Hargai Keluarga Selagi Ada..

3:20 AM 1 Comments A+ a-

Assalamualaikum...

17 Ogos ni iaitu hari ni saya akan bertolak pulang ke Malaysia. Tak sabar rasanya nak balik bertemu keluarga selepas hampir setahun tak jumpa. Rindu sangat-sangat nak peluk mak ayah dan adik-adik di Malaysia

Baru-baru ni sewaktu kami sedang bertungkus lumus menghadapi peperiksaan akhir, kami dapat berita mengejutkan tentang seorang senior kami. Dia baru kehilangan bapa beberapa hari lepas. Memang semua terkejut dengar. Tambah-tambah waktu tu semua tengah sibuk dengan peperiksaan. Tak dapat nak bayangkan macam mana perasaan senior tu. Semoga dia tabah hadapi semua dugaan yang Allah berikan pada dia..Semoga arwah ayahnya dicucuri rahmat selalu..

Bila jadi benda macam ni buat saya terfikir banyak benda. Kebarangkalian nak menghadapi perkara-perkara macam ni memang sangat tinggi tambah-tambah bila kita berada di luar negara, jauh dari keluarga di Malaysia. Memang sangatlah hebat tahap ujiannya kalau dilanda mehnah sebegitu rupa. Bayangkanlah nak balik on the spot pun memang dah tak boleh. Kalau balik pun, sah-sah tak smepat tengok jenazah.

Mama saya sendiri pernah mengalami ujian ni. Yang meninggal waktu ialah pakcik saya. Kata mama, waktu tu memang perasaan ni tak taulah nak cakap macam mana. Rasa menyesal pergi luar negara pun ada. Kalau tak pandai pujuk diri sendiri, senang sangat rasa putus asa dan tekanan yang melampau. Itulah antara masa yang paling berat dalam hidup mama saya.

Dulu sebelum ambil keputusan belajar di luar, memang saya pernah terfikir tentang risiko ni. Memang faktor ni lah antara penyebab saya takut nak ke luar negara seorang diri. Saya takut nak menghadapi kehilangan sesiapa dalam keluarga terutamanya tanpa sempat jumpa buat kali terakhir. Waktu adik saya meninggal dulu pun, saya tak sempat jumpa sebab sekolah asrama. Tapi ok juga sebab boleh balik dansekurang-kurangnya jumpa jenazah je. Tapi ni, kalau duduk luar negara, bukannya boleh terbang balik cepat-cepat. Maunya amik sehari juga.

Tapi bila saya tanya ramai orang, saya dapat simpulkan beberapa perkara dari pendapat mereka. Kematian adalah sesuatu yang tak terduga. Kadang-kadang yang sihat pun boleh pergi lebih awal daripada orang yang dah lama sakit. Kita tak boleh nak jangka bila masa kematian tu datang menjenguk seseorang. Makanya, yang kita boleh buat cumalah berserah dan bertawakkal. Doa je la banyak-banyak supaya tiada benda buruk yang jadi spenajang kita tiada di samping keluarga.

Makanya, nak kata setiap saat masa yang kita ada bersama keluarga adalah masa yang sangat berharga. Tambah-tambah untuk orang yang jarang balik dan cuti pendek macam kami di Jordan. Sebulan je setiap tahun untuk pulang. Orang lain boleh la lama-lama tiga bulan cuti. So, dalam masa sebulan tu kalau boleh kita kena lah jadi anak yang snagat baik dan cuba berbakti untuk kedua ibu bapa kita. Sebulan je pun yang ada untuk berbakti secara life. Lepas tu, kena berpisah lagi. Sayang sangat rasanya kalau kita tak hargai masa-masa yang Allah beri ni dan tetiba bila kita di luar negara, kita dapat pula berita yang mereka dah pergi tinggalkan kita selama-lamanya. 'auzubillahiminzalik....

Rasanya ini juga boleh jadi hikmah buat kita yang belajar di luar. Allah beri kita rasa peluang punya masa yang sangat suntuk tapi sangat berharga. Kata orang, kita akan lebih menghargai benda yang jarang ada di samping kita dan kita akan lebih menhargai benda tu kalau kita dah kehilangannya. Orang yang tak merasai takkan dapat faham apa rasanya ada perasaan macam ni. Ketakutan memang sentiasa ada tapi yang penting kita tawakkal kepada Allah. Dia lebih tahu yang mana baik buat kita.

Kesimpulannya, berita tentang senior tadi seolah-olah beri peringatan pada kita semua tentang perkara ni. Tambha-tambah time ni memang masa untuk ramai orang pulang bercuti balik ke Malaysia. So, marilah ramai-ramai kita gunakan masa yang ada secukupnya untuk jadi anak yang lebih baik dan bagus untuk keluarga kita. Semoga Allah akan makbulkan semua doa kita dan memberkati keluarga kita di Malaysia..

Sekian. Jumpa lagi!

1 comments:

Write comments
bro fisol
AUTHOR
August 31, 2008 at 8:38 AM delete

salam..

selamat berpuasa & berbuka puasa..

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *