Salah ke Cemburu?

Salam


- kenapa mesti aku? kenapa mesti mereka?

- apa aku nak buat ni?

- salah ke aku cemburu?

- aku ni betul ke tak?

Dua tiga hari ni banyak sangat benda yang bermain-main dalam kepala. Perasaan rasa celaru dan keliru. Tak tahu kenapa. Banyak sangat benda yang saya tertanya-tanya dalam fikiran. Sampai kadang-kadang terbawa-bawa sampai ke riak muka.

Cemburu? - Mungkin.

Pada siapa? - Semua.

Kenapa? - Entah

Tadi waktu dalam coster jamiah, saya ditegur seorang kawan. Katanya saya terlampau senyap. Lain dari selalu. Dah agak dah.. Sebenarnya saya pun rasa macam diri saya macam tu. Macam ada suatu benda yang saya tak tahu. Saya cuba fikir macam-macam tapi macam semua tak kena. Homesick? Entah.. Masalah? Entah.. Tak sihat? Entah...

Bila fikir-fikir balik, saya rasa saya terlalu melihat orang. Saya rasa semua orang sangat sempurna. Walaupun mungkin ada kelemahan, mereka tak kelihatan macam ada kelemahan di mata saya. Semuanya sempurna. Sepatutnya saya rasa gembira tapi lain pula jadinya. Saya rasa saya banyak sangat kelemahan. Rasa macam tak sempurna.

Cemburu? Rasanya ya.. Tapi cemburu saya bukan cemburu buta kekasih ya. Cemburu saya cemburu musahabah barangkali. Saya cemburu dengan semua orang. Di mata saya mereka sentiasa punya banyak kelebihan, sampai saya rasa saya paling tiada kelebihan. Kenapa dengan saya ni?

Kadang-kadang saya rasa macam nak menangis. Saya tak dengki. Saya cuma cemburu. Saya teringin menjadi seperti mereka. Cuma saya rasa saya tak mampu. Itu mereka, bukan saya. Tapi saya nak seperti mereka.

Sebab tu kadang-kadang saya mensibukkan diri sendiri. Bila sibuk, baru terlupa pasal cemburu. Tapi kalau asyik terfikir juga, saya tak mampu bercakap. Saya hanya diam.
Berfikir dan terus berfikir. Bermonolog bersama hati. Berdiskusi bersama sanubari. Saya cuba jadi teman buat jiwa yang celaru. Nak ajak orang luar? Tak payah lah. Karang mereka pun keliru.

Bukan saya tak bersyukur. Saya redha dengan apa yang ada. Sebab itu saya diam bila bisikan tu timbul. Saya cuba anggap positif bahawa cemburu boleh bawa kejayaan bila kita cuba jadi seperti apa yang kita mahu. Tapi kadang-kadang saya kalah juga. Apa yang saya nak buat? Dah banyak kali memujuk hati, lama-lama terasa diri menafi. Cara paling baik saya nampak ialah lari. Diam dan lari. Nak tahu macam mana saya lari? Bila saya cemburu, saya senyum sorang diri.. Lepas tu, pergi join sesiapa bergelak ketawa...Ya Allah, tolonglah hambaMu menenangkan diri sendiri.

Saya terfikir bila agaknya kali terakhir saya tak cemburu? Oh ya, waktu cuti lepas. Sewaktu saya bersama keluarga di Malaysia. Terasa saya punya semuanya. Girang, lapang dan tak terfikir langsung sesiapa. Tapi sekarang diaorang tiada, semua datang balik. Homesick kah saya?

Pada yang tahu, siapa ada resolusi? Maaf pada yang terasa hati. Bukan saya marah atau menyepi. Cuma sedang berfikir dan berkoreksi. Tentang diri dan hati. Sebab tu saya diam dan bersendiri. Takut terlepas yang tak diingini. Harap faham pada yang mengerti. Insyallah, tunggu masa semua akan kembali.. Doakan saja ya. Syukran 3ala kulli hal..

Status tadi ~ Jama shinai de kudasai (Jangan ganggu saya sekarang ya..) ~

4 comments

arina | September 25, 2008 at 10:03 AM

Ainul ..
kite dibolehkan dengki.
asalkan dengki tu boleh memotivasikan diri utk jd lebih baik.
xslh ape yg ko rs.

aku pn sllu gak mcm tu.
bile aku cemburu, aku akan diam.
exactly the same as what u've done.
tp nnti aku meracau dkt rumah.
haha.
tadelah.
kt rumah pn aku jd diam aje.

Ainul ..
ko ade keistimewaan ko tersendiri.
mgkin ko msih xsdr.
mgkin keistimewaan tu msih terpendam.
mgkin, ALLAH tgh rancang ssuatu utk ko.
sabar ek.

i'll always be by urside.
just let me know if u do need something k.

Kak Asma' | September 26, 2008 at 12:04 AM

Ainul adikku sayang, bersederhanalah dlm stp perkara.. cemburu tak pernah salah, tapi bersederhanalah... jangan keterlaluan..

Akak doakan Ainul berjaya menjadi Ainul yang hebat hasil koreksi diri... tp jgn terlalu lama koreksi diri, perlu segera bertindak !!!

p/s: rindu utk bertemu dgnmu ya ukhti

nusaybah | September 26, 2008 at 10:22 AM

salam, ainul my dear frenz... hihihi...

the answer in the quran.. try tgok ayat 32 surah an-nisa' mukasurat 83...
peganglah ayat ni n cuba fahami nya k!!! slamat bermujahadah...
u are the best dear... always the best!!!
igt Allah tak tgok manusia sama seperti manusia tgok manusia... so how do you know she is better than you? kan pandgn Allah itu yg kita harapkan... sekadar perkongsian...

Ainul Arina | September 27, 2008 at 9:03 AM

arina:
thanks arina.. ak pun terfikir gak camtu kadang-kadang... btw, thanks for the consolation..

kak asma:
terima kasih akak.. insyallah, saya akan bertindak segera. doakan saya ya.. ainul pun rindu ngan akak gak.. how i wish everything will be the same.. we'll miss you.!

nusaybah:
syukran izz... ainul dah bukak.. it means a lot.. (^^,)

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images