Saya mencari Salahuddin junior !!

3:46 PM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum....


~ pengumpulan srikandi Islam di Qasr Al-Harrana~

Alhamdulillah.. akhirnya setelah setahun agaknya duduk jordan ni, habis juga saya lalu segala macam benda sebagai pelajar perubatan tahun satu.. Hari ini dengan sukacitanya beta mengumumkan final exam sudah tamatt!!! Ya Allah, perasaan terlampau seronok tu tak boleh nak tergambar dengan kata-kata. Tapi cuak juga nak dapat keputusan nanti. Habisla dekat rumah karang berdebar-debar buka komputer tengok keputusan.. Haish!

Paling sangat menggembirakan, dengan habisnya exam hari ini, maka countdown untuk balik je dah makin dekat. 4 hari je lagi. Teringat waktu ambil exam VB tadi, ramai betul muka -muka bercahaya datang ke university. Mana taknya, semua semangat nak balik.. Kalaulah superman wujud, dah lama minta tolong dia hantar balik rumah tepat selepas habis exam.. Hurm. takde ke benda yang lagi cepat sampai rumah selain kapal terbang?? Hehehe...

Balik tadi, singgah Hijazi sekejap sebab nak selesaikan urusan sikit. Alhamdulillah semua selesai. Tapi tu baru satu. Senarai kerja sebelum balik rumah dah bertimbun dah dalam buku nota nih.. Semangat nak habiskan semua sebab semangat sangat nak balik. Hehe..^_^ Malam ni kita habis masa dengan Fathiyah semalaman. Kesian dia selalu sangat sakit. Syafakillah ya ukht..! Tapi best gak, malam ni cam terisi sikit sebabnya kalau ada dia ni, banyak benda yang kami bual lebih kepada ilmiah sket.. Huhu.. bila lah saya nak jadi mantap macam dia?? T_T

Sambil sembang-sembang tadi, kitaorang sama-sama review buku Biografi Salahuddin Al-ayubi. Sangat best!!! Digalakkan untuk korang baca la buku tu.. Ayat-ayat dia takdelah skema sangat. Baca pun rileks je. Terbitan PTS Publication. Sila-sila cari time balik Malaysia nanti.. Bagus sangat sebabnya terasa macam semangat membara-bara betul nak naikkan Islam balik. Terasa macam diriku kerdil macam bacteria E-coli lawan ngan Matahari je kalau nak banding dengan Sultan Salahuddin tu.. Hai lah iman, silalah 'yazid' selalu.. Kerja asyik nak 'yankus' jer.. Bila masa nak top-up saham akhirat nih... ???

Dalam buku ni, terasa banyak sangat benda baru yang saya belajar. Tambah-tambah bila buka sesi perbincangan dengan Fathiyah ni ( terima kasih la sebab stay up sesama sempena habis exam malam ni. Ada hikmah gak awak sakit sampai tak leh balik rumah yer.. Hehe...). Kebanyakan benda yang saya dapat kali ni lebih pada moral dari sudut jiwa hamba dan pemimpin..

1. Kejayaan dalam pasukan perlukan dua pihak yang mantap. Ketua dan orang bawahan kena sama-sama bagus.

Kalau ketua hebat, orang bawahan hampeh je maka takde gunanya.. Sama gak kalau orang bawahan hebat tapi ketua lingkup. Maka lingkuplah semua sekali.. Oleh sebab itu, maka pilihlah ketua yang betul-betul bagus dan perbaikilah diri untuk menjadi orang yang bagus walaupun tak jadi ketua.. Uish, sangatlah susah nak dapat dua-dua ni dalam satu masa. Selalu dapat satu jer... Either atas je baik, atau bawah je baik. Rasanya kalau dua-dua sangat bagus, sejarah kegemilangan Islam akan kembali jadi realiti.. *_*

Satu soalan: Kalau kita dah bagus, macam mana sebagai ketua, kita nak pastikan orang bawah kita bagus dan macam mana kita sebagai orang bawahan nak jadikan ketua kita bagus? Soalan yang kitorang cuba fikir-fikir tadi. Tapi jumpa satu je jawapan iaitu kita kena baguskan hubungan kita dengan Allah dulu sebabnya hati manusia semua Allah yang pegang, sah? Maka, mantapkan tali kita dengan Allah sebelum Allah memantapkan tali-tali kita pada orang di sekeliling kita.. Insyallah.. Erm, ada orang lain ada jawapan lain?? Jom diskusi sama-sama jom..

2. Jom gali khazanah sirah Rasulullah

Dalam buku ni, banyak dikisahkan Salahuddin banyak menggunakan teknik perang Rasulullah. Kebanyakannya sangat unik dan menarik. Kadang-kadang tak terjangkau dek akal pun sekarang.Antaranya serangan sewaktu Subuh, teknik acah-acah dan muslihat, manipulasi tempat perang dan lain-lain. Kalau perasan, kebanyakan strategi perang Salahuddin a.k.a teknik perang Rasulullah menggunakan kebijaksaan akal. Hurm, takde ke orang nak keluarkan buku teknik perang Rasulullah ala-ala macam buku The Art Of War karya Sun Tzu ke? Teringin nak baca...

Banyak lagi sunnah Rasulullah yang sebenarnya mampu beri kebaikan kepada kita. Cumanya kita tak tahu dan kita tak mahu ambil tahu. Sedangkan Rasulullah tu diutus sebagai penyempurna akhlak. Kenapa kita tak jadikan sunnah Rasulullah sebagai ikutan? Itulah masalah sekarang. Idola kita siapa? Artis?

Cuba kalau setiap kali kita buat sesuatu, kita fikir dulu Rasulullah dulu buat macam mana. Macam yang Salahudin ni buat... Cuba fikir: Sikap Rasulullah dulu berjaya menaikkan Islam, bila Salahuddin tiru balik cara Rasulullah, dia berjaya menaikkan Islam. Apa kata kita tiru jugak Rasulullah?? Mesti Islam boleh naikkan??

Oh yer, apa satu benda yang saya nak kongsi hasil perbincangan kami. Macam mana orang kafir boleh berjaya? --> Sebab syaitan tolong... Macam mana orang Islam boleh berjaya ---> sebab Allah tolong... Orang kafir cukup tak sifat yang syaitan perlukan untuk dapatkan pertolongan syaitan --> sangat cukup..!... orang Islam cukup tak sifat yang Allah mahukan untuk dapatkan pertolongan Allah? ---> Fikir lah sendiri...


3. Kadang-kadang hanya dengan ber"tadharru'", doa kita senang dimakbulkan
Kadang-kadang sesetengah doa kita seolah-olah macam dilambatkan je pemakbulannya walaupun Allah dah janji bahawa siapa yang minta pada dia, dia akan makbulkan doa itu. Tapi adakalanya doa palingggg mustajab adalah dalam keadaan kita bertadharru'. Tadarru' ni maknanya dalam keadaan yang dah paling kritikal. Dah tak de apa boleh tolong. Waktu tu walaupun macamnyer pengharapan kita dan terlampau tipis yang sangat-sangat pada kebarangkalian terjadinya bend ayang kita harapkan, tapi hakikatnya untuk masa kebergantungan kita yang sangat hebat pada Allah. Dan itulah masa sebenar-benar doa boleh senang makbul. Tambah lagi senang kalau keyakinan kita pada Allah waktu tu dalam keadaan tawakkal dan takut tapi yakin secara 100%..

Tapi sayang, adakala kita mudah sangat tersentap bila doa kita tak makbul. Padahal, mungkin kita tak tahu adakalanya ada sesuatu yang lebih baik yang Allah nak beri pada kita. Cumanya tinggal tunggu dan lihat pastu cari hikmah.. Wah, kalaulah saya boleh sehebat itu dalma pergantungan pada Allah...!!

4. Bersahabat kerana Allah

Benda yang hampir pupus di muka bumi ini adalah bersahabat kerana Allah! Kalau baca buku Salahudin ni, terasa macam mengimbas zaman sahabat nabi jer. Semuanya hebat dalam bersahabat. Keyakinan yang tinggi dan bersih dari dengki pada kelebihan sahabat cukup tinggi. Sekarang ni pun antara asbab paling banyak seseorang berkawan dengan seseorang adalah kerana dia best dan boleh ngam dengan kita. Kalau tak boleh ngam, maka dia bukan sahabat kita. Patutkah???

Saya mengaku saya juga termasuk dalam spesis bersahabat dengan sebab-sebab sampingan. Macam mana ek nak bersahabat truly, madly, deeply only for Allah? Dahla tu, langsung takde bakat boleh baca isi hati orang langsung. Kerja asyik tersilap detect jer. Harap ampun pada siapa yang pernah saya sakitkan hati ke apa-apa ke.. Saya selalu silap bab-bab ni.. Ilmu i'rab tak habis berguru lagi.. huhu..

Saya berharap sangat-sangat kalau boleh jadi sehebat Abu Bakar dalam bersahabat. Rasa cinta yang tersangat infinate pada sahabat tu macam susah sangat nak bina. Orang kata kalau nak orang jadi apa yang kita nak, kita kena jadi apa yang diaorang nak. Bukanlah maknanya berubah terus semata-mata kerana tu, tapi lebih kepada memahami jiwa manusia yang saling memerlukan dan melengkapi. Eh, macam bersebab jugak je tu?? Pening..pening.. Macam mana nak ikhlas nihh?? Betullah ikhlas ni macam semut hitam atas batu hitam dalam bilik gelap. Nak upgrade sikit boleh? Rasa macam nak tambah ikhlas ni macam bulu roma semut hitam tu kot.. Sangat susah nak cari.. T_T
<

5. Jadilah umat islam yang sebenar dengan akhlak islam yang sebenar

Akhlak? Satu benda yang rasanya tak pernah orang gagal ialah kalau diminta skema jawapan apa itu akhlak.. Tapi bab pengaplikasian rasanya ramai sungguh yang kena repeat paper kalau dianalogikan sebagai sebuah ujian... Pernah saya dengar ada seorang ulama belajar akhlak selama 20 tahun sebelum dia mula belajar bidang lain.Sebabnya hanya akhlak yang boleh memangkinkan dia jalan untukcapai kejayaan sebenar yang hakiki. Kenapa yer sekarang akhlak macam dikambinghitamkan sahaja? Orang Islam yang tak macam islam langsung. Macam mana orang nak percaya itu sifat islam sebenar? Teringat kata-kata Yusuf Islam (kalau tak salah saya tapi kalau silap tolong betulkan..) yang berbunyi " I'm really lucky to meet the real of Islam before i meet the people of Islam.." Adus, pedih tu!! Menusuk ke hati dan sanubari betul..

Dalam buku ni, dikatakan akhlak Salahuddin al-ayubi sangatlah hebat. Tak ada langsung sebarang pertumpahan sewaktu berjaya menakluki Jurusalem di lapisan pertahanan terakir. Sampaikan ramai sangat pemimpin Salib yang puji dia sebab tak kejam dengan mereka sewaktu menang walaupun lepas tu diaorang datang serang Salahuddin balik. Salahuddin sangat titikberatkan aspek akhlak dalam kehidupan dia. Bayangkan dia sebagai Sultan sendiri termasuk dalam golongan tak cukup nisab harta untuk beri zakat harta... Hebat betul Salahuddin al-ayubi nih. Ada lagi tak pemimpin macam tu sekarang?

Terikir sesuatu.. Salahuddin terima keputusan anaknya untuk bunuh HANYA tawanan yang terdiri daripada tentera Salib yang kejam kira adil lah sebab hutang nyawa balas nyawa. Kira oklah tu kalau nak banding denganbilangan tawanan yang dilepaskan,bilangan orang yang dijatuhkan hukuman bunuh sangatlah sedikit.Tupun sebab orang Salib nih bunuh orang Islam. So, adillah kan? Tapi apa kes pulak orang Yahudi guna alasan bunuh orang Palestin ramai-ramai sebab diaorang dulu pernah kena bunuh ramai-ramai oleh tentera Nazi Hitler? Ornag islam dengan Nazi tu sendiri jauh bezanya... Kenapa balas dendam kat umat islam pulak?? Amnesia ke mende siapa yang bunuh siapa nih?? Alasan paling tak logik pernah didengari di seluruh dunia..! Mana umat Islam yang lain?? Takde siapa yang nak jadi junior Salahuddin Al-ayubi kah? Kita sekarang dizalimi tau!!! Bangunlah semua!!!!

6. Percaya pada diri sendiri

Pernah tak kita cakap pada diri kita bahawa kita ni manusia pilihan Allah?? Sekali tengok macam perasan syok sendiri pula kan? Tapi kalau nak tahu, itulah kalimah penaik semangat utama Salahudin Al-ayubi! Setiap hari dia bisik pada diri dia "Aku adalah manusia yang Allah pilih untuk kembalikan BaitulMaqdis pada umat Islam." Kalimah tu memang memberi satu semangat yang luar biasa pada Salahudin sampaikan even waktu dia sakit, bila dia dengar saja orang Salib nak serang umat Islam, terus dia bangun seolah-olah macam dah sihat walafiat..

Bahkan, yang paling utama ialah semangat percayakan diri umat islam itu sendiri waktu tu. Waktu Jurusalem di bawah taklukan tentera Salib, tiada siapa berani ke depan. Tapi bila Salahudin beri mereka semangat "Siapa nak ikut aku kembalikan BaitulMaqdis pada islam dan menjadi manusia pilihan Allah untuk bantu laksanakan cita-cita Islam?" , semua orang jadi sangat bersemangat tinggi. Siapa tak mahu cipta sejarah sendiri menjadi orang yang membantu menaikkan agamanya kan?

Itu bukan kerana nak popular di dunia, tapi impian kita nak popular di akhirat. Bayangkan di akhirat kita boleh cakap yang kita pernah join tentera Salahudin kembalikan BaitulMaqdis yang mulia pada islam... Wah, bahagianya...!!!

Maka tak salah kalau kita tanamkan dalam diri kita "AKU IALAH MANUSIA PILIHAN ALLAH UNTUK JADI ........... UNTUK BANTU NAIKKAN AGAMA ISLAM!" Yang penting kita ikhlas dan tak bongkak macam Bani Israel... Lepas ni jom ramai-ramai bersemangat menjadi The Chosen One!!!! Ciptalah walau sepicing sejarah dalam kenaikan Islam..


Manusia pilihan bukan hanya datang dari orang yang hebat-hebat pada pandangan manusia. Bayangkan Bilal Bin Rabah yang datangnya dari golongan hamba yang dihina di pandangan manusia akhirnya menjadi manusia pilihan Allah sebagai muazzin pertama islam..Seorang suri rumah pun mampu menjadi manusia pilihan Allah andai dia tahu dirinya berpotensi melahirkan umat Islam yang hebat berkat didikan asuhannya di rumah. Kan hebat????

KESIMPULANNYA....

Islam dah cukup hebat sejak azali cumanya umat Islam yang main peranan untuk naikkan islam atau jatuhkan islam di bumi ni.. Kalau umat islam hebat, maka kehebatan islam akan terserlah.. Kalau umat islam lemah, kehebatan islam akan terlindung.. Maka, kesimpulannya semuanya bergantung pada kita. Kita penegak agama dan kita jua boleh jaid peruntuh agama.. So, yang kita perlu buat awal-awal ialah perbaiki diri kita dulu.. Be a great muslim!! Alangkah indahnya andai di zaman ini lahir ramai pemimpin seperti Salahuddin Al-ayubi... *_*

saya terkesan dengan kata-kata guru Salahudin Al-ayubi : " Setiap seratus tahun, Allah akan turunkan seorang pembela Islam untuk menegakkan kembali agama Islam di muka bumi.. " Itu janji Allah sejak dahulu.. Dimana insan itu kini? Saya tercari-cari dia.. Di mana Salahuddin Al-ayubi junior? Beritahu saya di mana dia kalau sesiapa ada jumpa yer.. Kami cuba jejak pembela islam di setiap kurun. Alhamdulillah memang berterusan rantainya sejak zaman Rasulullah, cumanya di kurun ini kami masih tercari-cari....

Hurm, cukuplah setakat ni. Alhamdulillah malam kali ni sangat bermakna setelah sekian lama asyik bergelumang dengan buku akademik jer.. Sekali sekala dapat refresh otak dan hati best gak. Bersemangat saya malam ni. Sekarang dah pukul 3 pagi. Nampaknya, kerana sebuah buku saya telah menghabiskan semalaman berbincangan secara ilmiah dengan fathiyah yang tetiba je baik dari sakitnya maghrib tadi.. Alhamdulillah, ada hikmahnya kita bersama yer... ^_^ Oklah, setakat ini dahulu. Mahu kasi can badan rehat sekejap.. Salam!

4 comments

Write comments
c's radin
AUTHOR
August 14, 2008 at 10:07 AM delete

Salam

haihh.. balas dendam nampak.. entry pnjg sepnjg2 alam.. hihi..

btw.. nih kena dtg mesir nih.. Salehuddin Al Ayubi ad 4 Qolah kat mesir.. (if i'm not mistaken.. ) yg dh nmpk dpn mata.. satu kat cairo n satu kat alex.. sinai ad satu rsanya.. n satu lagi, x sure.. so must visit egypt lah klu dh cte psl tokoh nih.. hihi..

oohh.. lpe.. nk wish.. mendeka!! haha.. n sbg hadiah kemerdekaan yg kalian kecapi, silalah ke blogku untuk melihat hadiahnya..

Sekian, terima kasih

Special brought to u by
c's corp

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
August 14, 2008 at 3:26 PM delete

radin:

hehe.. nak buat camne? ke'excited'tan ku cam overdose sket.. ^_^
wa, banyak ek tampat salahuddin kat emsir. kalau kat jordan ni ada satu je .. kat ajlun.. radin, plan ke mesir memang ada tapi tengokla dulu.. kalo mau me'support'ku, sangat la dialu-alukan.. hehe @_@.. cantik hadiah radin!!! sukernyerrrrrr.... hehe..

Reply
avatar
c's radin
AUTHOR
August 16, 2008 at 7:20 AM delete

huhu.. tq2.. ikhlas tau hadiah nih.. hihi.. msti dh smpi msia dh kn?? selamat pulang!!~

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
August 17, 2008 at 2:49 AM delete

radin:

mana ada sampai lagi weh.. ni pun time membalas ni, still kat airport queen alya lagi... doakan aku slamat sampai..

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *