Bila Yakin

8:31 AM 13 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Tadi waktu baru sampai lepas pulang dari klinik gigi, saya terus ke blog seorang rakan untuk mengetahui perkembangan lanjutnya tentang masalah yang dia hadapi. Alhamdulillah semua dah selesai.^_^ Tak sampai sehari pun walaupun kalau ikut logik akal macam susah nak setelkan semua tu. Lega rasanya saya lihat..

Yang mengharukan saya bila mana saya terkesan rasa keyakinan yang dia cuba sampaikan bahawa Allah pasti akan tolong dia dan dia takkan menangis. Cuba untuk jadi redha. Rasanya kalau sayalah, dengan kehilangan semua jenis kad-kad penting bukti perakuan kehadiran saya di dunia yang terasing, memang akan rasa sangat tertekan. Apatah lagi bukan setempat yang perlu dirujuk untuk mendapatkan balik semua yang hilang. Universiti, kedutaan, balai polis, Malaysia dan banyak lagi. Betapa sukarnya terkena musibah sebegitu..

Erm, nampaknya hari ni ada hidayah datang dari hujung dunia. Bahawa keyakinan pada Yang Esa pasti menjanjikan kepulangan yang cukup bermakna. Bukan senang nak letakkan keyakinan pada sesuatu yang sukar dibayangkan. Tambah-tambah mahu pula rasa marah, sakit hati dan menyesal turut datang mengetuk-ngetuk fikiran. Susahnya nak melepaskan diri dari semua tu. Kalau berjaya diam sahaja pun, pasti suasana sekeliling turut terganggu dengan aura 'jangan-dekati-saya-sekarang'.

Teringat pula kisah Rasulullah yang sangat optimistic dalam mengharapkan pertolongan Allah. Iaitu ketika peristiwa pendakwahan masyarakat Arb di Ta'if. Anak angkat nabi, Zaid bin Haritsah setelah menerima layanan buruk oleh penduduk Taif. Ketika pulang dia bertanya kepada Nabi s.a.w.: "Bagaimanakah caranya kita hendak pulang ke bumi Makkah, sedangkan orang Makkah mengetahui bahawa misi dakwah kita mendapat layanan buruk oleh penduduk Taif. Adakah penduduk Makkah akan menerima kepulangan kita, sedangkan keadaan kita begitu hina pada pandangan penduduk Makkah?"

Nabi s.a.w. memberi jawapan dengan penuh keyakinan: "Wahai Zaid, sesungguhnya Allah akan buat suatu kelepasan terhadap perkara yang engkau bangkitkan, engkau telah menyaksikan bagaimana aku menerima tentangan dari orang-orang yang memusuhiku. Tetapi sekali-kali janganlah engkau berfikir bahawa segala onak berduri yang ku lalui itu akan menyebabkan aku patah hati. Aku penuh yakin bahawa Allah SWT mempunyai cara-Nya tersendiri untuk menyelamatkan Nabi-Nya, Allah SWT tetap akan memenangkan agama-Nya.

Lihat, betapa yakinnya Rasulullah kan? Buktinya, kini masyarakat Ta'if telah kesemuanya beriman kepada Allah selepas itu. Tak cukup dengan itu, dalam Al-Quran sendiri dinukilkan bahawa Allah sesekali tidak akan membiarkan hamba-Nya menghadapi kesusahan sendirian. Siap ada doa juga pada siapa yang ditimpa musibah.


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
(QS. Al Baqarah, 2 : 286)


Kesimpulannya, setiap kali kita ditimpa musibah, cuba berbaik sangkalah dengan Allah. Insyallah, kheir... ^_^

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nota : Target seterusnya : TIngkatkan husnuz-zon!!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

13 comments

Write comments
October 18, 2008 at 1:02 PM delete

memang sekarang sudah zaman kepupusan orang macam kamu dan perempuan redha itu.. semoga kamu semua jadi teladan muda mudi..

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 18, 2008 at 2:17 PM delete

criticalthinker:

aminn... semoga kamu juga macam tu.. crtiticalthinker (adeh, panjangnyer nama nk tulis!), kamu kenal kan dia siapa? yg kena musibah tu..

Reply
avatar
ks
AUTHOR
October 18, 2008 at 5:54 PM delete

(T_T)

adik kecik, kamu mmg selalu buat ks selalu terharu :| syukran 'ala kulli hal. terutamanya doa2 dr kamu.

Ainul, jom!

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 18, 2008 at 7:13 PM delete

ks:

(^_^)Y

a friend in need is a friend indeed kan? or should i say adik yang baik adalah adik yang faham keadaan kakaknya n always be there for her? hehe... takde apalah ks, apalah sangat doa-doa dr saya.. Setakat tu je la pun yang boleh tolong.. Nak tolong lebih-lebih pun cam jauh sangat jer, tangan orang dah la pendek.. huhu..

Insyallah, if there anything i can help, saya akan cuba bantu. Lagipun dah lama kenal ks dah mcm family sendiri jer.. MW a.k.a DS tula tempat lepak orang tiap2 hari.. ^_^

Jom?? ke mana? pada CR tu pun ks kata jom.. (-_-)???? pegi mana?

Reply
avatar
October 18, 2008 at 7:14 PM delete

owh, beliau itu saya kenal dari jauh sahaja.. tapi pasti memang dia.. tiada lain nya, tiada orang sehebat itu yang pernah saya jumpa..

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 18, 2008 at 7:34 PM delete

criticalthinker:

ah, betul lah tu.. kamu memang criticalthinker.. salute!
saya pun camtu juga, belum pernah lagi jumpa orang sehebat dia...

p/s: habislah lepas ni kena ligan dengan orang tu sebab puji dia lebih-lebih.. bahaya ooo...

Reply
avatar
October 18, 2008 at 7:46 PM delete

itulah, beliau juga telah melahirkan rasa tidak puashati beliau di blog hitam itu.. maafkan kami puan sarah..

Reply
avatar
ks
AUTHOR
October 18, 2008 at 9:14 PM delete

haish kamu ni ainul. sama je dgn CT ye. jom tu ajakan ks utk kita sama2 cuba jd baik. mcm yg dibutuhkan oleh CT. jd, alang2 nak ajak org, ks ajak kamu sekali =) ye. ks mmg ada rasa nak ligan kedua-dua org ni. tp sorg di barat ks. sorg lg nun jauh di timur ks. siap kena merentas masuk ke hemisfera lain. pendam ajelah dulu. ye. CT pun ks kenal dr jauh saja. mcm kamu jgk. cuma ada sesuatu yg special pd CT. tak caya? cuba kenal dia byk2 lg ;)

ehem. ks masih cik. diulang: cik adik manis. jgn teperdaya dgn gelaran puan di atas :p

ainul, dulu ks sakit kamu titipkn doa dlm bentuk sajak. yg tu pun dh tiada tandingan bg ks. yg kali ni pun ks terharu. mcm hati ni dijentik berkata: sarah, plan la cuti winter ni gi jordan. dpt jumpa adik kecik ni =)

Ainul, jom!

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 19, 2008 at 3:46 AM delete

ks:
(^_^)Y
seronoknya ks dah hepi balik.. kalau mcm ni, nak ajak main aci ligan pun orang sanggup.. hehe..
wa...nampaknya ks cam nak kata CT ni misterious... ada something special tu.. apakah yang specialnya?? nanti sy korek yer...

@_@ aiseh ks, terharunya orang dengar ks nak ke jordan winter ni.. sila-sila.. kecil tapak tangan, gurun sahara saya tadahkan.. kalau nk datang, kasitau aja.. ditanggung beres! tempat tido makan suma ready.. alang2 kalo nk datang sini winter ni boleh sesama gi syiria skali. setengah jam aje dr sini.. contact saya tau kalau nak datang..(ha, kan orang dah excited!! )^_^

jom ks!

Reply
avatar
PrinCeSS
AUTHOR
October 22, 2008 at 12:57 AM delete

macam mana la ye kalau hilang pengenalan diri semua..
i'allah..maya pun akan cuba sentiasa berbaik sangka
thanx bagi peringatan..:)

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 22, 2008 at 4:31 AM delete

maya:

sama-sama maya.. takpe, kita kan kena saling peringatkan antara satu sama lain.. lagipun sekarang ni memang macam tgh musim orang hilang barang saja.. ainul pun baru hilang benda haritu.. gelabah habis sehari.. at least, kita cubalah berhusnuzon sesama.. ^_^

Reply
avatar
SangPelangi
AUTHOR
October 23, 2008 at 2:42 AM delete

Ibu saya selalu berpesan, kalau ada barang berharga hilang, amalkan zikir Ya Latif, bacakan sepanjang pencarian. InsyaAllah akan dibantu Allah. Boleh juga memujuk hati yang sedang runsing.
Alhamdulillah, setakat ini banyak dimudahkan jalan.

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 23, 2008 at 4:07 AM delete

terimakasih sangpelangi atas info tadi.. harap2 semua boleh jadikan amalan juga.. insyallah berkat.. ^_^

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *