Tag Baru

2:59 AM 6 Comments A+ a-

Assalamualaikum...

Kali ni kita selesaikan tugasan dari Cik Radin yang tengah bercuti nun di Perth.

1. nama-nama timangan oleh org tersayang.
Bergantung pada siapa yang tersayang tu. Kalau keluarga, semua panggil Arina atau Ina je. Kalau kawan-kawan pula ramai panggil Ainul. Tapi nama pendek saya yang mula dipanggil sejak di sekolah menengah atas hingga ke Jordan ni ialah Chinul.. Kenapa? Entah la. Katanya ringkasan dari Cik Ainul.. Sini ramai je diaorang buat cik-cik nih. Chinul, Ciuna, Tiq-tiq.. Ramai lagi la.. Hehe..

2. anda seorang yang...
muka tak sama macam perangai. Erti kata lainnya, orang selalu kata muka saya nampak macam garang , serius je memanjang.. Hakikatnya, rasanya saya antara orang yang paling suka bising dan ceria.. Aiceh.. Tak seronoklah nak serius sahaja. Serius biar pada tempatnya.. Apa-apapun, rasanya personaliti saya bergantung pada keadaan, masa, suasana dan jantina.. Flexible dan mengikut arus..

3. insan teristimewa. describe apa yg membuatkan die terlalu istimewa di mata anda.
Orang yang punya tempat di hati saya. Orang yang saya sayang..Orang yang mempunyai kedudukan dalam hidup ini dan dia juga yang mencorakkan serba-sedikit warna dalam hidup saya. Banyak mempengaruhi kehidupan saya dan saya mengingatinya selalu.Tak kiralah siapa pun, kalau dia mendapat ciri-ciri diatas, itulah insan yag teristimewa dalam hidup saya.


4. makanan favourite anda
Yang pedas dan sedap! Tak kiralah lah bahan dia apa, janji sedap dan saya suka makan.. ^_^

5. favourite color
Merah, hitam, ungu

6. favourite song
Terbaru saya suka lagu-lagu SM TOWN terutama DBSK. Ini semua lagu korea. Sebab dia best kot dan lain dari yang lain. Masuk dengan saya. Ops, lagi satu, insyallah jangan risau tentang cara saya memilih lagu yang bahasa asing sebabnya saya akan cari dulu makna baru saya layan... Insyallah setakat ni semuanya okay dan kebanyakannya berbentuk motivasi. Saya suka lagu-lagu bermotivasi. Tambah suka kalau yang bernada rancak atau perlahan yang tidak sampai mengantukkan..

7. sikap yg membuatkan anda stress
Selalu terasa diri sangat teruk berbanding orang lain. Punya self-esteem yang macam rendah sahaja. Lagisatu, saya selalu rajin pada masa biasa-biasa dan selalu jadi malas kalau waktu yang penting macam exam final. Aduh, macam mana ya?? Jenuh nak paksa diri nih.. T_T Ainul, sila berubah!!!

8. 3 bende yg mesti ade dalam handbag anda
Telefon bimbit, pen, dan dompet

9. kali terakhir anda menangis beriya-iya..kenapa??
Beriya-iya?? Macam tiada pula.. Selalu menangis biasa-biasa je. Paling teruk pun menangis kalau menyesal sebab sesuatu..

10. tag 5 org yg len
Saya nak tag izzah, aimi, saadah, qisti dan nurul

Ok, siap!! Habis satu benda.. ^_^ Jumpa lagi...

6 comments

Write comments
c's radin
AUTHOR
August 22, 2008 at 7:24 PM delete

huhu.. tq2..

erk, suka DBSK ke?? aisehh.. tau je band tuh, ad kwn suka gle2.. mmg dok dpn pc, ym invi sume activity len dormant sbb dok tgk concert n shows psl DBSK kat utube.. smpi thp tuh x?

isk.. isk.. btulla kn.. kte ceria aje, tp org ske nmpk kte garang.. sob.sob:Z

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
August 25, 2008 at 2:49 AM delete

radin:

sama2.. haah, memang suka DBSK tapi idakla sampai macam kawan ko tu.. huhu. tu dah kira macam kipas-susah-mati dan tu.. ^_^ kita biasa-biasa jer.. tu la radin, kenapa orang suka ingat kita garang ek? agaknyer pas ni kena sengih selalu kot.. heheh

Reply
avatar
c's radin
AUTHOR
August 25, 2008 at 5:26 AM delete

aihahhhaa.. klu sengih lebey2 kang orang kata x btui.. cne lak nih??

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
August 26, 2008 at 6:19 AM delete

radin:

haha.. ye tak ye.. hurm, ala radin, gasak je la.. be ourself.. apa barang nak ubah-ubah? kankankan? ala takpe je.. siapa yg kenal kita tau je siapa kita. lagipun, rasanya diaorang paham je kita camne.. shy-shy cat je lebih.. tapi lama-lama ok jer... sedangkan time jumpa ko kat smsah dulu pun, cam mesra alam je aku tengok.. hehehe... kita mesra biar pada tempatnya, nak jadi garang a.k.a serius pun biar berpada. tak gitu?

Reply
avatar
c's radin
AUTHOR
August 26, 2008 at 6:41 AM delete

betui2..

mesra alam?? alhmdlhh.. hihi

3ohb nih cm ad hal la plak.. roger2 la ek.. ill leave my no kat ym

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
August 26, 2008 at 7:53 PM delete

radin:
haish radin nih.. kalah menteri besar betull.. bizi je kerjanya... nak kena buat appointment plak tu. huhu... T_T

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *