengan cara remaja arab beraya. Keluar melepas-lepak di tepi jalan sambil memakai baju ala-ala baju trendy. Sambil jalan sambil makan aiskrim dan usyar-usyar orang. Kalau di waktu malam lagilah hebat. Sepanjang jalan penuh seperti pasar malam di Malaysia. Riuh,bising,asap rokok merata alam semuanya buat saya lebih senang di rumah. Kalau nak beraya pun, area duwar kubah jelah. Syari' Jamiah diblacklist time malam kecuali terpaksa. Mengelak darah menggelegak menyaksi ragam manusia yang pelik-pelik dan menyakitkan mata. Ramadhan pergi, semua jadi gila. Saya tak suka. Titik.

NOTA RAYA KEDUA:

Rancangan hari ini kita beraya di MSD. Dengarnya Irbid hantar 4 bas. Wah, pasti meriah!! Sambil menunggu di duwar kubah, saya menghadami buku Tuhan Manusia karya Faisal Tehrani. Memang asyik. Terlupa sebentar dengan kegeraman saya pada sikap manusia sekeliling yang tidak tahu menghargai masa. Spanjang perjalanan, saya banyak bersama buku novel tersebut. Alang-alang tengah cuti, inilah masanya nak ulit buku novel puas-puas. ^_^ Owh, nampaknya pasukan Irbid paling awal tiba di MSD. Sudah ramai memenuhi ruang utama,maka kami yang kemalasan nak berebut terus ke halaman bawah. Duduk bersantai sambil berkenal-kenalan dan bergambar-gambaran.Yang lebih best, nasib kami yang melepak di ruangan bawah lebih baik mungkin sebab dapat makan awal.Sebabnya saya tak sarapan pagi tadi jadi lapar jugalah..

Seusai makan, kami sembang-sembang dengan rakan-rakan lama yang tak berjumpa. Kemudian pergi ke masjid solat. Lepas solat,kami berjumpa dengan rakan-rakan dari Mafraq dan Mu'tah yang baru tiba. Wah, makin meriah jadinya. Fokus saya mestilah pada anak-anak perak yang ramai dari Mu'tah. Gembiranya jumpa mereka. Kata orang jumpa teman sekampung la kan.. Habis keluar loghat asli kitaorang. Hehe..

Eh,eh.. ada VVIP datang tahun ni. Siapa? Tengku Muda Pahang.. Baru tiba dari Palestin.Isy, Puan Julita Aisyah tak datang la plak.. :P Baginda menangis sebak tadi sewaktu berucap sebab tak dapat gambarkan perasaan dapat solat di Masjidil Aqsa. Wa, cemburunya saya!!! Bila waktu saya nak solat situ pulak ni?Pendek kata, majlis raya di MSD sangat meriah... Gembira sangat-sangat. Dapat jumpa semua orang!

Pulang saja dari MSD, terus ke open house bayt Nuzha, bayt Deens dan Bayt Syifa'. Dah berjanji, kenalah datang. Nasib baik sempat tidur sejam dua dalam bas tadi. So, fresh la sikit. Sebabnya lepas habis beraya nak kena shopping barang untuk open house esok. Ramai sudah bising bila bayt DR nak buka rumah. Mentang-mentang rumah paling jauh dan ramai tak datang lagi, pakat semua nak serbu sekarang ek?Takpelah.. Saya suka saja. Malam ni sedikit geram dengan pakcik teksi yang sengaja gurau-gurau konon lawak dengan kami dengan mengecas tambang teksi dari syari' jamiah ke masjid taal sebanyak 4 jd. Wei, melampau tu! Dah sama ngan tambang gi JUST yang dekat 20 minit tau! Bila kami ternganga baru dia gelak-gelak.. Kurang asam punya pakcik. Dah la tadi asyik merungut sebab jalan sesak. Menakutkan orang je..

Aktiviti terakhir malam ni pergi raya Bayt Al-Fatih. Aish,maaflah akak. Jiran paling dekat ni yang paling lewat datang yer. Pukul 10 malam baru jenguk muka. Tu pun lepas ditelefon suruh datang jugak. Ampun beribu-ribu ampun. Hehe... Sedap mee bandung akak..!(bodek..bodek..) :P. Oklah, saya mencoret di kala jam sudah pukul 2 pagi. Esok nak kena bangun awal nak bersiap open house. For akhawat only. Rumah kami ambil turn lepas zuhur. Esok ada 6 rumah buat open house juga. Siapa nak datang, sila lah yer.. (terpikir lagi, bila nak ke rumah mama (ummu faisal) seperti yang dijanji..hish..)

Oklah, setakat ini dahulu coretan di hari raya sepanjang dua hari.. Macam-macam dah jadi. Suka duka semua dah campur warna. Alhamdulillah, so far raya kali ni labih baik dari raya tahun lepas agaknya. Cuti masih berbaki 3 hari. Macam-macam benda nak setel sebelum mula balik kelas. Harapnya semua kerja berjalan lancar. Masih mengitnai-ngintai masa untuk menelaah pelajaran di celah kesibukan raya ini. Ops, pada diri sendiri yang sedang ralit dengan komputer, sila sedar anda exam lepas raya.. Huhu.. ok. cukup setakat ini. Ma'assalamah.. ^_^

2 comments

qisti | October 7, 2008 at 5:29 AM

ehem ehem! xnmpk nasik minyak pn dlm list mknan raye tuh...

Ainul Arina | October 8, 2008 at 9:30 AM

eh, alamak umah ko buat nasi minyak ek? bukan nasi lemak ke? hehehe.. takpelah, aku sorang je tahu.. kang ramai jeles .. :P

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images