Tunggu Dan Lihat

Assalamualaikum

Saya nak cerita buah kisah teladan ni...

Suatu masa, ada sebuah negara di sebuah pulau di hujung dunia. Pulau tersebut sangat rendah. Untuk mengelakkan daripada laut pasang, mereka membina sebuah tembok yang sangat tinggi dan besar. Tembok tu berjaya lindungi mereka daripada air laut yang tak ketahuan keadaannya.



Raja negara tersebut mengarahkan rakyatnya agar menjaga tembok itu dengan baik.Suatu hari, di tembok tu ada keretakan kecil terbentuk.Orang tak perasan pun. Tapi di bahagian yang retak tersebut, keluar lelehan air yang sangat perlahan.

Ada seorang budak lalu di tepi pondok itu selepas pulang bermain di padang. Dia terperasan air yang mengalir melalui retakan itu. Segera budak itu teringat akan nasihat rajanya. Tetapi tiba-tiba dia terfikir sesuatu..

" Ah, aku budak lagi. Kalau aku kata retak ini membahayakan pasti tiada siapa percaya pada aku. Biarlah orang dewasa yang menyedari perkara ini dan beritahu raja."

Lalu, budak itu pulang ke rumah. Setiap hari, ramai orang lalu lalang di kawasan tersebut tapi tiada siapa perasan akan bencana yang terbentuk itu. Sehinggalah suatu hari tiba seorang tua yang sedang mencari-cari barangnya yang hilang di sepanjang jalan bertembok itu. Pencariannya menyebabkan dia terjumpa sebuah lubang kecil di kawasan yang retak haritu. Orang tua itupun berfikir

" Aku sudah tua. Tak larat mahu ke istana beritahu raja. Biar sahajalah orang lain yang jumpa lubang ini dan beritahu raja." Maka, berlalulah orang tua itu untuk meneruskan kerjanya mencari barang yang tercicir.

Terbiarlah lubang yang terbentuk disitu tanpa dihiraukan sesiapa. Lama kelamaan, lubang tersebut makin membesar. Air yang mengalir melaluinya juga makin banyak.



Suatu ketika, lalu seorang pemuda di tepi tembok itu dan terlihat lubang sebesar jari kelingking yang terbentuk di tembok itu.

" Eh, ada lubanglah!! Aku nak beritahu ke tak pada raja? Erm, ah buang masa aku sahaja. Ini bukan kerja aku. Ini tugas penjaga tembok. Biar sajalah.." katanya sambil meneruskan perjalanan.

Begitulah yang terjadi buat beberapa lama. Semua orang yang menjumpai lubang tersebut tidak mahu mengambil sebarang tindakan dan hanya mengharapkan orang lain untuk melakukannya. Lama-kelamaan, retakan semakin besar dan makin banyak lubang yang terhasil.

Hinggalah suatu hari, datang sebuah ombak yang sangat besar menghempas tembok tersebut dan terus meruntuhkannya. Maka, terdedahlah semua penduduk negara itu pada bahaya laut. Raja sangat marah kerana tiada siapa pernah melaporkan kerosakan tembok itu. Maka para penduduk pula saling menyalahkan antara satu sama lain kerana tidak melakukan perkara yang di suruh raja.. Tamatt...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Buat yag membaca, kalian masih punya akal untuk berfikir...

Ini hanya kiasan buat mereka yang masih membutakan mata dan memekakkan telinga pada kebenaran. Pada yang tahu tapi buat-buat tak tahu, ini adalah amaran buat kalian yang sentiasa mengharapkan orang lain memulakan sesuatu berbandingkan kalian sendiri memulakan langkah pertama. Bila semua hancur, saling salah-menyalah pula..

"Kenapa mesti aku buat dulu? Orang lain tak buat pun.."

"Takkan boleh nak ubah perangai orang di sini.Tu semua dah jadi tabiat"

"Buang masalah kalau aku datang tepat masanya macam tu. Karang orang lain datang lambat, aku gak yang rugi masa terbuang tunggu diaorang"

" Alah, biarlah yang budak junior buat. Aku dah senior.."

" Eh, jangan nyibuklah. Karang senior ingat kita ngada-ngada pula. "

" Kalau aku tak buat pun, ramai je dah buat. Tak terkesan pun.."

" eh, apa pula salah aku. Ko pun tak buat juga!"

" Biar jelah macam tu. Kita dah tak lama kat sini. BIarlah budak-budak lepas kita yang handle je.."

Ah, itu semua hanya tanggapan penakut dari hati yang pengecut!! Kenapa mesti mengharap orang lain. Apa jika mereka terjun lombong, kita akan ikut sama?

Sedangkan kalian juga tahu mana sebetulnya perkara yang perlu dilakukan. Kenapa mesti menyalahkan tabiat jika nak berubah pun masih berat? Kita hidup bermasyarakat. Apa sumbangan kita pada masyarakat ini jika yang kita tahu hanya tunggu dan lihat.

Kita punya akal dan iman. Sudah cukup untuk jadikan kita manusia yang punya kesedaran. Janganlah sampai kita sekadar menjadi hiasan sampingan. Saya yakin semua sedar apa yang berlaku di sekeliling kita. Sama ada kalian takut atau memang tak mahu, saya tak pasti.

Tapi harapan saya kalian sedar bahawa apa yang kita buat akan mempengaruhi masa hadapan. Mungkin bukan sekarang masanya. Tapi yang pasti masa untuk kalian akan menjelma juga. Cumanya bergantung pada kalian. Adakah masih mahu sekadar 'tunggu dan lihat' sahaja..

Janganlah dihalang hidayah yang tiba pada hati. Itu tanda masih ada yang turut memerhati kita. Mengharap tindakan kita. Pokoknya, kunci di tangan anda. Berubahlah! Jangan sampai nasi menjadi bubur. Be who you should be. Kita umat Islam. Maka bersifatlah seperti Islam...

4 comments

Anonymous | October 21, 2008 at 11:19 AM

nice story..

Ainul Arina | October 22, 2008 at 4:27 AM

anon:

syukran... harap kita semua dapat ambil pengajaran dr kisah nih..

Humayra' | October 24, 2008 at 6:16 AM

trima kasih share cerite nie... pengajaran yg besar tu...
especially untuk kita sbg students. sbb pemuda lah yg menggerak ummah.
saya minta izin share cerite nie dgn kawan2 ye...

Ainul Arina | October 24, 2008 at 11:29 AM

humayra:

sila-sila... lagi disebar lagi bagus.. sama2 peringatkan antara satu sama lain.. ^_^

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images