Good Luck To Adik-Adik Akak!

4:39 AM 10 Comments A+ a-

Assalamualaikum...

Dua hari lepas, saya bermesej ngan mama di Malaysia. Cadangnya mahu mama baca tentang masalah gigi saya di blog sebabnya biarlah nanti keluarga saya tahu perkembangan sebenar. Alih-alih rupanya mama tiada di rumah. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur katanya. Eh, pelik juga. Saya balik lagi dua minggu. Kenapa awal sangat pergi ke KL? Hehe... ^_^ Sudah tidak sabar tunggu saya balik ke? (perasan betul.. :P)

owh, rupa-rupanya mama dan abah pergi memberi sokongan pada adik kedua saya, Asyraf Syahmi di KL tu. Dia sekarang tengah berdebar yang amat sangat sebab nak lalui temuramah untuk Pertandingan Rekacipta kalau tak silap. Istimewanya sebab temuramah itu yang akan tentukan sama ada ciptaan dia tu layak atau tidak mewakili Malaysia untuk ke Pertandingan Rekacipta Antarabangsa (maaf, saya tak pasti anjuran Intel atau siapa..) di Chicago kelak. Wah!! Rupanya-rupanya Asyraf baru menang pertandingan di peringkat kebangsaan baru-baru ni..Dia wakil MRSM Taiping. Sekarang tengah tunggu keputusan siapa akan jadi duta kecil Malaysia ke peringkat seterusnya. Mesti gementar tu.Patutla tak pernah hantar sms baru-baru ni. Sibuk rupanya..

Ketinggalan zaman betul kakak sorang di Jordan nih.. Huhu.. Takpelah. Harapan Kak Ina semoga Allah permudahkan segala jalan untuk Asyraf. All the best! Insyallah, kalau Allah nak kasi, kamu akan dapat juga nanti. ^_^ Doa la banyak-banyak yer! Kak Ina bangga dengan Asyraf! (habisla, kembang adik saya sorang nih kang kena puji..) Apa-apa pun, jangan leka sangat dengan koku. SPM dah nak dekat ni. Akademik kena jaga jugak. Kokurikulum sudah mantap, akademik tu pun kasi mantap juga. Keep up the good work! Y(^_^)Y Ingat sikit janji kamu nak kalahkan keputusan Kak Ina. Kak Ina tak kisah dah, janji kamu berjaya dah cukup baik..

Okay, sekarang beralih pada adik seterusnya, Amira. Yang sorang ni pun tengah sama naik juga sibuknya. Bulan sembilan ni dia akan ambil peperiksaan UPSR. Bulan ni percubaan kalau tak silap. Belajar rajin-rajin Amira! Jangan tension-tension sangat. Bertenang. Usaha sungguh-sungguh dan buatlah yang terbaik dalam apa cuba keadaan. Banyakkan doa pada Allah. Insyallah Allah akan tolong kita.

Lagi dua minggu Kak Ina balik, tunggu kejap yer! Adik sorang ni dah bising suruh balik cepat. Bosan sangat dah la tu sebab tiada geng perempuan dah dalam keluarga kecuali mama sahaja. Nanti Kak Ina balik, kita cerita mcam-macam yer. Tukang komen dan peminjam telinga serta nasihat sedia berkhidmat untuk negara! Hehehe.. Apa-apa pun, good luck and all the best to you!

Seterusnya, adik paling akhir, Aiman.. Ni sorang lagi.. Banyak sangat cerita Kak Ina dengar dari Malaysia. Nasib baik tak ada cerita nakal. Kalau tak, siaplah tak ada hadiah untuk Aiman. ^_^ Owh yer, nak cakap pasal keterpaksaan pilih pertandingan antara kebudayaan atau sukan tu. Takpelah, tahun ni kamu ambil satu sahaja dulu. Tahun depan, boleh ambil yang lagi satu. Jangan bengang-bengang yer.. Senyum selalu tau.. Muka Aiman tak hensem la kalau muncung je.. ^_^

Nampaknya Aiman pun dah mula tunjuk taring kat sekolah nih.. Bagus-bagus.. Pulun la ambil semua peluang yang ada selagi dia ada. Bukan selalu kita dapat peluang-peluang best macam tu. Tapi ingat, koku tu koku juga. Pelajaran jangan lupa. Game tu main ikut masa, jangan 24 jam melekat dengan game jer.. Tau?? Hurm, tak sabar nak balik nih. Nak tengok Aiman berjaya ke tak sahut cabaran Kak Ina. Kalau berjaya, ada hadiah istimewa menanti anda.. Hoho.. Kalau tak, nilainya turun sikit la yer.. (Mode kejam).

Hurm, banyak betul benda jadi sepanjang setahun duduk sini. Sedar-sedar dah lama saya tinggalkan rumah. Mesti banyak benda dah berubah. Wah, saya tidak sabar dah nak balik ni!! Cepatlah habis exam final, pastu boleh terbang pulang... ^_^

Nampak gaya, adik-adik saya saya pun semuanya dah makin besar. Yang sekolah pun dah nak habis. Yang dulu baby dah tak baby dah. Semua dah besar panjang, ada gaya masing-masing (termasukla saya yang semakin nak hilang angka belas..T_T). Kalau dulu di rumah asyik cerita tentang aktiviti saya sahaja, rasanya sekarang ni pencapaian saya sudah jatuh ke peringkat paling bawah. Dah tak masuk kategori hebat dah kot. Habis semua adik-adik dah potong... Itu baru kat sekolah tu.. Wa... T_T Dengar ceritanya macam lepas ni saya punya ketinggian pun habis di potong semua orang.. Aiseh, apa kes ni kakak sulung turun semua benda?? Tak aci, tak aci!!

Takpa2, zaman kita lain-lain (aiceh, ayat sedapkan hati sendiri..) ^_^ Takpelah, saya tak kisah pun adik-adik nak potong saya dari semua segi pun. Arina tak kisahhh..! Kalau diaorang berjaya, saya lagi bangga dengan diaorang. Ganbatte kuddasai!

So, kepada Asyraf, Amira dan Aiman, Kak Ina ucapkan selamat berjaya dalam semua segi. Kak Ina selalu doakan kejayaan korang dari sini. Bitaufiq wannajah!! Yang paling penting, ingat niat kita buat semua ni semua semata-semata kerana Allah. Insyallah Allah akan permudahkan segala urusan kita dunia akhirat. Semoga korang semua jadi yang terbaik di kalangan yang terbaik..Rindunya kat semua.. (,")..

Ops, terlupa seorang lagi adik.. Fatimah yang jauh.. Semoga Fatimah sentiasa gembira bermain di taman syurga bersama para bidadari-bidadari yang Allah janjikan. Insyallah, balik nanti Kak Ina singgah lawat Fatimah ya! Akak rindu Fatimah...( pembaca sekelian,kalau boleh sambil baca entry ini sedeqahkanlah Al-fatihah untuk adik saya yer. Semoga dia gembira terima hadiah dari kalian. ^_^)

Baiklah, setakat ini dahulu. Mahu teruskan ulangkaji untuk final minggu depan dan sambung countdown balik Malaysia..@_@ Sekian. Jumpa lagi!

10 comments

Write comments
myfisol
AUTHOR
August 5, 2008 at 7:19 AM delete

salam,

lama bro x singgah sini..tup2 dah nak balik bercuti di m'sia..apa2 pun fokus exam tu dulu yea..

juga good luck untuk adik asyraf, amira & aiman tu juga al-fatihah buat fatimah...untung diorang dpt kakak mcm ainul nie..mmg kakak contohlah..doa2 anak bro yg sulung tu ..nabilah pun prihatin cam ainul jgk..:)

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
August 5, 2008 at 8:31 AM delete

bro fisol:

ws bro... hehe.. excited sangat nak balik.. semua orang dah balik, tempat kita je belum..:P terima kasih.. insyallah sy doakan.. nabilah tu nampak macam ada aura jer.. hehe. ^_^

Reply
avatar
August 6, 2008 at 1:55 PM delete

salam ainul.

apa kbr? harap kamu sehat2 aje ye walaupun tgh sibuk nak exam ni. dan x lupa, selamat balik bercuti dlm 2 mggu lg. in advance la kiranya ni ;) hebat2 ye adik2 kamu. all the best utk Asyraf. kalau dia dpt wakil msia, jgn lupa update ye :D

anw, thanks for being such a good fren to KS in in this blogging world all this while =) all the best in ur study k.

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
August 6, 2008 at 10:08 PM delete

ks:
ws ks.. ainul sihat je, alhamdulillah.. hoepfully ks sihat jugak! ^_^ pasal asyraf, nanti ainul postkan tapi actually memang dia dah terpilih pun ke Nevada next year. Bergembira sakan budak itu. Heheh..

your welcome! Thanks to ks gak sebab being a good comrade in my world kat sini. Hehehe.. doakan ainul final ni yer.. Ketaq lutut ni.. Huhu..

Reply
avatar
myfisol
AUTHOR
August 7, 2008 at 1:36 AM delete

salam,

tahniah buat asyraf...tumpang gembiralah anak melayu berjaya dalam benda2 camni...nanti besar boleh jadi electronics engineer yg berjaya ni....kalau boleh jadi designer...boleh lawan jewish & iranian yang mendominasi electronic design...bro pun tengah bertungkus lumus kearah itu...

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
August 7, 2008 at 12:07 PM delete

bro fisol:

ws.. terima kasih bro.. alhamdulillah, ni semua rezeki dr Allah utk dia.. syukur banyak2.. pasal cita2 masa depan tu, gayanya macam dia nak ikut jejak langkah ks ke russia.. Dah set sejak awal2 lagi tu.. tak tau la dia nk ke tak jadi engineer.. hehe.. tapi betul kata bro tu, kita umat islam ni kena kuasai balik semua tu.. all the best to bro gak! semoga berjaya jadi engineer yang mantap untuk agama, bangsa dan negara.. ^_^

Reply
avatar
c's radin
AUTHOR
August 9, 2008 at 3:28 AM delete

salam.. seisi keluarga bertarung keringat.. inshaAllah bittaufq in undertakings,xms.. n slmt plg!!

nnti smpi area sabak nih, roger2 sket.. blh jln sme2.. ke bukak pose sme2 ke.. umah nih pun inshaallah ad je katil kosong nak lepak tdur.. tngu orangnya dtg je.. hehe..

k, take cre ainul=>

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
August 9, 2008 at 12:21 PM delete

radin:
ws radin comel...
syukran jazilan.. doakan kitaorang slalu yer.. amin... wa!! ni yang best nih. ada orang sudah mengajak, insyallah ada masa ada rejeki, boleh je aku mengendeng umah ko.. heheh... jom2.. kita jelajah balik pekan sabak yang lama ditinggalkan(eh, aku je kot.. ko dh slalu balik.. haha) insyallah.. tunggu ajelah aku balik karang.. nnti bunyilah encik handset itu.. tak sbaarnyer nak balik!!! ^_^ radin, ko tak nak singgah skolah lama ke? kalo singgah, bleh melepak umah nenek aku sama.. manala tau, kot2 aku kna stay sana sensorang smenetara nk perabih ziarah sedara, boleh la ko join aku meronggeng.. hikhik..

Reply
avatar
c's radin
AUTHOR
August 9, 2008 at 3:56 PM delete

Batu 38 ke yg dimksdkn? tak naklah.. trauma x mo dtg..ari tuh pnh dtg, admin die x welcoming kte.. tobat2..

skg nih pun xde no hp agi, punya mls nk gna no msia.. ehehe.. okies, xm dulu, nnti blk kte cte pnjg2 cne ek.. :)

p/s radin comey?? time kasih.. time kasih=P

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
August 9, 2008 at 8:30 PM delete

radin:
owhh... ok aja.. tak kisah la.. kalo takmao datang skolah, datang umah nenek aku cukup la.. hehe... okla.. masa suda suntuk.. esok nk exam dah.. doakan aku ye raden.. ^_^ btw, thnks for the song.. insaf kjap ak dgr.. huhu

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *