Ramadhan Irbid 2008

2:54 AM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Sedar tak sedar Ramadhan tahun ni dah nak berlalu dah pun. Tinggal seminggu lebih lagi nak raya. Sekejap sangat pula rasa Ramadhan tahun ni datang.

Tahun ni rasanya Ramadhan lagi gembira sikit berbanding tahun lepas sebabnya saya dapat sambut Ramadhan pertama bersama keluarga di Malaysia. Seronok sangat rasanya. Itulah, dulu waktu sentiasa di Malaysia rasa macam biasa-biasa saja. Sekarang bila dah jauh dari keluarga, barulah ketara sangat-sangat nikmatnya dapat berbuka bersama keluarga. Sekarang baru sedar. Teruknya saya.. Tapi takpelah sebab sekarang dah sedar kan daripada langsung tak sedar.

Saya akui saat-saat bersama keluarga waktu pergi pasar Ramadhan, berbuka sama-sama, berterawikh sama-sama, sahur sama-sama semuanya seronok sangat. Sampaikan kadang-kadang waktu tu saya selalu terhenti sekejap dari buat apa-apa dan pejam celik mata banyak kali untuk ambil feel supaya saya dapat hafal feel waktu tu.Alhamdulillah lah walaupun sekejap je pulang tak macam pelajar negara lain (Mesir terutama.. jeles.. T_T ),tapi sekurang-kurangnya saya dapat rasa semua tu buat kesekian kalinya.. 16 September haritu dah kena balik Jordan balik. So, kita sambung kat Irbid pula lah.

Oh ya, Ramadhan kali ni juga lain dari yang lain. Sebabnya tahun ni saya dapat berpuasa lebih kurang separuh bulan sahaja. Yang lain semua tak boleh puasa sebab kena makan ubat setiap 4 jam 5 kali sehari waktu berjaga. Sakit apa tu takdelah serius pun cumanya banyak pada nak elak virus mereplikasi dalam badan. Sabar je lah. Itu dugaan kita tahun ni..

Cadangnya nak cerita sedikit tentang Ramadhan di Irbid. Alhamdulillah, Ramadhan sangat diraikan di Jordan ni. Memang agak ketara bezanya berbanding di Malaysia. Kalau di sini, Ramadhan lebih meriah berbanding Syawal. Memang tak terasa nak raya pun.

Bila tiba je Ramadhan, semua kedai-kedai makan akan melukis khat dan pelbagai gambar serta ucapan Ramadhan yang menarik di setiap pintu dan tingkap kaca mereka. Bacaan Al-quran akan sentiasa berkumandang di mana-mana tak kiralah di kedai makan, kedai pakaian mahupun kedai kaset. Setiap malam pula, kebanyakan rumah dihiasi tanglung dan lampu-lampu kecil yang bergemerlapan. Cantik-cantik semuanya. (^^,)Y

Waktu-waktu begini selalunya ramai yang akan buat amal kebajikan dalam bentuk yang lebih besar. Kebiasaannya yang selalu saya dapat ialah barangan percuma atau diskaun over tinggi dari para pekedai. Tambah-tambah kalau dia tahu kita muslim. Lagilah banyak dihulurnya. Selain itu, kadang-kadang ada sahaja jiran atau kawan-kawan arab datag memberi jemputan dan makanan-makanan kepada para pelajar. Disini juga ada moreh kalau tak silap.

Waktu Ramadhan lah masa paling seronok kalau nak kenal masyarakat setempat. Waktu utama untuk aktiviti macam ni tentulah waktu slat tarawikh. Bukan kata masyarakat je, nak jumpa kenal-kenal orang melayu yang tak terperasan ada pun selalu je boleh buat waktu macam ni. Yelah, rumah dah jauh-jauh. Masing-masing sibuk pula tu. Inilah masanya kita mengeratkan silaturrahim.. Selalu di surau mesti dapat gula-gula percuma dan macam-macam lagi. Hurm, ni cara bagus tarik budak-budak ni. Betul tak?

Bulan ni ada makanan dan minuman istimewanya juga. Kalau makanan, selalunya bulan Ramadhan popular dengan 'qataif'. Sejenis makanan berupa lempeng kecil. Kalau dulu waktu belum tahu qataif sebenar, kitaorang selalu makan guna 'qisytah' (cream tawar) ataupun salut coklat je.. tapu Qisytah tu tawar sket. Makan lebih kurang macam pancake la. Tapi tahun ni, barulah kitaorang tahu cara makan qataif yang betul. Tu pun sebab kawan yang pergi rumah arab kasitau. Rupanya qataif tu mula-mula dibubuh qisytah dan dilipat ala-ala karipap. Kemudian digoreng. Lepas tu diaorang salut pula dengan air gula. Owhh.. patutla arab suka makan. Manis rupanya qataif tu.. Ingatkan tawar je. Hehehe..

Minuman pula selalunya waktu ni berderet-deret kedai jual air lemon atau air 'tamar hindi' (asam jawa).Sedap...! Air asam jawa dia lain sikit dr air asam jawa malaysia. Manis.

Paling seronok bila kita jumpa orang baca Quran di mana-mana. Walaupun memang selalu ada, cumanya bulan ni rasa dia lain sikit. Lebih istimewa. Semua orang memang macam berlumba-lumba buat kebajikan. Kita pun boleh rasa terdorong sama. Cumanya kalau pergi jamiah atau jalan tepi-tepi jalan tu, kadang-kadang tension juga la nampak orang-orang yang tak faham suasana. Kalah cara pemakaian orang Barat. Semoga kaum Adam lebih tabah berpuasa di sini yer.. ^_^

Nanti habis Ramadhan, habisla semuanya. Kembali ke suasana biasa. Hurm, kadang-kadang terfikir moto kempen Ramadhan tahun ni.. ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU.. na'uzubillah. Saya masih ingin ketemu Ramadhan lagi.. Harapnya ini bukan pertemuan kali terakhir. Masih banyak lompong yang perlu ditutup. Dalam jangka masa yang tinggal sikit tahun ni, kita masih ada satu lagi peluang Mega iaitu pencarian Lailatulqadar.. Pencarian ya! Bukan penantian. Kita kena usaha sama-sama cari malam misteri yang barakah ni. Ganjarannya lebih besar dari 1000 bulan. Bukan senang nak dapat tu.. Semoga kita sama-sama diberkati Allah selalu.. Salam muhibbah dan selamat berburu..!

2 comments

Write comments
PrinCeSS
AUTHOR
September 27, 2008 at 4:47 AM delete

sure meriahkan suasana ramadhan kat sane..masing2 berluma2 nak beramal

xpernah lagi makan qataif sbb x sempat puasa kat jordan..rindu plak nak makan qisytah..

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
September 27, 2008 at 11:59 AM delete

princess:

alhamdulillah, so far meriah gak la..
ala, macam tak biasa. hehe...uiks, tak pernah makan lagi ke? erm, buat je la sendiri.. ala2 lempeng je kan? pastu taruk qataif ke coklat ke, nak masak cara betul ke.. ha, sama je la nnti.. hehe

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *