Doktor pun boleh mati ye?

1:33 AM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum

"Mak, doktor pun boleh mati ye mak? " tanya makcik saya waktu dia kecil-kecil dulu.
Kenangan lama itu diceritakan oleh tok saya ketika kami sedang melawat toklang yang sakit di rumahnya. Kata tok waktu itu makcik saya ingat doktor itu adalah insan yang sangat ajaib. Doktor mampu menyembuhkan orang dan doktor tak pernah kena penyakit. Tinggi betul persepsi orang pada doktor yer..

Tapi sekarang bila makcik dah besar, dia sendiri sudah faham siapa doktor yang sebenar. Tambah-tambah dah macam-macam peristiwa yang menunjukkan doktor hanyalah insan biasa. Antaranya doktor yang sihat walafiat tiba-tiba mati setelah pening semasa pembedahan, pakar kanser yang mati kerana kanser sendiri dan macam-macam lagi. Nampaknya menjadi doktor tak menjamin kita sihat walafiat selalu ya. Macam-macam boleh jadi.

Waktu tu mereka sedang bersembang-sembang tentang kematian. Entahlah, agaknya memang orang yang sakit memang sentiasa teringat akan kematian agaknya. Saya paling tak suka bila berbincang tentang kematian pada orang yang sakit. Bukannya apa. Cuma terasa macam seolah-olah kita dah menyerah. Sedangkan tak bermakna sakit itu akan jadi punca kematian kita. Memang kalau sampai bab tu, saya akan terus terdiam. Tak tau nak cakap apa. Nak pujuk pun terasa kelu je. Nak kasi jaminan confirm tidak akan mati takutlah pula.

Saya mula terperasan yang sakit tidak semestinya menjadi punca kematian bila saya lihat tok njang lelaki saya yang selama ini menjaga tok njang perempuan saya yang sakit buah pinggang kronik selama bertahun-tahun 'pergi' dahulu sebelum isterinya.
Memang seluruh ahli keluarga kami sangat-sangat terkejut. Masakan tidak, orang yang disangka 'tidak akan lama lagi' rupanya masih menghirup udara lebih lama daripada orang yang menjaganya.

Selain itu, menurut cerita tok-tok yang lain sudah banyak kali ramalan pada doktor tidak menjadi pada ahli keluarga kami. Yang diramal 3 bulan kekal sehingga 6 tahun, yang diramal setahun dua kekal sehingga empat lima tahun dan macam-macam lagi. Tapi tak bolehlah nak kata salah doktor sebab diaorang ramal ikut teori perubatan. Ajal maut semua di tangan tuhan.

Cuti balik kali ni saya habiskan sehari suntuk semalam pergi melawat saudara-mara yang sakit. Ada yang kena kudis teruk, ada yang kena strok, ada yang kanser, ada yang kemalangan. Terasa insaf betul tengok orang-orang sakit. Betul-betul rasa bersyukur sebab kita masih diberi peluang untuk sempurna serba-serbi.

Tapi yang paling saya terasa menusuk bila ramai yang sakit tu cakap pada saya "agak-agak sempat tak Arina balik rawat tok nanti?" Aduh, saya dah mula allergic dengan ayat tu bila seorang tok saudara lelaki saya yang pernah cakap ayat yang sama tahun lepas meninggal tanpa sempat tunai hajatnya itu. Terkilannya tak usah dicakaplah. Terngiang-ngiang sangat bila saya dapat tahu dia meninggal pertengahan tahun lepas. Tahun lepas dia je cakap, tahun ni ramai la pula. Aduh, terasa menggigil-gigil pula jadinya. Terasa macam beban besar pula sebabnya macam tak sampai hati dengar hajat orang macam tu.

Tambah-tambah bila orang yang rapat dengan kita yang cakap macam tu. Rasa dia semacam je. Memang mula-mula dengar terasa sangat berkobar-kobar nak belajar sungguh-sungguh dan habiskan belajar cepat untuk rawat diaorang. Tapi bila dah tak sempat, rasa terkilan tu macam menghimpit kita. Sekali kena, macam allergic dah rasanya dengar lagi. Ni baru jadi pelajar perubatan, belum jadi doktor betul lagi. Macam mana la agaknya rasa nanti bila kita dah cuba sedaya-upaya arawat pesakit kita tapi tetap tak berjaya. Ya Allah, moga saya dikuatkan untuk menghadapi hari muka...

Harapan saya kali ni semoga semua yang sakit akan disembuhkan oleh Allah selalu. Allah lebih tahu yang mana lebih baik untuk mereka semoga dan saya doakan mereka dapat yang terbaik untuk diri mereka.. Aminnn....

4 comments

Write comments
fisol
AUTHOR
September 8, 2008 at 6:30 PM delete

salam ainul,

insaf baca entri ainul kali ni, memang terasa kerdil sangat kita ni dibandingkan denganNYA...siapalah kita bila bercakap tentang hal kematian..sesungguhnya ajal maut ditangan ALLAH SWT...kita hanya mampu berdoa agar dipanjangkan umur dan seterusnya menjadi insan bertaqwa..

harap ainul dapat pulang berbakti kepada masyarakat dengan sepenuhnya selepas bergelar Dr. nanti..

BTW, bro x henti berblogging terus ye..sekali-sekala update kat address baru..http://jejakalkindi.wordpress.com

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
September 9, 2008 at 6:46 AM delete

bro fisol:

ws bro.. saya pun insaf gak lepas lalu semua tu.. insyallah, doakan saya berjaya dalam perjuangan nih.. semoga apa yang bro ucapkan tu dapat jadi kenyataan.. aminn.... owh, ingatkan bro stop trus cam ks.. rindu ar plak kat ks.. huhu...

Reply
avatar
c's radin
AUTHOR
September 9, 2008 at 10:12 PM delete

Erk.. *terkelu*

baru-baru nih, ketakutan terhadap profession doc nih semakin bertmbh.. going tru medical study yg mkn overwhelming, HO n ect..

n for me, doc's dealing wif emotion most rather than kesusahan nk blja medic itself.. moga kita beroleh ketetapan n kekuatan hati

N moga setiap apa yang kita lakukan, kita kembalikan kepada Allah s.w.t

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
September 10, 2008 at 6:18 AM delete

radin:

yups, that's right radin.. makin lama, terasa dua2 cam makin berat je.. akademiknya ngan emosinya.. insyaallah, kita sama-sama doa allah tolong kita yerk..

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *