Herpes Zoster dalam kenangan....

Tadi pagi saya ada kelas microbiology. Tajuk hari ni berkenaan tentang bakteria dan virus. Banyak juga nama baru yang kena hadam ni. Tapi paling saya tertarik bila doktor sebut tentang herpes zoster. Wah, masuk juga virus ni dalam silibus saya!!

Sebenarnya ketertarikan pada virus herpes zoster ni ada sebabnya. Semua gara-gara saya tetiba kena serang dengan virus ni dua hari hari sebelum balik ke Jordan. Habis kucar-kacir hidup jadinya. Masakan tidak, dengan sakit pedih dan gatal yang teramat ditambah dengan bekalan ubat yang banyak untuk dihabiskan, memang virus ini sangat-sangat memberi kesan pada hidup saya. Emo habis dua tiga hari sebelum balik Jordan. Maaf ye mama, abah kalau Ina terbuat silap time tu! Terima kasih sebab faham keadaan diri yang tengah tertekan waktu tu.

Kalau nak tau herpes zoster ni nama biasa dalam bahasa inggerisnya ialah shingle. Nama melayunya pula kayap! Satu penyakit yang memang orang paling tak nak kena. Termasuklah saya. Tapi nak buat macam mana, dah tetiba kena so sabar jelah.

Cumanya rasa seronok pula sebab saya jadi lebih arif tentang penyakit ni. Dulu awal-awal rasa rendah diri juga lah sebabkan penyakit tu ada mitos yang sangat buruk. Katanya penyakit itu berjangkit dan kalau merebak sampai mengelilingi satu anggota, boleh putus. Tambahan lagi, dengan pengeluaran bintil-bintil berair yang besar dan banyak yang hodoh, memang saya jadi ashabul kahfi 24 jam sepanjang dijangkiti. Kena makan ubat yang sangat banyak selama 10 hari, maka 10 hari saya poteng puasa bersebab.

Rupa-rupanya, mitos itu semua salah! Kayap bukan sebab jangkitan! Kayap sebenarnya sebab pengaktifan semula virus dalam badan. Virus itulah yang namanya herpes zoster. Ia ada dalam badan kita waktu kecil dulu bila kita kena chicken pox. Normal lah kan. Tapi virus itu tak hilang. Dia sembunyi dalam badan kita, macam main nyorok-nyorok. Bila imunisasi badan lemah, maka dia pun terus keluar dan serang sistem saraf kita. Itulah yang saya kena lepas demam aritu. Kurang asam punya virus, serang hendap mana aci!

Kayap merebak sebab dia bergerak melalui saraf. Maka, bahagian mana dia tumbuh tu, maka itulah tempat saraf-saraf kita ada. Virus ni tak ada ubat penyembuh. Yang ada cuma ubat penghalang dia mereplikasi jadi lebih banyak. Tapi kalau dah lebih 5 hari kita biar tanpa kasi ubat tu, maka tak leh nak buat apa dah. Hanya tunggu dia hilang sendirilah..

Fakta yang perlu korang semua tau, kayap takkan berjangkit pada siapa yang pernah kena chicken pox. Tapi pada yang belum kena, korang ada kena chicken pox je dulu. Kayap next time. Hehehe.. Doa-doalah tak kena. Siksa weh.. gatal, sakit,pedih semua ada. Kerja asyik nak nangis je setiap kali terkena bahagian yang ada bintil tu..

Paling tension bila nak makan ubatlah. Ubatnya kena makan 5 kali sehari. Maka 5x10=50 biji. Tambahan, paling efektif, makan 800g sekali telan. Sebiji ubat selalunya 400g. So 2x5=10 biji sehari. 10 bijix10hari=100 biji. Wah,kesian buah pinggang saya!!

Alhamdulillah lepas 15 hari lebih semua dah okay. Sekarang ni tengah usaha pulihkan parut-parut saja. Lega rasanya dah lepas siksa.. (^_^)Y.. Lepas tu kena qada puasa yang bertimbun-timbun tu.. Nasib sayalah tahun ni. Ramadhan paling special tu..

Disebabkan saya kena penyakit ni haritu waktu dekat-dekat nak balik, memang abah dah suruh cari dalam internet semua fakta tentang penyakit tu. Takut nanti terkial-kial sorang-sorang kat Irbid nih. Siap saya dah hafal dah semua! Semua dari awal punca sampailah ke efek ubat. Semua dalam khatam masuk kepala. Tu belum campur dengan rujukan doktor kat Malaysia + Irbid + senior medik. Wa, banyak gila info! Lepas ni bolehlah jadi pakar sakit kayap. Hohoho... Siapa nak tahu info, bolehlah tanya ye. Doktor-to-be dah ready tentang shingles sahaja dulu.. (^^,)

Sebab tu bila saya jumpa balik nama virus tu dalam silibus microb pagi tadi, rasa macam eh-eh 'familiar'nyer dengan benda tu. Kalau doktor nak saya ganti dia suruh kasi lecture tentang herpes zoster sahaja dari awal sampai habis pun saya sanggup kot. Dah kena sendiri jadi macam dah hafal semua fakta dia. :P Alhamdulillah, boleh skip revision tentang virus ni. Hikhikhik...

Kesimpulannya saya cepat hafal penyakit yang saya kena. Bermula sejak kes gigi sendiri, edema waktu winter dan banyak lagi sampailah saya pegang biro kebajikan sekarang, nampaknya kerja-kerja mengeledah internet cari info penyakit sendiri dah mula sebati. Praktis jadi doktor la kononnya.

Insyallah saya akan lebih memahami pesakit saya sebab saya dah rasa dulu semuanya. Erk, tak payahlah pula semua penyakit saya kena. Yang sikit-sikit cukup.. Itu pun dah cukup memahami penderitaan mangsa yang terlibat.. Ceewah... Apa-apa pun, sangat excited jumpa Mr. Herpes Zoster dalam Microbiology.. Harap-harap banyaklah keluar soalan tentang dia. Hehehe....

Oklah kita tunggu dan lihat seterusnya siapa pula yang saya jumpa lagi lepas ni...

2 comments

frenzy | October 15, 2008 at 11:05 AM

Oklah kita tunggu dan lihat seterusnya siapa pula yang saya jumpa lagi lepas ni...
lepas ni ko akn jumpe virus bername arinae streptococcus encephalitis

wa wa wa.

Ainul Arina | October 15, 2008 at 8:00 PM

uiks, adakahh???
tertungu-tungu bila nk jumpa... :P

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images