Berjaya atau gagal?

7:45 PM 1 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Sekadar berbasi-basa di pagi hari selepas solat subuh. Tadi saya ada membaca sedikit nota untuk persiapan hari ini, alih-alih mengantuk pula. Lalu, inisiatifnya mahu berjalan-jalan di alam maya sebentar. Mahu mengacau orang mungkin semua masih enak beradu.

Semalam, sehari suntuk saya tidak pulang ke rumah. Seusai study group di jami'ah, saya terus menuju ke Syari3 Jamiah untuk menelefon keluarga di kedai telefon. Bukan kredit tak ada, tapi di sana kosnya lebih murah dan boleh bergayut lama-lama walaupun line kadang-kadang macam chipsmore saja.

Apa lagi, lepas sudah seminggu lebih tak menelefon keluarga lantaran kekangan masa yang membelenggu, kali ni saya pulun habis-habisan mengadu semua. Dari A hinggalah ke Z. Tapi yang paling ketara adalah tentang kerisauan saya tentang pelajaran.

Di sini semuanya hebat-hebat belaka. Cakaplah siapa pun, pelajar terbaik Malaysia? Full Colour Award of SBP? terbaik negeri? semuanya berkumpul di sini. Secara tak langsung kadang-kadang terasa kerdil yang amat diri ini.

Tambahan, baru-baru ini senarai Dean List sudah keluar. Memang tak masuk carta langsung. Entah kenapa, rasa sayu semacam sedang tahun pertama sepatutnya boleh meloncat-loncat markahnya. Terukkah saya?

Saya memang mengharap abah dan mama saat-saat begini. Sejak masuk SBP yang turut menekankan perasaan sejak dulu. Mereka memang bijak melihat. Sudah banyak makan garam barangkali. Terasa tenang sebentar mendengar pandangan mereka pada situasi saya.

Kata ayah, itu rezeki yang sudah tercatat pada kita. Walau tidak sehebat mana, maknanya Allah itu masih beri petunjuk bahawa saya perlu menaiktarafkan lagi tahap saya. Bayangkan sahaja kalau saya sudah masuk senarai dekan itu dan menganggap bahawa saya sudah hebat dan tak mahu lagi berusaha. A'uzubillahi min zalik... Jauhkan saya dari sifat itu.

Kata ayah lagi saya patut bersyukur dengan markah yang saya perolehi. Itu ketentuan qada' dan qadar namanya. Sebagai orang islam, kita kena redha dan percaya padanya. Ah, terlupa seketika pada keimananan di situ.Saya bukan tidak berusaha tetapi itu rezeki yang allah sudah berikan. Makanya, saya perlu redha dan berusaha lagi.
Ada satu lagi quote abah yang saya sangat ingat semalam : Makin tinggi tahap sesuatu ilmu, maka makin tinggilah cabarannya. Ya, saya menghadapi cabaran ini kerana saya dalam usaha meninggikan lagi ilmu. Sedangkan ulama cendikiawan dahulu kalau sanggup bersusah kerana ilmu, apa saya mahukan yang senang-senang sahaja?

Kata mama pula masih ada 6 tahun lagi untuk mara. Yang sudah itu biarlah.. Insyallah kalau kita boleh mengkoreksi diri kembali, pasti ada yang boleh diubah untuk terus maju. Mama pujuk saya percaya dengan diri sendiri. Wahai diri, percayalah kata mama..

Buat rakan yang mengerti, syukran sebab bantu saya dalam situasi ini. Mudah sangatkan saya terjatuh? Terima kasih kerana sudi hulurkan tangan kembali. Saya takkan lupa kata-kata bahawa sekarang tidak semestinya menjamin hari muka. Sedangkan masih ada doktor bijak yang lingkup kerana bijak buku semata. Haha, terhibur sebentar dengar gurauan mereka. Ya, betul! Saya masih ada peluang untuk berusaha dan menambahbaik apa yang ada. Saya bukan gagal tapi saya belum berjaya..

Syukran ya habibi albi!! Barakallahu fi kum.. Sesi pujuk-pujuk sudah selesai. Sekarang sesi pecut pula.Pesanan pada diri, tak payahlah tengok sekeliling sangat, nanti kita cepat lemah semangat. Jom jadi katak bisu dan pekak! Kalau tambah mata istimewa pun okay gak, tak perlu lihat benda-benda yang melemahkan semangat.. Mari sang katak semua, kita teruskan perjalanan kita...!!!

p/s: pernah dengar cerita katak bisu dan pekak? di lain masa saya postkan ya!

1 comments:

Write comments
adnin
AUTHOR
January 31, 2011 at 11:31 AM delete

mggeledah post blog k.ainul yg lama2
sayu bila bc post ni,sy tringat kata2 kwn k.ainul yg pnh ckp kt sy,"akak bsyukur dgn apa yg akak dpt selama ni,wlaupun akak xpnh dpt dean list tp akak xpnh repeat year,akk puas ati sb akk dh buat yg tbaik".

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *