Promosi buku terbaru GLKN

Assalamualaikum...

Catatan kali ini hanya sekadar ingin mempromosi beberapa buah buku terbaru dari terbitan GLKN (Group Karyawan Luar Negara). Tapi sebelum itu, apa kata kita kenal dulu dengan grup ni. Kumpulan apa ye nih?

Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) merupakan perkumpulan pelajar (dan bekas pelajar) di luar negara yang menumpukan kegiatan-kegiatan berkaitan dunia penulisan dan sastera. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah penerbitan antologi, perbincangan karya, bengkel penulisan, penganjuran sayembara dan sebagainya. Matlamat utama GKLN ialah memberi latihan, galakan, dan pendedahan kepada pelajar luar negara yang berminat dalam penulisan di samping berkongsi bahan bacaan sastera sesama ahli. Sehingga kini, GKLN mempunyai sekitar 230 orang ahli dari pelbagai negara seperti Jepun, Rusia, Ireland, United Kingdom, United States, Jordan, Mesir, Australia, Ukraine, Jerman, Perancis, Republik Czech, New Zealand, Morocco, dan lain-lain. Para ahli GKLN juga mengambil jurusan pendidikan yang pelbagai termasuklah perubatan, farmasi, bioteknologi, akauntan, teknologi maklumat, pengkomputeran, kejuruteraan, bahasa, kimia, syariah, dan sebagainya.

(petikan dari laman web rasmi GLKN)

Buku-buku terbitan GLKN ni bagus jugak kalau buat bahan bacaan. Sebabnya karya-karya ahli GLKN banyak mengangkat suasana luar negara sesuai dengan pengalaman dan latar belakang penulisnya selain menyentuh pelbagai isu termasuklah sosiopolitik, perbezaan ideologi, sejarah tamadun, keamanan dan kemanusian, selain daripada kekeluargaan dan kasih sayang dengan mempamerkan kepelbagaian tema dan teknik, merangkumi sejarah, politik, falsafh, tarbiyah dan dakwah, isu-isu semasa dan global, selain kemanusiaan dan kemasyarakatan.

Tambah menariknya, dengan kepelbagaian latar penulis-penulis yang belajar di seluruh pelosok dunia, garapan karya mereka lebih meluas dan menarik. Kebanyakan karya mereka juga bernuansi islami dan dihasilkan dengan pelbagai teknik penulisan.Banyak input yang bagus dan baru dapat kita kongsi bersama dengan membaca karya-karya GLKN nih..

Walaupun seakan masih setahun jagung, GLKN ni sebenarnya sudah mula menunjukkan taringnya dalam bidang sastera di Malaysia. Buktinya, banyak karya-karya hasil ahli GLKN mula mendapat tempat di media-media massa. Malahan yang lebih membanggakan sudah ada ahli GLKN yang mula mengukir nama sebagai pmenang dalam acara-acara sastera penulisan di Malaysia. Contohnya Zaid Akhtar, Muhaimin Sulam, Fahd Razy, Hafez Iftiqar, Adibah Abdullah, Siddiq Osman, Ainaa Mardhiah Suhaimi, Syafiq Zulakifli, Alirfan Jindullah, dan Lailati Mahat dan ramai lagi...

Antara buku-buku yang telah dikeluarkan oleh GLKN adalah Antologi puisi Al-Andalus Menangis,Antologi puisi Wilayah Cinta,Antologi cerpen Jalan Jauh Ke Ramallah,Antologi cerpen Mengemis Di Kota Larangan,Antologi puisi Bahasa Bumi dan Kumpulan puisi (Fahd Razy) Menggeledah Nurani.




Sebarang maklumat tentang GLKN dan buku-buku terbitannya boleh diperolehi di laman http://gklnpublishinghouse.blogspot.com/ .

Jom-jom kita hidupkan budaya membaca di kalangan kita..!!! ^_^

Kawan-kawan, kalau ada yang nak tempah tapi tak tau cam mana, kasitau saya dulu pun takpe. Pada korang yang saya dah kasitau pasal buku ni dulu, sekarang dia dah keluar.. Sila la cari kalau nak baca hasil pertama saya yang dibukukan..^_^ walaupun hanya keluar 2/50, tapi oklah.. budak baru belajar la kan.. (",) terima kasih!

4 comments

Tooth Fairy | July 26, 2008 at 10:33 AM

tertanyer2 jgak, mnernyer ceriter ttg dbsk n kaum kerabatnyer? enol myk citer mende serius2 jer gamakneyr...wuhu,saje kacho!:P

Ainul Arina | July 26, 2008 at 11:24 AM

tooth fairy:
erk, cerita tentang dbsk? hehehe.. tu takyah cari kat sini kot.. bukak intenet tulis je DBSK, banyak laman web dah buat.. malas nk join pertambahan kolumni DBSK.. kita syok sensorang udahla.. hehehe... kak u-u, kita kan bercitarasa sama.. kita senyap kita dah la.. acee..^_^ dlm blog tak semestinya everything pasal kita org tau kan.. (^_^)Y

hurm, tengoklah.. kang kalo rajin ainul buat post DBSK.. aish.. ada idea nk post apa? sy makin malas nulis nih...:P

Tooth Fairy | July 27, 2008 at 11:40 AM

ler,jual mahal erk.sekeh kang kpale tu.tp x pe la,drpd kter asek merepeks jer lebey...wakikiki....

kter lak enggak ader idea yg bernas2 utk dihidangkan jd almaklumler....
:p

Ainul Arina | July 27, 2008 at 12:58 PM

tooth fairy:
ala kak u-u nih.. cam tak biasa plak.. ^_^ takpe2.. kat luar kene happy2.. takleh serius selalu.. kang tensen.. kankankan.. hoho

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images