Bila tiada kemahiran

3:59 AM 11 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Akhirnya, setelah lama berhibernasi dek komputer masuk hospital, kembali juga saya ke blog ini.. Syukran pada yang menjengah waktu saya bercuti..

Buat pertama kalinya komputer saya buat hal haritu. Punca utama masalah rasanya disebabkan spyware yang merosakkan terus Window komputer saya. Jangankan mahu masuk melihat, nak tekan user name pun dah tak dapat. Menggelebah betul jadinya. Sudahla memang sangat tiada ilmu baik pulih komputer ni. Takut diusik lebih-lebih lagi teruk pula jadinya.
Terus waktu itu terngiang-ngiang pesan abah supaya saya banyak membaca buku tentang komputer sedari dulu supaya saya tahu apa yang perlu dibuat. Ha, itulah! Tak nak dengar cakap abah lagi! Buku komputer yang abah pinjamkan dulu pun pandang sebelah mata sahaja. Kan dah terkena baru nak menyesal. Huhu...

Bukan itu sahaja, saya juga terlupa nak save semua gambar dan data-data penting ke dalam external hard disk. Wah, habislah saya kena dapat tazkirah percuma lagi dari abah. Susah betul anak seorang ni nak dengar kata! Kan dah kena... Ha!! Orang kasi ingatan tak mahu ingat, sudahnya terkapai-kapai sendiri di sini. Maaf ye abah!

Maka jalan paling mudah ialah terus menghantar pada orang yang hebat bab-bab komputer nih. Kena reformat mungkin.Tapi pada masa yang sama, saya cuba juga menghubungi pak cik saya di Malaysia. Dia memang pro komputer! Sekali rupanya pakcik kata boleh je dia nak ajar kalau nak repair sendiri. Tak perlu reformat pun. Dengan yakin sekali dia beri saya jaminan sebab dia dah biasa handle masalah begitu. Aduh, saya terlewat lagi...

Tapi bila saya cuba menghubungi ustaz untuk beritahu saranan pakcik saya rupanya ustaz dah siap reformat dah pun. Wah, terlewat juga.. T_T Habislah segala data-data saya dalam komputer tu.. Kata ustaz, dia betul-betul terlupa satu lagi jalan yang mungkin boleh selamatkan data saya iaitu jalan yang sama yang pakcik saya berikan. Alahai, nak buat macam mana? Takpelah, bukan salah ustaz pun.. Saya juga yang terlambat bertanya..

So, inilah komputer saya sekarang. Dari hard disk C yang penuh telah bertukar jadi hard disk yang kosong.. T_T
Tapi takpelah, sekurang-kurangnya saya dapat tahu dah apa nk buat kalau masalah yang sama jadi semula. Saya nak list kat bawah ni lah supaya siapa-siapa yang rasanya dirinya macam saya yang tiada kepakaran komputer ni boleh tahu apa nak buat kalau Windows anda rosak dan mungkin kena reformat. Tapi ini hanya jalan untuk masalah ini sahaja tau. Problem lain saya tak tahu lagi.. Nanti sama-samalah kita cari yer. ^_^

Kalau Windows anda lingkup dan mungkin perlu reformat, ada 3 jalan yang anda boleh cuba buat dahulu untuk selamatkan data:

1. Buat Safe Mode
2. Repair Windows
3. Untuk yang pakai Xp: Cuba installkan Vista, dan tekan yes pada box "keep old data file" (utk simpan gambar dan adik beradik oficce sahaja tau!)

Kalau jalan diatas semua tak boleh, maka terpaksa reformat jugalah komputer tu. Sayangnya saya tahu lambat. Jalan yang ketiga itulah yang kami tak sempat buat. Kalau tak, mungkin gambar-gambar di Malaysia dan raya tahun ni dapat diselamatkan lagi.. Hurm, nak buat apa lagi, REDHA sahajalah Ainul!!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nota : Target seterusnya : Sila upgrade ilmu komputer + susun data setiap bulan + ingat pesan abah!! ^_^

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

11 comments

Write comments
nusaybah
AUTHOR
October 23, 2008 at 5:02 AM delete

salam takziah la ainul... anggaplah proses "penyucian hati" komputer.. hihihhihi..
nak bahan2 bacaan bayk je boleh amek kat kami... tafadholli..

genetic2...26/10

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 23, 2008 at 6:21 AM delete

izz:

syukran jazilan ya ukhti!! hehe.. betul3x...
insyallah,kang kalau rajin nnti ainul amik..

erm, kasi petunjuk nampak kat bawah tu .. ok2!! chaiyok!

Reply
avatar
Abu Basyir
AUTHOR
October 23, 2008 at 9:15 AM delete

Anggapkanlah ini adalah satu cara untuk memahirkan kita dengan ilmu komputer. Ingatlah bahawa kepandaian seseorang itu dalam apa jua bidang,pastinya ianya tidak terlepas daripada mengharungi kesilapan

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 23, 2008 at 9:28 AM delete

abu basyir:

ya,betul tu.. satu pengajaran untuk saya juga..^_^

Reply
avatar
frenzy
AUTHOR
October 23, 2008 at 9:46 AM delete

dey, igtkan br nk suh update.
skli dtg dh update daa.

wahai Frenzy ku ..
bertahanlah ..

pergh!
Iz bg petunjuk beb!
hehe.

Reply
avatar
ks
AUTHOR
October 23, 2008 at 10:01 AM delete

ha. sila ingat pesan abah tu ye ;)
ks besarkan size hard disk D. di C ks letak apa2 yg berkaintan program je. tp yg lain2 drpd tu, ks letak di D. sbb bila reformat, takde la hilang semua tu. YM pun ks saved di D. so, klu kena reformat, takdela hilang semua archive ks selama ni. huuuuu *lari!

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 23, 2008 at 11:25 AM delete

amboi2.. ks ni cam nk kasi orang jeles je... T_T takpe2.. pasni orang buat la cam ks buat tu...
ks, nk kasitau ni... malam ni jom sambut день рождения orang sesama nak? hehe.. special invitation nih...^_^

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 23, 2008 at 11:34 AM delete

arina:

arina2.. macam la tak tau perangai kembar ko nih... hehe... takyah kasitau pun takpe.. insyallah bila bosan mesti update punya lah.. ^_^

frenzy tu bila pulak nk aktif?

Reply
avatar
frenzy
AUTHOR
October 23, 2008 at 11:56 AM delete

haha.
Frenzy aku aktif je setakat ni.
alhamdulillah.

(^^,)

hehe.
bagus2.
kami memerlukan blogger spt anda.
nge hehe.

Reply
avatar
October 23, 2008 at 12:04 PM delete

Saya nak padan muka boleh? Lol.

Dari dulu lagi saya pelik kenapa bila pc ada problem, reformat jela solusinya. Masuk virus reformat, masuk spyware reformat, semua masalah pun reformat.

Padahal sebenarnya kita kena cuba dulu solve problem tu dengan cara lain. Reformat ni final option. Kita kan belajar dalam pharmacolgy, drug yang broad-spectrum selalunya adalah last option. Kalau betul2 drug lain tak effective baru guna yang broad-spectrum.

Tapi bila dalam real life, kita jarang nak apply benda ni. Selalu pilih option yang mudah je. Cewah cam bagus pulak

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 23, 2008 at 12:16 PM delete

senior saifuddin:

terima kasih atas kepadanan kemukaan tu.. memang padan muka pun, sapa suruh tak belajar awal2.. kankan?
erk, broad spectrum tu chapter tahun brapa punya silibus? tak belajar lagi da... mana tahu.. takpe2, kena belajar awal2 nih..! kang takdelah blur sangat...
takpe je, mmg betul pun saranan tu. Mana leh pakai bedal yg senang-senang je dlm hidup. Even suri rumah yang kononnya kerja paling senang tu pun sebenarnya susah ya amat... Maka, silalah semua cari banyak option before amik keputusan.. ya.ya... betul3x!

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *