Watch Out Kids And Dentist!!!

Assalamualaikum...

Malam ini terasa fikiran saya agak berkecamuk. Kenapa? Sebab saya tetiba baru tahu bahawa saya ada satu sikap yang rupanya salah dan mendatangkan banyak mudarat pada saya. Sikap apa? ---> 'Tongue Thrusting'(Menolak lidah ke hadapan)..

Baru-baru ni saya pergi berjumpa dengan doktor gigi di klinik. Itu pun setelah mendapat ceramah percuma dari kawan-kawan dentist yang baru belajar subjek 'Introduction To Dentistry (ITD)'. Kata mereka, saya ada problem open bite. Mula-mula tercengang juga. Apa bendalah yang diaorang sebut tu?? Lepas dapat ceramah dari Mardhiah the-dentist-to be, saya disarankan pergi jumpa doktor untuk dapatkan lebih info atau secara lebih mendalam maknanya- silalah pakai braces!

Kebetulan ada sorang kawan, Intisar nak pergi pakai braces jugak, maka saya pun ikut sama untuk pergi jumpa doktor tu. Sebelum itu, ada telefon mak dengan ayah tanya macam mana. Alhamdulillah mak ayah kasi kebenaran kalau perlu pakai braces.

Maka dipendekkan bila saya pergi dapatkan diagnosis doktor, doktor beritahu saya bahawa saya ada dua masalah utama. Pertamanya gigi jarang. Keduanya saya ada masalah Open Bite. Bingo to Mardhiah and geng dentistry yang lain..!( pandai korang aplikasi kuliah yer..).. Agak kagum juga dengan doktor Ahmad ni sebabnya dia berjaya mengenal pasti masalah saya yang selama 19 tahun saya hidup ni tak pernah orang perasan. Rupanya selama ini, saya telah menelan dengan cara yang salah menyebabkan pertumbuhan gigi saya menjadi tidak normal dan bermasalah.

Sedikit fakta:

1. Anterior Open Bite ialah satu keadaan dimana gigi atas dan bawah di bahagian depan tidak bercampur rapat walaupun gigi belakang dah kena rapat menyebabkan seakan-akan ada ruang di bahagian depan gigi.
2. Tongue Thrusting ialah satu sikap di mana seseorang sering memberi tekanan ke atas gigi melalui gerakan lidah yang kehadapan hingga menyebabkan pertumbuhan gigi terganggu dan menyebabkan banyak komplikasi seperti open bite


Masalah yang memang dah nampak sekarang ialah open bite, tounge thrusting, masalah menelan dan lain-lain. T_T Siap buat demonstrasi lagi tu.. Tak pasal-pasal petang tu doktor Ahmad buat kuliah pergigian kepada Mar, Sod dan Maya dengan menjadikan saya sebagai subjek eksperimen.. wa!!! Kalau ikut kata doktor, kalau masalah gigi saya dibiarkan, ia akan membawa kepada masalah yang lebih teruk di masa depan. Contoh komplikasi masalah percakapan, pernafasan, sebutan, gigi akan jadi lebih jongang dan mudah rosak serta lain-lain.Erk T_T Berbanding Intisar, masalah saya di kategorikan sebagai lebih rumit dan sukar. Mungkin juga rawatan untuk saya lebih lama tempohnya.

Paling penting saya kena berlatih telan makanan dengan betul selama 30 kali sebelum setiap kali telan makanan. Adoi!! Susah tu doktor!!! Saya cuba buat on the spot depan doktor 5 kali pun amik masa dekat 20 minit. Macam orang lumpuh lidah je rasanya. Nak nagis pun ada juga.. Huhu.. Maka secara sahnya bersaksikan 4 orang budak pergigian, saya disahkan ada disfunctional dental problem atau secara lebih spesifik open bite.. T_T

Mula-mula terasa macam tak percaya je dengan apa yang doktor Ahmad cakap. Tapi takpelah. Sekurang-kurangnya mungkin boleh selesaikan masalah gigi yang jarang dulu. Maka, saya ambil keputusan untuk memakai braces. Tapi sebelum tu, saya cuba cari info tentang semua masalah yang Doktor Ahmad terangkan tadi di Internet. Bukan apa.. Selain nak dapatkan lebih info, saya nak pastikan yang apa yang doktor tu cakap semua sahih belaka. Sebabnya saya dengar doktor gigi di Jordan ni sangat teliti sampaikan semua pesakit yang datang ke klinik dia, dia suruh pakai braces. Haru betul...

Sejak keluar dari klinik dua hari lepas, Mar sebagai dentist tak rasmi saya tak sudah-sudah membebel pasal buat latihan menelan. Memang ada bakat betul dia tu. Takpelah, itu maknanya dia baik. Kankankan???

Ok, balik pasal info tadi. Setelah menghabiskan depan sejam depan komputer mencari dan memunggah seluruh data internet tentang Open BIte dan Tongue Thrusting, saya dapat buat kesimpulan yang semua yang doktor Ahmad cakap memang betul. Tepat dan padat. Tapi ada terkurang sikit kot sebabnya dalam internet lagi mendalam dan lebih menakutkan.

Insyallah nanti saya akan post di posting seterusnya tentang Open Bite dan Tounge Thrusting. Cumanya saya sedih tentang satu perkara, kenapa sejak saya kecil tiada siapa pun yang beritahu saya tentang benda ini? Malahan setiap doktor gigi yang saya jumpa dari kecik sampai besar pun semua kata gigi saya ok je. Tiada masalah langsung! Rasa macam dikhianati pun ada gak la. Sebabnya benda ni boleh dielak dari kecil kalau tahu awal-awal. Mungkin doktor-doktor gigi ingat open bite saya adalah dari keturunan (fakta: 90% open bites comes from heridity), maka diaorang cuma biar sahaja. Tapi bila saya datang Jordan, baru saya tahu yang sebenarnya ada punca fizikal yang sebenar yang sepatutnya perlu diubah. Rasa macam..... T_T

Bila fikir-fikir balik, baru saya teringat yang dulu waktu sekolah rendah kawan-kawan ramai tegur cara kunyah saya. Diaorang kata cara saya mengunyah dan menelan pelik. Tak macam orang lain. Saya ingatkan mungkin itu memang cara saya tapi rupanya itu adalah MASALAH saya. Tak pernah terfikir pun yang cara kunyahan dan menelan saya yang salah akan timbul masalah sampai macam ni. Sampai ke besar tiada siapa kasitau menyebabkan saya terpaksa berhempas pulas memperbetulkan cara menelan yang dah jadi automatik tanpa kawalan. Susah tau!!

Malam ni mood macam sedikit terganggu dengan segala maklumat yang saya dapat. Sangat banyak dan agak menakutkan. Salah satu daripadanya ialah "open bite is one of the most difficult case for orthodontic..." dan " as long as you cannot change the habit of tounge thrusting, any treatment is useless.." dan " open bite cases need braces AND surgery..".. Tak tau nak cakap apa.. Semuanya macam agak teruk. Sebabnya ia merangkumi segala macam aspek dari segi pemakanan, pergigian, pernafasan,sebutan dan lain-lain. Tapi masih saya bersyukur sebab masalah tak terlampau ketara teruknya walaupun rasanya dah usia 19 tahun ni macam nak ubah semua tu agak susah.

Kesimpulannya, pada semua budak-budak baik diperhatikan cara diaorang menelan makanan. Jangan sampai cara tounge thrusting tu melekat sampai ke besar macam saya. Kalau tak, susah nak ubah balik. Saya tahu sebab saya dah kena. Nak tak nak kena ubah juga. Lagi satu, sedikit ingatan buat kawan-kawan yang bakal jadi doktor gigi, jalankanlah amanah anda dengan sebaiknya bila kerja nanti. Kalau boleh lebih teliti pun, tak salah rasanya. Anda boleh elak pesakit anda kena macam-macam komplikasi bila besar nanti.. Bukan untuk untung, tapi untuk kemaslahatan akan datang.

Harap-harap masalah ini dapat diatasi dengan sempurna. Saya bertawakkal pada Allah. Semoga semua ni jadi kifarah atas dosa saya dan peringatan kepada mereka yang lain serta ilmu baru kepada yang belum tahu... Sekian

1 comment

Aarol Angan | September 30, 2012 at 1:20 PM

Salam..sy pun ada masalah gigi open bite ni..skang ni umo dah 23..sebenanya tgh carik treatment utk masalah terjumpa pulak blog ni..so segala ingo amat berguna sekali terimakasih :)

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images