Perkara pelik di Jordan

9:50 AM 11 Comments A+ a-

Assalamualaikum..

Semalam ada yang bertanya pada saya bagaimana hidup di JOrdan.
Kalau nak cerita semua memang sangat banyaklah kelainannya dari Malaysia.
Tapi rasanya ok kot kalau saya cerita yang paling ketara kelainannya.

Perkara yang janggal di Malaysia tapi 'adi(biasa) di Jordan:

1) body language yang ringkas

kalau di Malaysia kita akan geleng-geleng kepala atau guna isyarat
tangan kalau nak kata 'tak mahu atau tak tahu'. Tapi di Jordan, mereka
menggangkat sedikit kepala ke atas untuk memberitahu bahawa mereka tak
mahu atau tak tahu.

Kadang-kadang mereka cuma keluarkan satu bunyi yang
rasanya kalau di Malaysia, kita kata bunyi panggil ayam makan. Bezanya
bunyi tu cuma sekali je lah. Hoho.. Mula-mula datang sini, selalu
jugak terasa kecik hati sebab diaorang macam tak layan bila kita tanya.
Rupanya saya yang tak paham body language diaorang.

2) Hormat tetamu yang sangat syadid

Ni antara satu benda yang sangat dipuji pada mereka. Memang budaya
mereka yang sangat menghormati tetamu sejak dahulu lagi. Kalau pergi
melawat rumah orang arab, mereka akan jamu kita makan dengan pelbagai
jenis makanan dalam jumlah yang sangat besar dan banyak.

'Aib bagi orang arab kalau tetamu makan licin sebab maknanya macam
tetamu tu tak puas nak makan. Maka, dia akan tambah dan tambah dan
tambah lagi... Hoho,kalau tak reti nak buat isyarat 'saya sudah
kenyang' dalam budaya arab,memang korang akan 24 hours ditambah-tambah
nasi dan air.

Isyaratnya kalau makan saya tak pasti, tapi kalau minum, nak kasi
isyarat saya tak mahu tambah ialah dengan menganggangkat cawan dan
menggoyangkan cawan tu dalam bentuk bulatan. Al-ala melenggang cawanla..

3) Gentleman

Ini khas untuk kaum hawa je lah.. Lelaki tak dapat kelebihan ni.. ^_^

ha... ni satu lagi yang jarang ada kat Malaysia. Benda ni selalu jadi
dalam coster. Kat sini, wanita sangat dijaga. kalau naik coster, sangat
aib bagi orang arab kalau perempuan berdiri dalam coster.

So, even kalau seat dah penuh, bila ada perempuan baru naik coster je,
maka yang lelaki mesti (maybe boleh kata wajib kot) untuk kasi
perempuan tu seat tu. Hoho..sangat bahagia naik coster.. Even budak
lelaki sekolah rendah pun memang dah amal habit macam tu. Bagus2..
Bila nak apply kat Malaysia ek?

4) Rumah yang berceracak

Kalau datang sini, benda pertama yang korang perasan ialah mostly rumah
kat sini takde bumbung. Kebanyakannya ditinggalkan ceracak terpacak atas
bangunan tu. Tapi itu bukan maknanya diaorang miskin tau.

Kalau nak banding, rumah flat kat sini sama macam apartment kat
Malaysia.Tambah-tambah kalau rumah untuk 'ailah( family), besarnya
memang kalahla kalau nak banding apartment kat Malaysia.

Ok, berbalik pada cerita ceracak tadi, rupa-rupanya orang arab ni
memang kadang-kadang berpandangan jauh gak la. Ceracak tu dibiarkan
sebab nanti, bila ahli keluarga diaorang dah bertambah dan beranak-pinak,
maka diaorang akan tambah lagi rumah kat atas rumah diaorang.

Kira macam buat apartment tapi tingkat-tingkat apartment tu dibuat
secara step by step hanya bila ahli keluarga mereka bertambah. Orang
arab ni suka duduk satu family besar-besar serumah atau sebangunan.
So, inilah cara mereka memastikan yang mereka akan ada rumah bila dah
berkeluarga nanti..

5) Siapa ada motor dan basikal, dia sangat dikagumi

Ini pelik sikit lah. Basikal dengan motor memang seciput je dekat Jordan
ni. Itu pun tahun lepas baru basikal dan motor di'halal'kan untuk digunakan
di Jordan. Sebabnya saya tak pasti. Tapi memang itu yang terjadi.

Maka, sekarang baru ramai-ramai pakat nak beli basikal dan motor. Siapa
yang dah ada tu memang bakal sangat dikagumi la. Itu yang lawaknya, Mereka
memang sangat berbangga dengan motor dan basikal, walaupun di Malaysia
kita tengok benda tu macam takda maknanya pun.

Tapi sayangnyer perempuan tak boleh naik motor atau basikal. 'Aib katanya.
T_T.. Takpe2, tunggu balik Malaysia kang, siaplah basikal dan motor kat
rumah tu saya kerjakan.. ^_^ Perempuan sini semua sopan-santun belaka.Hehe

Jangan tak tahu, kat sini kalau sistem penghantaran fast food ke rumah,
semua pakai kereta tau! Maka banyak sangatla kereta KFC, Pizza Hut,
Popeye, Burger King yang berjalan-jalan kat Irbid nih. Kat Malaysia takde
lagikan kereta untuk fast food?

6) Addicted to Pepsi n Coke

Ini satu benda yang pelik betul kat sini.. Kalau korang tengok, pepsi
kat Jordan ni macam air kosong je diaorang teguk. Laju je habis. Pastu
kadang-kadang tu pagi, petang, siang, malam, asyik pepsi je yang diminum.
Sampaikan kat kedai tu, air paling murah adalah air pepsi dengan air coke.
Percaya atau tak, air pepsi yang 2 liter tu harganya cuma 75 kursh je.
Ala-ala macam 70 sen la..

Ntah apa yang sedap sangat dengan air tu tak taulah. Kalau minum
kadang-kadang boleh la terima lagi. Tapi ni memang luar biasa la. Tak
caya datang sendiri tengok.. Arab dan bebsi/coke memang tak dapat
dipisahkan..

7) Sangat praktikal dalam ibadat

ha.. yang ni saya puji sangat-sangat. Benda yang paling saya suka dekat
JOrdan ni adalah cara diaorang praktikkan ibadat dalam kehidupan diaorang.
Sangat mudah dan tak menyusahkan.

Perkara paling lazim kat sini, korang akan dapat tengok ialah bila azan je
semua akan terus solat. Kadang-kadang tu kedai-kedai pun dibiar je. Tapi
kalau yang tak berani, diaorang solat on the spot kat kedai tu. Selalunya
memang kat kedai-kedai, ada satu ruang untuk solat yang diaorang macam
khususkan.

Tapi saya paling kagum tengok orang-orang yang solat tak mengira tempat.
Pernah sekali tu, saya jumpa seorang buruh kat tepi jalan. Entah kenaa saya
terperhati dia lama sangat. Tetiba kan, bila azan je terus dia berhenti buat
kerja, amik wuduk, bentang sejadah dan terus solat di celah-celah pasir dan
batu-batu kat tempat yang di kerja tu. Kadang-kadang tepi-tepi lebuh raya pun
diaorang maintain ok je kalau nak solat.. Jemaah lagi tau!

Baguskan? Takdelah susah payah nak wajib cari masjid. Mana-mana pun boleh.
Janji bersih dari najis dan selesa, so solat je lah.. Bila nak nampak keadaan
ni kat Malaysia ek?

8) Rapatnya ukhwah di kalangan lelaki Arab

Rapat yang macam mana ye agaknya? Kalau ada sesapa yang pernah tanya pada
mana-mana student Jordan lelaki melayu tentang benda apa yang paling
diaorang allergic di JOrdan, rasanya mesti bab salam peluk cium sesama
lelaki. Kalau nak tau di tanah Syam ni dan mana-mana tanah Arab lain, orang
lelaki bertegur sapa macam orang perempuan sikit. Salam, peluk, laga-laga
pipi, pastu kadang-kadang siap keluar bunyi cium lagi.Itu budaya mereka.

Satu budaya yang agak unik dan tak ramai orang bukan arab suka buat.Hoho..
Kadang-kadang kita yang perempuan ni tengok pun, macam ternganga jer..
Rasanya kalau orang luar yang tak tahu adat budaya arab ni, mesti benda
lain yang dipikirnya.. Astaghfirullahhh.. Jauhkanlah kami dari bersifat
seperti kaum Lut.

Tapi jangan risau la. Itu dah biasa di sini. So, jangan la terkejut pulak
kalau korang datang negara arab, tiba-tiba kena peluk laga-laga pipi macam tu.
Takut kang ada pulak yang menangis karang. Hehehe... Itu budaya yer.. Kita
kena tahu..


Hurm, setakat ni dululah yang boleh saya ceritakan. Kebanyakannya sama je
antara negara Jordan dan negara-negara arab yang lain. Dah nama pun Arab,
maka kebanyakan ceritanya sama lah.. Memandangkan ada yang tanya saya macam
mana life di sini, so inilah kisahnya. Saya cerita yang menarik dan unik
saja cukuplah kot.. Kalau sama je macam negara lain tak best la pulak kan..
ok, kita jumpa lagi di lain post.. Ilalliqa.. Ma'assalamah!!

11 comments

Write comments
fatehah
AUTHOR
July 8, 2008 at 8:03 PM delete

hurmm very the interesting..hee

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
July 9, 2008 at 10:19 PM delete

fatehah:
hehe.. yup interesting gak la.. sama je mcm mesir gak kna?

Reply
avatar
July 10, 2008 at 6:20 AM delete

salam ainul...
lama tak kemari...hihi...menarik lah...terima kasih berkongsi...kak dla mmg suka belajar culture cmni...tak dapat ke sana, at least taula skit2 budaya yg diamalkan kat sana, kn...hihi..

suka la dengan sikap diorang yg praktikal dalam beribadah tu..(",)

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
July 10, 2008 at 6:38 AM delete

kak dla:

ws akak.. slmat kembali.. hehe.. sama-sama.. ainul taruk kat sini sbb ramai tanya.. tu la.. actually banyak lagi tapi sikit-sikit nantila ainul update lagi.. bleh akak tau banyak2 lagi...

ainul pun suka yang tu.. jarang nampak kan? mcm xcited je bila terserempak ngan orang yang buat cmtu.. rasa mcm nk join tapi segan la.. prempuan jarang buat cmtu.. lelaki je.. hoho. perempuan sini smua sanagt-sangat dijaga. takleh tunjuk-tunjuk kat luar..

Reply
avatar
myfisol
AUTHOR
July 11, 2008 at 1:11 AM delete

salam,

wah..banyak unsur2 yang baik le kat Jordan tu...mesti pergi melawat ni..

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
July 11, 2008 at 3:24 AM delete

bro fisol:

ws.. memang banyak unsur best dan baik di sini.. sila2 bro.. datang la sini bawak sefamily skali... boleh jalan2 kat jordan.. banyak gak tempat menarik dan sejarah kat jordan nih.. klu ada plan, kasitau la.. boleh kasi promosi serba sikit.. hehe...

Reply
avatar
Belle
AUTHOR
July 12, 2008 at 4:59 AM delete

cara hang cita wat aku rsa cm aku junior lak yg akan mai study kat jordn
hehehe
tp sgt bguna
k salam

Reply
avatar
arina
AUTHOR
July 12, 2008 at 5:34 AM delete

klu aku dak junior kan, msti aku ckp mcm nih:
" wah! best nyer jordan! nk pergi sn lah! "

dgn gaye teruja yg amat.

tp oleh krn aku dh berade di sni.
maka aku berkate spt ini:
" ha'ah. iye. betul2. "

haha.

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
July 12, 2008 at 7:34 AM delete

belle:

haha.. belle, actually memang nak kabor dekat bakal junior dan kengkawan aku yang suka bertanya tu.. kira 3 in one la... hehehe

arina:
acee.. gaya senior la tu yer arina.. ahaks.. senior la sangat.. bru stahun je duk sini.. banyak lagi yang kita tak jumpa lagi.. ye dak? btw, tahniah jadi akhwat paling cemerlang tahun satu perubatan.. hoho..

Reply
avatar
::izzah::
AUTHOR
July 17, 2008 at 9:03 AM delete

haha...
stuju2..
pling xleh thn ngn budaya ant laki2 arab ni la..
aduhh..
kdg2..kte yg tgk ni yg malu...=p
erk..

erm..
tp yg pling best..
mse dlm bas @ coaster la..
rse cm special jer..
pdhal mne der pape pn..
dorg mmg jnis hormat ppuan..
tp kan ainul..
keadaan sgt berbeza ble bas kt mujamma' dah hbis pg2..
xkire..dorg rempuh jg kte...dah xnmpk sape da mse tu...sabar je le..

huhu~

Reply
avatar
Han HM
AUTHOR
July 17, 2008 at 12:36 PM delete

stuju ngan izzah, bile naek coaster rse special jer. hahaha bila baek bas pepagi ke jami3ah cmne lak yea? ehem2 tu kna la dtg sndiri tngok. lagi best!

aku pun nganga gak tngok derang nih salam laga2 pipi siap kuar bunyi ciut2 tuh.. fuhhhh

dan bab beribadah mmg tabik sbb drg menunjukkan yg islam ini tdk menyusahkan. kagum.

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *