Buah Zaitun

6:26 AM 5 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Saat ini saya baru sudah menghabiskan beberapa topik ulangkaji untuk peperiksaan pathology akan datang. Sedari tadi, di luar tingkap bilik saya asyik kedengaran suara baba dan cucunya yang sedang mengutip buah zaitun dari pokok. Dari minggu lepas lagi baba buat aktiviti ni.

Kalau dulu, musim buah tin meranum,sekarang tengah musim tuai buah zaitun dan buah delima pula. Tapi pokok delima depan pintu kami ni macam bermasalah. Buahnya busuk sebelum gugur. Alhamdulillah buah zaitun okay sahaja.

Setiap pagi dalam pukul 6.40, baba akan datang ke kawasan rumah kami untuk kutip buah zaitun. Buah zaitun dipetik seperti buah epal. Satu persatu dari atas pokok itu. Hairan juga saya. Kenapa tak goncang sahaja pokok tu? Mungkin baba tengah cari buah yang terbaik sahaja kot. Lepas dikutip, baba kumpul banyak-banyak depan pintu rumah kami.



Saya terfikir nak cari khasiat buah zaitun. Dengarnya buah ni sangat istimewa. Minyak zaitun dah terkenal dengan khasiat kecantikan dan kesihatan sejak zaman purba lagi.

Minyak zaitun adalah sejenis minyak sayuran yang diperolehi daripada buah zaitun (nama saintifiknya, Olea europaea L.). Pokok zaitun ialah pokok tradisional di delta Mediterranean. Homer, seorang cendekiawan Greek purba memanggil minyak zaitun sebagai "emas cair" (liquid gold).

Ia digunakan untuk pelbagai tujuan: untuk memasak, kosmetik, sabun dan bahan bakar untuk lampu-lampu minyak tradisional.Mengurang/mengatasi penyakit jantung koronari & angin ahmar.Ia dianggap minyak dietari yang sangat menyihatkan disebabkan kandungan lemak monounsaturated (terutmanya asid Oleic) dan polyphenols yang tinggi.

Khasiat:

1.Jika minum 2 sudu besar setiap hari, boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari kerana lemak monounsaturated (tak tepu) dalam minyak itu. Minyak zaitun dikatakan menggantikan jumlah yang sama bagi lemak tepu dan tidak meningkatkan jumlah keseluruhan kalori yang kita makan setiap hari. Khasiat ini diumumkan pada 1 November 2004 oleh Food and Drug Authority (FDA) Amerika Syarikat selepas pengeluar-pengeluar membuat permohonan kepada FDA.

2.Kajian pada tahun 2005 juga mendapati minyak zaitun baik untuk keanjalan arteri.Keanjalan dinding arteri mengurangkan tekanan vaskular dan dengan itu mengurangkan risiko serangan jantung dan angin ahmar (stroke).

3.Ia dianggap rawatan kesihatan semula jadi (natural health remedies).

4.Extra-virgin oil melembapkan kulit, termasuk muka.

Manusia zaman purba menggunakan minyak zaitun untuk perubatan, bahan bakar dan membuat sabun. Orang Greek misalnya menggunakan minyak zaitun sebagai bahan mandian. Ia dikatakan boleh menghalang alergik.

Juga digunakan sebagai pelembap bibir (lip balm), syampu, minyak mandian, losyen tangan, sabun, rendaman kuku, minyak urut, rawatan kelemumur. Jika hendak dijadikan bahan rendaman kuku, elok digunakan minyak suam. Minyak zaitun boleh buat face mask jika dicampurkan dengan clay mud atau avocado. Biarkan 5-10 minit dan kemudian renjis dengan air. Juga boleh digunakan untuk mengatasi psoriasis dan kulit kering.

Lebih istimewa lagi zaitun juga merupakan satu buah yang digunakan oleh Allah sewaktu bersumpah. Allah bersumpah dengan buah Zaitun kerana padanya terdapat sumber makanan dan ubatan. Segala yang terdapat pada pohon zaitun memberi manfaat kepada manusia bermula dari minyak, kayu, daun dan buahnya. Minyak zaitun amat terkenal di kalangan orang Arab kerana cahaya yang dipancarkannya bersih bertepatan dengan firman Allah:

Maksudnya:

Lampu itu dinyalakan dengan dari pokok yang banyak manfaatnya, pokok zaitun yang bukan saja disinari matahari ketika naiknya dan bukan sahaja ketika turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari)hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya yang bersinar(kerana jernihnya) walaupun ia tidak di sentuh api..,

Rasul pernah bersabda Ertinya: ’Makanlah buah Zaitun dan gunalah minyaknya kerana itu adalah buah berkat. Kita pasti tidak akan mendapat keberkesanannya tanpa mencuba terlebih dahulu.

Wah, hebatkan buah ni? Tertunggu-tunggu juga apa baba nak buat dengan buah zaitun sebanyak tu. Makin hari makin meninggi timbunan buah zaitun depan pintu kami. Kadang-kadang saya tolong gak capai mana yang patut dan lawa-lawa untuk letak sama pada timbunan tu.Harapnya lepas ni bolehlah nak temuramah baba atau mama pasal buah zaitun ni. Macam best je.. ^_^ Andai kata mama nak buat minyak dengan buah zaitun tu, bolehlah kami nyibuk sama tanya cara.. Kalau untung boleh dapat minyak free.. Hehe..

5 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
October 17, 2008 at 9:28 AM delete

buah zaitun dpn umah??
igtkan umah kat msia..umah kat joden rupenye..buat tekezut aku je..ko ni cinul..huh

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 17, 2008 at 10:36 AM delete

anon:

erk, ada ke zaitun dkat malaysia? hehe.. ni siapa ek?

Reply
avatar
NaiLoFaR
AUTHOR
October 21, 2008 at 4:32 PM delete

zaitun?
tengok sini..
hehe :p

http://quaisz.blogspot.com/

Reply
avatar
PrinCeSS
AUTHOR
October 22, 2008 at 12:55 AM delete

mule2 sampai jordan dulu, pernah rase zaitun yang belum matang lagi..pahitnye x boleh nak telan..
tapi bile dah lame2 okla..
teringat plak pizza kat sane yang selalaunye de banyak sgt hirisan zaiton..sampai x larat nak telan..^^

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 22, 2008 at 4:29 AM delete

nailofar:

wah, lagi banyak kajian zaitun di blog itu.. terima kasih ya nailofar atas info tu.. ^_^

maya:
hehe, ainul tak pernah lagi makan zaitun tak matang tu.. tenngok getah dia pun semacam je pahit dia.. estakat baru asyik belek-belek je pastu koyakkan buah then buang.. memang tak de keje.. ^_^

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *